Thursday, June 21, 2012

Rindu

Wah lama juga x bersiaran diruang sesawang ini. Rindu pula nak berceloteh kat sini.

Hari ini mood sangat lain sejak jam 3.45 pagi lagi. Mem kata x yah masak so aku dapat dengan tenang mengabdikan diri ini pada yg Maha Esa.

Nun jauh disudut hati dlm keheningan subuh, aku tak dapat nak menahan airmata ini lagi. Sesungguhnya aku benar benar amat rindu. Rindu serindu rindunya.

Walaupun saban hari dan dalam waktu waktu tertentu, telah kulafazkan Alfateha, namun pagi tadi runtuh ampangan airmataku.

Mungkin masalah yang membelenggu diri kebelakangan ini telah membuat aku tidak lagi kuat untuk menghadapi situasi ini.

Alangkah indahnya seandainya aku masih dapat menyandarkan diri dlm
Pelukanmu dan aku tahu saat itu yg akan ku dapat adalah belaian manja dan sayang darimu bagi menenangkan ku.

Ya Allah sungguh aku amat merinduinya. Tiada tempat hendak ku mengadu tentang kerinduan ini selain dari berbicara denganMU Ya Allah.

Berikan aku kekuatan, kesabaran, keredhaan dan ketenangan dalam menempuh ujianmu ini, Ya Rabb.

Mak, orang rindu kat Mak. Orang takde siapa yg nak orang kongsi masalah orang ni. Mak doakan orang bahagia dan tenang didunia ya mak. Insyallah, kita akan bersama nanti.

Alfateha buat Mak.

Monday, June 4, 2012

Apabila diri di Fitnah

Realiti hidup ini kadang macam mana kita berbuat baik pun sesama manusia, masih ada insan yg merasa sebaliknya dan mula menabur cerita yg tidak tidak tentang diri kita.

Apa perasaan korang bila difitnah?. Mesti geramkan. Hhhmmm .. Bagi aku pula, entahlah. Aku tak rasa geram pun masa aku dapat tahu yg aku adalah mangsa fitnah. Aku lebih merasa sedih. Sedih kerana orang yg baru ku kenal tak sampai pun setengah tahun dah boleh bercerita macam2 tentang diri aku pada seseorang yg amat kusanjung dlm dunia penulisan.

Lebih teruk lagi ceritanya aku sampai ingin meminjam wang seorang guru sejauh Serawak hanya kerna aku ingin melancong... Hahahaha.

Mulanya bila sang penulis bertanyakan soalan padaku ttg pembawa cerita lewat inbox di facebook.

Mudah sungguh soalan sang penulis

"Akak nak tanya kat kau ni, ada tak SiMenawan ( bukan nama sebenar) contact kau"

"Kalau ada, kau jgn cerita apa2 tau".

Saat tu aku da merasa pelik dng soalan dari sang penulis. Apa kena pulak? Dlm aku berkira kira utk menalipon si penulis, dia dng lebih dahulu menghubungi aku.

Alkisah, sipenulis inginkan kepastian betulke aku melancung ke Tasmania dengan meminjam wang dari siMenawan sebanyak 3ribu ringgit? Kata si menawan kepada sang penulis lagi, belum pun aku membayar wangnya, aku da melancong lagi ke Batam.
Astagfirullah! Aku istigfar dlm hati sambil mengeleng geleng kepala mendengar cerita dari sang penulis.

"Apa kak, dia ckp saya pinjam duit dia 3 ribu ringgit utk gi holiday?" terjerit sekejap aku.. Nasib baik aku tak terlepas handphone digengaman sanking terperanjat dng berita ini.

Dear yg waktu itu tengah menyapu terlepas sapu ditangan mendengar aku seakan menjerit bertanya pada sang penulis.

Kelakar pun ada aku rasakan. Aku baru saja mengenal org yg memfitnahku pada January tahun ini di malaysia. Dlm tempuh antara january dan Feb, ada 4 kali sidia ini dtg bertandang kerumah kami di JB bersama keluarganya. Dlm jangka waktu 4 bulan, banyak betul yg dia tahu ttg aku.. Hahahhah. Benda yg konon nya dia tahu... Sampai ke Serawak cerita ini.. Hehhehe.

Yang tak boleh aku dan Dear angkatz, cerita dia kepada sang penulis bahwasanya, aku menalipon suaminya jam 3 pagi semata mata utk suruh suaminya mengambil aku pulang dari berfoya foya di pusat karaoke di JB. Walhal tak pernah pun aku menjejakkan kaki ke mana mana karaoke di JB ini. Kalau kat sini lainlah....Hahhaha.

"Yang, pukul 3 pagi setahu I lah kan, you kalau tak berdengkur masa tu, you kacau I nak sesuatu atau kalau You tengah mood baik, you gi bangun solat". Ceria aja Dear bila aku cerita ttg panggilan talipon dari sang penulis dan ttg fitnah yg ditaburkan terhadap aku.

Alhamdulillah, orang2 yg termakan fitnah tentang aku sempat juga bergossipan sesama mereka dan telah pun mengaku dan meminta maaf semasa aku kePesta Buku antarabangsa di pWTC tenpohari. Aku bersyukur mereka sedar yg apa yg dikatakan tentang semuanya bukanlah benar. Dan aku bersyukur ukhwah antara aku dan guru di serawak bertambah gara gara duit 3ribu ringgit.

Mereka hanya termakan dengan cerita2 tersebut memandangkan org yg bercerita itu memang kelihatan baik. Apa pun aku bersyukur sangat sangat kerana mendapat pahala free. Hehehe.

Pada yang ingin berbuat fitnah ingat ingatlah akan akibatnya nanti
Sesungguhnya fitnah ini lebih buruk sari membunuh.

Dosa kita pada Allah sebagai insan yg mencintai kaum sejenis masih boleh lagi kita meminta ampun dan bertaubat. Dosa kita pada sesama manusia hanya boleh kita minta ampun terhadap org tersebut. Jangan takut meminta maaf dan mengaku bersalah, kita hanya seorang insan yg lemah.. Minta lah maaf selagi sempat kerana kita tidak mahu menyesal kelak di mahkamah Allah SWT.