Tuesday, February 22, 2011

Mahligai Kami-Alhamdulillah

Alhamdulillah. Telah selamat mendapat kunci bagi rumah baru kami di JB. Bukan saja kami berdua yg excited nak ambil kunci. Saudara dari kedua belah pihak pun turut dtg ke JB untuk melihat rumah kami itu. Alhamdulillah, tiada sebarang protes atau kutukan dari kedua belah pihak keluarga atas pilihan rumah kami. Walaupun tak lah sebesar mana, namun kami bahagia akhirnya dapat memiliki sebuah rumah atas nama kami berdua.

Alhamdulillah, sujud syukur kami didalam rumah ini. Setelah itu, kami sempat berpelukan dan menitiskan airmata gembira kerana akhirnya tercapai impian kami. Semuga apa yg kami lakukan ini memberikan kebahgian hingga keakhir hayat.

Disini kami mengambil kesempatan mengukirkan rasa terimakasih kepada keluarga kami kerana memahami dan tidak membangkang apa yang kami lakukan ini. Juga terimakasih pada pasangan guru yang telah dengan ikhlas menumpangkan kami dirumah mereka dan membawa kami mencari kontrator, memberi serba sedikit pandangan, membelanja kami makan domino pizza dan siap tapau utk kami pizza tersebut. To you both (you know who you are) Thanks a million. Pintu rumah kami sentiasa dibuka untuk kalian berdua baik di Singapura ataupun di Johor Bahru kelak.



Thursday, February 17, 2011

Dah 21 tahun, baru boleh dapat kunci

Bila kita nak komit kapel, tak banyak benda yg kita nak fikirkan. Waktu tu yg ada dlm kepala adalah hanya untuk memiliki org yang kita cinta untuk kita sepenuhnya. Kalau boleh terus nak tinggal bersama. Lagipun lazimnya org akan mulai berani berkomitmen bila dlm usia 20'an. Yalah, waktu tengah taksub bercinta, dunia ini ana yg punya.

Bila dah berkapel, komitmen lain pula.  Nak jaga hati kapel, tak boleh nak main jeling jeling or kacau kacau lain org. Komitmen bagi masa dengan sidia sampai x de masa utk org lain wakimah keluarga sendiri pun. Kalau dpt kapel yg jeles maut, memang confirm lah masa utk diri sendiri pun x de. Tiap langkah nak kena report strength. Thank God, it never happened to us.

Bila dah lama bersama, terfikir nak eratkan komitmen tersebut. Beruntunglah kalau ikatan yg dijalin dapat diterima oleh keluarga masing masing. Masa tu, komitmen berkembang untuk keluarga mertua pulak lah kan. Banyak hati sebenarnya yg kena dijaga.

Kini, usia perhubungan aku dan Dear dah mencecah 21 tahun. Kalau anak remaja sentiasa menanti usia 21 untuk mendapat kunci. Kunci kebebasan kata mereka. Bagi kami, untuk 21 tahun perhubungan ini, kami juga akan mendapat kunci. Kunci rumah for our matrimony home. alhamdulillah.  Satu komitmen besar untuk satu perhubungan yg jelas tak pasti penghujungnya. Sesungguhnya kami berharap rumah yang bakal kami duduki untuk masa depan dapat menenangkan kami mengakhiri hari hari mendatang menghabiskan masa retirement. Komitmen kami yang Alhamdulillah, tiada bantahan baik dari pada keluarga aku dan juga keluarga Dear. Semuga segalanya berjalan dengan lancar hendaknya pada 19 February nanti.
Lepas ni, nak kena bikin satu lagi komitmen...surat wasiat.