Monday, April 14, 2008

Feeling down lately, taktau lah kenapa, agaknya hormone imbalance kot ...masih lagi keadaan rumahtangga kami agak dingin.. Dear masih merasa konfius, kenapa aku terlalu mencintainya ... kenapa kita berpasangan ...kenapa ni, kenapa tu ..Ya Allah!... aku selalu merasa tersudut bila di hentam dengan soalan yg bertubi tubi dari Dear. Walaupun dah hampir 18 tahun kami bersama tapi kekadang soalan begini timbul juga dari sang kekasih. Siapalah aku dan apalah dayaku tuk menahan perasaan gejolak di dada ini. Kalau boleh aku pun mengimpikan berpasangan dengan lawan jenis, tapi apa daya ku, nurani ini tersenget pulak. Bukan pun aku minta begini, kalau di beri pilihan oleh sang maha pencipta, dah konfirm dah aku nak milih ysng straight. Tapi Dear kalau U baca blog ni, just want to tell you acceptlah apa yg sudah ditentukan oleh Allah. Kita tetap ingat dan bersujud padanya walaupun nafsu seksual kita adalah tersenget sikit. U ciptaan Allah, likewise me. Siapa yang kasi kita perasaan dan naluri ini. Memanglah bukan kita tak berusaha, tapi kadang tu berbaliklagi kita menumpahkan cinta kita bersama. Hhhhmmm... tak tahu dah macam mana lagi nak explain. Really sampai akhirnya aku menghantar Dear email kerana lidah ini terlalu kelu utk berkata kata dan otak ni berserabut utk menjelaskan sejelas jelas nya kepada Dear yang tidak jelas. Aku sertakan sekali link dari website ini http://www.irshadmanji.com/ berserta dengan message ini

"Please read without comparing or jeopardising our situations.
Its an eyes opening and knowledge for me. I always stumble when you shoot me with all the
question cause I'm lost for words to answer you."


I wish
I wish that I am not like this.
I wish that there are no such feeling
I wish its somebody else
I wish that its all a dream
I always yearn to be other person
I always yearn to get rid this feeling
I always yearn that its not me
I always yearn thats its not reality
I wish I can runaway
I wish I can be brave
I wish I can face it
I wish I can be honest
I wish what I want to wish
But who am I to wish
For God created the path
That I wish the path not for me
Now for once, I wish God forgive me.

hakcipta utk Dearie.

Harap harap setelah hujan akan timbullah matahari berserta dengan pelangi.

Thursday, April 10, 2008

Life is not a Bed of Roses.

Lautan mana yang tidak bergelombang
Bumi yang mana tidak di timpa hujan
Aku seperti mu adakala di buru
Oleh dosa dosa masa yang lalu.



This lyric and its rhythm of the song sung by Jay Jay and Dayang Ku Intan had been stuck in my brain. It has been a windy and little bit stormy .... ler tetiba termemblog dlm bahasa omputih pulak. Memang ye pun ... beberapa hari yang lepas ni, keadaan rumahtangga kami agak dilanda badai. Mungkin akulah puncanyer. Dear tak berapa suka untuk digauli. Untuk sekadar ciuman sebelum tido pun aku di tepisnya..hhhmmmm apa kenalah kekasih hati ku.


Maha hebat nampaknya masalah rumit ni. 2 hari lepas, aku membengkak hati, we ouls pegi tengok movie "Definitely Maybe". Aku ni dok fefeelinglah kat dlm theatre tu.. maklumlah, seingat aku, dah lama aku tak gi movie ngan Dear berdua aja...so nak fefeling sikitlah, bukan nak buat apa pun, cuma nak genggam tangan dia masih tengok citer tu. Entah apa yg ada kat fikiran dia tu, tangan aku yg berat ni, di angkatnya dan ditaruk di atas peha aku yg gebu sambil dia marah marah ..."eh apa ni nak pegang pegang". Maka terkoyaklah perasaan ku yg terasa nak romantik gitu. Mungkin Dear rasa tak sedap sebab pasangan di depan kita adalah pasangan yg betul, tak senget macam kita, lagi berpelukan. Tu yg aku agak bikin dia terstret thinking. Memang kekadang Dear memang cam tu. Bila dia terhon aja, dia terlebih lebih senget ... kalau tak, stret ler dear ni. Konfius aku kekadang. Di jadikan citer, perasaan marah campur sedih terus mencengkam sampai bawa ke tidur. Haru lagi, tak dapat aku nak melelapkan mata sbb kesebalan di hati masih terasa.


Berpusing pusing di atas ranjang sambil tergaruk garuk badan yg tetiba gatal sini gatal sana. Si buah hati kat sebelah buat donno aja. Tapi dia tak tahan akhirnya. She turn her face facing me yg sedang membelakangkannya. Sambil memeluk pinggang dan mencubit sikit perut ku, dia bersuara manja; "Kenapa ni, your want 2 share what's bothering you". AKU yang tengah bengkak hati dan yg telah menutup telinga ku ngan the small square cushion tu, just geleng geleng kepala. Dalam hati rasanya aku nak menjerit cam ni;

"Dear, why you so like dat, apa you dah menyampah ke kat Yang ni, apa Yang tak boleh ke nak manja manja fefelling sikit ngan Dear kat luar sana". Sabarjelah hati, sabarjelah otak, sabarjelah apa apa pun ... last last aku menangis sampai tertidur. Bila aku tersadar, tangan Dear masih melingkari pinggang aku..tapi apa yg aku nak buat, hati dan perasaan masih tebal membengkak. I hate to have this feeling when waking up.


Pelan pelan aku angkat tangannya yg melingkari ku. Aku tengok jam di hanpon ku. Eh baru pukul 3 lebih lah. Hissh lama lagi nak pukul 5.30. Ku gagahkan diri utk tidur balik..susah betul bila perasaan yg bercelaru merajalela di hati, mata pun tak boleh nak berkompomi tuk kejam. Last last mulut aku jer yg terkomat kamit berzikir hinggalah aku trus terlelap.


Semalam pagi aku trus buat buat lupa luka di hati. Cepat cepat siap utk ke ofis. Dahlah sedih ngan phone call conversation with my sis, plus Dear pulak menyedihkan hati. Balik rumah stress lagi. Tidur malam tadi, aku paksa diri utk peluk Dear. Pas siap minta good nite kiss lagi. Hmm, she dah macam ok aja. she peluk juga. Terbangun dari tidur, Dear dah pandang ke kanan pulak, aku merapati tubuhnya dan memeluknya dari belakang.

"Darling"..
"Hhmm"
"Please lah, kita jgn gaduh gaduh over all thislah, Yang stresslah"
"Hhhmmmm..." I knew you heard me.
"I love you so much, dont hurt me okay".
"Hhhhmmm, pukul berapa ni". sambil Dear memusingkan badannya mengadap aku.
"4 lebih" hentam aja aku, tengok jam pun tidak.

Dear memelukku..tanpa menjawab any of what I said. Aku trus tonyohkan pipiku ke depan mulut dia minta di cium. She kissed me. Yahooo... I knew she love me too.
Cuma dia ne punyalah susah nak say the kekata yg keramat tu walaupun dah 18 tahun kami bersama.


Tuhan, Sesungguhnya Aku amat mencintai Dear. Tolonglah berikan kami jalan yg mudah untuk meneruskan perasaan cinta antara kami. Perasaan ini hanya datang dengan izin mu. Seandainya tiada lagi perasaan cinta Dear pada ku, Ya Allah, berikan lah aku kekuatan utk menghadapi kelukaan ini. Kau izinkanlah aku terus mencintai dan menyayanginya. Jauhkanlah perpisahan antara kami melainkan hanya melalui kematian. Amin.

Wednesday, April 9, 2008

Hadiah Hari Lahir

Hmm, nampaknya lama tak memblog di blog ini.

Banyak perkara yg berlaku selama 3 bulan yang lepas. Sibuk dengan tugasan di tempat kerja. Mana terlari lari attend kelas lagi selepas kerja, exam lagi .. hhmm tak sempat nak update blog ni.

Anyway just update sikit lah pelayaran cerita cinta kita ni. Kami telah bercuti ke Thailand pada bulan lalu. Sebelum bercuti, adalah percintaan kami terasa hangat bila ujung ujung minggu, almaklumlah tak keje, boleh sibuk satu malam bercengkerama.

Aku terasa diri di langit tujuh sebab sebelumnya Dear selalu menepis ajakkan aku untuk bermesra. Tapi ini Dear yg memulai...boleh keadahnya aku tolak. Entah apalah rezeki aku. Mengikut zodiak tahun baru cina ehhh bukan nak percaya benda benda cam ni .. sekadar mengquote aja ... tahun tikus ni adalah tahun yg baik bagi aku. Mudah mudahan betul lah ya ... harap baik dalam segi ekonomi, percintaan dan juga kesihatan.

Cuti kali ini sungguh bermakna. Tak pernah rasanya dlm perhubungan kami selama ini, Dear start the show. Pada mulanya aku agak marah dan merajuk disebabkan bila kami tiba di hotel, waktu nak check in, Dear tetiba suruh tukar bilik yg telah disediakan oleh pihak hotel. Kami bercuti bersama dengan 4 org lain. Bilik yang telah di sediakan adalah yang mempunyai katil double. Seronok lah aku rasa sebab tak yah nak tidur sorang sorang kat katil single tu. Tapi tup tup yg lain minta tukar sebab tak sederet atau bersebelahan bilik. Dear setuju pulak tu. Aku tunjuk muka protes...hhhmmm kata nak buat cinta, camner ni tak syioklah ...

Demi mengelak pertengkaran, aku lari dari meja resepsion.

Everything settle, kita sekarang semua sederet bilik masing masing dengan katil 2 single bed. Kwang kwang kwang. Hancus harapan nak tidur berpelukan. Dear tahu aku marah. Tiba dikamar, aku trus gi toilet, fresheshen up dan amik wudhu utk jamak zohor dan asar. At least dapat juga legakan hati ini dari perasaan marah. Habis solat, aku trus merebahkan badan di katil single tu dengan muka merajuk. Dear seolah takde apa apa, trus take over the sejadah dan telekong tu.

Kami telah berjanji ngan member yg lain utk bertemu di lobby at 6.30pm. Waktu tu baru nak masuk jam 4. Setelah Dear solat, dia menghampiri aku yg tengah dok boring dan memaksa memejamkan mata tu. Dear cium dahi ku dan trus mengengsotkan badannya di sebelah. Aku di peluk dan dicumbui lagi sambil dia membisikkan kekata ini

"Katil kecik kan bagus, boleh kita berpelukan erat erat, lagi romantik, betul tak sayang", sambil tangan nya dah start merayap ke bahagian yang menyeyetipkan aku.

Aku yg masih merajuk melarikan diri sedikit dari Dear. Menyedarinya, makin dieratkan pelukan dan memaksa memalingkan wajah ku untuk menatapnya. Tak sempat aku berkata apa apa, Dear terus mencumbui aku di bibir diselangi kata kata;

"besday gerl tak boleh merajuk tau, nanti Dear tak kasi hadiah best malam ni"

"Eh ada hadiah best apa", aku mulai berlembut dan tangan ku, ku lingkarkan ke pinggang Dear.

"Hhhmm, rahsia, kalau nak tahu, tunggu nanti malam dan sayang tak boleh merajuk". Kali ni Dear kata sambil mengugut.

Aku akur dan trus cium pipi nya. Rasanya Dear ni tengah terasang atau nak memujuk aku yg berulang tahun, she beat the drum dan kita pun berrolling rollinglah sementara nak tunggu kluar makan malam.

Sempat juga bercengkarama diatas katil yg sempit. Jam 5 lebih, aku disuruh mandi ...kedaahnya mandi junublah sebelum magrib...aku ajak Dear mandi sama, tapi dia tak nak. Dengan bergegas

aku membersihkan diri dan bersiap utk jamak maghrib dan isyak biar tak penat nanti habis dinner dan cuci mata. Dear mandi bila aku tengah solat.

We had a simple but good dinner. Pas tu kita gi Swensen makan icecream pulak. Then near the hotel ada nite market, so sibuklah we all semua bershopping. Aku takde apa yg sibuk sangat nak beli, member yg lain yg sibuk belanja. Yang ada kat kepala otak aku yg sememangnya kuning tu adalah utk cepat cepat balik bilik hotel utk $*%*.

Sekitar jam 11.20pm kami sampai di bilik. Aku di suruh Dear utk membersihkan badan sebelum tidur. Eh! nak tidur ...aku belum nak tidur ...aku nak make love. Macam mana ni?

Dear seolah olah buat lupa apa yg dijanjikan petang tadi. Aku pulak jual mahal tak nak tanya. So lepas bilas badan, aku pun tarik selimutlah nak tidur. Lampu samping katil tu aku dah off. Dear kluar dari toilet dan trus tidur di sebelah aku. Katil satu lagi kesejukanlah nampaknya. Apa yang terjadi biarlah menjadi rahsia kami berdua. Cuma aku nak kasi tahu yang aku amat bahagia di samping kekasih hatiku ini. Only one word to describe my feeling. PUAS.