Monday, January 31, 2011

February Datang Lagi..Kali ini Dengan Senyuman

Diam tak diam, bulan pertama dari tahun 2011 akan berakhir. Cepatnya masa berlalu. Tup tup dah nak masuk February. Aku tak gemar bulan February ni, walaupun bulan ni ramai pasangan kekasih yg menantikan bulan ni. February selalu mengingatkan aku peristiwa tahun 2001 yg hampir membuat terputusnya ikatan cinta kami. Ah that was history, eventhough it hurts me a lot, it do made us strong and treasure our togetherness


Walaupun peristiwa berlaku pada tahun 2001, ia masih lagi terkesan dlm hidupku sampai kini. Kalau tidak kerana ketentuan Allah SWT, dan doa dan rintihanku pada NYA, aku rasa, takkan hubungan kami masih bertahan hingga kini. Siksa terasa perasaan ini, hanya pada Allah aja tempat aku mengadu. Ke mahkamah syariah memang takde lah maknanyakan. Hendak bercerita dengan orang lain, ibarat membunuh diri dengan pisau belati. Mungkin Allah mendengar doa, rintihan dan permintaan hambanya ini. Alhamdulillah, hampir sebulan peristiwa hitam dan keruh itu berlarutan, akhirnya aku tak henti mengucap syukur bila Dear dapat melihat kebenaran dari apa yg cuba aku huraikan padanya. Orang yg hendak dijodohkan utk Dear, bukan mempunyai niat mencari pasangan hidup sebenarnya, tapi mencari batu loncatan supaya mudah mendapat status PR. Aku yakin, ini ujian Allah semata dan Dear dapat melihat keikhlasan cinta dan kasihsayangku.


Dari peristiwa tersebut, kami banyak belajar hati budi masing masing sebenarnya. Untuk meraikan keadilan yg ditunjukan Allah SWT atas segalanya, kami berumrah a few month after. Syukur teramat, Dear tidak menjadi mangsa dan aku tidak keseorangan merana. I can never thanks Allah more for the love that HE gave.


Semalam Dear menyatakan yg February tahun ini, usah diungkit kisah silam. Sepuluh tahun berlalu, Februari tahun ini, kita tanamkan kenangan yg pahit dan jadikan February yg indah dengan satu kenangan baru. Insyallah, February 2011 mencatat satu sejarah baru dlm hidup kami berdua. Syukur teramat, YA ALLAH. Atas kehendak dan kurnia Mu ya Rabb, kami akhirnya dapat mencapai impian untuk bersama memiliki tempat perlindungan kami bersara kelak. Semuga hari hari mendatang ditempat yg kami kongsi nanti, memberi lebih banyak kebahagiaan dan kasih sayang. Amin.

Friday, January 21, 2011

Bergaduh

Baru baru ini, ada seseorang pembaca blog telah mengirimkan komen yg lebih kepada pertanyaan samada aku dan Dear pernah tak bergaduh?.  Dia perasan aku tak pernah menulis kalau ada pergaduhan antara kami.  Aku tak mahu approve komen tersebut kerana ia menggunakan "Anonymous".

Untuk yg ingin tahu tu, inilah jawapanku.  Hmm, tipulah namanya kalau aku kata kami tak pernah berselisih faham.  Tapi itu lebih kepada pertengkaran, bukan pergaduhan.  Walau aku memang dan teramat sayang, cinta dan kasih pada Dear, org takkan percaya yang aku pernah sekali menampar Dear. Hanya SEKALI. Itu pun kerana aku memang sudah hilang sabar dan gara gara teman sepejabatnya, kami bertengkar.

Waktu itu, Dear memang tak sangka kalau aku berani menamparnya. Apalagi bila ianya terjadi didalam rumah Dear sendiri. Tapi Alhamdulillah, keluarga Dear tak turut mencampuri urusan kami.  Dari peristiwa itu, berapa hari jugalah Dear merajuk dan boikot. Boikot tak gosokkan baju. Boikot tak bikinkan kopi. Boikot tak mahu bermanja.  Namun, kami tetap tidur sekatil.

Bengang jugalah aku dibuatnya. Dahlah aku ni failed bab gosok mengosok dengan baik, sampai teman rapat ditempat kerja pun perasan yg baju aku kurang licin. Kopi minum pagi tu aku gantikan dengan air masak aja dan beli on the way gi kerja. Mujur tak lama pertengkaran kami. Its lasted for about 5 days saja.

Aku tak memujuk dengan kata kata...kalau Dear dah merajuk dan tak mahu berbicara, no point of me to talk. Jadi apa aku buat?. Aku kirim sekeping kad dan sejambak bunga keofis Dear, walau waktu itu telah wujud yg namanya email dipejabat kami. Hahah...sesungguhnya itu membuat kebekuan Dear cair. Terlerai sudah benteng kebisuan dan aku pun terputus dari siksaan menggosok baju sendiri. What a relieve.

Pertengkaran dan perselishan faham banyak mendewasakan kami. Ia ibarat garam dlm masakan. Terlebih tak baik, kurang pun jadi x marvelous. We learnt from our mistake, memaafkan dan cuba tidak mengungkit dan membangkit.  Along the way, bertolak ansur dan mengelakkan melakukan apa yg aku tak suka dan Dear tak suka.  Menghargai apa yg Dear telah buat untuk aku dan Aku buat untuk Dear walaupun sesimple menyediakan pakaian atau sarapan, adalah rencah mengeratkan hubungan kami.

Kesimpulannya, bertengakar dan berselisih faham atau pendapat its ok. Cepat memaafkan dan jangan disimpan didlm hati. Insyallah, life will be better if we accept our other half dengan kekurangan dan kedaifan yg ada pada nya. Kita manusia yg tak pernah membuat khilaf dan adalah hamba semata.