Tuesday, September 30, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Maaf Zahir Bathin seandainya tulisan di blog ni menyinggung hati nurani insan yg sudi membaca.

Menghitung hari berakhirnya Ramadhan
Terasa sendu dan sayu hati ini
Betapa cepatnya syawal menjelang
Rasanya belum puas aku menikmati
Ramadhan yang penuh syahdu
Yang membangkitkan seribu rasa pilu

Dalam ku mengangkat tangan
Berqunut di akhir akhir ramadhan
Mengalir airmata tanpa disengaja
Mengingat segala khilaf dan dosa
Betapa aku hambu mu yang hina
Memohon pengampunanmu yg Maha Esa

Andai ini Ramadhan terakhirku
Jadikanlah ia yang terbaik di pandanganMu
Mengecapi kelazatan Lailatul Qadar
Berqiam dalam keinsafan kebesaranMu
Mengucapkan sejuta pujian dzikir
Mensyukuri Nikmat Ramadhan ini
Dengan Kebahgiaan yang tak terperi


Salam Lebaran

Nukilan : DeeYang
2008 Sept 30 @ 30 Ramadhan 1429

Wednesday, September 17, 2008

Surat Terbuka .....

Untuk pembaca blog ini,

Salam semua,

Posting aku kali ini memang aku khas kan utk korang korang semua.

Aku bukan nak tunjuk baik atau nak kata yang aku bagus. Malahan aku selalu rasa diri ini teramat kerdil walaupun orang lain ingat aku ni baik. Banyak dosa yang telah kita lakukan. Dosa besar lagi. Ada orang yang baca blog ni terasa bila aku berkisah tentang amalan. Dah lah tu, sempat lagi nak sindir meyindir. Tapi bagi aku, to each its own.

Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang baik utk kita tampal dosa dosa kita. Bila sesekali aku buka mulut cerita pasal amal dan ibadah, org lain terasa. Hishh! tapi bila citer pasal romen romen, gumbira ria. Heranlah, selama ini dorang ni semua tak perasan, they just read my blog in between the line. Hmmm!

Aku bukan nak riak or whatever,tak ada niat langsung, tapi nawaitu aku hanyalah nak orang lain check and recheck their amalan di bulan yang berkah ini. DAh lah 11 bulan yang lain, kita rabak rabak buat benda yang tak patut. Tu belum lagi termasuk dosa dosa kecil kita yg kita tak sedar atau sengaja buat tak sedar.

Sejahat jahat aku dan seteruk teruk aku bercinta dan berkasih sayang dengan sesama jenis pun, taklah to the extend sampai lupa identiti sebagai seorang muslim. Mungkin org baca keseronokan aja...dan aku tahu org nak tahu tentang keseronokan aja... bila sentuh sikit tentang perasaan bersalah dan rasa berdosa mesti ada yg terasa dan melatah. Manusia tak luput dari Dosa dan akulah sebahgian dari manusia itu.

Orang lain boleh menilai apa yg dorang nak nilai...samada cerita di balik kelambu tu berakhir dng climax atau yg sebaliknya. Aku bukan hipokrit, aku mengaku aku buat dosa dan aku tengah berusaha utk memperbaiki kehidupan aku utk menjadi insan yang lebih baik utk menempuh saat saat kematian. Tak siapa yg tahu bila ajal akan menjemput.

Bak kata seorang teman senget yang satu tu, "Bercinta bercinta juga, yang wajib pun nak kena buat gak, supaya tertutup lobang lobang yg dah koyak tu". Yelah, aku dan dear bukan lah Malaikat nor kita ni setan jahanam tu...so we try to have a balance life to repent on whatever dosa yang telah kita lakukan. Mudah mudahan Allah mengampuni dosa yang telah kami lakukan.

Hmm, baru citer sikit pasal puasa dan terawih, org dah terguris dan tergaris. Belum citer bab haji dan umrah dan hal agama yang lain ....terdetik pulak soalan kat hati ini. Apakah sebagai insan yang senget ni, kita tidak ada hak untuk menjadi insan yang baik?. Apakah kita tidak berhak utk memohon dari sang pencipta agar suatu hari kita dapat melepaskan diri dari belenggu dan perasaan kesengetan kita itu?. Hmm, wonder if anyone wish to be in this situation of loving their own species and wondering with a sad feeling seeing the naturality of human love that Allah created. Aku dan Dear selalu bertanya pada diri sendiri, sampai bila kami nak jadi cam ni? Aku yakin, ada gak insan senget yang sering bertanya pada diri memasing soalan tersebut. Aku yakin gak, tiap kali lepas memuaskan nafsu, ada gak insan senget yang menangis sendirian mengenangkan apa yang dah di buat. (Ada org yang dah mengaku pada aku tentang ini disebabkan kesedaran - aku puji org tu sbb tak bersikap hipokrit)

Apa apa pun, aku nak buat disclaimer kat sini. Tujuan aku post about puasa dan terawih tu bukanlah nak tunjuk riak nor nak berlagak baik. Tiada niat jahat juga sebaliknya. Cuma nak mengingatkan diri aku sendiri yg leka dan ingin berkongsi keterobasan aku yg hanyut dlm melakukan solat terawih itu aja. Bagi sesiapa yang meluat dengan posting tu, aku minta maaf sebanyak banyaknya. Juga bagi sesiapa yang dapat iktibar dari posting tu, aku nak ucapkan syukur dan tahniah. Tiap individu ada perspective memasing. Takleh lah nak dipaksa paksa penerimaan mereka.

Akhir khalam, semuga segala amalan kita di bulan yang mulia ini di terima oleh Allah SWT. Amin.

Sekian.

Monday, September 15, 2008

Hargailah Orangtua mu

Dah 15 hari kita berpuasa, so far so good, we all belum pun satu kali berbuka di luar selain di rumah bersama anggota keluarga. Makanan tu jgnlah cakap, satu meja penuh walaupun aku telah berbincang dengan Dear agar tiada pembaziran di bulan yang mulia ini. Tapi nampak gaya, abg abg Dear yang tak boleh nak lawan nafsu dorang terhadap juadah yg dijual di bazaar ramadhan. Itu pun nasib awal awal lagi aku dah warning abang ipar ku sorang tu yang kalau bulan puasa ni, ngalah kan budak kecik, tengok semua ngidam dan nak, tapi dah buka dapat korma, air dan semangka kegemeran dia tu trus dah tak nak makan. Membazir kan. So far, aku ngan Dear belum pun singgah di mana mana bazaar. Maintain lagi ni.
Dear masih lagi tak berapa sihat, satu mulut penuh ngan ulcer. Sian aku tengok Dear tak leh nak makan. So semalam aku masak lah Chicken Minestrone. Dear actually suruh masak Fish Ball Noodle, tapi kami kepenatan tak pergi pasar semalam, jadi takde fishball. So sebagai subtitute aku masaklah chicken minestrone for her. 2 mangkuk Dear makan... senang ati aku. Dah berapa hari Dear tak dapat nak makan, sabtu tu aku bikin roti jawa utk tahlil adik beradik pun dia tengok aja ...takpe ye Sayang, nanti you dah baik, I bikin lagi ok.
Jumaat yang lalu, sedang aku sibuk buat assignment, kira kira pukul 12.45 mlm, talipon berdering, tersentak kejap. Bila aku jawab, si pemanggil ask for Dear, bila aku kata Dear dah tidur, ngomel pulak si pemanggil suruh aku panggil kan Dear gak. Tak kuasa aku, si pemanggil ni sepupu Dear yang kita gelar kan Sot. Tapi aku bukan nak citer pasal si Sot ni aku nak citer pasal sepupu Dear yg lagi satu. Rupa rupa nya Sot called sbb nak kasi tahu yang pakcik Dear sakit tenat. Sot suruh Dear kerahkan abg abg Dear untuk ke rumah pakcik Dear. Aku tanya Dear kalau Dear nak pergi, sbb abg dia takleh pegi kena kerja at 3 am. Dear kata tak nak. (Memang she tak berapa rapat ngan this uncle nya family) So she went back to our room dan aku pun continue lah buat assignment. Tak sampai setengah jam, Dear kluar lagi dan kasi tahu kalau pakcik nya sudah menghembuskan nafas. So sibuklah kita calling calling Dear nya siblings kasi tahu. Lepas tu, Dear sambung balik tidur sedangkan aku trus membuat assignment yg tak habis habis lagi. Jam 3 pagi barulah aku masuk tidur.
Kami ke rumah pakcik Dear sekitar jam 7.30 pagi. Katanya mayat akan dikebumikan as early as possible, kelam kabut kita di buatnya tapi tak pun seperti yang di jangkakan. Arwah pakcik Dear ada seorang anak yang tinggal bersama nya. Tak tahulah aku kenapa dengan anak arwah nya. Dengar citer dari pada makcik Dear yg lain, she ni macam dah tak betul. Boleh dia terkurung dlm bilik sampai 3 4 hari tak kluar. So bila ayah nya nazak dan meninggal pun dia tak kluar dari bilik dia. Puas dah makcik dan sepupu dia ketuk pintu tu... tak de jawapan langsung. Sampailah kakaknya datang dan merayu adiknya supaya kelaur berjumpa ayahnya buat kali terakhir. This gerl hanya buka pintu sedikit, kakak dia suruh kluar, dia langsung tak mahu. Hishh macam ni punya manusia pun ada. Kesian aku tengok. Kalau ya pun marah ke atau merajuk ke, jgnlah kita buat ibu bapa kita macam tu kan. Aku rasa that gerl dah tak betullah. Cuba korang bayangkan, 3 4 hari tak kluar dari bilik...mahu boring aku di buatnya. Masa aku hanimun dulu pun, walaupun suasana romantik, pun nak kluar kejap amik fresh air. Tak faham betul lah aku.
Aku citer ni bukan apa, sekadar nak buat iktibar pada diri sendiri dan share share lah ngan korang. Walau macam mana marah dan geram pun korang ngan mak ayah korang, janganlah buat cam apa yg budak biol tu buat. Selagi ada org tua tu hargailah mereka. Janganlah jadi anak derhaka, tak cium bau syurga. Tu kira okay lagi, kalau mati tak sempat nak minta ampun, amacam, sendiri mahu pikirlah kan ..... tapi Kalau korang di paksa kawin, pandai pandailah ngelak ya. As for aky yg yatim piatu ni ... duduk ngan Father in law in pun aku nak kena gak jaga hati dia kan. Dah lah dengan anak dia sendiri dia tak ngam, nasib baik ada aku menantu yg baik ni ..eheem eheem, puji diri sendiri pulak aku ni eh.
Oklah nak baliklah, nak masak kan Dear fish ball noodle. Selamat berbuka semua.

Sunday, September 14, 2008

Syioklah...Sampai ketagih You!

I dah ketagih dah ni .... oopppss...bukan benda haram eh...sori kita tak sentuh benda benda haram yg mengkhayalkan ni. Tapi benda yg satu ni mengkhayalkan juga cuma tak memudaratkan malahan sebaliknya.

Ni lah benda Dneero ni, ada kawan satu yg mula mula invite, ajak sembang by answering some short question posted by other members, ada tu yg short survey kinds... masa join tu asal kelam kabut aja, sign in dan tak buat apa apa pun ....pas tu puasa puasa ni kan tak leh lah nak surf benda2 merepek, tu yg teringat kat si Dneero ni....dok jengok webby tu dan belek belek FAQ. Oh! best gaklah, sembang sembang dapat duit. Jom lah join me here ...

Friday, September 12, 2008

Being Asked and Earn ...Why Not?

I was asked to answer this question and I did it without knowing that I can earn money by answering it until after I had finished doing it. How about that?. Answer ajalah... tak rugi pun.

Geramlah ngan Blogger ni

Puasa puasa ni, si blogger ni bikin aku tension pulak.

Aku ada problem with posting page. All the link button kat atas ni hilang. Korang ada face this problem tak?

Ingat tadi nak blog about iftar kat rumah kak long tempohari dan juga melihat ramai teman teman blogger bikin caramel pudding, teruja juga aku. Aku kengkonon naklah upload gambar caramel pudding yg aku bikin tu, tapi si blogger ni buat hal pulak. Sabar ajalah nak buat cam ner, puasa kan.

By the way, macam mana you all nyer ramadhan? Takkan citer pasal buka dan bazaar ramadhan aja. Macam mana ngan puasa dan terawih korang? So far aku belum pernah miss puasa dan juga terawih. Penat pun aku tetap lakukan. Pernah satu hari tu kerena teramat penat, aku tertidur dan aku buat terawih pada waktu aku bangun sahur...teruk kan tapi dari pada tak buat lebih baik kan aku buat walaupun its a bit out from the norm. Mudah mudahan Allah Swt terimalah amalan aku tu.

Bazaar ramadhan aku belum sempat lagi nak jenguk. Terawih pun buat kat rumah aja ..tak sempatlah nak gi masjid atau mana mana tempat yang organize terawih tu. Darling aku sakit beberapa hari ni. Minggu ni aja dia MC 2 hari. Sekarang ni pun belum sihat betul. Mulut dia penuh dengan ulcer. Haru aku tengok bila dia makan dengan wajah yg menahan sakit. Suruh dia jangan puasa, dia tak nak pulak. Dah tu lembik aja..lepas buka dan solat maghrib terus Dear lepak. Harap harap Dear sembuhlah sebelum raya nanti. Korang doakan ya.

Sekarang ni aktiviti aku penuh dengan assignment. Banyak benda nak kena buat research. Pas tu at least seminggu mesti nak kena siapkan 2 artikel. Dah lah tu, aku pulak sibuk at the same time nak belajar macammana earn money online. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku kan. Harap harap satu hari nanti boleh lah aku quit dari kampeni yg aku keje skarang, bosan betul kalau ingat nak kena tengok muka bos aku.

Aku bersemangat nak belajar lagi dan buat ni semua kerana Dear memberi sokongan dan bantuan. Walaupun Dear berikan sokongan, aku lebih rasa tercabar nak lakukan semua ini kerana aku ingin membuktikan pada Dear (yang slalu suka was was dan sceptical) bahwa di dunia maya ini, kita boleh juga berhasil.

By the way, kalau senang senang tu jengok jengoklah blog seorang teman ni

http://halalmakanmakan.blogspot.com
(its interesting, she baru aja belajar bikin blog tapi dah dapat first page ranking kat google on the search word halal makan)

Bagi sesiapa yang nak aku tunjuk ajar earning money online, do drop me an email or pm me kat sengetian forum tu.

Sampai jumpa lain kali... selamat berbuka.

Wednesday, September 3, 2008

Better Late Than Never

Walaupun hari ni dah 3 hari kita berpuasa, saya rasa masih belum terlambat nak ucapkan pada semua Selamat Berpuasa. So far, macamana you all nyer aktiviti bulan ramadhan ni. Harap harap semua kearah kebaikanlah ya. Syaitan dah dikurung, iblis pun dah kat dalam lokap, yang tinggal ni hanyalah syaitan dalam diri kita yaitu NAFSU. So pandai pandailah menjaga Nafsu tu ya. Kat sini nak berkongsi sikit tentang puasa ni dengan you all. Saya tahu mesti ramai yg dah tahu tapi tak salahkan untuk kita refresh sikit otak kita ni. Ilmu yang baik kalau dikongsi banyak ganjaran nya. So here it is:-

Puasa ialah menahan diri dari segala yang membatalkan puasa sepanjang hari (dari Subuh hingga Maghrib) dengan niat.

Amalan yang disunnahkan didalam bulan Ramadhan selain dari solat terawih adalah:
1) Memperbanyakkan membaca al-quran.
2) Bersedekah.
3) Meluaskan belanja untuk anak-anak yatim piatu.
4) Solat tahajjud (solat yang dilakukan sesudah tidur dan setelah solat Isya')
5) I'tikaf dimasjid terutama pada sepuluh malam terakhir.
6) Berbuat kebaikan kepada keluarga, jiran dan teman teman.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadithnya:
"Barang siapa saja umatku yang senang dengan datangnya bulan Ramadhan maka Allah mengharamkan jasad orang itu dari semua neraka," (Kitab Durrotun Nasihin)

Semuga setiap amalan kalian di bulan yang mulia ini mendapat imbalan dari ALLAH SWT. Bagi yang tak berpuasa tu, jagalah kemaluan eh bukan kemaluan, sifat malu dan segan tu dengan tidak memakan dan minum di khalayak ramai. Teruskan beribadah dan kautlah keuntungan bagi menolong kita di akhirat nanti, insyallah.