Monday, July 11, 2011

Keghairahan Menanti Penghijrahan

Hai lama betul tak really update blog aku yg satu ini. Kesibukan mempersiapkan teratak persaraan menyita hampir tiap hujung minggu masa kami.

Alhamdulillah, walaupun ada juga kegenjenton dan persilihan kecil antara dua insan, semuanya berjalan dengan lancar.  Aku tak habis mengucap rasa syukur kepada mu Ya Rabb. Cita cita untuk memiliki tempat untuk persaraan kami akhirnya menjadi realiti. Syukur juga Ya Rabb, kau berikan dan cukupkan rezeki kami untuk mempersiapkan dan mengindahkan teratak ini tanpa perlu kami berhutang. Alhamdulillah.

Saat ini, kerja kerja ubah elok tinggal sedikit lagi.  Rumah pun telah dicat setelah kami akhirnya decide tidak akan ada warna favorit kami masing masing diinterior rumah.  Kami bermuafakat untuk mengecat warna kegemaran kami pada exterior aja. Apabila aku post kan gambar teratak kami di FB, orang2 yg rapat dengan kami semua perasan akan warna kegemaran ku. Wah pasti dorang tak akan tersalah cari rumah bila nanti aku undang utk housewarming.

Untuk Dear, terimakasih kerana memberi saya ruang untuk memperbesarkan ruangan dapur dan melayan kerenah dan kecerewetan saya memilih warna bagi kabinet dapur. Terimakasih juga kerana mengisi dan mencukupkan lobang lobang dengan ringgit yg tak cukup saya keluarkan. Oh ya,terimakasih utk sofa yg bakal menjadi tempat yg paling seronok untuk saya nanti.

Rasa  ghairah menanti hari rabu betul betul menghilangkan kepenatan kami terlari dari satu rumah ke satu rumah untuk mengemas, buat packing dan memutuskan mana yg hendak di bawa kesana dan apa yg patut ditinggalkan.

Keghairahan juga meyelimuti kami utk menyambut kehadiran keluarga bagi memeriahkan lagi teratak kami sempena Nisfu Syaaban nanti.  Harapan dan doa kami agar rumah ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi perhubungan kami insyallah.