Saat pertemuan pertama itu ... tatkala cinta bertaut dihati hingga keakhir denyut nadi. Abadi Cinta Kita. Dengan Izinmu Ya Allah
Wednesday, December 31, 2008
Goodbye 2008, Welcome 2009
Hari ini hari terakhir dalam tahun 2008.
Aku tak nak membicarakan tentang azam tahun baru. Aku tak suka buat azam pada awal tahun. Bagi aku, buat azam tu tak kira bila. Bila perlu berazam dan tarukkan matlamat dlm berapa hari, minggu atau bulan utk merealisasikan azam tu lebih baik dari buat azam pada tahun baru dan lupa pulak apa azam azam tersebut.
Aku lebih suka flashback what happened in 2008. Apa yang harus aku perbaiki utk menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2009. Kenangan 2008, mana yang baik akan menjadi satu memori yang boleh membuat kita tersenyum pada hari hari mendatang. Kisah pilu dan mematahkan semangat, kita jadi kan landasan utk kita jadi lebih kuat dan teruskan hidup ini. Life still goes on, no matter what people say about you. We can never stop what others say or think about us. We dont owe them our life neither do they own our life.
2009 tahun yang dijangkakan muram dari segi ekonomi. Mana mana negara pun, semua telah mewar warkan tentang kegawatan ekonomi. Haruslah kita berhati hati dlm perbelanjaan pada tahun mendatang ini. Ah nampaknya aku tak dapatlah nak bertravel travel selalu, haruslah berjimat cermat juga supaya rancangan biz utk berkembang menjadi realisasi. Insyallah.
To all my friends out there, Happy New Year. May the year you left behind brought some good moments in your life. And the oncoming year will bring more meaning, happiness and much of the goodwill that you hope for.
Goodbye 2008, Welcome 2009.
Monday, December 29, 2008
Salam Maal Hijrah 1430
Selamat Tahun Baru Hijrah.
Semuga Jalan yang akan dilalui tahun mendatang membawa kebahagiaan
dan kebaikan. Dan impian akan dapat ditunaikan.
Semuga kegawatan ekonomi yg diramalkan dapatlah diatasi dengan
kesabaran dan keimanan.
To all readers of MY blog, all the best to you, dan semuga azam tahun lalu sudah terlaksana dan
kalau ada yg belum tercapai, teruskan usaha dan jangan putus asa.
Berhijrahlah kearah yg lebih baik di mata Allah.Insyallah.
Monday, December 22, 2008
Salah Anggap
Lagipun, aku tak sangka persahabatan yang ingin aku jalin selalu disalah ertikan oleh ahli sengetians yang lain. Mungkin dorang belum benar benar mengenali aku. Yelah, aku tak salah kan mereka. Tak kenal maka tak cinta lah kan.
Friday, December 19, 2008
Kejujuran Dan Keikhlasan
Aku suka dengan peribahasa diatas. Memang aku suka kalau punya ramai kenalan. Banyak yang dapat aku pelajari dari teman teman. Yang paling aku suka sekali dapat belajar tentang kejujuran dan keikhlasan teman teman ku.
Keadaan sekarang ni memang amat susah kita nak bertemu dengan kawan yg benar benar ikhlas berkawan. Ada tu berkawan kerana nak minta tolong. Bukan main lagi baik bila nak minta kita sponsor acara acara yg mereka organise. Tak kisahlah kalau memang ingat kita ni berkawan. Tapi yang tak bestnya tu, bila teman tersebut hanya timbul dan sibuk call or ym kat kita time tu aja...berbagai yang dijanjikan..minta alamat segala...minta maklumat peribadi lagi utk dimuatkan dlm ucapan terimakasih bagai. Alahai, kalau kita dah ikhlas nak menderma kerana Allah, tak lah pulak kita nak minta disanjung atau diwar warkan pada orang lain, tu dah jatuh hukum riak pulak. Yang hanya kita harapkan ialah teman tersebut masih terus berhubungan dengan kita. Sedikit pun paling paling bertanya khabar. Ni tak, abis acara tersebut, bila di tanya katanya acara berjalan dengan lancar; bila diminta share photo photo tu, dan ingin kita tahu siapa yg hadir, dia tak nak pulak bercerita. Masa nak minta sponsor, macam macam dia citer plan for that occasion. Alahai...lebih haru lagi bila dia berjanji bagai nak deliver kan door gift yang tak pun kita harapkan. Bagi kita, yang penting, majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Walaupun diundang, masa tu kita sibuk sesangat, ingatkan dapatlah menjamu mata melalui photo photo acara tersebut, tapi alasan yang diberi bila di tanya hanyalah alasan bodoh semata...tak amik gambar org org yg hadir, cuma amik gambar makanan yg dihidangkan. Hmm, tak tahulah nak cakap apa.
Ah nak juga sentuh bab kejujuran ni. Memanglah kadang kita terpaksa tell little white lies utk menjaga hati teman teman. Kalau ya pun ada yg nak berbuat demikian janganlah termakan diri sendiri dan nampak sangat kita menipu. Kalau yang ditipu tu tahu, pastilah lain kali depa dah tak percaya lagi lah cuma selalunya org yg di tipu tu tak akan menemplak si penipu lagi lagi kalau dia jenis yang menghargai persahabatan. Cuma mungkin satu pengajaran dan org yg ditipu itu akan lebih berwaspada terhadap teman yg tak jujur itu.
Buat aku ni, ramai kawan kawan yg aku kenal lately bersikap hipokrit dan juga jenis yg aku nyatakan diatas. Berym atau bercontact sekadar nak kan pertolongan. Entahlah, agaknya dorang ni semua tak rasa bersalah. Tapi takpelah, gasak dorang lah, lain kali aku akan ambil sikap not so generous with this type of person yg suka nak manipulate keikhlasan dan kebaikan seorang teman. Walaupun dorang kenakan aku, aku tak kisah dan aku tak nak balas. Biarlah dorang jawab sendiri nanti esok esok. Utk org org tersebut aku doakan dorang bahagia selalu dengan sikap dorang tu buat masa ini.
Citer pasal ni, aku rindu pulak nak berbincang dengan satu teman yg selalu berym. Such an intelligent discussion kalau berym dengan dia ni. Aku harap dia tak salah anggap dari apa yg aku bualkan masa kali terakhir berym dengannya. Masuk minggu ni, dah lebih 2 minggu kami tak berym. Aku harap kalau dia ada membaca blog entri aku kali ni, aku ingin katakan, beb, aku rindu lah nak berdiskusi ngan you. Rindu nak bertegang leher menegakkan negeri mana yg lebih baik. Rindu nak bersikap nasionalisma dlm perbincangan kita. Dan beb, i'm really sorry if what I said the last time hurts you. No harm or ill thinking on my side, just voicing out from experience. Hope to see you online soon.
Monday, December 1, 2008
Terfikir .....
Friday, November 28, 2008
Pengalaman Pertama - Sudahkah Anda Merasa?
ps: Barang siapa yang membaca tajuk entri ini dan mengharapkan stories behind closed door and under the blanket, harap maaf.
____________________________________________________________________________________________________________
21 November 2008 - Yang pasti aku Bersyukur kepada mu Ya Allah! Terlerai segala kekusutan dihati hambamu ini.
Lepas mammogram tuari, we all trus gi chalet. Actually, ada conflict sikit nak gi sana. Dear merajuk kejap, tak nak pegi pulak. Hishh bingit aku. Kat stesen bas juga aku meleteri Dear. She diam aja. Maaf ya Dear, bukan sengaja nak naik berang ngan you. But I guessed, sometimes you really need to be nagged at.
Sebelum ke chalet, we all nak singgah beli some drinks and food. Dear masih marah layaknya. Bila I met my friend, she terus aja jalan dan left us. Bingung juga aku mana nak cari. Called her mobile, she tak angkat. Bengang betul. Panik gak nak cari kat mana ni. Gi foodcourt, tak nampak pulak batang hidung Dear. Last tu, bila aku nak masuk supermarket, Dear pun kluar bawa a few plastic bag. Lega sikit ati. Ingat Dear dah cabut kemana aja.
On the way out from the shopping mall, Dear berhenti depan kedai jewellery. Aku yang jalan agak belakang sedikit, ditariknya tangan utk masuk ke kedai tu. Alamak, takkan nak minta aku belikan barang pulak. Tengah budget ni. Ah takpelah, aku ikutkan aja. Tak merajuk lagi buah hati aku ni. Penatlah nak memujuk. Dear nak beli bracelet rupanya. Aku diam aja, sambil perhatikan harga bracelet yang Dear belek belek dan try try. Bukan takut tak termampu, cuma aku nak saving for other thing . Maklumlah, ekonomi agak muramkan sekarang. Dah habis she pilih for herself a bracelet and a ring, Dear suruh aku pilih pulak. Lah! aku tak nak belilah. Then Dear suruh sales person tu cari utk size aku pulak. She then whispered to me
"Jgn takutlah, Dee tak suruh bayarlah, Dee nak belikan utk Yang sekali"
Amboi, tadi merajuk, marah marah, muka asam, boleh pulak bisik bisik sekarang. Agaknya she terfikir apa yg aku dah luahkan masa nagged at her and thats make her cool.
Wah! dah rezeki ni, sebat ajalah. Aku tak mood nak pilih pilih, apa yang Dear pilihkan untuk aku, aku satisfied aja, she yang lebih arif bab ni.
She macam happy habis impromtu shopping tu. She bought a bracelet and a ring for both of us. Mahu gaklah nak dekat $1.5 ribu terbang. Tapi she said takpe, sebab tuari our anniversary, she tak kasi aku apa apa. Then oklah, taklah aku rasa semacam aja.
Tapi yang buat aku hepi sangat last Friday tu bukan sebab Dear belikan aku bracelet and ring tu. Aku hepi sesangat bila kluar dari jackpot room kat chalet tu, bertemu dng Dear, she passed me a plastic bag. Bila aku tanya apa benda tu, she asked me to open it. Hah ni lah benda yang buat aku hepi: -
Kerepek Opak Ubi. Kenapa boleh bikin aku hepi ye .... nantilah aku citer lain entri. Nak habis kan keje sikit, hari ni boleh balik @ 3pm sbb company aku ada D&D.
Nantikan cerita - Aku dan Opak...akan datang ...di monitor anda.
Wednesday, November 19, 2008
Apabila Cinta Tidak 100%
Kadang tu, bila kita menyayangi seseorang, kita committed nak do anything for her, nak try to fulfilled all yg termampu. Waimah kita penat macam mana sekalipun. Selalu nak berikan keutamaan pada sidia. Nak buat sesuatu pun nak fikirkan sidia. Kalau boleh kita nak sidia bahagia sentiasa. Kita ingat kita curahkan 110 % masa, tenaga, kasih sayang dan apa apa lagi lah hanya untuk sidia. Bak lirik lagu lama
Buang emak buang saudara
Tapi apa akan kita rasa, bila sidia tak semena mena berkata sidia tak 100% mencintai kita. Mulalah kita terfikir yang bukan bukan. Hati mulalah bersoal jawab sendiri
Adakah dia sudah ada orang lain?
Adakah dia bosan dng kita?
Apa salah kita dan apa yang kurang pada kita?
Apakah yang membuat dia berubah hati?
Semua kemungkinan terlintas di fikiran dan sanubari, setiap gerak geri menjadi identiti mencari punca persoalan ini.
Kita mulalah berdiolog mencari kesilapan kita, mengamit setiap lorong memori perjalanan hidup kita berdua. Mencari noda noda kesalahan di pihak mana. Dalam kealpaan kita terlupa, dalam kegopohan hati yang terluka, kita menerjah segala kemungkinan dikepala otak yang berserabut.
Kita jadi orang yg tak karuan, kita jadi marah dan sedih. Kita jadi tak rasional. Yang paling dahysat kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya di bumi Allah ini. Apa tujuan kita berada disini.
Hari ini, aku memohon kepada mu Ya Allah, kau kuatkan lah hamba mu ini. Redhakan lah aku menerima ujian mu sekali lagi. Tabahkan lah aku untuk menikmati ujian mu ini. Terimakasih Ya Rabb, kerana memberikan aku rasa kasih sayang ini, terimakasih kerana memberi aku peluang mencintai ciptaanMu dan mengajar aku rasa sedih, gembira, sakit hati, bahagia dan suka duka. Kalau masih ada cinta antara kami, kau panjangkanlah jodoh kami walaupun cinta ini songsang. Izinkanlah aku menikmati kebahgiaan yg tak berpenghujung ini hingga akhir hayat. Amin
ps: Aku akan tetap mencintaimu walau bagaimanapun dirimu. Seandainya kau tiada lagi disisi, tiada guna hidupku disini.
Sunday, November 16, 2008
Lost
Tiada Jawapan
Ku Cuba Sentuh Dirimu
Hanya Kehampaan
Betapa Jauh Rasanya
Kau Entah Dimana
Laksana Detik Detik Jam
Bergema Di Gelap Malam
Thursday, November 13, 2008
Why This Feeling?
Wednesday, November 12, 2008
Terimakasih Sayang
Sayang, entah kenapa tergerak pulak hari ini Dee nak kepo masukkan entri kat blog sayang ni. Padahal sayang kan tahu, Dee tak suka nak memblog but this is special ok. I want it to be imprinted. Sayang jangan marah tau.
Dah 2 minggu Dee tengok Sayang bersusah payah bangun awal pagi. Dengan dedikasinya Sayang masakkan utk Dee dan family Dee. Sejak kita pergi jumpa dietician, Sayang betul betul ambil berat tentang pemakanan Dee. Never expect that you care so much walaupun hari hari you lafazkan kekata I love you to me.
Sayang, tak pernah Dee terfikir dan bayangkan benda ni boleh terjadi. Ye lah kita selalu membayangkan benda yang elok elok dan muluk muluk. Never do I expect that you have so much patience in taking care of me. Sayang terlalu sabar dan tabah melayan kerenah Dee. Dee tahu Sayang penat, tapi Sayang gagahi juga hari hari menjalankan tugas. Dee rasa beruntung sangat bila Sayang take care of me. Sayang sanggup control nafsu demi Dee. Walaupun Dee rasa Sayang kecewa teramat, tapi Sayang tak pernah marah. Maafkan Dee ok. Sayang terlalu banyak berkorban utk Dee.
Sayang, Dee bukanlah jenis suka nak mengungkapkan kata cinta sewenang wenangnya. Dah lebih 20 tahun kita kenal dan 19 tahun kita hidup bersama, takkanlah Dee tak cinta dan kasih kan Sayang walaupun jarang Dee nak sebut kata kata keramat tu. I just can't bring myself to say it everytime. Sayang fahamkan?
Apa yang berlaku sekarang ini, telah really membuktikan ketulusan dan kesetiaan Sayang pada Dee. Dee akur dan bahagia sekali walaupun ikatan ini tiada penghujungnya. Sayang ingat tak, last Friday, Sayang ada kata kat Dee apa apa pun esok tua, kita jangan harapkan orang lain, we take care for each other. Memang itulah harapan Dee walaupun tak Dee ungkapkan. Dee tahu Dee takkan dapat menandingi cara Sayang menjaga Dee, tapi ketahuilah Dee akan cuba dan lakukan yang terbaik.
Sayang, terimakasih atas kasih sayang, cinta kasih, keprihatinan, ketulusan dan perhatian yang tak jemu yang Sayang berikan pada Dee. I LOVE YOU HEAPS.
Itu sajalah yang hendak Dee tulis di entri ini. Sayang jangan marah ok.
PS: Dee tak tahu macam mana nak tukarkan entry posting tu to my name. Thus it still showed that this entry is posted by YANG. huhuhuhu...
Wednesday, November 5, 2008
Aku dah tak Tahan!
Monday, November 3, 2008
Aiyoh! My Blood can go Upstairs!
Tuesday, October 21, 2008
Maaf, takde Niat pun ...dan selamat bercuti
Friday, October 17, 2008
Kena Main
Monday, October 13, 2008
Raya, Open House dan Org Baru
Tahun ni, raya pertama rasa nya tak sama seperti tahun tahun sebelumnya dan tahun lalu. Raya tahun lalu, aku spent the whole day kat hospital. Tahun ni, aku raya kat rumah kak long. Biasalah, tiap tahun malam raya aku akan balik ke rumah kak Long. Yelah, aku ni anak yatim piatu, so beraya di rumah Kak long ajalah sbb tulah HQ utk siblings aku.
Semua siblings aku satu satu datang ke rumah Kak Long. Tahun ni, kami semua tak berphoto. Walaupun anak buah semua aku tengok bawa camera, non of them initiate nak bergambar. Semua lebih banyak berdiam aja. Tahun ni kami adik beradik beraya kurang satu dari our siblings yg sedozen. Lepas makan memasing minta maaf dan pulang. Sebab tu macam lemau aja raya tahun ni. Lagipun tahun ni raya macam sepi aja kat Singapore ni. Yelah, budak budak semua tengah exam. Parents jadi kanchonglah.
Aku the last person to leave Kak Long house setelah berjumpa dan bermaaf maafan dengan semua siblings. Memang selalunya gitulah, aku tunggu semua siblings aku dtg dan left after dorang semua dah balik. Dear berapa kali sms tanya kat mana dan bila nak balik to her place.
Aku sampai kat rumah Dear at about 6pm. Dear takde dirumah waktu aku sampai, hanya FIL dan pembantu aja yg ada.
Kat rumah Dear memang tak ramai yg bertandang bila first day raya selain dari her siblings. Tak macam rumah Kak Long yg kena serang dgn cousin cousin kami on the first day. Tu ajalah citer raya kami.
Kalau syawal tahun lalu, aku kehilangan salah satu dari family kami, tahun ini Allah SWT telah memberikan menambahan dalam keluarga kami, di bulan syawal juga. Syukur yang teramat sangat, semua telah selamat. Betapa adil dan Agungnya pemberian Allah SWT. Satu diambil, diganti dua. Syukran.
Aku dan Dear masih lagi belum habis beraya. Rumah adik beradik aku tinggal lagi 2. Rumah ipar semua dah settle. Penat sesungguh, tiap balik kerja, pegi 1 rumah. Mana nak uruskan kepulangan pembantu kami utk pulang bercuti. Tinggal rumah aku aja yg belum aku open utk famili kami. Jangka nya nak bikin open house minggu terakhir syawal...anak buah semua dah request nak makan seafood. Tak nak juadah raya lagi. Kakak2 dan kakak ipar pulak nak sambal goreng pengantin dan rendang limpa. Wooi, boleh bangkrap. But then, Dear kata takpe, bukan selalu, kalau tak cukup bajet, Dear akan tambah. Tu yg aku bertambah sayangkat Dear tu, she never nak bezakan famili aku atau her family. Cuma Dear siang siang dah kasi tahu, mesti nak masak lebih dan kena panggil her siblings gak raya at my place. Yelah, tahun lalu memang aku tak beraya dan buat open house. Kami sibuk dengan exam, dan dalam itu, sibuk ulang alik kehospital dan kelas.
Bila fikir kan open house tu, berjambul kepala aku. Nak ikutkan selera anak buah dan adik beradik aku. Belum lagi ipar2 nyer request. Adoi, berapa kilo ketam nak kena bersihkan, berapa kilo sotong nak siang. Berapa banyak ayam nak kena goreng. Belum lagi benda benda lain. Nampak gaya kena amik cuti 1 hari lah nak siapkan semua. Almaklumlah, cuma aku dan Dear aja yg nak siapkan benda tu semua. Memang kami takkan panggil pembantu tolong utk open house @ our place tu. Tugas pembantu tu mestilah kat rumah Dear aja.
For now, menu sepenuhnya belum difinalized kan lagi. Tumpuan kami buat masa ni hanyalah for the twin gerl yg hadir dlm keluarga kami on 10 syawal. Welcome to the world, Gerls. To my nehpew and niece in law, Congratulation for being a Parent.
Tuesday, September 30, 2008
Salam Aidilfitri
Menghitung hari berakhirnya Ramadhan
Terasa sendu dan sayu hati ini
Betapa cepatnya syawal menjelang
Rasanya belum puas aku menikmati
Ramadhan yang penuh syahdu
Yang membangkitkan seribu rasa pilu
Dalam ku mengangkat tangan
Berqunut di akhir akhir ramadhan
Mengalir airmata tanpa disengaja
Mengingat segala khilaf dan dosa
Betapa aku hambu mu yang hina
Memohon pengampunanmu yg Maha Esa
Andai ini Ramadhan terakhirku
Jadikanlah ia yang terbaik di pandanganMu
Mengecapi kelazatan Lailatul Qadar
Berqiam dalam keinsafan kebesaranMu
Mengucapkan sejuta pujian dzikir
Mensyukuri Nikmat Ramadhan ini
Dengan Kebahgiaan yang tak terperi
Salam Lebaran
Nukilan : DeeYang
2008 Sept 30 @ 30 Ramadhan 1429
Wednesday, September 17, 2008
Surat Terbuka .....
Salam semua,
Posting aku kali ini memang aku khas kan utk korang korang semua.
Aku bukan nak tunjuk baik atau nak kata yang aku bagus. Malahan aku selalu rasa diri ini teramat kerdil walaupun orang lain ingat aku ni baik. Banyak dosa yang telah kita lakukan. Dosa besar lagi. Ada orang yang baca blog ni terasa bila aku berkisah tentang amalan. Dah lah tu, sempat lagi nak sindir meyindir. Tapi bagi aku, to each its own.
Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang baik utk kita tampal dosa dosa kita. Bila sesekali aku buka mulut cerita pasal amal dan ibadah, org lain terasa. Hishh! tapi bila citer pasal romen romen, gumbira ria. Heranlah, selama ini dorang ni semua tak perasan, they just read my blog in between the line. Hmmm!
Aku bukan nak riak or whatever,tak ada niat langsung, tapi nawaitu aku hanyalah nak orang lain check and recheck their amalan di bulan yang berkah ini. DAh lah 11 bulan yang lain, kita rabak rabak buat benda yang tak patut. Tu belum lagi termasuk dosa dosa kecil kita yg kita tak sedar atau sengaja buat tak sedar.
Sejahat jahat aku dan seteruk teruk aku bercinta dan berkasih sayang dengan sesama jenis pun, taklah to the extend sampai lupa identiti sebagai seorang muslim. Mungkin org baca keseronokan aja...dan aku tahu org nak tahu tentang keseronokan aja... bila sentuh sikit tentang perasaan bersalah dan rasa berdosa mesti ada yg terasa dan melatah. Manusia tak luput dari Dosa dan akulah sebahgian dari manusia itu.
Orang lain boleh menilai apa yg dorang nak nilai...samada cerita di balik kelambu tu berakhir dng climax atau yg sebaliknya. Aku bukan hipokrit, aku mengaku aku buat dosa dan aku tengah berusaha utk memperbaiki kehidupan aku utk menjadi insan yang lebih baik utk menempuh saat saat kematian. Tak siapa yg tahu bila ajal akan menjemput.
Bak kata seorang teman senget yang satu tu, "Bercinta bercinta juga, yang wajib pun nak kena buat gak, supaya tertutup lobang lobang yg dah koyak tu". Yelah, aku dan dear bukan lah Malaikat nor kita ni setan jahanam tu...so we try to have a balance life to repent on whatever dosa yang telah kita lakukan. Mudah mudahan Allah mengampuni dosa yang telah kami lakukan.
Hmm, baru citer sikit pasal puasa dan terawih, org dah terguris dan tergaris. Belum citer bab haji dan umrah dan hal agama yang lain ....terdetik pulak soalan kat hati ini. Apakah sebagai insan yang senget ni, kita tidak ada hak untuk menjadi insan yang baik?. Apakah kita tidak berhak utk memohon dari sang pencipta agar suatu hari kita dapat melepaskan diri dari belenggu dan perasaan kesengetan kita itu?. Hmm, wonder if anyone wish to be in this situation of loving their own species and wondering with a sad feeling seeing the naturality of human love that Allah created. Aku dan Dear selalu bertanya pada diri sendiri, sampai bila kami nak jadi cam ni? Aku yakin, ada gak insan senget yang sering bertanya pada diri memasing soalan tersebut. Aku yakin gak, tiap kali lepas memuaskan nafsu, ada gak insan senget yang menangis sendirian mengenangkan apa yang dah di buat. (Ada org yang dah mengaku pada aku tentang ini disebabkan kesedaran - aku puji org tu sbb tak bersikap hipokrit)
Apa apa pun, aku nak buat disclaimer kat sini. Tujuan aku post about puasa dan terawih tu bukanlah nak tunjuk riak nor nak berlagak baik. Tiada niat jahat juga sebaliknya. Cuma nak mengingatkan diri aku sendiri yg leka dan ingin berkongsi keterobasan aku yg hanyut dlm melakukan solat terawih itu aja. Bagi sesiapa yang meluat dengan posting tu, aku minta maaf sebanyak banyaknya. Juga bagi sesiapa yang dapat iktibar dari posting tu, aku nak ucapkan syukur dan tahniah. Tiap individu ada perspective memasing. Takleh lah nak dipaksa paksa penerimaan mereka.
Akhir khalam, semuga segala amalan kita di bulan yang mulia ini di terima oleh Allah SWT. Amin.
Sekian.
Monday, September 15, 2008
Hargailah Orangtua mu
Sunday, September 14, 2008
Syioklah...Sampai ketagih You!
Ni lah benda Dneero ni, ada kawan satu yg mula mula invite, ajak sembang by answering some short question posted by other members, ada tu yg short survey kinds... masa join tu asal kelam kabut aja, sign in dan tak buat apa apa pun ....pas tu puasa puasa ni kan tak leh lah nak surf benda2 merepek, tu yg teringat kat si Dneero ni....dok jengok webby tu dan belek belek FAQ. Oh! best gaklah, sembang sembang dapat duit. Jom lah join me here ...
Friday, September 12, 2008
Being Asked and Earn ...Why Not?
Geramlah ngan Blogger ni
Aku ada problem with posting page. All the link button kat atas ni hilang. Korang ada face this problem tak?
Ingat tadi nak blog about iftar kat rumah kak long tempohari dan juga melihat ramai teman teman blogger bikin caramel pudding, teruja juga aku. Aku kengkonon naklah upload gambar caramel pudding yg aku bikin tu, tapi si blogger ni buat hal pulak. Sabar ajalah nak buat cam ner, puasa kan.
By the way, macam mana you all nyer ramadhan? Takkan citer pasal buka dan bazaar ramadhan aja. Macam mana ngan puasa dan terawih korang? So far aku belum pernah miss puasa dan juga terawih. Penat pun aku tetap lakukan. Pernah satu hari tu kerena teramat penat, aku tertidur dan aku buat terawih pada waktu aku bangun sahur...teruk kan tapi dari pada tak buat lebih baik kan aku buat walaupun its a bit out from the norm. Mudah mudahan Allah Swt terimalah amalan aku tu.
Bazaar ramadhan aku belum sempat lagi nak jenguk. Terawih pun buat kat rumah aja ..tak sempatlah nak gi masjid atau mana mana tempat yang organize terawih tu. Darling aku sakit beberapa hari ni. Minggu ni aja dia MC 2 hari. Sekarang ni pun belum sihat betul. Mulut dia penuh dengan ulcer. Haru aku tengok bila dia makan dengan wajah yg menahan sakit. Suruh dia jangan puasa, dia tak nak pulak. Dah tu lembik aja..lepas buka dan solat maghrib terus Dear lepak. Harap harap Dear sembuhlah sebelum raya nanti. Korang doakan ya.
Sekarang ni aktiviti aku penuh dengan assignment. Banyak benda nak kena buat research. Pas tu at least seminggu mesti nak kena siapkan 2 artikel. Dah lah tu, aku pulak sibuk at the same time nak belajar macammana earn money online. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku kan. Harap harap satu hari nanti boleh lah aku quit dari kampeni yg aku keje skarang, bosan betul kalau ingat nak kena tengok muka bos aku.
Aku bersemangat nak belajar lagi dan buat ni semua kerana Dear memberi sokongan dan bantuan. Walaupun Dear berikan sokongan, aku lebih rasa tercabar nak lakukan semua ini kerana aku ingin membuktikan pada Dear (yang slalu suka was was dan sceptical) bahwa di dunia maya ini, kita boleh juga berhasil.
By the way, kalau senang senang tu jengok jengoklah blog seorang teman ni
http://halalmakanmakan.blogspot.com
(its interesting, she baru aja belajar bikin blog tapi dah dapat first page ranking kat google on the search word halal makan)
Bagi sesiapa yang nak aku tunjuk ajar earning money online, do drop me an email or pm me kat sengetian forum tu.
Sampai jumpa lain kali... selamat berbuka.
Wednesday, September 3, 2008
Better Late Than Never
Puasa ialah menahan diri dari segala yang membatalkan puasa sepanjang hari (dari Subuh hingga Maghrib) dengan niat.
Amalan yang disunnahkan didalam bulan Ramadhan selain dari solat terawih adalah:
1) Memperbanyakkan membaca al-quran.
2) Bersedekah.
3) Meluaskan belanja untuk anak-anak yatim piatu.
4) Solat tahajjud (solat yang dilakukan sesudah tidur dan setelah solat Isya')
5) I'tikaf dimasjid terutama pada sepuluh malam terakhir.
6) Berbuat kebaikan kepada keluarga, jiran dan teman teman.
Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadithnya:
"Barang siapa saja umatku yang senang dengan datangnya bulan Ramadhan maka Allah mengharamkan jasad orang itu dari semua neraka," (Kitab Durrotun Nasihin)
Semuga setiap amalan kalian di bulan yang mulia ini mendapat imbalan dari ALLAH SWT. Bagi yang tak berpuasa tu, jagalah kemaluan eh bukan kemaluan, sifat malu dan segan tu dengan tidak memakan dan minum di khalayak ramai. Teruskan beribadah dan kautlah keuntungan bagi menolong kita di akhirat nanti, insyallah.
Friday, August 29, 2008
Kemaskini Aktiviti Kami
Saturday, August 23, 2008
Perang Dingin selesai kah?
Wednesday, August 20, 2008
20082008
Tadi dlm perjalanan balik dari JB pun, Dear dah kata yang Dear nak cepat cepat mandi dan solat sebab boyfriend dia dah tunggu. Sempat juga Dear menjeling kat aku lewat cermin masa she said that. Aku buat buat tak tahu, just concentrate on the road.
Sekarang ni, Dear ada kat dalam bilik tengah tengok boyfriend dia tu. Aku dah nekad nak start the cold war. Biarlah, kalau she selalu complain aku lebih pentingkan kerja aku, kawan kawan internet aku, tak pedulikan dia, aku nak keraskan hati aku juga. Hhmmmm, berapa lama lah aku boleh bertahan ni. SO NOW I DECLARE THE COLD WAR BEGIN.
Tadi sebelum update blog ni, check email, ada berita bagus. Bulan lalu, biz agak baik, so adalah rezeki sikit. Will be expecting the cheques in 2 weeks time...dapatlah buat tambah tambah duit collection untuk anak anak buah. At least, baca email ni buat aku tersenyum dan gembira sikit. Alhamdulillah. Ni yang bikin aku semangat ni nak be online dan berusaha lebih bersungguh sungguh.
Orang kat dalam bilik tu entah pukul berapa nak tidur. Aku dah set nak stop once dah habis update all the blogs yg patut aku update for today. Cuma aku musykil, boleh kah aku sedingin salju bila berbaring disebelah Dear yang sentiasa panas walaupun dalam kamar beraircon? Entah, susah nak pastikan, Hanya Tuhan yang tahu.
BTW, hari ni tarikh baik punya ...2008 2008. So another date worth to remember, it comes only once.