Wednesday, December 23, 2009

Salju Menyambut Kami

Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke Zuerich khamis malam waktu tempatan. Bermalam semalam diZuerich dan keesokan harinya kami ke Interlaken. Aku memang merancang menjadikan Interlaken base bagi percutian kami kali ini. Apartment 2 kamar telahpun aku tempah way back sebelum berangkat.
Setibanya kami di Interlaken, station keretapi telah dipenuhi dengan salju. Dear memandangku dengan senyuman. Aku tahu itulah yang Dear impikan. Walaupun bukan pertama kali Dear dan aku melihat salju dan mengalami winter, tapi rasanya trip kali ini banyak perbedaan.
Apartment yang kami sewa hanya lebih kurang 10min dari train station. Selepas check in dan solat, cepat cepat kami berempat keluar untuk menikmati salju yg banyak turun. Aduh macam budak budak jakunis pula. Temanku sorang yang ikut serta pun turut jakun dengan turunnya salju, walhal dia memang bermastautin di negeri orang putih sudah lebih 10 tahun. Member siap jelir jelir lidah utk merasa salju...hahhaha.... hingga tak sedar aku sibuk mengambil gambarnya berkelakuan begitu.
Malam pertama di interlaken, barulah kami sempat ...hhhmmm....itupun setelah aku pulih dari jetlagged yg memanjang. Namun kerana kesejukan tak sanggup kami tempuhi nya terlalu lama. Aku bangun seawal jam 2 pagi waktu swiss. Semua yg lain sibuk mengulit mimpi. Dear memang dah warning aku awal awal lagi supaya jangan menganggunya jika aku terbangun awal. Hmmm, hanimun apa ya...but then, namanya anniversary hanimum, we still did our responsibility toward each other. Not going to say it here, nanti ada yg menyampah tapi masih menyinggah diblog aku ini, menyindir pulak di blog nya sendiri. Buat menambah kan dosa yg memang telah banyak ini.
Anyway, dalam kedinginan kota swiss, sempat kami ke jangfrau, zermatt, luzern dan juga menyinggah ke Sherlock Holmes muzium. Memang tak habis kami bersyukur menikmati keindahan ciptaan Allah swt dan juga amat bersyukur kami tidak tinggal disini. Terlalu dingin dan kesiankan orang orang yg hidup divalley seperti di luzern dan zermatt. Saat kami menaiki gunung utk melihat matterhorn, pemandangan memang teramat cantik seolah olah seperti melihat poskad dan calendar. Sambil menggenggam tangan kami tak habis habis memuji keagungan ciptaan yang Maha Esa dan syukur atas nikmat yang Allah berikan untuk kami hingga dapat berada di sini.
Kami meninggalkan kota swiss semalam malam dengan menaiki eurorail train malam ke vienna. Saat ini, Dear telah keluar bersama teman ku menikmati keindahan malam kota vienna. Aku agak merasa kurang enak badan setelah satu malam tidor didalam train dlm kedinginan tanpa pelukan Dear. Di sini, yang pasti kami tak akan menikmati masa masa hanimun memandangkan kami tidor didlm satu bilik untuk menjimatkan kos bagi seorang temanku yg satu lagi.
Dear rasanya macam boring aja..tapi takpelah, nanti di destinasi yg selanjutnya, akan kupastikan yang kami akan tidak tidor berasingan lagi. Sabar ya sayang, 4 malam saja di sini, kita akan bersatu lagi dikota Venice, I promise.

Saturday, December 19, 2009

Mengejar Impian Mengotakan Janji

Sepuluh tahun yang lalu, aku telah berjanji dengan Dear, sempena dengan anniversary kami yg kesepuluh didepan Eiffel tower. Kira kira ginilah perbualan kami masa tu:

"Dear, thank you kerana sudi bersama me menikmati keindahan kota romantik paris".
"Why you want to bring me here"
"Hmm, memang dari kecil lagi, I impikan nak tengok dan berada di city of love dengan someone that I love. I impikan nak duduk depan eiffel tower ni bersama org yg cinta, I love you Dear" sambil saat itu aku hanya mampu mencium tangan Dear kerana malu nak bercumbu depan orang lain.
"I love you too, but then Paris bukanlah destinasi impian I tau utk berhanimun" Dear pula yg mencium pipiku waktu tu.
"Oh! then where do you want to go, we are going to Amsterdam to see tulip as what you want apa"
"I impikan nak berhanimun di Switzerland, nak tengok snow, mesti seronok, hanimun tempat sejuk, then nak pegi time winter" masih aku teringat Dear tersenyum senyum waktu mengatakan impian nya. Saat itu, dalam hati aku ingin sangat mengotakan impian Dear.
"Oklah, kalau ada jodoh antara kita, esok esok kita sambut 20th anniversary, I will bring you there. Kita sama sama doa agar hubungan ini terjaga dan jodoh kita berkekalan." janjiku.

Itu cerita didepan Eiffel tower masa kami berhanimun sempena dengan 10 tahun anniversary, delayed celebration hanimun tour yg kami lakukan pada May 2000.

Walaupun sepanjang 10 tahun yang lalu, telah pun kami lihat snow di Mt Buller, Melbourne, aku tetap ingat akan janjiku pada Dear hampir 10 tahun yg lalu. Alhamdulillah, jodoh kami sampai ketahun yang 20 dan kini aku ingin merealisasikan impian Dear dan janjiku.

Sejak August lagi aku telah menempah tiket untuk menyampaikan hajat Dear. Sepanjang dari August hinggalah kesaat kami hendak berangkat, aku memang sibuk membuat kajian tentang destinasi yang bakal kami tempuhi. Terlanjur nak memanaskan bontot selama hampir 14 jam, taknak aku hanya ke Switzerland aja, jadi mengira budget yang bakal aku keluarkan, aku membuat jankaan utk ke Italy dan juga Paris sekali lagi. Kalau aku nak senang, memang boleh aja kami ikut tour, tapi aku memang tak suka kelam kabut dan tak dpt nak enjoy sakan kalau tertakluk pada itinery yg disediakan. Lagipun utk penjimatan, aku lebih rela do F&E. Lebih murah dan keseronokan pasti berbeda.

Alhamdulillah, 17 December 2009, dapat juga aku mengotakan janji ku pada Dear. Dengan pesawat SQ342 boeing 777 ER, aku, dear, dan 2 lagi temanku telahpun berada dibandara Changi pada jam 11.15 pagi utk kedestinasi impian Dear.


hai si blogger ni macam buat hal pula kita nak upload gambar. next time ajalah.

Monday, December 14, 2009

Tiada Tajuk

Lama dah tak update blog ni. Sibuk memanjang, entah bila lah aku ni tak sibuk. Pulang dari Melaka bulan lalu, sambung pulak ke Batam sehari menguruskan perihal FDW. Hissh korupsi betul agensi pemerintah. Ikut kan hati aku memang taknak lah merasuah tapi apa nak buat, yg empunya diri yang bersangkutan sanggup membayar biayi yg nak tak nak Dear terpaksa upfront. Kalau murah tu tak pelah pulak..its 4.5Million Rupiah. Wah dengar macam gah aja, Dear macam dah nak back off from the deal, namun melihat kesungguhan FDW dan persetujuan utk berkongsi ongkos sebanyak yg kalau telah ditukar ke matawang kita sekitar S$680, baru lah Dear setuju.
Daripada kami bayar agen utk settle dokumen kat sini, lebih baik aku bikin sendiri, sungguh menjimatkan. Baru $10 untuk online application. Kalau suruh agen buat semua hai nampak nampak $500 juga terbang. Memanglah hassle sikit bila nak clear immigration, kena bayar lagi sepuluh dollar lebih termasuk GST. Dah tu kena gak hantar gi medical check up segala (baru $65) dan gi bikin work permit which is practically free sebenarnya, cuma kita bayar duit amik gambar aja. Kalau nak suruh agen bikin kan prosess work permit aja dorang dah charge $70, itu pun 1 hari suntuk FDW kena ada kat sana. Bila aku pergi bawa FDW tu, tak sampai pun 2 jam dah selesai semua.
Alhamdulillah, syukur sangat sangat dengan kehadiran FDW ni, tak lah aku risau FIL dan BIL aku disuguhkan lauk air tiap hari bila kami tiada. Yang pasti BIL tak kan makan maggi tiap hari dan FIL nyer kebajikan semua akan terjamin kesejahteraannya. Terimakasih Allah mendengar doa kami dan mempermudahkan segalanya.
Walaupun terkejar kejar kesana kemari selesaikan tugasan dan tanggungjawab, sempat juga aku menyambut tetamu dari seberang yg bertandang kerumah. Maaf ya, tak sempat nak teman jalan jalan this time round. Just make yourself at home lah. Lagi satu maaf juga jika layanan tak seperti yang diharapkan. Terimakasih bawakan kita B2B, bolehlah jadi peneman bila Dear tido kelak dlm perjalanan 14 jam Khamis nanti. Enjoy yourself here walaupun takde privacy nak berduan. Takpelah, pahala tau bawa org rumah dan ibu jalan bersama sama, sambil mengeratkan silaturahim menantu dan mertua kata orang.
It will be a short week for aku dan Dear minggu ini di tempat kerja. Rangka cuti cuti hanimun yg nampaknya tak bakalan seromantik yg diharap Dear dengan kehadiran 2 teman yang lain, hanya tinggal beberapa hari lagi. Apa pun aku harap perjalanan kali ini akan selamat dari segala masaalah.
Seandainya tak sempat aku nak mengupdate lagi blog ini sebelum our departure day, aku nak ucapkan pada semua umat Islam di seluruh dunia, Maal Hijrah. Selamat Tahun Baru Islam. Moga kita sama sama dapat memperbaiki diri menjadi seorang Muslim yang lebih baik. Insyallah

Wednesday, November 18, 2009

A Quick update

Semenjak dua menjak ni, mengejar waktu menyelesaikan tugas harian di tempat kerja telah banyak meyita waktu hingga tak sempat untuk aku mengupdate blog yg satu ini.

Pembantu yg sepatutnya membantu, malahan bikin bingit pula. Tambah masalah korupsi di Indonesia merumitkan segala mala proses utk membawa masuk FDW yg sebelumnya. Walaupun aku dengan tidak relanya menyerahkan wang 4.5 juta rupiah untuk memproses apa yg sebenarnya cuma berharga kurang lebih 1juta, aku akur, mereka pun terpaksa meminta imbalan yang tinggi bagi menampung keluarga. Tidak mungkin mereka boleh dengan senang hidup dengan gaji bekerja di pemerintah. Aduh, kasihan pun ada, geram pun ada. Namun, siapalah aku nak suruh dorang ni semua follows the rightful rule, sedangkan kepala bahgian masing masing pun terus berkorapsi. Hidup Indonesia, hancur org org kecil disana. Kasihan!

Tak ada masa hendak bersantai tiap pulang dari kerja. Sibuk pula dirumah melayari lelaman didunia maya. Banyak informasi yang perlu didapatkan. Accomodation yang telah ditempah terpaksa dibatalkan. Hendak mencari apartment yang within the budget utk 2 pasangan agak payah. Aduh! tak pasal pasal kena buat extra homework. Dear sering bising kerana aku selalu sanggup dan rela kalau ada yang hendak menempel dengan kami dalam rangka cuti cuti anniversari hanimun. Pulak tu, dah dorang tu ada kan badan dan duit aja. Apakan daya, they are good friends of mine. Its hard to turn them down.

"Alah takpelah dorang nak ikut, senang kita, ada tukang amik gambar for us nanti, tak lah bimbang camera kena bawa lari"

"Yelah, ada ke pegi hanimun bawa orang lain, pastu nanti jgn nak sibuk masak utk dorang pulak eh, let them do the cooking"

"You ni kan darling, macam baru kenal Yang aja. you pun dah kenal ngan dorang gak kan, relaxlah, lagipun bukan dorang minta belanja for this trip pun, dorang bayar sendiri apa"

"Ah yelah tu, habis tu Yang cari accomodation for 4 tu, nak tido satu bilik juga ke?"

"Taklah, it will be 2 separate room, lebih jimat dan save cost, share living area dan kitchen, takkan kita nak hibernate ajakan, walaupun its our anniversary honeymoon, penatlah nanti"

Tak pasal pasal satu cubitan aku dapat. Its hard for Dear to agree in letting kengkawan aku ikut serta. Alhamdulillah, now that she agreed, meriahlah nanti percutian kami.

Alhamdulillah juga, banyak benda yang hendak disiapkan bagi percutian ini telah aku settlekan. Tinggal hendak membeli tiket keretapi, tukar currency dan sedikit bahan makanan yang hendak dibawa.
It will be less than a calendar month before we heading to our destination. Excited pula rasanya
.


Monday, October 26, 2009

What a Weekend!

3 hari 2 malam tidak bertemu telah menjadikan weekend kami teramat indah.

Jarang kami berpisah begini lama. Selalunya kalau aku harus pergi lebih dari 1 malam, orang rumah aku suruh ikut sekali. Tapi kerana aku harus berurusan most of the time dan lagipun Dear harus simpan cuti untuk nanti, aku pergi bertugas tanpa Dear. Memang payah rasanya tidor bersendirian selama 2 malam. Hampir 2 jam juga kita bergantung di talipon untuk 2 malam itu...pengsanlah bill talipon bulan ini.

Anniversary kami disambut sederhana saja namun aku dan Dear amat bersyukur kami dapat mempertahankan perhubungan ini. Syukur aku dapat mengambil penerbangan pagi dan telah pun berada ditanahair sekitar jam 1 tengahari. Dear telah pun dengan setia menunggu. A quick lunch dan terus ke GV membeli tiket. Sementara menanti jam 4.30pm, kami shopping for winter clothings. Dear kalau boleh nak beli semua yg baru. Yelah, aku faham sangat, sekarang ni Dear dah tukar size dari yg besar ke yang kecil. Pasti baju winter yang ada utk Dear dah jadi kebesaran sangat. Bukan aku tak mahu belikan Dear. Aku tahu Dear pun lebih dari mampu utk beli untuk dirinya sendiri, tapi aku malas nak mengangkut banyak barang masuk ke panggung. Nasib baiklah kami dapat tumpang barangan di kedai tersebut. Hendak ku ajak Dear dinner di Tiffany, Dear tak mahu. Dear kata cuma nak makan something kat Hanis. Simple aja permintaan Dear utk anniversary dinner walhal ini tahun yg ke 20..should at least have a good dinner kat hotel ke. Habis dinner, Dear terus ajak pulang. Penat dan Dear kesiankan aku yang kelihatan letih.

Rupanya, letih dan penat bukanlah alasan sebenar. Dear ada plan yang lain actually. Aku disuruh mandi cepat cepat. Bila masuk ke kamar kami, Dear telah pun memasang wangian dan aircon. Katil pun telah disiapkan. Dear senyum senyum sambil bertanya kalau aku dah bersugi atau belum. Hmm, dalam hati aku tertanya tanya. Macam ada chance aja nak together gether ni.

Light out at about 10 pm but aktivi berjalan terus. Entah pukul berapalah kami tertidur dalam pelukan masing masing. Bila aku sedar sekitar jam 4.30 pagi, ku tiup dan gigit manja telinga Dear. I just love to make love at that hours.
Sabtu pagi terlewat kami bangun..malas rasanya nak ke pasar dan bersenam. Hmm, bermalas malas dalam pelukan sambil bercumbu cumbuan adalah sarapan kami pagi sabtu sampailah Dear teringat yang Dear harus ke klinik untuk mengambil hasil ujian pemeriksaannya tempoh hari. Jadinya terpaksa kami hentikan permainan cinta.
Sepanjang hari diluar hinggalah ke hampir tengahmalam barulah kami pulang. Ingatkan dah penat nak terus tidor, namun apa yg kena pada kami pun aku tak tahu. Permainan yg terhenti disambung malam itu juga. Alahai macam pengantin baru pulak kami ni. Gara gara terlalu letih, terlambat lagi kami bangun pagi minggu. Terpaksa juga bangun hendak ke pasar. Selesai jalankan tugasan dirumah, kami ke bukit katil dengan niat nak mengukur bantal. Namun bantal tak terukur, kami gigih mendayung. Aduhai, macam makan viagra pulak...tak terhenti dan terbendung hawa nafsu. Sangking seronok sampai tak berfikir dengan waras. ampuni kami ya Allah.
Apapun, yang terjadi telah pun terjadi. Anniversary tahun ini telah diraikan dengan penuh keghairahan memandangkan akan ada orang ketiga dlm rangka cuti cuti anniversary december nanti.
Hari ini realiti kehidupan diteruskan dengan tugas yang berlambak di tempat kerja dengan hati berbunga dan mata yang separuh terbuka. Mudah mudahan malam ini tetap membawa ketenangan dan kenangan 3 malam di hujung minggu yg baru berlalu.



Friday, October 23, 2009

23 Oktober - Abadi Cinta Kita

Dear,


Terimakasih kerana telah menerima Yang dan menjadikan Yang sebahgian dari hidup Dear.

Dua puluh tahun telah kita melayari pengongsian hidup ini. Telah banyak onak dan duri yang kita lalui. Yang bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan. Walaupun kita bukanlah seperti pasangan yang lain, tapi kita tetap dapat menikmati kebahagiaan, rasa cinta antara satu sama lain dan kasih sayang seperti pasangan yang lain.


Semuga Dear tetap bahagia bersama Yang. Happy Anniversary to Us.

20 tahun yang lalu
Ikatan janji termeteri
Kesudianmu amat kuhargai
Ketulusanmu amat kusanjungi
Sehidup semati itu yg terpatri
Terpahat dalam di lubuk sanubari
Saat ini, kenangan mengimbau

Berikrar sumpah setia
Berjanji hidup bersama
Merentang segala derita
Untuk hidup berdua
Antara kita
Walau rintangannya nyata

Walau kadang langkah tersandung
Dan airmata tak dapat dibendung
Gagahi diri merenang onak dan duri
Demi cinta yang tak bertepi
Demi kasih yang telah termeteri
Kita tempuhi dengan berani
Hari ini, demi sebuah janji

20 tahun kita kecapi
Walau tak sepi dari ombak tsunami
Tetap kita sama menghadapi
Puncak kebahagian yg kita kita miliki

Terimakasih Sayang kerana tolerensi
Kasih sayang yg sering tak terungkap
Namun jauh disanubari keikhlasan terhias
Menyemai suci benih cinta kita
Hingga tika dan saat ini.
Hepi Anniversari.



Still Loving you everyday, every hour, every minutes and every second of my breath.



ps: kita celebrate our anniversary hanimun december nanti ya sayang. Untuk hari ini,hope to see you in Singapore for just a simple dinner , I hope you dont mind and thank you for being understanding. Thank you for being with me and love me.

Missing You.

Thursday, October 22, 2009

Digamit Memori 3

3 hari untuk menantikan kepulangan Dear terasa terlalu panjang untuk aku tempuhi.Hujung mingguku terasa hambar. Malas aku nak kemas rumah dan menolong ibu memasak.Aku hanya menghabiskan masa dengan termenung dan mencari cari kesalahan ku pada Dear. Saudara ku yg lain semua bertanya pada ibu apa dah terjadi dengan aku. Untung lah ibu amat memahami dan hanya memberitahu mereka yg aku bengang dengan masalah ditempat kerja. Kalau ibu yg kata demikian, mereka percaya aja walaupun sebelum itu salah satu saudara ku telah menebak dan menuduh aku tengah sakit angau.
Senin pagi, aku masih tetap menunggu Dear ditempat biasa. Walaupun dah terlebih 15 minit dari masa selalu, kelibat Dear pun tak ku nampak juga.Aku memberanikan diri utk talipon Dear. Tiada jalan lain, aku mesti call atau aku akan terlambat ke tempat kerja. Aku hampa, Dear tak ada dirumah. Dear telah pun pergi kerja dihantar abangnya. Tiba tiba, aku rasa lemah sangat. Serasa semangat ku hilang. fikiranku buntu. Hampir setengah jam, aku duduk di bawa block tak tahu nak buat apa. Aku confirm tak boleh nak ke tempat kerja dengan kondisi yg macam ni. Akhirnya aku call boss dan minta time off. Nasib baik Ms Sarah memahami dan betul betul ingat aku tak sihat.
Aku talipon Dear ditempat kerja tapi tiada jawapan pun. Apa yg harus aku buat. Aku benar benar bingung. Perasaan bingung, marah, sedih bercampur baur. Habis duit syiling 10sen aku gunakan talipon Dear ditempat kerja, namun tetap juga aku tak dapat bercakap dengan Dear. Jawapan yang ku terima, she's not in yet. Mustahil, mungkin itu hanya alasan dari Dear dan teman sekerjanya yang bersekongkol.
Aku nekad ke tempat kerja Dear. Apa nak jadi jadilah. Aku perlukan jawapan dari Dear utk hilangkan rasa gundah dihati. Its a matter of live and death utk aku. Kalau memang Dear tak mahu bersama aku, katakan saja. Aku tak sanggup ditinggalkan tanpa alasan.
Hampir jam 10 pagi baru aku dpt tahu yg Dear tak datang kerja. She took urgent leave. Hmmm, hampa sangat sangat. Tapi kenapa orang yang angkat talipon mengatakan Dear dah keluar kerja dihantar abangnya. Bengang betul dan kusut fikiranku. Tak tahu nak buat apa, aku ikutkan langkah kaki yang gontai ku rasa kan. Aku hampa sehampanya. Soalan bertubi tubi disanubari. Hati dan fikiranku bersoal jawab. Tahu tahu aja, aku dah pun sampai dirumah dengan muka yg macam org sakit. Ibu terperanjat melihat aku pulang dengan wajah yg runyam. Malas aku nak berkata lagi bila ibu bertanya. Aku cuma nyatakan aku tak sihat dah nak tidor. Itu ajalah tempat pelarian ku.
Esoknya, aku benar benar sakit. 2 hari aku mc. Ku tahan hati yg meronta ronta hendak menalipon Dear. Sungguh bebanan dihati amat berat. Hanya pada Allah swt saja aku mengadu. Tak berani nak berkongsi problem dengan adik beradik aku yg lain. Aku bangun bersujud dan memohon Allah berikan aku ketenangan. Aku mohon yang Maha Esa berikan aku petunjuk dan kuatkan aku menerima ketentuanNya.
Hari Khamis aku masih tak berdaya hendak ketempat kerja. Terpaksa urgent leave juga yang aku tekan. Nasib lah bos ku memahami. Hari ini aku agak tenang sedikit. Dalam aku tengah membaca, ada orang ketuk pintu. Kakak ku yang membuka pintu memanggil aku. Ada yang hantar bunga untuk ku. Kakak ku dah pun tersenyum padaku penuh makna. Kad yang terselit dijambangan bunga lily ada kata kata ini"Get Well Soon! I got an answer for you"
Aku terfikir dari siapa lah gerangan bunga lily ini. Kakak ku tak habis habis mengusik. Aku tahu bunga tu tak kan dihantar oleh teruna yg terkejar kejar kan aku masa tu..dia di KL, dan mana dia tahu aku sakit. Tak mungkin. Apapun, bunga tersebut mampu membuat aku lebih tenang dan bikin aku agak bersemangat walaupun tak ku pasti siapa pengirimnya.
Esoknya, aku lebih berstamina dan bersemangat untuk ke ofis. Tak ku hiraukan utk menunggu Dear. Yang ku fikir saat itu, mesti banyak kerja yang hendak kubereskan dioffice nanti.
Dioffice, aku dapat satu lagi kejutan yang manis. Ada yang hantar mcdonald breakfast untuk ku. Tapi b'fast tersebut dipasskan melalui seorang teman. Hmmm, mimpi apa aku semalam.
Sanking sibuk, aku terlupa waktu. Sampailah saat nak balik, barulah teman ku yg duduk bersebelahan mengatakan yang Dear dah berapa hari talipon aku. Tersentap aku. Namun ku gagahi diri dengan sikap tak kisah. Si Boon, mengatakan Dear telah meminta alamat rumah bila Boon mengatakan aku sakit beberapa hari ini. Ah..mungkin bunga lily tersebut adalah daripada Dear. Waktu itu, aku terfikir, kalau memang Dear yang kirimkan bunga itu, bererti aku masih ada dihatinya. Alhamdulillah.
Hampir jam 6.30 petang barulah aku berkemas untuk pulang. Tiba dibawa, aku terperanjat melihat Dear sedang berbual dengan pakcik security. Belum pun sempat aku menghindar dari penglihatan Dear, pakcik security dah pun memberi tahu Dear tentang kehadiranku.
Dear menghampiriku dan terus bertanya khabar. Aduh rasanya nak putus jantung mendengar suara yang amat kurindu. Untuk mengelak dari pakcik security mendengar perbualan kami, aku biarkan aja Dear menarik lengan ku.


Dear senyum memanjang melihat aku yg termangu mangu. Dear mengajak aku untuk dinner dan Dear akan menjelaskan semuanya. Aku hanya pasrah dan mengikut saja kehendak gadis yang telah membuat aku tak karuan ini.



Thursday, October 1, 2009

DiGamit Memori 2

Sejak meluahkan hasrat hatiku pada Dear, hari hari terasa lebih manis walaupun aku tak pasti apa keputusan Dear. Aku ingin menikmati sebaik baiknya masa yg ada bersama Dear. Siapalah tahu seandainya jawapan yang Dear beri akan menghancurkan dan memusnahkan impianku.

Aku tak lagi hanya pulang bersama. Tiap hari aku keluar lebih awal hanya utk menunggu Dear dibawah block rumah nya. Tiap hari juga aku bawakan sarapan berupa epok epok sardin kegemaran Dear. Belum lagi kami bergantung ditalipon tiap malam sampai berjam jam. Hujung minggu bila keluar dating, aku selalu membawa bunga utk Dear.

Suatu hari sewaktu aku mahu berlalu pergi setelah menghantar Dear, Dear telah menghulurkan sepucuk surat bersampul merah jambu. Hendak ku buka dan ku baca, namun Dear tak mengizinkan dan meminta aku membacanya bila aku berada di rumah. Demi menghormati permintaan Dear, aku simpan surat tersebut dan berniat membacanya nanti.

Dasar manusia yg penuh dengan dosa, dan sifat tak sabar, aku buka surat tersebut sebaik saja aku melabuhkan diri ditempat duduk di dlm bas no 18.

"Maaf kerana mengirimkan warkah ini. Tak sanggup rasanya utk bertentang mata meluahkan apa yg tersirat didalam sanubari. Aku harap kau dapat mengerti dan terima permintaanku ini dengan ikhlas.

Mulai esok, aku tak ingin lagi kau menantiku utk pergi dan pulang dari kerja. Biarlah buat sementara waktu ini, kau jangan menghubungiku. Izinkan aku memohon maaf dan halalkan segala makan minum yg kau berikan selama ini. Apa pun jua, ketahuilah, aku tahu yg kau amat mencintaiku dan aku berharap yg suatu masa nanti aku pun dapat mencintaimu juga.

Salam sayang selalu dan aku pasti aku akan merindui kehadiran mu."

Rasanya saat itu, mahu saja aku berteriak sekuat hati. Namun aku masih waras bahawasanya aku berada di dalam bas semasa aku membaca surat tersebut. Sampai saja aku didestinasi, aku bergegas mencari public phone. Tak dapat nak tunggu hingga sampai kerumah utk meminta kepastian dari Dear. Namun sekali lagi aku hampa. Dear tiada dirumah. Baru saja Dear keluar bersama orgtuanya ke Melaka dan hanya akan pulang 3 hari lagi.

Dalam kesah, aku melangkah pulang ke rumah. Tanpa memberi salam, aku melangkah kan kaki ke perbaringan. Terasa berkecai hatiku mengingat warkah dari Dear. Seperti orang yang kehilangan sangat, aku terlentang dan merenung kosong keatas. Ibu yg amat prihatin, datang mendekat dan bertanya kenapa. Tak dapat aku nak luahkan segalanya. Aku hanya menangis dan tersedu. Akhirnya ibu menyuruh aku bangkit untuk mandi dan bersolat. Aku akur dan gagahi diri menurut perintah ibu. Malam itu aku tak pun menjamah masakan ibu walaupun ibu telah memasak lauk kegemaranku. Aku tertidur dlm kesedihan dan hanya terjaga pada sekitar 2 pagi. Dalam rasa mamai, hati ku perih. Sekali lagi aku gagahkan diri dan mengambil wudhu. Teramat damai rasanya hati setelah aku merintih kepada yang maha esa.

Pada ibu, aku berbagi rasa seadanya esok paginya. Ibu meyuruh aku bersabar dan berdoa. Ibu berpesan, mesti Dear ada sebab tertentu utk berbuat demikian. Aku tak boleh nak memaksa Dear dalam segala hal.

Ibu berkata, seandainya Allah mengizinkan sesuatu terjadi, pasti akan terjadi. Kita hanya perlu berdoa dan meminta kepada Nya. Aku tersadar dari rasa marah, sedih dan tertipu bila ibu mengusap kepala dan mencium dahiku. Ibu berkata juga, yang ibu tahu aku amat menyayangi Dear dan ibu berharap apa pun yang akan terjadi, aku tidak akan marahkan sang pencipta. Kalau ada jodoh antara kami atau sebaliknya, semua atas kehendaknya. Aku hanya harus berdoa apa yg terbaik utk kami.

Ya, ibu hanya tahu yang aku amat menyayangi Dear sebagai seorang saudara bukan sebagai seorang kekasih. Aku tahu, ibu juga amat menyenangi Dear apabila pertama kali kukenalkan Dear pada ibu. Ibu juga pernah berkata yang ibu amat bahagia kalau punya menantu seperti Dear saat ibu terbaring dirumah sakit. Dan aku tahu ibu ikhlas membelai dan menciumi dahi Dear dan meluahkan kekesalannya tak dapat nak buat Dear sebagai menantu. Demi nasihat ibu, aku pasrah atas apa juga keputusan yang Maha Esa. Biarlah masa yang menentukan perhubugan aku dan Dear.





Wednesday, September 30, 2009

Di Gamit Memori

30 September 1989
Lokasi : Marina Square
Waktu: Lebih kurang 7.45mlm



Masih aku terkenang, saat itu kami duduk di bangku menghadap laut Esplanade sambil memakan Delifrance sandwich dan garlic bread.

Mengimbau kenangan sebelum tarikh keramat ini.

Aku mengenali Dear semenjak aku di menengah satu lagi. Saat pertama terpandang Dear, memang aku terjatuh hati. Zaman persekolahan dan remaja memanglah satu zaman yg bergolak dengan identiti crisis. Namun aku selalu takut untuk mendekati Dear. Tiap hari aku mengambil kesempatan mencuri pandang Dear. Dari teman satu kelas, aku mendapat tahu nama Dear. Dari situ no talipon pula yg ku minta. Walaupun dah ada no talipon, namun aku masih tidak berani utk menalipon Dear.

Pertama kali dapat berbual dengan Dear, aku memang gementar. Waktu itu, Zab, teman sekelas, mengajak aku kelibrary utk membuat rujukan utk projek sekolah. Tanpa aku ketahui, rupanya Dear yg selalu pergi balik sekolah bersama Zab ada bersama. Bila duduk dimeja dilibrary berdepankan Dear, brain freezed aku jadinya. Entah apa yg nak aku researched kan semuanya diluar kawalan otak waktu tu. Aku tak boleh nak concentrate dan focus. Aku hanya mencuri pandang dan tenung wajah Dear yg khuysuk membaca. Disitulah bermula perkenalan singkat antara aku dan Dear.

Tahun berganti, walaupun dah mengenali Dear, aku tak pernah pun keluar berdua. Almaklum, Dear pendiam, very homely. Aku pula, bukan aja pelajar lelaki yg mengenceri, yang perempuan pun sampai bergaduh gara gara nak merapati aku. Macamlah aku ini jambu sangat. Walhal, aku rasa diri aku ni luaran kasar. Entah apa yg bikin dorang ni semua terpikat. Namun, hampir tiap hari aku talipon Dear. Walaupun kadang tu tiada apa yg hendak dibualkan, hanya mendengar dengusan nafas kami.

Tahun akhir Dear disekolah menengah, aku memberi Dear buku harian ku berserta sekeping surat. Aku mahu Dear mencoretkan sesuatu dibuku harian ku. Sampai saat ini, diary berwarna hijau ini masih ada dlm simpanan ku. (nantilah di posting yang lain, akan ku blog tentang diari ini).

Setelah Dear meninggalkan sekolah kami, aku rasa kehilangan sangat. Waktu tu memang ada seorang gadis (si Celak) yg amat rapat denganku, kami berlainan kelas dan hanya sekelas utk bahasa melayu. Dia memang sungguh daring utk memikat hati ku. Suka mencium pipiku dan berganding tangan bila berjalan. Aku tak pernah menghirau kan reaksi atau kelakuannya. Waktu itu, aku telahpun mempunyai teman lelaki. Si celak bagaimanapun berjaya menambat hati aku yg memang bernaluri kecinta sejenis. Mempunyai teman lelaki waktu itu adalah utk aku meyakinkan naluri aku sebenarnya. Walaupun aku hepi dpt tayang my guy didepan kawan kawan, namun tak pernah pun terbetik rasa cinta dan kasih pada S (lelaki yg persis berwajah Naseer Wahab). Padahal S, romantik, berwajah sendu, mempunyai senyuman yg manis dan menjadi pujaan ramai pelajar perempuan waktu itu. Aku sampai pernah diserang bila ada yang tahu yg aku dan S berpacaran.
Bila aku dicollege, saat itu aku telahpun berkasih dengan siCelak. Tapi aku taknaklah cerita tentang hubungan ku dengan sicelak disini. That was history..namun dari pengalaman berkasih
dengan sicelak telah membuat aku berani melafazkan kata cinta pada Dear. Dear hanya ku hubungi sekali sekala dan kadang kadang kami keluar bersama dengan abang sepupu ku yg mahu pikat Dear menjadi kekasihnya.Aku menjalin hubungan kembali dengan Dear setelah dapat tahu yg Dear bekerja dekat dengan tempat pengajian ku. Dalam seminggu, bila ada kelas pagi, aku pasti akan bertemu Dear. Mulai disinilah, aku memberanikan diri duduk bersebelahan Dear didalam bas. Kadang, bila siCelak sama ada kelas pagi, aku terpaksa mengelak duduk dengan Dear demi menjaga hati si Celak. Rutin kami sebenarnya menjadi permerhatian Dear.
Hinggalah suatu hari, Celak sakit dan aku mengambil kesempatan itu utk duduk disebelah Dear. Dear dengan slambernya bertanya kalau kalau aku tak takut dimarahi matair ku bila nanti aku duduk bersebelahan Dear walhal hari itu sepatutnya si Celak pun ada kelas pagi. Saat itu, dlm hati aku berkata kata, eh sidekni jeles rupanya. Dari episod itu, aku tahu dan dapat merasakan yang Dear sebenarnya berminat juga pada diriku. Lagipula, hubungan ku dengan si Celak memang dah agak merimaskan gara gara sifat suka jeles dan mengongkong hubunganku dengan teman teman yg lain.

Suatu hari, waktu aku pulang dari tempat pengajianku, di stesen bas, Dear telah menunggu ku. Kalau selalu terserempak, Dear tak pernah nak menegurku dulu, aku yg always start first. Hari tu, Dear yg melambai utk aku mendekat. Rupanya Dear ingin mengajak aku ke Dinner and Dance company Dear. Aku tanpa berfikir panjang dan meminta izin dari ibu dirumah, terus setuju. Mulai dari saat Dear mempelawa ku ke D&D, aku telah dengan berani mengajak ngedate Dear. Hari hariku lebih terasa indah bila bersama Dear. Celak terasa dengan perubahan diriku. Bersama Celak,hampir tiap hari ada aja pertengkaranantara kami. Aku tak lagi izinkan Celak menanti aku utk pulang bersama seandainya aku ada kelas lewat petang. Kalaupun kelas aku habis pada pukul 3 ptg dan Celak pun sama, aku selalunya mengelak utk pulang jam begitu dan memberi alasan pada Celak yg aku ada discussion dengan teammate aku. Walhal aku memerapkan diri dilibrary selama 2 jam hanya kerana ingin menunggu Dear pulang.

Akhir Jun 1989 - Tarikh yang amat aku tunggu tunggu- D&D dicompany Dear.
Malam itu, buat pertama kali, aku berpimpin tangan dengan Dear. For the first time too, kami berdansa bersama. Its was such a memorable nite for me.Terasa segala impian yg kupendam semenjak pertama kali jatuh hati pada Dear tercapai. Dalam keremangan dankebisingan ruang dewan, aku mengambil kesempatan dengan tersengaja mencium pipi Dear bila kami mahu berbicara.Malam terasa begitu pantas waktu itu. Aku seakan tidak mahu malam itu berakhir. Sebelum berpisah, aku mempelawa Dear utk bertemu lagi 2 hari kemudian. Its her birthday, and she thought that I forgot. Bila aku jumpa Dear waktu itu, aku telah menghadiahkan 5 kuntum bunga ros putih, sekeping kad hari lahir dan sekotak coklat. (Sampai sekarang pun Dear masih simpan kad besday tu-terharu aku)

Mulai dari tarikh itu, aku telah nekad untuk terus bersama Dear. Lagipula hubungan aku dan siCelak makin hari makin hambar aku rasakan. Bertepatan dengan hari lahir si Celak in August, kami break-off. Celak tuduh aku sadiswalaupun aku berhempas pulas kumpul duit utk membelikan Celak CD player sebagaimana yg dia kehendaki sebagai hadiah harijadinya. Saat itu, aku memang tak peduli lagi. Hatiku telah dipenuhi dengan gadis yg terpahat dihati pada pandangan pertama.

Dalam pada itu, aku telah pun graduate dan mendapat kerja. Nasib baik tempat kerja ku tak berapa jauh dari Dear.Selama 3 bulan tiap hari aku pulang bersama Dear. Hujung minggu, kami selalu luangkan masa berkencan dan cubamengenal diri masing masing. Saat itu, tak pernah pun terluah kata kata sayang dan cinta. Akhirnya setelah menilaiperhubungan kami, aku memberanikan diri melafazkan kata cinta dan meluahkan rasa hati utk berkapel dengan Dear.

30 September yang bersejarah. Setelah habis makan sandwich dan garlic bread, di kelilingi pasangan lain di bangku bangku berdekatan, aku melahirkan keingingan utk memiliki Dear utk
diriku sendiri.

"I had something to confess to you". saat tu, aku hanya memegang tangan Dear sambil mataku terarah ke lautan didepan.

"What is it?, you dah nak kawin ke" selamba aja gadis disebelah ku ini.

"Hmmm, you nak ke jadi teman hidup I" aku memberanikan diri menoleh ke Dear.Dear terus menarik tangannya dari peganganku bila aku mengajukan soalan itu.

Dalam hatiku, dag dug, tapi aku memang dah nekad dan bersedia menerima apa aja kemungkinan dari pihak Dear. Lama juga Dear terdiam.

"Kalau you ni lelaki, mesti I dah suruh you hantar orang meminang" sungguh diluar dugaan ku jawapan yg keluar dari bibir yg kuidamkan itu.

"So meaning, you are willing to be with me then" macam tak yakin aja aku saat itu, betul ke apa yg ku dengar.

"Hmm, can I not answer you now. Its a big thing for me. Lagipun kita sama, kalau like this, ni cinta terlarang tau. I need time to think" lembut suara Dear. Tak sangka aku. Sebenarnya aku
telah bersedia menerima sumpahan dan cercaan dari Dear tapi malam itu, rasanya macam semuanya berpihak pada diriku. Syukur sangat sangat.

"Ok, but how long baru you boleh kasi jawapan?. And does that means you love me?"

"Give me a month. As to your 2nd question, I takde jawapan sekarang" kali ini, Dear pula yg mengambil tangan ku dan meletakannya diatas ribanya.

"Hmm, ok one month from now. You istihara dulu and seek guidance dari yg memberi kita rasa sayang dan cinta ini. I boleh tunggu. But for now, I just want you to know,apa pun keputusan you, I redha cause I love You, and will always love you till the day I die. So it a month ya, I shall wait then". tanpa fikir panjang aku mencium tangan Dear kemudiannya. Dear tidak menolak atau marah. Dear hanya mendiamkan diri dan biarkan tangannya dalam genggamanku.

Saat itu, aku berjanji dlm diri dan berdoa kepada Allah swt. Andai ini jodohku Ya allah, gerakkan lah hatinya menerima aku dan cintaku walaupun kami tak dapat menghalalkan hubungan ini
dengan pernikahan. Aku mohon pengampunan mu atas rasa cinta dan kasih yg Kau berikan pada ku untuk insan sejenisku. Malam itu, kami meninggalkan Marina Centre dengan berpegangan tangan tanpa peduli pada penglihatan orang lain. Aku tak pasti apa yg tersemat di hati dan sanubari Dear ketika itu. Tapi aku yakin, ini lah org yg tangannya kugenggam erat hendak ku jadikan teman hidupku, hingga ke akhir hayat. Insyallah.





Friday, September 25, 2009

Raya Blunders

Sudah lebih seminggu kita berraya. Pasti ramai yg dah beraya sakan. Aku tak berapa gemar nak go visiting. Ni pun aku belum kemana mana melainkan kerumah seorang kakak dan seorang teman yg baru saja menjalani pembedahan buang rahim akibat kanser.

Sebenarnya aku tak suka nak menyambut raya. Firstly, semenjak pemergian ibu, hari raya means a sad occasion. Mentelaah lagi, aku pernah kehilangan seorang adik beradik dalam bulan syawal. Tiap hari terakhir Ramadhan, memang aku feel draggy. Malam raya aku pasti meninggalkan Dear untuk pulang ke gubuk ku sendiri. Kalau tak, matilah esok pagi raya aku kena sembur dengan semua saudara mara ku. Lagipun gubuk tu mesti gak nak aku kemas, mop lantai, tukar langsir dan cadar kan. Manalah tahu, ada saudara yang kepo nak singgah setelah menziarahi HQ adik beradik aku. Nak juga aku taruk kuih barang 3 ke 4 balang. Jadi nya malam raya setelah memasak dirumah Dear, aku pulang ke rumah ku sendiri pada jam 11 malam. Kemas punya kemas tak sadar dah sampai pukul 3 pagi baru habis semuanya.

Pagi raya, bersendirian, aku melangkah kan kaki ke rumah saudara ku yang sulung. Memang dulu tu, arwah ibu tinggal di situ. Jadinya sekarang kami adik beradik semua pasti berkumpul di rumah Along.

Sejak tahun lalu, berhari raya di rumah Along tak lah semeriah mana. Adik beradik ku semua dah jarang nak bergambar reramai. Terasa kehilangan saudara kami yg tewas dek cancer. Setelah makan makan dan bersalaman, masing masing meninggalkan rumah Along. Aku memang selalunya tunggu semua saudaraku dahulu hingga lah yg terakhir datang barulah aku angkat kaki.

Raya tahun ni entah kenapa ada 2 kejadian yg in a way cause a choatic in my life. Satu, aku tertinggal wang yg telah aku tukar utk collection di rumah Dear. Aduh, tak sadar aku sampailah pagi sebelumnya nak pack duit tu, baru tersadar. Ingat hilang, tapi bila aku talipon Dear, ada rupanya tertinggal di bag aku yg lagi satu. That is why I hate to change bag. Mesti ada yg tertinggal. Satu lagi, hp connection aku drop akibat terlalu banyak received sms. Payah betullah tak dapat nak balas sms. Nak call out pun tak boleh. Mana kat rumah tak de landline. Bagi sesiapa yg kirim sms dan tak dapat jawapan dari aku, minta maaflah sangat2, bukan x nak balas, situasi yg tak mengizinkan itu semua.
Minggu terakhir raya, aku nak bikin open house. Ini adalah open house yg terakhir utk rumah aku. Lepas ni, entah bila lagilah nak bikin open house utk raya.
Buat masa sekarang ni, aku sibuk membuat persiapan untuk sesuatu. Dah tak mood nak raya walhal banyak lagi rumah yg harus dikunjungi.

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran

Di kesempatan ni, kami berdua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua teman teman blogger. Mohon Maaf Zahir dan Bathin atas segala kesilapan dan kesalahan dan terlanjur kata dalam persahabatan dialam maya ni.

Rententan Akhir Ramadhan

Terlalu sibuk dengan kerja membersih rumah dan projek projek di ofis. Tak sadar kita dah hampir ke Syawal.

Seperti tahun sebelum nya dan yang sudah sudah, aku memang tak ghairah nak sambut syawal. Dear nampaknya tahun ni semangat, panggil orang mengechat rumah. Aku memang tak de mood. Satu kueh pun tak aku buat. Ada takde, dlm pertengahan ramadhan, sempat kami ke rengit dan simpang rengam berbelanja. Terimakasih pada cik bebey yg tunjukkan arah jalan.

Akhir ramadhan kali ini aku terasa lebih syahdu, entah jumpa ramadhan tahun depan tak tahu lah pulak. Tengoklah tahun ni, ramai yg pergi secara mengejut..mudah mudahan Allah memberi kesempatan utk aku tempuhi ramadhan tahun depan.

Alhamdulillah, apa yg aku cita cita dan azam kan sebelum memulai ramadhan tercapai pada tahun ini. Semuga Allah terima segala amalan kita dibulan yang mulia. Amin.

Thursday, September 10, 2009

Rentetan Ramadhan Part 1

Rentetan peristiwa ramadhan didalam kehidupan kami berdua...

Hujung minggu pertama ramadhan - Beriftar bersama keluarga besar ku..ni adalah tradisi arwah ibu dan kak long aku yg sejak ketiadaan ibu telah mengambil alih tugas tersebut..tapi pagi nya aku dengan Dear telah mengigihkan diri beratur untuk ini...

Tak mahu ketinggal amik peluang mendapatkan tawaran hebat di pameran terbesar NATAS, kami telah tiba setengah jam sebelum masa bermulanya pameran pada pukul 10pagi. Hmmmm, nampaknya ada orang yg lebih pagi lagi dah beratur. Hendak tak nak, aku pun beratur sambil Dear tunggu di dekat Entrance. Ada juga lah dalam 150m away aku berdiri dari tempat entrance tu.

Hala tuju pertama kami adalah dibooth ini. Tak kuasa nak recce lain tempat dulu. Akhirnya aku book trus memandangkan harga yang ditawarkan adalah dibawah budget yang telah aku siapkan utk kami berdua. Terimakasih pada amoi dibawa yg telah dengan sabar melayan kerenah Dear untuk booking kan flight kami. Thanks Sunny.


Hah ni adalah replica dari Boeing A380 yg dipamerkan oleh SIA. Insyallah, impian utk menaiki A380 bakal kami capai nanti dalam perjalanan pulang ketanahair kelak.



Antara brochure yang aku ambil dan simpan semasa kepameran NATAS tempohari untuk destinasi kami. Masih belum ada kesempatan utk really read those brochure...ah takpelah lepas raya nanti banyak masa boleh baca.




Antara Hidangan yang adik beradik aku potluck utk majlis iftar di rumah Kak Long pada 29.8.09
Dimajlis iftar di rumah Kak Long, berbagai makanan pulak telah dihidangkan. Rasanya tak termakan bila kami dah berkumpul adik beradik. Selalunya aku buka hanya dengan makan kurma, bubur, buah2an dan satu main dish serta kuih. Ni berlambak pulak nak dimakan. Belum makan dah bingung. Lepas makan, kami berjemaah magrib, isyak dan terawih. Selesai solat, ramai yg repeat broadcast melayan nafsu tekak sambil bersembang. Mata aku memang dah tak tahan. Dear pulak pantang berjumpa ipar ipar dan biras birasnya, sibuk lepas 1 topic ke satu topic. Mujurlah, abang aku bersuara untuk menghantar kami balik hampir 20 min ke jam 12tengahmalam. Kalau tak, sanggup Dear bersembang sampai kepagi. Aku juga yg nanti pengsan.
Dear tahu dia boleh sambung tidor hari minggu, aku juga yang bakal sibuk memandangkan Dear pulak yg panggil adik beradik Dear utk berbuka dirumah keesokkan hari dan aku memang selalunya memasak utk keluarga Dear. Walaupun keluarga Dear tak sebesar famili aku, namun kalau bab makan ni, mahu tak mahu at least nak kena ada complete set ngan dessert sekali.
Alhamdulillah, majlis iftar di rumah Kak Long dan rumah Dear berjalan lancar tanpa pembaziran. Semua yg hadir dibekalkan lebihan juadah agar tak terbuang. Aku walaupun penat hepi sangat melihat keluarga Dear makan dengan berselera.
Sambungan rentetan ramadhan seterusnya akan aku buat diposting akan datang.

Tuesday, August 25, 2009

Cerita Ramadhan

Alhamdulillah, kita dah masuk 4 hari dlm menjalani ibadah pose. Hari bekerja jarang ada undangan berbuka pose di rumah. Kalau ada pun kawan kawan yg mengajak berbuka di hotel hotel yg banyak menyediakan buffet ramadhan.

Bagi aku, bulan pose tak larat nak gi buffet muffet ni semua. Lagi pun aku nak kena menyiapkan juadah berbuka utk FIL, dear dan maid yg tak boleh diharap. Nasib baik, bos kasi aku balik an hour early sepanjang kita pose ni. Plus kalau dah gi buffet ni, berat pulak nak berterawih.

Sejak dari permulaan puasa lagi, Dear dah banyak permintaan nya. Roti Jawa, Dalcha, roti john. Ah entah apa apa yg Dear ngidamkan. Semalam, since BIL tak keje, aku tak masak, beli aja mee mydin di Bazaar Ramadan di Bussorah Street. Dear pesan air katira pada anak saudara nya. Memang kalau pesan kat aku, harus lah aku tak belikan utk Dear. Air Katira tu terlalu manis bagi aku.

Malam semalam, glucose test utk Dear terlalu tinggi. Aku sampai berteriak sangking terperanjat. BIL pun kaget dengan laungan aku. Tulah, gara gara minum air katira. Kang aku tegur, Dear merajuk. Hmmm, nasib BIL menyebelahi aku bila aku meleteri Dear. Harus Dear membisu, tahu pun takut. Aku dengan tegas memberi warning no more katira for this whole month. No more all those sweet drinks except tea or coffee.

Tadi pagi sebelum bersahur, aku ambil lagi sekali test. Alhamdulillah, dah turun pada tahap yg memuaskan. Kalau masih tinggi juga, memang harus aku sekat semua makanan yg Dear hendak dan mengidam.

Minggu ni, plan nak masak tak lah berapa problem. Hanya nak layan tekak Dear aja. BIL keje shift petang, jadi dia tak berbuka di rumah. Hari ini aku hanya hendak bikin roti john dan kukus pau. Utk sahur nak masak tahu kering dan goreng ikan. Weekdays masak senang senang dan ringan ringan. Hujung minggu nanti baru lah boleh feast sikit bersama keluarga. Aku suka makan ramai ramai dengan famili. Walaupun penat memasak, hati gumbira bila makanan semua langsai dibedal.

Ingat nak upload gambar kat bazaar tu, tapi blogger ni ngalah kan org meragam di bulan pose pulak. Hisshhh. tak ya lah nampaknya dah tak de time, aku dah nak blah dah ni.

Selamat Berbuka semua.

Monday, August 24, 2009

An Update.

Dah sebulan lebih dah tak mengupdate blog ni. Bukan apa, banyak benda yg terjadi pada kami berdua.
Diserang demam tinggi dengan temperature hampir mencecah 40 deg membuatkan aku terperuk dirumah selama lebih 10 hari dari akhir july sampailah selepas national day. Dear yg menjaga aku pun turut berjangkit dan diberi MC selama 5 hari. Doctor yg merawat Dear mengharuskan Dear dikuarantin. Tamiflu yg diberi sebagai ubat penawar. Dear harus dikurung dlm kamar. Nak tak nak, aku tidor di ruang tamu selama 2 hari. Masuk hari ketiga, Dear tak mahu lagi aku tidor berjauhan. Tak boleh tidor katanya sebab tak dengar "muzik" yg sering tiap malam aku mainkan. Hahahaha.
Tiap hari kami hanya duduk dirumah menonton tv. Walaupun aku tiap hari bertenet, rasa malas dan bosan utk mengupdate semua blog. Hanya buat kerja sampingan dan clear email dari ofis. Selain dari tu aku ke mysoju. Sekarang ni aku dah kena virus juga. Virus KD. Dah tiap hari di rumah, Dear dikamar dengan her KD. Abang ipar diruang tv pun tak habis habis dng KBS dan arirang. Aku yg akhirnya tak tahan terjebak sama. Macam lah pepatah engris, "If you cant beat them, then the least you can do, join them".
Pulang dari "bercuti" panjang, covering partner aku pat ofis pulak pegi minor operation. Dah lah ada some changes in our duties, kena pulak si Penyakit ni on hospitalisation leave pulak. Tak menang tangan aku dibuatnya. Jangan kata nak jengok blog orang lain, nak talipon Dear macam selalu pun tak sempat. Haiiii...nasib baik Dear faham dan tak merajuk.
Kat rumah pulak si maid tu pulak buat hal. Dah nak puasa puasa tu, banyak kesilapan yg dia buat. Bila senin lalu abg ipar tegur dia kerana goreng keropok bila satu rumah masih batuk batuk, dia tak hepi. Esoknya dia nangis depan father in law nak minta dipulangkan ke agen.
Dah lah masak memasak kau tak tahu. Makan pun hasil air tangan aku. GERAM betul tau. Kalau ikut kan Dear punya cerewet memang siang siang si depa ni dah kena tendang balik kat agen. Ni dah lebih 5 bulan dia buat hal pulak. Hishh..nasib aku tak amik order kek lapis tahun ni walaupun cempedak berlambak lambak dijual. Dear dah pun talipon agen. Nampak gaya agen dah dapat pysho si maid ni, dan dia ingat kita dah ok dan dia tak nak dipulangkan. Sorilah, we still plan nak hantar dia balik. Dear dah half hearted dengan si Indon ni. Nama aja indah, tapi tak indah langsung. Kalau selama ini, all maids yg pernah kerja dengan kita akan duduk semeja berbuka bersama. Tapi bukan dengan maid kali ini. Ego terlalu tinggi, tak tahu tu cakap ajalah tak tahu, boleh lah kita ajar, ni "bodoh sombong". Haruslah kan aku biarkan. Apa dia ingat kita ni so hardup need her help. Kalau tak kerana org tua dirumah yg perlukan jagaan seseorang, memang tak nak lah kami ada maid ni..tak de privacy langsung bila nak masak masak di dapur sambil bermanja manja. Harap harap dlm bulan Ramadhan ni dapatlah aku menahan rasa kemarahan pada si maid ni.
Bulan puasa ni, Dear banyak permintaan. Belum lagi start puasa tempohari, Dear dah buat request menu utk berbuka. Yalah, bulan puasa ni aku dapat balik 1 jam lebih awal dari biasa, jadi boleh lah aku masak utk kami berbuka. Memang kami jarang membeli juadah berbuka di luar. Cuma kekadang tu bila abg ipar keje pagi, dia akan beli kueh kueh melayu utk buka.
Utk hari pertama, aku dah layankan tekak abang ipar dan Dear yg nak makan roti jawa dan cendawan goreng plus bubur lambuk. Hari kedua pulak Dear suruh bikin roti jala dan kari daging. Bubur tu jgn ckplah, tiap hari mesti ada. Dlm aku berkira kira nak start masak pukul berapa, Dear terima panggilan talipon. Kakak Dear sekeluarga nak datang berbuka bersama dan dia kata kita tak payah masak. Yahoooo, dapatlah aku berlingkar atas katil ni lagi. Kakak ipar aku tu nak bawa dalcha. Jadi kita hanya tinggal beli roti perancis. Alhamdulillah, dalcha Kakak yg satu ni memang power kedemak. Tapi being me, mana boleh tak masuk dapur hujung minggu. Bongkar bongkar dapur dan kulkas, akhirnya aku bikin ondeh ondeh, kulit murtabak dan samosa. Ondeh ondeh di buat buka. Kulit murtabak dan samosa aku freezekan. Biar senang weekdays nanti tak kelam kabut aku.
Hari ni, abg ipar tak kerja. Dia kata dia nak pegi Bussorah Street dan fetch aku, Dear dan seorang anak sedara. Ah nampaknya hari ni aku tak payah lah nak masak utk iftar nanti. Kalau abg ipar yg ngalahkan budak baru belajar puasa ni dah ke bussorah street, satu meja akan penuh dengan segala makanan yg di idamkan. Last tu, makan sikit dah terlentang. Kalau boleh aku tak suka pembaziran. Dear pesan agar aku nanti stop him from buying so much foods. Beli sikit aja utk rasa rasa. Aku harap aku dptlah tundukkan nafsu idaman abg ipar aku tu nanti.
Oh ya, masih belum terlambat utk mengucapakan Selamat menjalani ibadah puasa pada semua. Mohon kemaafan seandainya ada yg tersinggung dengan tulisan aku di blog aku ini. Semuga bulan yg mulia ini menjadikan kita insan yg dapat mengecapi kenikmatan yg Allah SWT sediakan sepanjang bulan. Bagi yg tak berkesempatan menunaikan terawih di masjid, buat lah di rumah. Terawih ini hanya ada sebulan aja di dlm setahun, rasanya rugi kalau kita terlepas hanya gara gara kita kekenyangan. Berpada pada lah dlm berbuka, dan rebutlah sebanyak banyak pahala di bulan ini. Kita telah banyak membuat dosa dan masih diberi peluang bertaubat di bulan ini. Siapalah tahu kan, andainya ni Ramadhan kita yg terakhir.
Selamat Berpuasa, Selamat merebut nikmat Bulan Ramadhan yg Penuh berkah ini.

Monday, July 20, 2009

Foursome in Batam - What a Surprise

Lama benar tak pergi manjakan badan dengan spa. Lagipun badan ni macam nak pengsan. Tiap malam aku telan anarex utk muscle relaxant tu. Nak harap Dear urut badan aku, bolehlah tapi tak sama kalau urut tu dibayar kan. Lagipun takut urutan Dear jadi menambahkan badan aku sakit pulak berpusing pusing.
Khamis malam aku pun mengagahi diri bertemu tabib utk amik mc. Bila dah confirm dapat MC, aku pun text ex aku yg kini adalah bestfren aku tu ajak gi spa. Aik, kenapa ngan aku ni, ajak ex pulak, Dear apa hal. Bukan aku tak ajak Dear, dah dari hari isnin lagi aku ajak Dear ke Batam utk spa, tapi macam macam alasan yg Dear berikan. In the end, aku nekad ajak ex pegi. Dia ni memang suka kalau gi spa.
Malam khamis tu aku pun kemas bag utk keBatam esoknya. Bila aku minta Dear passport aku, Dear suruh aku amik sendiri dlm drawer. Nada suara pun macam marah aja. Hmmm, aku pun terus tanya
"Kenapa ni macam marah aja, tak kasi Yang pegi ke"
"Ah nak pegi pegilah, siapa yg tak kasi. You memang sukakan nak pegi ngan matair you tu"
"Lah, orang ajak tak nak pegi, now kita nak pegi ngan celak (ni nama panggilan cik x) Dear marah pulak"
"Hisshh, siapa yg marah, tak kuasa nak marah marah, pegilah, tapi jangan suruh I tunggu you kat harbourfront besok petang ok"
Adoi, tak marah tapi sentence kluar dari mulut tu macam machine gun aja. Siap warning bagai. Tak kuasa aku nak melayan cakap. Aku pun terus amik passport dan wallet yg mengandungi wang asing, nak tengok tengok kalau ada rupiah dalam wallet tu. Dear pulak terus merebahkan diri di atas katil sambil memaksa memejamkan mata.
Kalau dah macam ni, tu marahlah. Pas tu malam tu malam jumaat, lagilah hampa. Aku cepat cepat packing, on aircon, matikan lampu dan baring disisi Dear. Tak berkutik pun orang disebelah aku tu. Lama juga aku tunggu Dear memusingkan badan dan wajah kearah, tapi Dear macam tunggul aja. Akhirnya aku mengalah. Aku hampiri Dear utk memberikan good nite kiss. Alangkah terperanjat nya aku, Dear menangis rupanya.
"Dee, kenapa ni, apasal nangis? Dear tak kasih Yang pegi eh"
Senyap..hanya dengar nafas Dear yg agak berat.
"I really need that massage, please dear. If not Dear ikut sekali, ok kan sayang" nak pengsan juga nak kena pujuk ni.
Bukan nya Dear jawab pun, Dear cuma pusing kan badan, mata masih lagi tertutup, dan memelukku erat.
Lah, kenapa pulak ni, lemas aku dlm posisi begini.
Akhirnya aku matikan diri dlm pelukan Dear sampai aku terlelap.
Pagi Jumaat, aku kluar rumah seperti biasa bersama Dear. Rencana memang nak jumpa cik celak di harbourfront, jadi aku masih sempat utk tetap naik transport yg tiap hari aku naik tu. Tak terasalah meninggalkan Dear naik transport sendiri. Dlm transport Dear tak bercerita apa pun, hanya diam kan diri. Aku pun x nak lah merusak suasana. Maka aku pun membatu sepanjang perjalanan. Sampai di ofis Dear, aku turun bersama yg lain. Dear tak terus naik ke ofis tapi ikut aku menunggu bas. Sepanjang masa Dear mendiamkan diri aja.
Ah bila bas no 10 datang, aku pun menghulurkan tangan utk meyalami Dear dan juga utk mencium pipinya. Ini perkara biasa yg kami lakukan bila hendak berpisah for the day. Tapi Dear mengelak bila aku hendak menciuminya. Aku biarkan dan naik bus dengan pantas. Tak sadar pun aku yg Dear sebenarnya ikut menaiki bus no 10 tu. Tahu tahu Dear dah duduk sebelah aku. Dalam hati aku tertanya tanya sendiri, betul ke Dear ni nak hantar aku sampai harbourfront. Semalam dah pesan jgn suruh tunggu, tapi kot nak hantar pulak. Tak guna aku nak tanya, mesti Dear tak nak jawab. Ah biar ajalah. Tapi dah 2 bustop away, aku tak tahan, aku tanya juga.
Bila aku tanya, Dear kata nak kene keje kat ofis lagi satu. Aku diam aja sbb nya aku rasa ni macam alasan aja. Then bila aku turun kat harbourfront, Dear pun turut turun dan ajak aku breakfast di McD. Since aku masih ada waktu, aku text celak and told her to wait kat McD. Tiket feri memang kita belum beli sbb nya kita tak nak di belenggu dengan waktu, cuma nak own time own target aja.
Dear suruh aku dan celak duduk sementera she buy our meal. Tengah dok borak ngan si celak, terconggol satu perempuan depan meja kami. Ah terperanjat kejap aku. Wanita tu adalah teman baik Dear. Let me called her Cik Sal. Senyum besar cik sal bila lihat aku terperanjat nampak dia di harbourfront.
"Eh ! Sal kau buat apa kat sini"
"Ah aku nak ikut kau gi Batam, kau nak gi Batam kan?
"Eh! kau biar betik Sal, mana kau tahu aku nak gi Batam, memang kau ni cik sal boleh aja lah"
Belum pun cik sal jawab, Dear dah senyum senyum menantang kopi dan mcmuffin.
"I nak gi Batam ngan Sal, tak boleh ke?" sambil mata Dear menjeling kat si celak
"Eh bolehlah cik Dear, apa pulak tak boleh" si celak pulak yg menjawab, macam tahu tahu pulak kalau buah hati aku tu jeles.
"Ah eloklah tu, kita pergi berempat" Cik Sal selamba aja menyampuk.
Aku bingung, apakah ni plan Dear agar tak terasa keseorangan atau lampost bila pergi bertiga dengan aku dan celak.
Sambil duduk disebelah ku, Dear trus whisper
"Why? You surprise ke tak suka I nak kacau daun" Lah ke situ pulak dia.
"Nope, I'm fine with it, I lagi hepi to be with both of you at the same time, boleh lah nanti kita threesome" dengan kuat aku jawab.
"Eh makcik, apapulak threesome, aku pun nak join juga, foursome lah kita" candi betul makcik Sal ni tau.
"Ah suka hati korang lah" aku mengalah melihatkan buah hati dan teman baik nya dah senyum senyum mengejek kat aku. Si Celak pulak mengangkat angkat kening sambil senyum senyum.
Biarlah tak kuasa aku nak kata apa apa, yg penting aku nak overhaul badan aku yg sakit sakit ni.
Kita berempat menghabiskan hampir 5 jam memanjakan diri dengan spa, facial, mani dan pedi. Baru puas rasa hati ku. Sempat juga kami pergi melontar diDC Mall.
Oleh kerana aku ada temu janji di pulau temasek pada jam 8.30 mlm, terpaksa kami bergegas menaiki feri jam 6.40 utk pulang. Walaupun agak kelam kabut, namun kami puas. Perjalanan kami lancar, tiada pertengkaran antara kami. Dear dan celak pun takde lah nak bertikam lidah malahan masing masing bergurau senda dan berebut rebut kopek ikan utk aku masa kami makan. Bertuah badan kalau boleh pasang dua, tapi apakan daya, cik celak dah pun beranak tiga. (Dear jgn marah eh, ni gurau aja tau, you know, I have only you in my heart and mind)
Dear merajuk memang sebab aku tak sungguh sungguh mengajak ke Batam. Satu penolakan dari Dear, aku trus contact si celak. Tu yg Dear sedih. Malam tu aku tiba rumah kira kira jam 2 pagi. Dear masih belum tido menanti kepulangan aku. Badan dah sedap, kulit dah halus masih lagi nak tunggu utk di belai. Memang dah jadi rezeki lah hari yg penuh dengan kejutan utk aku. Dapat clinch satu projek dan dapat juga belaian manja dari kekasih yg amat kucintai.
Terimakasih Dear for the best surprise on the foursome and .....:)

Monday, July 13, 2009

All Worked as Planned. Alhamdulillah!

Macam dah lama tak update blog ni. Bukan blog ni aja, blog aku yg lain pun macam dianak tirikan disebabkan kesibukan aku kebelakangan ini.
Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan anak buah telah selamat semuanya. Dorang pun dah balik dari hanimun. Alhamdulillah juga, tamu dari seberang dapat dibawa berjalan melihat kota Singa walaupun tak semua yg dapat kami jangkau. Harap harap sang tamu tak berkecil hati lah dengan layanan yg diberikan.
Alhamdulillah, Dear suka dengan birthday present yg aku berikan dan trip for her birthday. Walaupun Dear tak banyak shopping dan kami tidak hanya pergi berdua, Dear happy with this trip. Yang paling best dan Dear suka this time selebrate besday dia sbb kota yg kami kunjungi pun meraikan birthday kota tersebut. Some pix sebagai kenangan.

Penunjuk destinasi didalam MTR

Pemandangan harbour dari MTR yg membawa kami ke kota dari airport.
Patung lilin MJ di abadikan di Museum Madame Tussauds


Sempat juga kami ke negara jiran utk day trip, macam dari kota singa ke Johor baru aja, cuma sistem imigrasi agak teratur kalau dibandingkan di negara jiran.

Di Railway station negara jiran
Walaupun trip kali ini singkat, aku hapi sebab Dear suka. Walaupun dah ku ucapkan pada Dear, aku tetap nak abadikan kata kata ni diblog ku ini.
"Selamat Ulangtahun Sayang, semuga selalu hidup mu sentiasa didalam lindungan Allah SWT, dan semuga segala cita cita tercapai hendaknya."
ps: Please dont ask for any more overseas trip for now, I'm saving money for our annivesary trip to your dream place and it will be a belated annivesary gift due to our leave schedule, i hope you dont mind about it.


Wednesday, June 24, 2009

Cuti cuti dan cuti lagi...

Minggu ini adalah minggu terakhir cuti sekolah. Cuti sekolah kali ini tak sempat aku nak bawa anak buah aku kluar makan makan or tengok wayang. Yelah, dorang pun sibuk attend ECA. Ada yg sibuk gi practice dragon boat, ada gi badminton training. Buka sekolah nanti, semua ada competition. Kalau ada waktu terluang pulak, aku yg tak dpt nak take off sbb ada meeting yg tak habis habis.
2 minggu yg lalu, kami telah pergi ke pantai timur selama 4 hari. Cuti cuti bersama famili Dear. Sebenarnya kami tak plan pun nak ikut diorang tapi memandangkan 1 lagi famili tak dapat ikut dan kekurangan driver, terpaksa juga aku korbankan 2 hari cuti.
Masa kita gi dinner, enjoy sangat sangat not that the seafood were that fantastic or palatable. Enjoy cuci mata. Most restaurant that we patronised, org perempuan yg dominate. Cantik cantik gadis gadis Kuantan bertudung, manis dipandang. Dear kata, alah tu semua mek kelante...sebab tu cantik. Kalau org pahang tak lah berapa cantik compare ngan mek kelantan. Bagi aku, tak kisah, asal yg bernama wanita dan manis dipandang mata, dari mana pun asalnya, aku tetap nak cuci mata. Ada satu "abang ipar" aku yg belum berpunya, aku sibuk dok suruh dia usha satu awek ni, tapi dia kata tak minat dan suruh aku aja yg amik. hehehe...macam dia tahu aje kan. Dear pulak, boleh ketil paha aku bawa meja..jeles lah tu.
Kami sempat juga ke Trengganu on day trip. Jadi dapat juga aku bertemu kawan disana dengan anak anaknya. Aduhai, kecian aku tengok anak2 kawan aku tu. Tak puas bermanja dengan kami. Sibuk tak kasi kami balik. Next time ajalah, esok firefly dah terbang direct ke Ganu, bolehlah.
Dear dah janji ngan anak si Des (teman aku di Trengganu ni), suruh si N simpan duit buat passport, nanti Dear antar tiket flight. Aku pulak waktu tu tak tahu yg Dear cakap mcam tu kat si N, aku pulak ckp ngan si Along benda yg sama. Bila si N kasi tahu ibunya yang Dear nak ajak kesini, Des ketawa sbb kami sibuk nak bawa anak dia ke sini. Dia terus tanya, "Lah mak budak tak nak ajak ke". Yg lagi dua anak Des semua bising bising. Bukan kami tak nak ajak pun, dorang berdua tu masih kecik. Kang malam nangis susah pulak kan. Takkan nak share susu ngan aku...tak rela. Apa apa pun tunggu dorang ada passport lah baru boleh merealisasikan impian.
Semalam dapat email tentang travel procedure disebabkan si virus H1N1. Aduh risau aku. Sebenarnya sebelum ni pun aku dah risau kalau kalau tempat yg ingin kami pergi minggu depan termasuk dalam senarai. Memang sah, sekarang dah tersenarai pun.
Aku ajak Dear pergi flu jab last saturday utk berjaga jaga. Dan Alhamdulillah, esok balik tak ya nak kena quarantine..just need to take own temperature 2 times a day dan record all movement during the 7 days upon returning from the destination. Phew. Selamat. Kang tak pasal pasal tak boleh nak merewang bila anak buah nikah dan bersanding. Lagi haru kalau tak dapat nak temankan tamu dari seberang jalan jalan dikota singa ni. Mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan kami hingga selamat pulang ke tanahair.

Monday, June 15, 2009

Our Baby


Cute tak baby ni?. Its our baby..macam betul aja..berangan lah tu.

Ah siapa antara korang yg berangan macam kita berdua, eh taklah macam aku aja..dee tak tahu pun hal ni ..aku yg kebosanan terjumpa about this thingy website that do photo morphing. Ni lah agaknya wajah baby kami kalau memanglah kami boleh ada baby berdua...yang sudah terang terang mustahil kan. Anyway it look like the baby has Dee's nose, my lips, Dee's eyes features, my cheek, Dee's hair type and eyebrow like mine.

Senang aja nak buat baby kat computer ni. Tak yah susah susah nak mengandung bagai selama 9 bulan. Tak yah nak kena morning sickness and all those ngidam ngidam. Tak yah nak bangun tengah malam salin pampers bagai. Dan yg paling best tak yah nak pakai tuala wanita selama lebih kurang sebulan. Boleh gersang dok..tak sanggup nak puasa lama lama....senggama tu perlu utk terus hidup. Tak gitu?

Yang tak best hanyalah tak real, tak boleh nak gomol gomol baby yg cute meyut tu. Tak leh nak menetekkan baby tu...eh kalau betul betul boleh, tak ke haru kena share share. Lokek betul lah aku ni.

Apa apa pun, realitinya kena terima. Its just for the fun of it. Kalau berani nak berkelamin jenis yg sama, beranilah tanggung risiko tak beranak. Bagi kapel kapel yg telah punyai anak sebelum berkelamin sejenis, hargailah anak yg korang dah bersusah payah beranakkan tu. Contohlah teman kita yg sangat sayang kan anak memasing tu...tabik utk korang berdua. Jgn dok asyik mahsyul ngan cinta sejenis, hingga lupakan anak anak. Bagi sesiapa yg tak nak anak, jgn lah buang anak tu, kita kita ni ramai yg sedia nak jaga baby baby korang tu.

Ah kalau korang dah boring sangat gi lah upload gambar korang berdua dan startlah buat anak banyak banyak.


Wednesday, June 10, 2009

Banner kat atas punya cerita.

Apa yg tertera di atas posting ni adalah satu banner mengenai kod rahsia kejayaan dan kekayaan. Ada 2 tiga orang pembaca blog ini yg hantar email bertanya what it is about. Jadi posting kali ini just want to sexplain a little bit about it.
Kod yang dimaksudkan adalah dikira dari tarikh lahir kita. Ini bukan satu tilikkan. Ia dikira mengikut kiraan metafizik. Dari kiraan tersebut, kita akan dapat satu kod asas yg mana penghuraian kod ini memberikan kita gambaran kerjaya apa dan perniagaan apa yg akan kita ceburi yg boleh mendapatkan hasil yg memuaskan.
Berikut adalah analisa bagi org yg mempunyai kod asas no 1.
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan
daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa
analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang
sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat
peka.Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau
diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Ah ni pula kelemahan bagi org yg no kod asas nya No 1

Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan,
beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu,
kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri
adalah pilihan yang terbaik.
Contoh satu lagi kod no 7 (kod ni utk org tu ler)

Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara.
Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat
menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah
dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah
menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas.Sangat suka “berahsia” yang tidak
membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang
tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk
menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam
jika berada dalam mood yang salah.
Itu lah 2 dari 9 contoh kod kod asas yg terdapat dlm rahsia tarikh lahir.
So what got to do with our life on all those kod? Kita bukan nak kaya pun..cukuplah nak kasi makan org rumah dengan apa yg kita ada sekarang. Mungkin itu yg terbetik dlm hati kita. Memang betul, most of us orang melayu selalu cepat menyerah pada nasib, pas tu tengok org lain berjaya dah mulalah mengumpat mengata. Jeles lah tu sebenarnya. I believe korang korang mesti selalu gak berangan nak ajak partner korang keliling dunia. Nak belikan DSLR yg paling best utk sang buah hati. Nak fine dining everytime ada peluang. Nak pegi secret romantic rendervous kat those beach resort or short trip mini hanimun. Tapi dengan pendapatan bulanan dan bil bil yg nak bayar, mana duit kereta, duit sewa rumah dan belum lagi duit bulanan utk org rumah, cukup cukup ajalah, habis bulan, habis gaji. Tapi aku rasa banyak juga ahlul sengetian yg kaya raya. Alhamdullillah.
Tapi tu utk yg berkemampuan, berstatus bos dan juga berkerjaya yg cemerlang. Aku tahu ramai yg berpelajaran tinggi tapi rasanya tak kemana dlm kerjaya. Ah pernah tak korang ada rasa cam ni:
Aku ni asyik tak dapat kenaikan gaji dan pangkat. Orang lain yang baru masuk,
senang nak dapat. Apahal bos ni? Tak berlaku adil. Tak faham-faham ke? Tak
nampak ke prestasi cemerlang aku selama ni? Apahal ni?
Ataupun korang minat sesuatu bidang lalu terjun ke bidang tersebut. Kerana minatlah kan, tapi hasil yg didapati tak lah seberapa. Apa ke hell?
Situasi begini mungkin disebabkan bidang tersebut sebenarnya bukan utk kita. Walaupun kita meminatinya, dan berusaha segigih gigihnya, hasilnya tak pernah memuaskan.
Disinilah, kita boleh menyemak kod rahsia yg mana dapat kita ketahui bidang apa yg baik dan akan memberi kemajuan untuk kita.
Satu lagi, kadang kita tertanya tanya dlm hati kenapa sidian boleh ngam ngan pasangan nya sedangkan kita selalu aja nak bertengkar ngan kekasih hati kita. Kat mana silapnya. Keserasian tak kena pada diri kita masing masing walaupun dimata dunia kita sama cantik, sama sepadan. Dengan mengetahui rahsia kod tarikh lahir pasangan kita, dapatlah kita memahami kelemahan dan memperbaiki perhubungan kita.
Semuga org yg bertanya akan dapat sedikit gambaran tentang banner yg diatas. Kalau nak tahu dengan lebih jelas, kena lah cari informasi dari laman web tersebut. Saya tidak berhak utk menghuraikan semua yg tersurat lagi tersirat dlm misteri tarikh lahir ini.

Thursday, May 28, 2009

Siapa kata semua pengkid jahat?

Alah terlanjur aku ada waktu, aku nak buat posting lagi satu. Bulan ini, aku sambut satu ahli keluarga aku yg baru. Kehadiran seorang bayi lelaki dalam keluarga kami. Ini adalah cucuku yang ke3. Alhamdulillah. Ibu dan bayi sihat.
Minggu lalu, adik dari teman baik aku kawin. Memandangkan aku kenal rapat, dan teman yg sudah ku anggap macam adik ni tidak bermastautin di sini, aku banyak menghabiskan masa bersama memeriahkan majlis. Biarlah aku gelarkan dia Dik Lin. Dik Lin mempunyai adik satu lagi diJohor. Pertama kali aku bertemu dengan adiknya, memang aku tak cakap banyak, just salam dan senyum. That was last year masa majlis pertunangan adik Dik Lin ni. Si Johor tu datang bawa seorang pengkid. Aku dengan muka selamba, sibuk interviu si pengkid. Tapi sipengkid ni macam malu malu pulak. Tu kisah tahun lalu.
Tahun ni, minggu lalu, aku berkesempatan bersua dengan mereka lagi pada majlis khatam Quran sang pengantin. Si peng dan aweknya kali ini sudah agak tak segan nak berbual bual. Beberapa kali aku tanya kalau dorang kapel. Adik Dik Lin si Johor mati matian tak mengaku. Tapi bila akhirnya aku ditinggal kan bersama si peng, baru lah dia nak mengaku. Ah! dah terang lagi nak bergelap. Dari perbualan, aku tahu si Peng ni budak baik. Dia yg mengajak si Johor tu pulang ke pangkuan keluarga. Dia yang jadikan si Johor anak yg mengingat org tua. Ah! siapa kata pengkid hanya tahu melarikan anak dara orang. Tak semua pengkid jahat. Hanya kerana segelintir yg berperangai macam tu, semua org kena.
Harap harap, mana mana pengkid yg dah melarikan anak dara orang tu, pulangkan mereke ke pangkuan keluarga. Jangan kerana 1 dua kes, semua jadi mangsa cemuhan org awam.
Jaga diri, jaga maruah.