Wednesday, November 23, 2011

Update terkini

Hari ini macam ada waktu nak mengupdate blog. Kat ofis ramai yg dah mula ambil cuti. Almaklum cuti sekolah dah pun start. Ada tu yg amik cuti sebab terpaksa nak clear kan leave tahun lepas. Hah dulu boleh lah kau kumpul banyak2 cuti pas tu akhir tahun tak sempat nak clear, kau jual balik kat company biar dapat duit. Memang confirm kau takde life lah pompuan oi. Dasar cinoneh mata duitan kan.

Aku ni membebel seolah olah jeles tengok orang amik cuti. Yeke?. Macamlah cuti aku dah abiskan. Ada lagi cuti aku utk tahun ni, tinggal lagi 12 hari. Bagi tahun ni yg tinggal lebih kurang sebulan lebih ni takde apa apa rencana utk ambil cuti berjalan. Kalau ada pun rancangan hanya untuk ke Batam berhujung minggu. Hai lama betul tak ke Batam. Rindu nak makan Nasi Padang disana. Rindu nak shopping shopping kat DC Mall dan rindu dengan tukang urut yg manis manis di Mustika Ratu. Nantikan kedatangan kami wahai Batam, tak lama lagi 3 minggu aja.

Sebulan dua yang lalu, jiwa aku memberontak. Tak tahu mana arah tujuan hubungan kami. Ada aja benda yg tidak menyenangkan hati. Tak boleh nak berkompromi. Walau pada dasarnya Dear macam acuh tak acuh aja, aku amat terasa. Geram, marah, sedih, semua bercampur baur. Ikut kan hati memang boleh mati dibuatnya. Aku stress tengok Dear tiap malam sibuk mengemas rumah dan menggosok baju. Tak ada masa untuk kami berborak atau menonton tv bersama. Ada takde masa makan aja kami together. Nak tunggu Dear masuk tido, memang lah aku tak larat. So tiap malam aku dah bendengkur dulu baru lah Dear membaringkan diri disini. Stress!

Akhirnya, alhamdulillah, dua tiga hari selepas raya haji, keadaan kembali normal. Itu pun terlerai bukan dengan berkomunikasi. Aku kirimkan Dear email yg seorang teman hantar sambil aku mengatakan tentang perasaan aku yg rasa diabaikan kerana Dear terlalu obsesi mengemas rumah agar sentiasa spick and span. Bukan ada orang datang pun. Lagipun aku rasa dah cukup bersih rumah Dear tu kalau dibandingkan dengan banyak lagi rumah orang lain yg bekerja. Aku bosan melihat Dear yg macam takde life. Dan aku juga ikut terhanyut dengan her way of life. I cant take it anymore. Aku tahu kalau aku sound direct, akibatnya takde kopi dan takde lah orang yg hendak aku peluk tiap malam, akhirnya aku hantar email. Itu pun aku mulakan dengan mengatakan hasrat agar bila aku mati nanti, tolong kasi tahu keluarga aku untuk hiaskan kuburku dengan marble warna ungu. Memang aku rasa macam nak mati. Terlebih lagi kebelakangan ini sering merasa sesak dada dan cepat letih. Tuhan, aku tak takut pada mati, kerana mati itu noktah dari kehidupan yg Kau berikan pada hambamu ini, namun Ya Rabb, berilah aku peluang untuk memperbaiki dosa dosa ku yg berkoyan koyan itu. Sempatkanlah aku utk menabur saham akhirat sebanyak banyaknya agar timbangan ku kelak lebih berat dari dosa dosa besar yang aku lakukan. Ampuni hamba mu yg berdosa.

Oh, memang kebelakangan ini, kami telah bersepakat bahwa kami harus berusaha untuk menahan nafsu dan akan saling membantu satu sama lain. Alhamdulillah, rasa nya kalau ada persefahaman dan persetujuan, insyallah, kami boleh lakukan.  Cinta dan kasih sayang bukan bererti harus making love sahaja. Walaupun pada dasarnya mudah utk bercakap, aku akui memang payah untuk aku yg selalu bernapsu melihat Dear mengatasinya. Pening sampai ke umbun umbun kepala dibuatnya menahan gejolak syaitan. Namun alhamdulillah, Dear rajin menepis ajakan iblis dari dalam diriku. Kalau kami dah betul betul rindu, kami akan memeluk dengan seerat eratnya dan kuatkan pelukan hingga terasa sakit. Alhamdulillah, teknik ini so far so good. Allah is GREAT.

So bagi yg expect any mushy mushy story kat blog aku ni, sorry you will be disappointed.  Lagipun buku kita untuk tahun ini, kurang dari seminggu dah nak habis. Biarlah timbangan pahala menjadi berat dari timbangan dosa yg bertahun tahun dikumpul itu. Mumpung masih diberi kesempatan.

Untuk semua, Salam Maal Hijrah, seandainya aku tak mempunyai kesempatan untuk mengupdate blog sempana tahun baru hijrah senin nanti.

Semuga tahun baru membawa keinsafan yg dunia sudah hampir kepenghujungnya. Bukalah mata hati dan lihatlah betapa banyaknya tanda tanda yg telah Allah SWT tunjukkan pada kita. Semuga kita diberikan kesempatan untuk bertaubat.Insyallah.