Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Lebaran bersama keluarga dan insan-insan yang disayangi.

Sepuluh jari ku hulurkan
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana diri ini masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Maaf Zahir bathin

Tahun ni rasanya raya tetap disambut seadanya. Semenjak pemergian ibunda tercinta 16 tahun yg lalu, raya means nothing much to me. Apatah lagi 3 tahun lalu, aku kehilangan seorang kekanda dlm bulan syawal.

Semalam aku telah menyempat kan diri ke pusara kedua ibubapa dan juga kekanda ku. Juga seperti biasa akan menziarah pusara ibunda Dear. Sedih mengenangkan mereka yang telah pergi.

Oh aku nak cerita sikit tentang lawatan ke Pusara Abadi semalam. Bukan apa, harap siapa yg baca blog ini akan mendapat iktibar dari pengalaman aku ini.

Setelah menziarah satu pusara saudara Dear, kami melalui beberapa pusara yg lain utk ke pusara ibu saudara ku. Aku ada terbau wangi bila melintas di beberapa pusara itu. Padahal tak ada pun bunga atau taburan hirisan daun pandan di atas pusara. Sambil aku menjeling nama nama yg tertulis dan tarikh kematian yg empunya pusara, aku tersenyum dan dalam hati berdoa semuga Allah sentiasa menerangi tempat persemadian mereka. Pasti org yg dibawa itu banyak membuat kebaikan semasa hayat nya.

Sedang kami berjalan, tiba tiba, hidung aku terbau busuk yang amat. Tak berani pula aku nak tutup hidung dengan tangan apatah lagi menjeling pusara siapa yg tengah aku lintas waktu itu. Cepat cepat aku beristigfar dan memohon Allah mempermudahkan yg empunya pusara. Dan langkah ku percepatkan utk berlalu dari situ.

Aku tak cerita atau bertanya pada Dear jika Dear pun terbau apa yg aku terhidu. Sampailah tadi waktu bersahur, aku bertanya Dear. Dear tak pula bau wangi atau busuk. Biasa aja Dear kata. Walhal, selalunya daya hidu Dear lebih sensitif bab bau wangi dan busuk ni. Pelik aku rasakan. Tapi apabila kita fikir fikirkan, mungkin itu satu pengajaran yg Allah SWT nak tunjukkan pada aku. Aku pernah dengar Ustazah bercerita tentang alam kubur dan sebagainya. Beberapa tahun yg lalupun ada org pergi ziarah kubur dan dengar ada yg menjerit jerit. Bila disiasat, pusara yg terdengar jeritan tu adalah pusara Arwah Siput Serawak, Wa allahualam. Jadi kita renung renungkan lah kenapa ia nya terjadi. Dalam Alquran pun Allah SWT telah berjanji tentang azab dunia dan akhirat. Dari alam kehidupan, alam berzak dan alam akhirat.

Kesimpulannya, aku hanya rasa, yg Allah SWT membuat aku mengalami pengalaman tersebut supaya aku lebih rasa insaf dan meningkatkan amalan di dunia. Its time for me to check and recheck on my wrong doing and change for the better.

Alhamdulillah, aku bersyukur yg Allah membukakan hati dan mata aku untuk merasakan pengalaman begini. Terasa diri di sayangi dengan peringatan yg tak secara langsung utk bermuhasabah diri. Harapan aku, berkongsi pengalaman ni juga dapat mengingatkan teman teman diluar sana.

Di kesempatan ini, aku serta juga Dear memohon ampun dan maaf, seandainya sepanjang perkenalan baik dialam nyata atau cyber, kepada semua pembaca yg sudi membaca blog aku ini. Bagi yang pernah berborak, bersua dan makan semeja, halalkan apa yg termakan dan terminum selama ini.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATHIN.