Thursday, July 10, 2008

Lelah ... Teramat Lelah

Lelah. Itu yang saat ini aku rasakan. Aku lelah dan kewalahan. Perasaan feeling down amat terasa sekali. Nope, I'm not having my period atau teman baik tu nak dekat datang. Mungkin I just need to be alone. Pertemuanku dengan Ita memang tak membuahkan hasil serta merta. Aku pun tak mengharapkan begitu secepatnya.
Lebih kurang 2 jam setengah pertemuan kami semalam. Memang betul apa yang aku jangkakan, Ita datang dengan Ely. Dalam kita berbicara, Amri datang. Ita terkejut melihat kedatangan Amri dan sempat nak cabut. Tapi aku berjaya menenangkan Ita. Amri duduk di sebelah Ita setelah dengan sengaja aku memberikan seat tersebut kepada nya. Aku mahu Amri duduk di antara aku dan Ita bukan antara aku dan Ely. Tapi hari ini aku tak rasa nak bertinta tentang apa yang terjadi dalam pertemuan itu. Habis pertemuan tersebut, Ita ku ajak pulang bersama ku menaiki bas walaupun Amri berkereta. Ita akur dan menyuruh Ely balik sendiri. Amri faham tujuanku.
Perjalanan melalui bas sengaja aku ambil kerana aku masih ingin berbicara dengan Ita. Aku terus terang dengan Ita bahawa aku tak pernah mempunyai apa perasaan terhadap dirinya. Aku terasa amat hipokrit dalam pertemuan kami berempat. Akhirnya aku berterus terang dengan Ita setelah Ita berjanji akan merahsiakan apa yang hendak aku katakan. Terluah juga apa yang ada di hati. Ita sedikit pun tak terperanjat cuma dia agak terkilan kerana aku tak pernah sedikit pun menaruh hati pada nya. Memang aku tak pernah jatuh hati pada lain insan sejenis walaupun waktu zaman persekolahan ramai gadis gadis lain yang selalu mengirimkan surat berbaur cinta kepada ku. I set my eyes on Dear and will never change my heart on her. Walaupun aku takkan berjodoh dengan Dear, aku tetap akan khas kan cinta ini hanya untuknya. Tapi Alhamdulillah, walaupun cinta ini cinta terlarang, sang pencipta masih mengasihi aku dan memberi aku peluang untuk merasa nikmatnya dicinta dan mencintai insan yang di ciptaiNYA.
Untuk Ita, aku hanya inginkan dia kembali ke pangkuan Amri dan anak anaknya. Tiada gunanya memulakan percintaan dengan someone sekadar hendak membuktikan perasaan yang terpendam selama ini. Kalaupun dahulu, cinta aku untuk seorang yang bergelar lelaki datang lebih dahulu sebelum aku merasakan getaran rasa cintaku pada Dear, ingin juga aku melalui norma kehidupan yang dicipta kan oleh Allah SWT. Namun apa dayaku, takdir telah menemukan aku dan Dear terlebih dahulu. Walaupun sempat untuk aku berbagi rasa dengan sang jejaka tersebut, namun aku tak dapat nak menipu diriku sendiri bahawa aku lebih mencintai Dear dari lelaki tersebut.
Kini, aku terbelenggu dengan kelelahan perasaan ku sendiri. Apa yang terjadi membuat aku tertanya pada diriku sendiri...sampai bila aku ingin hidup begini. Buat Dear, janganlah merasa bahawa saya tak lagi mencintai awak....sampai mati pun perasaan dan rasa cinta ini hanyalah utk mu. Hentikan lah penyiksaan bathin dan mental yang sering Dear lakukan terhadap saya. Saya betul betul lelah. Teramat Lelah.

No comments: