Tuesday, July 29, 2008

Aku pun hanimun gak!

Alhamdullilah, majlis pernikahan dan persandingan anak saudara ku berjalan lancar. Walaupun kami semua penat tapi tiada yang merajuk nor nak bertengkar semasa majlis persandingan tersebut.
Aku nak citer sikit, kesian anak sedara aku, jam hadiah tukar tukar barang hantaran dia kena curi. Siapa lah si jembalang yg dajal tu. Kita tak nak tuduh sesiapa tapi selepas majlis nikah, barang yg pihak kami tukar tu semuanya my SIL side yang bawa. My side semua lenggang kangkung. Anyway, anak sedara ku kata, dia kecewa sangat sebab all the elders pesan memacam kan dia, but tak dapat nak jaga barang hadiah hantaran tu. Sedih juga aku dengar luahan hati nya. Aku cuma suruh dia look at the brighter side, at least he tak stumble masa nikah semuanya berjalan lancar dan kita mengharapkan yang masa persandingan nanti pun begitu juga. Things happen for a reason, ni semua di luar kehendak kita. Tapi kalau aku tahu siapa punya kerja, memanglah tak halal, tangan yang memakai tu biarlah berpekong.
Ah sekarang nak citer masa persandingan pulak. Masa pihak kami ke rumah pengantin perempuan, cuma aku yang ikut. Lain semua anak sedara aku yg ikut, itu pun yang lelaki. Yang perempuan semua busy. Oh gerfren anak sedara aku satu ada gak ikut. Orang tua tua yang lain yang ikut tu dari pihak SIL aku. Kat sana, aku puas cuci mata lihat kawan kawan isteri anak saudara ku tu. Siap aku petik petik camera amik those kekendu gerls. Hishh, gatai sungguh aku ni. Kalau Dear ikut confirmlah aku kena cubit. Ah mak andam pun aku tengok lain macam aja. Aku nak amik gambar mak andam, tapi dia tak nak. Hishh aku tengok gaya mak andam tu macam senget gak. Yelah, hanya orang senget yang slalu dapat melihat kesengetan org lain, kan. Tapi bila hari persandingan tu, dapat gak aku clik gambar mak andam tu. Tapi tak sangguplah nak post kat sini, so buat koleksi peribadi ajalah.
Balik kat pihak pengantin lelaki pulak, aku sibuk di cari oleh cuzzin dan saudara mara ku. Sampai tak sempat nak cari Dear. Tahu tahu aja, bila tengah berborak ngan satu cousin yang rapat, Dear datang dan berbisik kat telingaku. Terperanjat kejap. Cousin aku tanya kenapa she bisik dan what she bisikkan tu, aku hanya katalah, kan karaoke tu bising dan Dear hanya nak minta bungkus for someone yang dear kenal..so kena bisiklah, padahal Dear just want to say she missed me. Hishh, gemas betullah..yelah dah pagi aku gi kelas, then balik kelas, cepat cepat tukar baju, baru nak ajak Dear makan, pengantin dah nak pergi bersanding pulak. Tak sempat kita nak citer apa apa lagi, cuma sempat acknowledge each other pas tu aku pun minta izin pergi ikut hantar pengantin.
Selesai acara walimah dah pukul 6 petang. We all kemas kemas habis nak dekat maghrib. By the time aku pack barang dan balik rumah Dear dah pukul 9.30 mlm, itu pun nasib baik gelfren anak sedara aku sent us home. Ingat dah penat tu, boleh tidur cepatlah. Kepala pun dah naik pening disebabkan kurang tidur, tapi tak leh pulak nak tidur terus. Dear masih nak baca buku setelah solat isyak. Ah gasaklah, tahan aja lah mata...aku manalah boleh tidur dalam terang. Dah agak setengah jam, aku ajak Dear tidur. Eh nak pulak dia. Off lampu dan terus tarik selimut. Baru aja nak terlayang, ada pulak tangan yang start merayap.
"Eh nak apa ni? Yang penatlah...kita tidor aja ok. Kepala dah bengal ni"
"Hmm, tidorlah, Dee belum nak tidur, nak belai belai raba raba sikit tak boleh ke". merajuk aja bunyi nyer. Hishh boleh ke aku tahan kalau dah kena belai belai ni.
"Hmm, suka hatilah, tapi kalau Yang tak respon jgn marah ok." dengan malas aku menjawab sambil aku membiarkan tangan Dear merayap.
Ligat bagai gak lah Dear dibuatnya merangsang aku, akhirnya dalam bengal kepala aku layankan juga lah..dah nak buat macammana, kan tanggungjawab. Lagipun aku tak suka Dear kecewa, dah dia nak, bagi ajalah. Yang penting Dear puas. Walaupun lelah, nasib bangun pagi masih sempat lagi nak mandi dan solat subuh. Lepas solat subuh jemaah, kepala terasa berat amat, so tak jadilah aku nak gi kerja. Walhal aku on course utk 2 hari. Aku talipon company yang organise the course, cakap aku sakit tak dapat hadir. Nasib baik masa aku talipon tu suara pulak macam hilang timbul gitu. Jadinya cancel lah course aku untuk semalam dan esok dan akan direschedule next time. Bila aku beritahu Dear, aku tak jadi gi course tu, Dear hepi sebab she memang cuti. So for the whole day yesterday, we all hanya tidur tiduran aja sambil mini hanimun. Baguslah tu, 3 kali mandi dalam satu hari. Nasib malam tadi Dear dah penat, kalau tak jawab nya aku boleh pengsanlah..bengal kepala masih terasa lagi walaupun dah agak kurang. So we all tidur cepat at 10.45 last nite tanpa membuat cinta. Cukuplah kan, penat kerja kawin tu belum terlerai lagi, mana nak melayan si kekasih hati lagi. Tak daya lah den.
So hari ni aku report to worklah. Banyak kerja tapi aku masih sempat nak update blog ni. Actually nak post sikit gambar wedding tu, tapi x bawa camera pulak. So takde rezeki nak kongsi nasi beryani ngan semua. Lain kali ajalah nampaknya.
Anak sedara aku pulak pagi senin dah cabut gi honeymoon. Since wife dia tak dapat cuti lama, dorang pegi dekat dekat aja for 5 days. Tapi aku dan dia, dalam penat pun sempat gak kita berhoneymoon. Orang lain yang naik pelamin, kita tumpang gaklah berhanimun in our own room, tak kisahlah kat mana mana, yang penting kepuasan.

Sunday, July 27, 2008

Rapuan orang mengantuk.

Hari ni hari persandingan anak saudaraku. Sepatutnya aku sekarang harus lah ada kat sana utk tolong or sibuk sibuk aja memandangkan kami dah cater panggil org suruh masak. Tapi sekarang, aku ada dalam kelas ni ... sementara nak tunggu lecturer explain benda yang sebenarnya aku dah tahu, dan menunggu yang lain finish up their homework. Susahlah kalau dalam kelas ni ada org yang terlalu banyak tanya tapi bila kena buat assignment tak tahu mula. Pas tu minta lecturer to give sometime to check with other. Lorat betullah.

Tadi malam ramai yang datang kerana tak dapat nak hadirkan diri hari ini. So tak menang tangan kami melayan para tetamu. Dapatlah aku bertemu dengan saudara mara yang jarang benar aku jumpa. Rancangan nak tidur cepat terbantut. Bila ramai para tamu dah pulang, salah satu anak buah ajak gi beli durian. Aku ok aja asal aku tak kena drive dan bayar. Malam minggu, banyak kedai yang jual durian dah kehabisan durian. Kalau ada pun yang jenis XO di mana kita tak berapa minat. Last sekali beli juga durian sampai 2 bakul. Berbaloi lah juga we all bayar $50 for 73 biji durian. Dear sempat minta durian percuma utk kami makan disitu. Boleh tahan juga ahbeng tu dia layan sampai dapat makan 1 durian dan 3 lagi free. Nasiblah ahbeng tu very the ahbeng, so tak membuat aku jeles. Sampai bawah block, we all rewang makan durian pulak sambil gelak gelak. Sadar tak sadar sampai si pengantin nak naik rumah dia, baru lah aku sedar dah pukul 2.50 pagi. So aku pun baliklah ke teratak buruk aku, nasib baik rumah abang aku tu dekat so tinggal jalan kaki aja. Sampai rumah seperti biasa mestilah nak membersihkan diri kalau tidak jangan harap dear nak kasi tidur sbelah dia. By the time kita washup dan solat isyak, dah pun almost 4 am.

Pagi tadi terlepas subuh aku. Nasiblah kawan aku hantar sms. Itu pun dah 2 sms baru kami tersedar. Aku mandi, siap kejap dan masak air for Dear. Dear agak keberatan nak lepaskan aku pergi kelas. Siap complain nanti dia kena breakfast sorang kat bawah block tu. Bila aku cium dia yang lagi tidur tiduran sebelum pergi, Dear merengek sambil mumbling yang aku tak sayang dan tegah nak tinggalkan her to attend the wedding sendiri. Alah mengada lah tu, macamlah Dear tak biasa ngan famili aku. Tapi sorry sayang, I just cant miss this class. Its important for our future ok.

Oklah, class dah startlah ... harap aku dapat cabut cepat dan menempuh hari ini dengan penuh tenaga dan semangat. Need to concentrate now...see ya.

Friday, July 25, 2008

Cerita Semalam

Semalam, bila jumpa Dear, baru lah we all decide sama ada nak gi makan Fish & Chips or go to my brother place for that Siput Sedut. Dear memang tak berapa gemar dengan siput sedut masak lemak tapi Dear choose to go to my brother place pulak. Aku okay aja, mana mana lah. On the way to there, cuaca agak agak macam nak hujan..we all borak borak dan decide untuk not to go pulak. We stop kat Eunos and had our dinner there. Jadinya aku tak dapat Fish & Chips or Siput Sedut masak lemak tu. I have to please myself with this Kacang Pool and teh tarik. Best pulak kacang pool ni, lama tak makan, lama tak bikin kacang pool. Silakan kawan kawan menjamu mata...hehehe Dear pulak datang tekak mamak dier tu. She order mee kuah. Bolehlah rasanya, tak lah sesedap kat Beach Road or Pasar Tekka Lama tu. Tapi ok oklah. Kalau nak, tataplah gambar mee kuah yang kekasih hati aku makan ni.
Dalam kita bersantap, ada seorang teman dari sekolah menengah dulu lalu disitu. Aku pun apalagi, teriaklah kat dia suruh join us. Kawan kita tu nama dier Jan. Jan ni kira kakak kelas kita lah, tapi kerana dia terlalu sayang zaman persekolahan, dia belajar lebih lama kat situ. Sori Jan, bukan nak menghina, saja nak tuliskat sini kesetiaan kau pada sekolah kita tu. . heheheh. So we all bertanya khabar dan story story. Then Jan tanya if aku kenal dengan someone name Khairun from our school. Hishh banyak Khairun lah yang aku kenal. Bila Jan mentioned her full name, confirm lah aku kenal. Dear jangan haraplah nak kenal. She budak baik masa zaman sekolah dulu. Aku dan Jan ni terror sikit. Khairun ni pernah satu kelas ngan aku masa Secondary One, plus dia juga tinggal kat kampung sebelah kampung aku dulu. Rupanya Jan ada story nak citer about this Khairun. Jan dan Khairun sekarang bekerja di firma yang sama.
"Eh korang tahu, si Khairun ni, besar punya penyapu, dia citer kat kawan kawan aku yang aku ni Lesbian." berkobar si Jan citer.
"Ah! ye ke kau Lesbian Jan?" tanya ku pulak. Dear menjeling pada ku mendengar aku menyoal Jan begitu.
"Kau tahu apa aku bilang kat budak budak kat ofis aku tu, Hah yelah Kak Jan ni memang Lesbian, tulah dulu Kak Jan main ngan mak si Khai tulah, dapat Khai, jadi korang sekarang dah tahulah Khai tu anak lesbian aku" beriya iya betul teman aku ni bercerita. Aku pulak, dengar apa yang Jan cakap tu, terus terbahak bahak ketawa. Dear pun ketawa juga. Bukan apa, lihat gaya si Jan ni bercerita memang selalu mengelikan hati aku. Plus now she mengaku yang dia les dan ada anak les tu lagi menciut hati nak gelak.
"Pas tu, apa jadi" Dear yang telah berhenti ketawa bertanya
"Apa!, budak budak tu semua muda muda, bila aku cakap cam tu, dorang semua ketawalah. Si penyapu tu, kalau dia jalan dpn aku, jeling aku, terus aku soraklah kat dia, Oi jalan depan bapak jangan buang muka eh, tu kurang ajar namanya", jelas si Jan lagi. Memanglah konfirm aku gelak besar lagi. Ni pun mengingat apa yang Jan cerita semalam, aku tersengih sengih sendiri kat depan laptop ni.
Apalah Si Khairun tu, dah beranak pinak, perangai tak ubah ubah. Zaman sekolah dulu pun suka mengadu domba buat orang lain bergaduh. Orang macam ni pun ada..gi hantar tembak baguslah.
Seriously, aku jadi terfikir, memang si Jan ni agak kasar dan suka dress as she pleased. She tak kawin sampai sekarang kerana takut setelah dikecewakan oleh seorang lelaki. Cara dia jalan pun agak agak macam jantan. Tapi dia ni baik. Suka tolong orang. Dulu zaman sekolah, aku memang tak berani nak campur Jan ngan geng geng dia tu. Semua pianang. Kaki gaduh. Lagipun aku zaman bebudak dulu tu memang alim, alim kucing ler. Anyway, I dont think that she is a Les walaupun she dress like a butch. Jan dah banyak tolong kawan kawan kami dulu. She banyak juga tolong anak anak buah dia belajar sampai ke Universiti. Semalam bila Jan cerita yang dia pegi balloon her heart yang tersumbat tu dan none of her anak anak buah datang jenguk or ajak dia recuperate at their house after the operation, sedih aku dengar. Aku salute pada Jan ni. She berani dan yakin. Walaupun ada sendu dimatanya, dia berselindung dengan tawa canda, aku benar benar tabik kat Jan ni. Semuga Allah memberi kekuatan padamu Jan. Terimakasih kerana memberikan aku pengajaran tentang hidup walaupun kau tak sedar dari perbualan kita itu, banyak benda yang dapat aku belajar tentang hidup. Aku akan doakan Allah memberi kekuatan pada mu wahai teman. Amin.
Sekarang ni aku harap harap tak jadi macam ni lah nasib aku dengan Dear kelak. Yelah maklumlah, kita tak de anak sendiri, nak tumpang kasih ngan anak sedara ajalah.
Tadi malam, sambil aku membaringkan badan di sisi Dear yang lagi baca buku 'Ayat ayat Cinta' aku terus cakap kat Dear
"Dear, besok besok kalau kita dah tua dan Dear tak sanggup nak jaga Yang, Dear hantar aja Yang kat rumah orang tua tua eh, tak yah nak suruh anak sedara Yang amik jaga Yang tau". Dear langsung mengangkat muka dari buku yang dibaca dan pandang ke wajah ku lalu berkata
"Kenapa tiba tiba cakap cam ni, lain macam aja", lembut benar suara Dear.
"Takdelah, teringat kan si Jan tadi, kesiankan actually she. Yelah before anything happen, better Yang pesan dulu kat Dear, manalah tahu esok Yang dah sakit sakit, Dear dont want to be with me anymore" Jelasku. Dear terus amik bookmark yg di atas pehanya, put in between the pages and put the book aside. She laid down beside me dan pull my chin up to face her.
"Dee kan ada, selagi Dee ada dan mampu Dee akan jaga Yang, Dee taknak Yang fikir yang bukan bukan. Sayang
dah tak ingat ke pada janji kita, hmmm?" sambil Dee mengelus elus rambut di kiri kepala ku.
"Ingat, apa pulak tak ingat, tapi seandainyakan Dear dah tak larat nak jaga, dont ever get my nephews or nieces to take care for me, antar aja Yang kat rumah orang tua tua tu. Lebih baik cam tu dari mencari dosa dorang tu semua." aku masih lagi menjelaskan pendirianku pada Dear
"Hei, look here, I will never let that happen ok. selagi Dee terdaya, Dee akan jaga Yang, care for you till the day I die. Tapi Dee tak tahulah kalau Yang sanggup nak jaga Dee kan. Kalau tak sanggup biarkan aja Dee duduk sorang sorang, tak yah susah susah." kesitu pulak kesimpulan Dear.
"Thanks sayang, I will never leave you alone. Sekarang pun Dear tahu kan, I will never let you go anywhere alone and with people that I dont trust. I love you so much that I will never leave you alone. Melainkan Allah memisahkan kita dengan maut." sedih rasanya mengingat akan perpisahan. Aku merangkul Dear erat, seakan terasa ketakutan kehilangan. Dear membalas rangkulan ku. Seketika kemudian, aku bangun utk memadamkan lampu. Jam di handphone tertera pukul 11.35malam. Aku kembali di dalam pelukan Dear dan kami pun sama sama baca doa dan tertidur dalam pelukan masing masing.

Dalam kantukku aku berdoa
Mengharap mengampunanmu ya Allah
Mengihsankan cinta kami
Walau cinta ini cinta terlarang
Siapalah aku untuk menahan
Rasa cinta yang KAU berikan
Ampunkan lah kami Ya Allah.
Nukilan Rasa : DeeYang (July 2008)


Thursday, July 24, 2008

Siput Sedut & Fish & Chips

Hari ni kat ofis ni, aku taklah berapa tension. Member aku berchatting for the last week, ada on. So tak lah aku tension sangat walaupun banyak kerja. Sebenarnya aku tak bersemangat nak kerja. Nak amik cuti sayang pulak tak pasal pasal sekadar nak gi join sibling aku sama sama merewang. Dear pulak tengah busy sebab her covering partner mc 2 hari. Jadi nya aku hanya dapat dengar suara Dear sekali aja waktu nak lunch tadi. Itu pun Dear cuma nak beritahu kalau Dear nak gi sauna during lunch time. Aku suka kalau Dear gi sauna, kulit dia jadi lembut dan halus. Best kalau dapat elus elus. By the way, malam ni malam jumaat eh.
Balik nanti ingat nak ajak Dear gi makan fish and chips kat satu tempat yang kawan aku rekomen. Tapi SIL aku dah talipon suruh datang rumah dia untuk bantu apa apa yang patut for this weekend. Dia siap pesan supaya aku makan malam kat rumah dia sekali.
"Ah! akak masak apa?" tanya ku
"Alah siput sedut aja, korang adik beradik kan suka. Tadi abang kau pun balik makan dengar akak masak siput sedut." panjang lebar pulak SIL aku tu.
"Tengoklah nanti, kalau Dear nak pegi sana nanti, kita datang lah. Telur dah datang ke"?
"Belum, ni tengah tunggu telur lah, alah kau cakap lah ngan D suruh datang, bilang akak masak siput sedut" insist pulak dia ni.
"Alah kak, D tak suka lah siput sedut, kalau sambal goreng dia suka. Insyallahlah, kalau tak penat kitaorang datanglah".
Sebenarnya, Dear malam semalam dah tanya pasal nak ajak aku pergi rumah my brother. Aku aja malas. Monday dan Tuesday tuari dah pergi rumah abang aku tu. Bukan tolong apa pun. duduk bersembang aja ngan my brother tu. Dear sukalah, dapat berbual ngan biras dia tu...lepas satu topik satu topik dorang buka citer. Aku nak rest malam ni, besok malam onward dah busy giler nak kena tolong. Saturday ni anak sedara aku nak nikah. Kami adik beradik selalunya bergotong royong masak memasak. Aku peninglah tak tahu nak masak apa. Dear dah suruh pembantu rumah tu bikin kuih kaswi. Aku sendiri tak tahu nak masak apa lagi. Ingat ni tengah musim durian, bolehlah buat durian puff ke, or paling senang buat bubur kacang durian for dessert. Ah nak talipon Kak Long nanti minta approval. Manalah tahu kot kot ada sibling aku yang nak bawa benda yang sama pulak. tak ke haru.
Alamak entry aku hari ni merepek lah .. apa nak buat org dah takde mood ni ... jam dah pukul 5.35 ptg ni, Dear tak talipon lagi ni nak balik ...otak aku dah teringat fish and chips campur siput sedut masak lemak...hishhh lapar lah pulak. Yuk gi makan yuk ..

Wednesday, July 23, 2008

Snooze mood Off. I'm Back!

Hishh, dah agak berabuk pulak blog aku ni. Lama tak update sebab aku rasa blog ni sedang di pantau oleh seseorang yang mengenali aku. Tapi biarlah... kalau ye pun, apa yang org tersebut boleh buatkan. Ni dunia ku, hak aku, siapa dia nak menjaga peribadi aku kan. Lagipun that only part of the reason aja...satu lagi, aku tengah busy giler with deadline on projects. Ni barulah dapat bernafas sikit. Course yang aku amik pun menambahkan factor stress dan kesibukan diri ku. Nak buat camner, yang aku gatal gi sign up for the course buat apa kan. Padanlah muka aku. Nak taknak sendiri lah kena tanggung.
Tapi Jumaat lalu, aku dan beberapa teman telah pergi rejunevate ourselves sbb project pun dah selesai. 5 jam kami pamper ourselves dengan head to toe treatment. Kira body overhaullah. Dear pun ikut sama. X partner aku zaman cinta monyet dulu pun ikut gak. We are now good friend. Tak bahagia ke? Sudah semestinya lah kan. Dua insan yang pernah dan sedang bertahta di hati mengapit di kiri kanan ku dalam ferry. Makan breakfast pun both berebut rebut nak suapkan. Sebabnya aku hanya membeli 2 bungkus nasi sambal goreng to be shared by 3 of us. Sengaja aku berbuat demikian kerana aku nak tengok if yang X aku masih suka suapkan aku makan macam dulu dulu tak. Dear memang biasalah, suapkan aku semestinya. My X pulak bila tengok Dear suapkan aku, muka dia berubah. Pas tu dia sound ler pulak if aku nak tak sotong tu. Buat buat tanya pulak dia ni, bukan dia tak tahu aku memang suka sotong sambal tu. So bila aku kata ok dan baru nak ambil dan taruk kat paket yang ada pada Dear, dia pulak nak suapkan aku. Kerana tak nak mengecilkan hatinya, aku buka aja lah mulutku. Haruslah Dear jeles nanti. Tapi knowing her, she will never admit that she is. Nantilah bila mood Dear baik nanti, mesti terkeluar juga hal ni tau. So jadinya 2 paket nasi tersebut, aku yang makan paling banyak disebabkan dua wanita yang berebut nak suapkan aku makan. Macammanalah badan tak bertambah gebu. Aku dan My X tak terus pergi ke Spa, kami ke pasar dulu untuk beli some dapur stuff. Dear pulak naik teksi with my colleagues sebab teman teman aku tu semua tak tahu location spa tu . Bila aku sampai kat Spa, teman teman semua dah start treatment. Dear rupanya belum start, baru aja habis gunting rambut sebab tunggu aku nak buat treatment sama. Oh rupanya Dear dah asked for couple room for us. Hishh, takut aku bercouple room with my X kot. Anyway, Syiok betul rendam kat bath tub tu sambil berjacuzzi. Lagi lagi badan dah kena urut. Plus Dear pulak posing posing sexy kat dlm tub tu, haruslah menggoda keiman. Sesudah tu, kita gi shoppingler. Teman teman ku yg lain pun sibuk shopping, almaklumlah dorang semua jarang jarang pergi. Dorang takut nak pegi kalau tak aku yg bawa mereka. Kerana jadi tour guide, my makan and transportation for the day all being sponsored. Spa treatment, facial dan gunting rambut pulak di taja oleh kekasih hati. We all depart from there naik feri pukul 9pm. Kesian satu teman tu yang tinggal Johor. Jam rabak kat tambak tu, so she sampai rumah dah hampir pukul 1 pagi. Tapi she hepi sebab dah dapat buat spa dan pedicure yang dia idam idamkan tu.
Oh aku nak citer ni pasal si Ita dan Amri. Alhamdulillah! lega hati aku bila Amri talipon Sabtu lalu mengatakan Ita dah bersetuju sekamar lagi. Yelah aku tumpang gembira kerana Amri dah tahu yang aku bukanlah orang ketiga dlm rumahtangga mereka. At least nama aku dah bersih. Itu yang IMPORTANT. Apa dah jadi ngan Ely, Ita cuma katakan yang mereka dah putus. Dari pada kuncu kuncu aku, memang dorang ada report yang Ely sekarang tengah frust. Tulahkan, siapa suruh kacau bini orang ...last tu sendiri yg frust. Anyway, aku dah pesan kat kuncu kuncu aku tu supaya tengok tengokan perkembangan selanjutnya. Manalah tahu si Ely ni buat hal, bukan boleh percaya this pengkid. Dorang daring sikit bab bab gini. Mudah mudahan takde apa apa yang terjadilah hendaknya pada Ita or Amri. Semuga apa yang berlaku akan mengeratkan dan mengutuhkan lagi kerukunan rumahtangga mereka, its a testing from Allah, pasti ada hikmah di sebalik itu semua.
Minggu ni pun aku sibuk dengan hal hal keluarga. Banyak benda yang nak aku uruskan untuk famili aku pulak. Nasib assignment minggu ni dah pun aku selesaikan. Terimakasih pada kekasih hati aku yang memaksa aku buat assignment last sunday. So tak lah stress sangat nak tolong famili aku nanti. Terimakasih Sayang for forcing me to do my homework. And thanks too for waiting for me to finish my work dan urutkan badan lepas tu. Nanti Yang belanja makan kat Arnolds eh.
Oklah peps, nak balik ni, kekasih hati marah lak nanti kita lambat. Have a great evening.

Thursday, July 10, 2008

Lelah ... Teramat Lelah

Lelah. Itu yang saat ini aku rasakan. Aku lelah dan kewalahan. Perasaan feeling down amat terasa sekali. Nope, I'm not having my period atau teman baik tu nak dekat datang. Mungkin I just need to be alone. Pertemuanku dengan Ita memang tak membuahkan hasil serta merta. Aku pun tak mengharapkan begitu secepatnya.
Lebih kurang 2 jam setengah pertemuan kami semalam. Memang betul apa yang aku jangkakan, Ita datang dengan Ely. Dalam kita berbicara, Amri datang. Ita terkejut melihat kedatangan Amri dan sempat nak cabut. Tapi aku berjaya menenangkan Ita. Amri duduk di sebelah Ita setelah dengan sengaja aku memberikan seat tersebut kepada nya. Aku mahu Amri duduk di antara aku dan Ita bukan antara aku dan Ely. Tapi hari ini aku tak rasa nak bertinta tentang apa yang terjadi dalam pertemuan itu. Habis pertemuan tersebut, Ita ku ajak pulang bersama ku menaiki bas walaupun Amri berkereta. Ita akur dan menyuruh Ely balik sendiri. Amri faham tujuanku.
Perjalanan melalui bas sengaja aku ambil kerana aku masih ingin berbicara dengan Ita. Aku terus terang dengan Ita bahawa aku tak pernah mempunyai apa perasaan terhadap dirinya. Aku terasa amat hipokrit dalam pertemuan kami berempat. Akhirnya aku berterus terang dengan Ita setelah Ita berjanji akan merahsiakan apa yang hendak aku katakan. Terluah juga apa yang ada di hati. Ita sedikit pun tak terperanjat cuma dia agak terkilan kerana aku tak pernah sedikit pun menaruh hati pada nya. Memang aku tak pernah jatuh hati pada lain insan sejenis walaupun waktu zaman persekolahan ramai gadis gadis lain yang selalu mengirimkan surat berbaur cinta kepada ku. I set my eyes on Dear and will never change my heart on her. Walaupun aku takkan berjodoh dengan Dear, aku tetap akan khas kan cinta ini hanya untuknya. Tapi Alhamdulillah, walaupun cinta ini cinta terlarang, sang pencipta masih mengasihi aku dan memberi aku peluang untuk merasa nikmatnya dicinta dan mencintai insan yang di ciptaiNYA.
Untuk Ita, aku hanya inginkan dia kembali ke pangkuan Amri dan anak anaknya. Tiada gunanya memulakan percintaan dengan someone sekadar hendak membuktikan perasaan yang terpendam selama ini. Kalaupun dahulu, cinta aku untuk seorang yang bergelar lelaki datang lebih dahulu sebelum aku merasakan getaran rasa cintaku pada Dear, ingin juga aku melalui norma kehidupan yang dicipta kan oleh Allah SWT. Namun apa dayaku, takdir telah menemukan aku dan Dear terlebih dahulu. Walaupun sempat untuk aku berbagi rasa dengan sang jejaka tersebut, namun aku tak dapat nak menipu diriku sendiri bahawa aku lebih mencintai Dear dari lelaki tersebut.
Kini, aku terbelenggu dengan kelelahan perasaan ku sendiri. Apa yang terjadi membuat aku tertanya pada diriku sendiri...sampai bila aku ingin hidup begini. Buat Dear, janganlah merasa bahawa saya tak lagi mencintai awak....sampai mati pun perasaan dan rasa cinta ini hanyalah utk mu. Hentikan lah penyiksaan bathin dan mental yang sering Dear lakukan terhadap saya. Saya betul betul lelah. Teramat Lelah.

Tuesday, July 8, 2008

Ah!! penatlah .....

Dah 2 hari yang lepas, aku teramatlah busy dan stress. Covering partner aku nampaknya balas dendam. Tak plan or citer pun nak amik cuti, tup tup last friday datang (setelah amik cuti waktu aku balik ofis on Thur) trus antar email nak amik cuti sampai hari khamis ni. Aku bet Friday nanti mesti dia mc pulak...nasib nasib.

Banyak kerja dia aku nak bikin, pulak tu client talipon bertalu talu. Jangan kata nak take a tea break, nak gi amik air kat pantry pun macam x sempat. Ni aku dah up to the optimum stage nak do all the works. Lepas solat tadi, Otak aku dah off tak boleh nak bikin apa lagi sementara nak tunggu waktu balik. Jadi aku gi lah sini utk release tension. Kejap lagi Dear ajak gi makan capati. Hishh, lapar lah pulak. Nak upload gambar di Bali masih belum ada time lagi. Malam semalam sibuk ngan homework dan juga sibuk surf for accomodation kat PD. Kat office tak de time ler gara gara si teman yg tak datang. Nasib 2 hari ni bos tak buat ragam. Kerja aku sendiri belum settle lagi, asyik nak settle org punya sebab client semua nak cepat, apa dorang ni semua ingat kita robot ke. Dear talipon pun aku tak layan sangat sebab sibuk. Harap malam ni Dear tak merajuklah. Sms pulak hanya sempat aku baca aja. Pas tu one after another. Tak sempat jawab pun. Takpelah, kalau benar benar penting mesti si pengirim trus talipon dan tak hanya sms.


Oh Ya, masa aku nak gi bali tuari, kat airport aku sempat talipon si Ita. Motif aku gunakan public phone free di airport adalah utk mengelak supaya Ita get my number. Aku dah janji nak bertemu esok malam. Amri telah pun aku kasi tahu. Dear kata tak nak ikut. Tapi minta aku buat report aja. Entahlah macam mana dan apa akan terjadi esok. Aku cuma minta agar Amri datang setengah jam later. Banyak yang aku fikirkan apa yang nak aku cakap kat Ita tu. Nasib Dear prihatin jadi dapat juga aku berbincang dengan nya. Hishh..belum pegi jumpa diaorang besok aku dah penat. Malam ni aku nak tidur lekas. Esok confirm balik lambat, Khamis pulak ada dinner ngan kawan kawan ofis Dear. Jumaat dah plan nak gi tengok wayang pulak. Alhamdullillah homework dah aku selesaikan for Sunday class. Hishh sibuk kat ofis, sibuk after ofis, bila masa nya nak together gether ngan Dear ni. Dear pulak since balik dari Bali ni macam manja aja. Korea pun tak tengok lagi, pantang tengok aku dah berlingkar atas katil, terus off tv dan datang ke sisi ku. Namun aku terlalu penat, mentally, emotionally, physically dan sexually. Sori ye Sayang, Yang bukan sengaja atau nak balas dendam, Yang betul betul penat dan thank you for understanding dan tak merajuk. Love you always.

Monday, July 7, 2008

Bali lagi

Hari ketiga kami di Bali tak banyak tempat yang kami lawati. Dear hanya sekadar mahu berjalan jalan di pantai Kuta, shopping di dearah Kuta, berenang dan ke Jimbaran sekali lagi memandangkan we missed the sunset the day before.

Selesai aja breakfast, kami berjalan kaki untuk ke Pantai Kuta. Sepanjang perjalanan dari hotel ke Pantai Kuta, banyak terdapat shops that sell souvenir. Ada juga DVD shops. Aiyohh...murah lagi .. only RP10 ribu per dvd. What more, buy 10 get 4 free DVD. Aku mentally kira jadi nya harga DVD tu only RP7 ribu. Thats equavilent to only $1.10 SGD. What more, there are some latest movie available yang mana kat my country pun belum di tayangkan lagi. Hmm, Ghost Whisperer latest season kat back home pun ada..L word jangan cakaplah ... All the 5 seasons available. Yahhhoooo. Banyak juga movie yg berbaur Les tapi aku hanya beli satu aja on this type of movie. Tapi DVD tu semua kita beli on the way back to our resort sebab kita malas nak bawa to the beach...org dok sibok nak jalan bergandingan, kena bawa pulak dvd tu nanti...menyemak aja. So we left the DVD shop and promise to come again to collect those DVDs.

Pantai Kuta hanya lebih kurang 10 mins dari tempat penginapan kami. Wah, baru pukul 9 lebih dah ramai bule melepak membiarkan tubuh mereka digigit sengatan matahari. Adois, boleh tahan juga bule bule ada yang topless. Dear agak gelihati melihat those topless bule. Siap nak tangkap gambar lagi with her mobile and nak MMS her colleague. Nasib aku stop her. Manalah tahu, silap haribulan, kena penampar, tak haru di buat nya. Kami melusuri pantai Kuta bergandingan sambil aku sibuk bersenandungkan lagu Ebiet G Ade ... "gemuruh ombak di pantai kuta "....hhhhmmm.... beautiful waves.. beautiful bikinis babes ..... hunky beach boys .... and the most irritating street vendors.... they are aplenty here in Kuta Beach.

Setelah lebih kurang 2 jam kami berada di Kuta Beach, dear ajak pulang ke resort sebab matahari nak mulai di atas kepala and she just cant take it. We rested for a while in the cool hotel room before deciding to go for shopping at Kuta Square. Ah!... malas betullah nak shopping, tapi nanti merajuk pulak awek sorang ni. Nak tak nak, aku gagahi untuk kluar shopping. We called for a taxi (bluebird ya kalau kalian mahu pakai taksi). Its only cost us RP22 000. Makan di McD. Bila kami lagi antri, ada org Indon satu tu nak potong jalan. Dear apalagi, trus di marahi org indon tu... "Eh! non, antri dong.... saya juga pada antri, kok kamu mahu nyelonong aja". Memang Dear pantang kalau ada queue and someone just cut the queue. She will just tell them off. Lucky thing, cewek indon tu ngan bule, so bule tu minta maaf pada Dear. and she calmed down sambil berbisik di telinga ku. "Nasib baik matsaleh tu hansem, kalau tak habislah, ngan matsaleh tu Dee nak marah tau" Hahahhhaa.... nak ketawa besar aku tapi aku tak berani just smile and hold her tighter. Hmm, baru Dear senyum.

Banyak juga Dear shopping for her colleagues. Adalah she spent about $150 for all those stuff termasuk family souvenir juga. Setelah aku bayar, kami pun decide to go back kerana teringat nak tonton Idola cilik. Jalan ke hotel agak macet dan memakan masa lebih kurang 30 mins.

Idola cilik belum lagi selesai tapi kami harus berangkat ke Jimbaran Bay kalau tak nak terlepas melihat matahari terbenam lagi. We get the hotel staff to call the restaurant to pick us up. This time, we had lobster and other seafood for dinner. Sama jugalah, tetap aku kena suapkan dan kopekkan all those seafood shell for my Dear. Sebelum makanan pesanan sampai di meja, aku telah memeranjatkan Dear dengan satu lagi hadiah untuk nya. Ku keluarkan kotak kecil berwarna ungu lalu aku berikan pada nya.

"Ah! apa ni...ada hadiah lagi" she asked

"Yap! go ahead, open it." aku terus menggalakkan Dear utk buka.

"Eh! apa ni ... dah kasi trip to Bali, kasi cincin lagi ..hhhmm..couple ring lagi" Hishhh Dear tersenyum pada ku dengan matanya yang redup. Hishh! mana lagi suasana romantik lagi kat pantai ni ... gemas aku. Dear ambil cincin tersebut dan suruh aku sarungkan di jari nya. Dengan rasa kasih sayang aku sarungkan cincin ke jari Dear. Dear ambil satu lagi dan menyarungkan ke jari ku pula. Si Eka datang menghantar minuman kami bertepatan waktu Dear menyarungkan cincin ke jariku.

"Wah, mbak berdua tunangan ya ..oh jadi mbak ni pacaran ya? Aduh beruntung dapat cincin, bisa lihat enggak?" tanya Eka kepada kami.

Dear hanya tersenyum. Aku malas mahu membalas hanya jari yg tersarung cincin aja ku hulurkan untuk memuaskan hati si Eka.

"Aduh, ini mas putih apa silver?, Beli di Bali ya" tanya si manis yg centil ini.

"Nggak toh, soalan pertama ya iyalah, kami memang sepasang kekasih. Cincin ini ku beli di tempatku, bukan mas putih dan bukan di beli di Bali. Its platinum with silver at the trimming. Tulah, aku nawari jadi pacar ku, kamu nggak mahu" aku balas sekadar memuaskan hati anak gadis ini. Dia tersenyum dan menawari ambil photo utk kami. Sesudah itu makanan kami pun datang. Kami makan sampai jam 9 lebih dan pulang ke resort hotel dengan rasa kekenyangan yang teramat. Jadi kami pun tak sempat melayari malam sebagaimana yang kami harapkan kerana berdua kami tertidur kekenyangan dalam pelukan masing masing. Dalam cumbuan kami tak larat lagi lalu tidur ajalah jawabnya.

Sekarang pun dah pukul 12.25 dinihari dan Dear pun sedang sedap berdengkur halus sedangkan aku baru aja selesai habiskan homework dan update this blog. Dah lah .... nak gi peluk Dear lah ..cian she tidur sorang sorang .... sambung next time.







Friday, July 4, 2008

Touring Bali on 2nd Day

Pagi terasa dingin bila aku dikejutkan oleh alarm dari Dear nya handphone. Hmm. .. tak tega nak kejutkan Dear yang masih lagi lena di atas lenganku. Ah! macam mana nak bangun matikan alarm ni, tangan Dear pulak masih melingakari aku. Ku kucup dahi Dear penuh rasa sayang. Itu telah membuat Dear bergerak sedikit dan aku mengambil peluang mengerakkan Dear dari memeluk aku.
"Sayang, bangunlah, dah subuh ni, nak mandi tak, pas tu solat subuh lah, tu alarm from your mobile dah bunyi dah" sambil aku menjatuhkan ciuman di pipi nya.
"Hhmmm, dah pukul berapa ni, sejuklah", Dear mengeliat dan terus memalingkan badannya untuk mencapai handphone dan mematikan alarm. Alarm dah di matikan, Dear masih lagi tak terus bangun, malahan melingkarkan tangannya memeluk aku yang dah pun membelakanginya. Terasa lembut dadanya dibadanku..lantas aku memusingkan badan dan menghadapinya lagi.
"Dear! bangunlah, kata nak gi jalan jalan hari ni, lagipun nanti dah syuruk, terlepas pulak subuh tu. Dee ni memang liat tau kalau subuh. Get up, lets bathe together" aku belai belai lembut badan Dear pada mulanya dan terus tarik tangannya sambil aku sendiri mencampakkan selimut yang membaluti kami berdua.
"Alah, Yang ni, kejaplah, baru pukul 5.45 ni...apapulak, masih ada waktulah. Kejap lagilah" Hishh susah betulah Dear ni kalau kejut solat subuh.
"No, no, get up now, nak mandi lagi, kang terlepas tau subuh...Dee nak mandi dulu ke tidak? kalau tak nak, Yang mandi dulu, nanti lambat Dear jangan marah ok" aku mengugut Dear dan terus turun dari katil.
"Alah, don't waste timelah, kita mandi sama, kalau mandi sama Dee nak" amboi, aku ingat tadi tu ajak ajak ayam aja, rupanya ni Dear betul betul nak pulak. Dear hulurkan tangannya minta aku tarik dia bangun. Aku bukan tarikpun tangan nya, harus aku dekat dan memeluk Dear dan memaksanya bangun dalam pelukanku hingga terduduk. Kami mandi bersama dengan cepat memandangkan Dear harus mengejar waktu untuk solat.

We had breakfast at the hotel. Ramai matsaleh yang tinggal di hotel yang sama. Sexy sexy belaka. Ada yang berbaju pendek sampai nampak their undies. Ada yang berbaju jarang dan kelihatan bikini yang membaluti badan. Ada yang hanya berkemban dan terjojol gegunung geganang mereka. Harus menaikkan syawat melihat meraka ni semua.


Hari kedua kami disini kami telah membuat tempahan driver dan van untuk bersiar siar di Bali. Tujuan kami ialah ke Kintamani, Ubud, Pasar Sukawati dan melihat kraftangan dan perusahaan di Bali. Driver kami asli dari Bali, namanya Wayan. So big van, only 2 of us kat belakang. Kami bergenggaman tangan sepanjang perjalanan. Wayan bertanya kalau kami bersaudara atau bagaimana hubungan kami. Aku cuek aja memberitahu Wayan kalau kami ini pasangan kekasih. Dia agak terkejut sekejap tapi nampaknya dapat menguasi dirinya dan accept kami as what we are. So our jalan jalan become so cool...dapat sewenang wenangnya berpelukan dan bergenggaman tangan tanpa harus merasa curiga orang lain memandang.


Tempat pertama kami lawati adalah perusahaan batik di Tohpati. Selain dapat melihat bagaimana batik dihasilkan (macamlah tak pernah tengokkan), its is more to sell the product. Aku bertanya pada Wayan kalau kalau dia akan dapat komisen seandainya kita membeli di sini. Since he said yes, aku tak sampai hati, lalu membeli sepasang flip flop each for us.


Our next stop is a silverware product kat kawasan Celuk. Tak ada pulak orang tunjuk skill kat sini macammana they do the silverware. Yang ada hanyalah perhiasan yang telah siap untuk di jual. Berbeda dengan di Solo. Masuk aja kedalam, Dear terus bertanya kalau aku mahu membelikan dia cincin disini.


"Nope, I'm not going to get anything for you here. If you want, you ownself pay ok" Itulah jawapan aku. Muktamad. Keliling she see all those jewellery ware. Tak kuasa nak ikut sebabnya aku takut tak sampai hati kalau she wants anything. Akhirnya, alhamdulillah, Dear tak berkenan. We left without buying anything. Dear memberitahu Wayan walaupun silver disana dari jenis 925 tapi finishing dari workmanship tak berapa halus. And that make her turn off walaupun design tu cantik cantik.

Perjalanan di dearah Ubud ini macam roller coaster. Best giler. Lagipula, si Wayan ni boleh tahan orangnya. Kami tak bosan. Kita main teka teki dengan si Wayan dan Dear hepi sebab boleh berbual dengan Wayan dalam bahasa Korea. Gigihlah dia menambahkan pengetahuan bahasa Koreanya dari si Wayan yang memang qualified and Licenced Korean speaking travel guide di Bali.



Setelah melalui dearah wood carving, which kita taknak stop, Wayan telah mengajak kami melihat rumah Bali. Di sini kita dapat mempelajari terletaknya rumah Bali dan juga kelandar Bali. Its interesting. Sempat juga Wayan membaca ramalan tentang Dear nyer character mengikut kiraan kelandar Bali. Hmmm, bukan nak percaya pada ramalan or what, tapi part of it is true about Dear. What a coincidence kan.


Kami berhenti makan tengahari di Kintamani. Pemandangan di pergununang sungguh mengasyikkan. Subhannallah, terasa sangat kebesaran Allah SWT. Bersyukur rasanya kami di beri kesempatan dan peluang untuk melihat kebesaranNYA. Wayan kami pelawa makan bersama. Dari cara Wayan makan dapat aku menilai betapa sungguh sopan Dik Wayan ini. Selesai makan, kami jalan kaki disekitar kawasan. Terlalu banyak orang orang yang memaksa kami membeli dari mereka. Sampai kita nak mengambil gambar pun susah. Nasib aku masih boleh bersabar dengan kerenah pedagang pedagang ini. Dear kelihatan takut dengan cara mereka yang menarik narik bajunya dan lengan nya memaksa membeli. Dear terus aja merangkul lenganku dan merapatkan tubuhnya ke tubuhku waktu kami berjalan. Selesai aja kami berphoto di satu sudut yang memang indah pemandangan di belakang, kami pun cabut ke van yang mana Wayan telah menunggu dengan enjin yang telah dihidupkan. We hopped in dan Wayan pun terus cabut. Gosh! its absurd the way these people trade their goods.




Pemandangan Gunung Bedugul yang masih aktif volcano nyer dari restaurant di mana kami makan siang.



Another photo of the volcanic mountain. Its kind of misty so we took a few shoot at different time just to get a good one.

Dalam perjalanan, kami berhenti ke Spice Garden. Di sini, kami ditawari merasa Bali Coffee dan Coco. Biasalah, sambil tu diaorang jual juga lah coffee dan coco tu. Dear beli Koko untuk bapak. We skipped the coffee sebab tak sedap macam Nescafe or Coffee kat Kopitiam Oldtown White Coffee tu.

On the way down, we passed by a rice plantation village. Sungguh cantik. Cara orang Bali menanam padi tak sama macam di Kedah. Mereka menanam padi in a layered way. Here is the photo.

We then rushed down sebab kami nak makan malam pula di Jimbaran Bay. Tapi sebelum itu kami singgah ke Pasar Sukawati utk shopping sikitlah. Mana tak shopping pulak si Dear ni kan. Kalau boleh semua orang kat office dia, she nak belikan souvenir. Ada teman Dear yang suruh aku bawa Dear ke Jimbaran for dinner sambil melihat terbenamnya matahari. Tapi sayang, kami terlewat kerana keadaan lalu lintas menuju ke sana agak macet sedikit. Apa nak buat, pegi jugalah. Its is such a nice place, where all the seat were set up on the beach. Ada banyak restaurant di sepanjang pantai di Jimbaran ini. So walaupun tak nampak sunset, kami makan di temani desiran ombak dan bintang bintang yang banyak bertaburan di langit. Dear masih agak kenyang, so we just eat some simple meal of seafood. Dear tak nak makan lobster sebab takut tak habis. Oh ya nak citer sikit pasal satu waitress di restaurant yang kami langgani ini. Nama dier ni Eka. Dalam kami berbual, dia menanyakan usiaku. Bila aku suruh dia guess, she mention the number which so much muda dari usia sebenarku. Hishh, nak kena kacau juga budak ni, manis sungguh.

"Kamu usia berapa" tanya ku pada Eka

"19 mahu jalan 20" Eka menjawab.

"Mahu kamu jadi pacar saya" direct betul aku tanya ke Eka. Aku menjeling ke Dear kat sebelah yang tak pun menunjukkan sebarang reaksi.

"Mbak perempuan kan? Ni, saya juga perempuan" sambil dia meleraikan rambutnya yang panjang ke depan.

Hahahhha ...ketawa aku dalam hati. Dear aku lihat tersenyum seolah mengejek aku.

"Habis kamu tadi nanya nanya segala macam, kayak suka sama aku, maka aku nawarin jadi pacarku. Ya, kalau nggak mahu, nggak apa apa kok. Tapi kalau mahu, tawaran ku masih di buka lho" Macam tak bersalah gitu aku jawab soalan Eka. Dear body language agak lain, so aku berhenti melayan si Eka tu. Dia rasanya dapat melihat dan excuse herself.

Kami makan sambil menyuapi satu sama lain. Ramai juga orang yg datang berpasangan. Aku lihat 2 meja di depan kami ada pasangan lesbian omputih. Sambil makan dan minum mereka bercumbu. Hishh, they really dont bother about others around them, walaupun ada yang datang dengan anak kecil. Betul lah omputih ni.

Selesai sudah dinner, aku menyempatkan diri utk berphoto bersama Eka waktu Eka menghantar kami keluar dari restaurant. Dia sempat bertanya padaku kalau temannya seorang lelaki, ganteng apa tidak ,waktu aku sudah duduk di dalam van bersebelahan si Wayan. (Tempat duduk disebelah Dear dah penuh ngan barang barang yang kami beli di Pasar Sukawati yang Wayan telah aku suruh beralihkan didepan). Hishh, si Eka ni sengaja tau nak kenakan aku. Aku trus bilang ke Eka, yang lelaki di sebelah aku lebih ganteng. Wayan tertawa besar mendengar aku memuji nya. Dear pun ketawa di belakang.

Sampai di hotel, aku hanya mencampakkan barang yang kami beli di Sukawati ke tepi. Aku suruh Dear mandi cepat cepat dan aku pun nak mandi lepas tu sebab dah letih dan nak rehat. Tet! Letih ke aku? Atau aku ada motif lain?. Hmmm ..... biarlah ia menjadi satu rahsia.





Thursday, July 3, 2008

1st Nite Bali Rendezvous

Penerbangan ke Bali memakan masa selama 2 jam setengah terasa cepat bila mana kita di buai perasaan cinta dan bersama orang yang amat kita cintai, masa seolah terasa cepat berlalu. Dalam pesawat Garuda, kami bergenggamam tangan sepanjang perjalanan. Bila pramugari menyediakan makan malam, kami makan sambil menyuapi antara satu sama lain. Peduli lah orang yang duduk bersama kami. Dunia ibarat hanya di huni oleh kami berdua. Selesai pramugari yang cantik membersihkan sisa makan, kami kembali bergenggaman tangan. Dear berbisik di telinga ku minta dicium pipinya didalam pesawat dan langsung menghulurkan pipi di dekat wajah ku. Aku ikutkan aja kemahuan nya..tak selalu nya Dear bersikap demikian. Lagipun aku memang selalu ingin membahagiakan Dear. Kami sampai di bandara Ngurah Rai, Denpasar pada jam 10.15 mins malam. Pesawat telah berangkat dari Changi Airport lewat dari waktu yang sepatutnya. Selesai urusan imigrasi, kami langsung keluar untuk mencari orang yang menjemput kami untuk ke hotel.
Kami di sambut oleh seorang anak hotel bernama Ade. Dalam perjalanan ke hotel kami, dia bertanya kalau kalau kami ini bersaudara atau berteman. Ah! terasa gatal dan ringan aja mulut ini lalu aku menjawab bahwa kami adalah pasangan kekasih. Dear tidak bersuara, malahan genggaman tangan nya bertambah erat. Senang aku dibuatnya. Ade diam seketika. Terperanjat agaknya. Tapi cepat di menguasi suasana. Ade cerita kalau dia pernah kerja di hotel Oriental. Cerita dearah mana dia tinggal sewaktu di Singapore. Aku biarkan aja Dear berbual dan melayani si Ade. Sesekali, Dear menoleh dan tersenyum pada ku. Bahagianya perasaan.
Tiba di hotel, aku menguruskan akomodasi kami di reception. Ade yang jemput kami di bandara Ngurah Rai, menarik bagasi dan menghantar kami ke kamar. Ade ikut masuk dan meletakkan bag. Setelah menghulurkan tips, Ade langsung hilang sebelum mengucapkan selamat beristirehat kepada kami. Aku kunci pintu dan aku lihat Dear sedang duduk di sofa sambil tersenyum melihat katil yang telah dihias kelopak mawar berbentuk hati.
"So this it is! Do you like it, Dear"
"Hmm, sini dekat dekat Dee" amboi lembut dan gemersik suara Dear, jarang Dear membahasakan dirinya Dee lewat kebelakangan ini. Rasa romantiklah tu. Aku melabuhkan punggung di sisi Dear. Dear pulak bangun dan menyelakkan kaki ku. Terperanjat kejap, apa ni. Dear lantas duduk di pangkuan dan merangkul leherku. Tangan yang satu lagi Dear menciut dagu and force me to face her.
"Hmm, Dee ingat Yang main main tuari bilang dah book honeymoon room. Bila tengok room ni decorate cam ni, sukalah" belum pun sempat aku menjawab, Dear sudah menjatuhkan bibirnya ke wajahku dan kami berciuman dalam kedinginan kamar itu di atas sofa. Hmmm, terasa manis dan indah saat saat tersebut. Kalau lah waktu itu aku tidak berhalangan, mahu saja malam itu menjadi hangat.
"Yang happy Dear suka but now, dah pukul berapa ni, nanti wet cam ner, belum solat lagi ni, tadi dah niat jamak ke belum?" aku terpaksa hentikan adegan yg mula terasa panas mengingatkan Dear belum solat magrib dan isyak.
"Ah ha eh! nasib belum terasa nak wet, oklah, Dee bilas badan dulu, nanti lepas solat kita citer eh" Dear mengucup dahi ku dan turun dari pangkuan ku. Waktu Dear bersiap untuk solat, aku membuka bagasi dan unpacked some of our clothing for the nite and the next day. Hai, boleh lemah aku dibuatnya bila Dear dah manja manja macam ni. Lepas ni Dear dan aku kena niat jimak pulak lah nampaknya.
Malam pertama kami di Bali, terasa bagai malam pertama kami tidur berdua. Kami hangat dalam pelukan dan dalam subconsious kami sebentar bentar bercumbuan dalam dinginnya kamar 112 itu. Esok kami ada acara untuk berjalan jalan ke Kintamani. Jam berapa kami terlelap pun kami tak tahu, yang penting, pelukan kami terasa lain dari pelukan hari hari biasa kami di rumah. Almaklumlah kan, orang lagi dalam rangka hanimun.

Tuesday, July 1, 2008

Mon Anniversaries La Amour

pour toi mon amour
de tout mon coeur
souhaitant le meilleur
des souvenirs et des désirs
nous chérissons tous ensemble
sur ce très moments
le coucher de soleil à notre témoignage
notre d'offres aimé
sera la nôtre pour toujours


For you my love
With All my heart
Wishing the very best
Showers the most sweetnest
Memories and desires
We treasured it together
The sunset our witness
Our tendered love
Will be ours forever
Happy Birthday My Love