Friday, November 28, 2008

Pengalaman Pertama - Sudahkah Anda Merasa?

What is this foreign object? Saja aja tangkap gambar mesen ni sebab nak kongsi pengalaman dipergunakan oleh benda ni.

Jumaat lalu, both of us, me and dee, telah diperkotak katik oleh seorang gadis pinoy dengan menggunakan mesen ini. Masa I buat appointment tu 2 weeks before, tak rasa seram atau pun kecut perut. Tiba hari nya, kawan tempat kerja yang dah dipergunakan mesen ini, semua kasi cerita yang membangkitkan rasa gerun. But what to do, memang niat dah lama nak merasa ditekan oleh mesen ni, tapi selalu terpostpone aja. Now dah dapat buat appointment tu, lebih baik trus kan aja niat. Lagipun rasanya memang perlu nak buat test ni sebab ada family history kan.

Sampai aja di tempat test tu, registered name dan buat bayaran. Oleh kerana kita mengikuti satu gomen program, bayaran yg dikenakan hanyalah S$50. Harga sebenar utk menjalani test ni adalah S$107. Hai, nak kena "raba raba" oleh mesen tu pun kena bayar sebanyak itu, nasib dapat subsidi.

Masa menunggu tu, bimbang jugalah, teringat description kawan kawan. Bila giliran aku masuk, minah pinoy tu suruh aku buka baju and be topless. Aku pulak macam dah biasa aja buka baju depan org lain. Muka sadin ajalah, anyway she a professional, what to be shy about.

Lepas aku lepaskan semua yg diatas, si pinoy menghampiri aku. Dia suruh aku dekatkan dada aku yg terlanjang tu dekat ngan mesen tu. Then dia pegang juga tepi tepi nak adjust the position. Matilah, gunung nak kena squeeze. Bila dia dah satisfied on the position, dia suruh aku relek dan she went behind the machine. Kat kepala otak aku tu tengah stress nak tanggung rasa sakit, jadi aku bacalah apa apa ayat supaya selamat. Mesen tu ditolak ke bawa dan mengkemekkan payudara utk direntogen. Ingatkan dah buat both side, dah ok. But then kena pulak dari kanan ke kiri. All in all, empat tekanan for both. Alhamdulillah, tak lah sakit yg terlampau seperti mana kawan kawan ofis cakap. Alah aku ingat nyonya nyonya kat ofis aku tu semua rasa sakit sbb asset dorang semua nya airport landing...patutlah sakit sesangat bagi dorang. Its not that bad as what they decribed. I survived!

Bila aku kluar dari bilik tu, Dear tengok kat aku with a Question Mark face. Aku hanya senyum dan menuju ke tempat di mana Dear duduk. Macam machine gun mulut Dear tanya soalan. Kalau lah waktu tu we all bukan kat clinic, memang aku dah stop all her question dengan ciuman. Biar hilang all her worriness.

Ten minutes later, giliran Dear pulak nak kena raba oleh si pinoy dan mesen mammogram tu. Bila she keluar, Dear pun bagi senyuman gak kat aku. Hehehehe. Bukan apa, we all sebenarnya rasa takut sakit bila di tekan, tapi taklah sakit mana pun. Bila aku tanya Dear, if she feel the pain, she kata taklah sesakit bila aku mengigit...aik kesitu pulak dia.

Ni ada gambaran macam mana proses mammogram dijalankan. Kalau dah tahu, taklah takut mana nak buat pemeriksaankan. Korang yg aktif buat aktiviti menyusu, menguli dan yang sewaktu dengan nya, baiklah pegi pemeriksaan awal. Prevention is always better than cure.



ps: Barang siapa yang membaca tajuk entri ini dan mengharapkan stories behind closed door and under the blanket, harap maaf.




____________________________________________________________________________________________________________

21 November 2008 - Yang pasti aku Bersyukur kepada mu Ya Allah! Terlerai segala kekusutan dihati hambamu ini.


Lepas mammogram tuari, we all trus gi chalet. Actually, ada conflict sikit nak gi sana. Dear merajuk kejap, tak nak pegi pulak. Hishh bingit aku. Kat stesen bas juga aku meleteri Dear. She diam aja. Maaf ya Dear, bukan sengaja nak naik berang ngan you. But I guessed, sometimes you really need to be nagged at.


Sebelum ke chalet, we all nak singgah beli some drinks and food. Dear masih marah layaknya. Bila I met my friend, she terus aja jalan dan left us. Bingung juga aku mana nak cari. Called her mobile, she tak angkat. Bengang betul. Panik gak nak cari kat mana ni. Gi foodcourt, tak nampak pulak batang hidung Dear. Last tu, bila aku nak masuk supermarket, Dear pun kluar bawa a few plastic bag. Lega sikit ati. Ingat Dear dah cabut kemana aja.


On the way out from the shopping mall, Dear berhenti depan kedai jewellery. Aku yang jalan agak belakang sedikit, ditariknya tangan utk masuk ke kedai tu. Alamak, takkan nak minta aku belikan barang pulak. Tengah budget ni. Ah takpelah, aku ikutkan aja. Tak merajuk lagi buah hati aku ni. Penatlah nak memujuk. Dear nak beli bracelet rupanya. Aku diam aja, sambil perhatikan harga bracelet yang Dear belek belek dan try try. Bukan takut tak termampu, cuma aku nak saving for other thing . Maklumlah, ekonomi agak muramkan sekarang. Dah habis she pilih for herself a bracelet and a ring, Dear suruh aku pilih pulak. Lah! aku tak nak belilah. Then Dear suruh sales person tu cari utk size aku pulak. She then whispered to me

"Jgn takutlah, Dee tak suruh bayarlah, Dee nak belikan utk Yang sekali"

Amboi, tadi merajuk, marah marah, muka asam, boleh pulak bisik bisik sekarang. Agaknya she terfikir apa yg aku dah luahkan masa nagged at her and thats make her cool.

Wah! dah rezeki ni, sebat ajalah. Aku tak mood nak pilih pilih, apa yang Dear pilihkan untuk aku, aku satisfied aja, she yang lebih arif bab ni.

She macam happy habis impromtu shopping tu. She bought a bracelet and a ring for both of us. Mahu gaklah nak dekat $1.5 ribu terbang. Tapi she said takpe, sebab tuari our anniversary, she tak kasi aku apa apa. Then oklah, taklah aku rasa semacam aja.


Tapi yang buat aku hepi sangat last Friday tu bukan sebab Dear belikan aku bracelet and ring tu. Aku hepi sesangat bila kluar dari jackpot room kat chalet tu, bertemu dng Dear, she passed me a plastic bag. Bila aku tanya apa benda tu, she asked me to open it. Hah ni lah benda yang buat aku hepi: -


Kerepek Opak Ubi. Kenapa boleh bikin aku hepi ye .... nantilah aku citer lain entri. Nak habis kan keje sikit, hari ni boleh balik @ 3pm sbb company aku ada D&D.
Nantikan cerita - Aku dan Opak...akan datang ...di monitor anda.

Wednesday, November 19, 2008

Apabila Cinta Tidak 100%

Mampuke nak hidup dengan orang yang tidak mencintai dan meyayangi kita 100%? Dari semalam aku terfikirkan soalan ni.

Kadang tu, bila kita menyayangi seseorang, kita committed nak do anything for her, nak try to fulfilled all yg termampu. Waimah kita penat macam mana sekalipun. Selalu nak berikan keutamaan pada sidia. Nak buat sesuatu pun nak fikirkan sidia. Kalau boleh kita nak sidia bahagia sentiasa. Kita ingat kita curahkan 110 % masa, tenaga, kasih sayang dan apa apa lagi lah hanya untuk sidia. Bak lirik lagu lama

Buang emak buang saudara

Kerana kasih hamba turutkan

Tapi apa akan kita rasa, bila sidia tak semena mena berkata sidia tak 100% mencintai kita. Mulalah kita terfikir yang bukan bukan. Hati mulalah bersoal jawab sendiri

Adakah dia sudah ada orang lain?

Adakah dia bosan dng kita?

Apa salah kita dan apa yang kurang pada kita?

Apakah yang membuat dia berubah hati?

Semua kemungkinan terlintas di fikiran dan sanubari, setiap gerak geri menjadi identiti mencari punca persoalan ini.

Kita mulalah berdiolog mencari kesilapan kita, mengamit setiap lorong memori perjalanan hidup kita berdua. Mencari noda noda kesalahan di pihak mana. Dalam kealpaan kita terlupa, dalam kegopohan hati yang terluka, kita menerjah segala kemungkinan dikepala otak yang berserabut.

Kita jadi orang yg tak karuan, kita jadi marah dan sedih. Kita jadi tak rasional. Yang paling dahysat kita lupa siapa diri kita yang sebenarnya di bumi Allah ini. Apa tujuan kita berada disini.

Hari ini, aku memohon kepada mu Ya Allah, kau kuatkan lah hamba mu ini. Redhakan lah aku menerima ujian mu sekali lagi. Tabahkan lah aku untuk menikmati ujian mu ini. Terimakasih Ya Rabb, kerana memberikan aku rasa kasih sayang ini, terimakasih kerana memberi aku peluang mencintai ciptaanMu dan mengajar aku rasa sedih, gembira, sakit hati, bahagia dan suka duka. Kalau masih ada cinta antara kami, kau panjangkanlah jodoh kami walaupun cinta ini songsang. Izinkanlah aku menikmati kebahgiaan yg tak berpenghujung ini hingga akhir hayat. Amin

ps: Aku akan tetap mencintaimu walau bagaimanapun dirimu. Seandainya kau tiada lagi disisi, tiada guna hidupku disini.




Sunday, November 16, 2008

Lost

Ku Ketuk Pintu Hati mu
Tiada Jawapan
Ku Cuba Sentuh Dirimu
Hanya Kehampaan
Betapa Jauh Rasanya
Kau Entah Dimana
Laksana Detik Detik Jam
Bergema Di Gelap Malam

Thursday, November 13, 2008

Why This Feeling?

Aku emo pagi ni. Entah kenapa tetiba terasa macam nak nangis pun ada, nak marah pun ada. Banyak citer sebenarnya nak blog kat sini, tapi emosi tak berapa stabil. Kang tak pasal pasal terkeluar semua benda yang tak patut. Opps, aku bukan didatangi teman baik, tak, baru aja ia berlalu minggu lepas. Agak simtem manopause meyeranglah ni.
Entri dari Dear semalam memang tak pernah aku jangkakan. Tak tahu pun ada entri tu kalau tak ada teman blogger kasi tahu. Terimakasihlah ye pada org tu. Patutlah pagi semalam Dear beria ia tanya aku all those email address yg aku gunakan, siap minta password bagai. Alasan Dear nak update her record sbb aku ni memang suka lupa dan Dear lah diari bergerak aku.
Tak tahu nak cakap apa bila baca entri tu. Cuma rasa terharu saja. Yelah Dear bukan jenis yang suka meluahkan perasaan directly unless Dear tengah marah atau pun terlalu sedih. Apa pun, aku hepi sangat bila diri ini dihargai oleh sang kekasih hati walaupun aku memang tak harapkan semua tu. Aku memang buat semua utk Dear dengan ikhlas demi rasa kasihku.
Aku benci apa yang aku rasa saat ini. Bosan. Emosi betul betul tak stabil sekarang. Rasa macam nak marah. Memang aku marah pada diri aku agaknya.
Baru kejap ni aku talipon Dear, bukan nak marah kat her, just nak tanya soalan ni
"Dee, you bz?"
"Not so?Y"
"I jus wanna ask you this - You bosan tak dengan I"
"No. Never. Why? Is it got to do with what you said last nite"
"What did I said?"
"You risau"
"Nope, seriusly, you bosan tak with me"
"Still the same, tak and will never, but why"
"Takpelah, itu aja Yang nak tanya, thanks".
Aku taruk talipon dan sambung memblog. Kenapa lah dengan aku ni. Emo dan bingung. Better stop ranting, tak pasal pasal aku merepek lak. Hishhhs, boring betullah nak keje nari, macam nak balik rumah sekarang juga.
Ya ALLAH, I'm BORED and feeling down. Help me!

Wednesday, November 12, 2008

Terimakasih Sayang

Entri post ini adalah entri oleh Dee.

Sayang, entah kenapa tergerak pulak hari ini Dee nak kepo masukkan entri kat blog sayang ni. Padahal sayang kan tahu, Dee tak suka nak memblog but this is special ok. I want it to be imprinted. Sayang jangan marah tau.

Dah 2 minggu Dee tengok Sayang bersusah payah bangun awal pagi. Dengan dedikasinya Sayang masakkan utk Dee dan family Dee. Sejak kita pergi jumpa dietician, Sayang betul betul ambil berat tentang pemakanan Dee. Never expect that you care so much walaupun hari hari you lafazkan kekata I love you to me.

Sayang, tak pernah Dee terfikir dan bayangkan benda ni boleh terjadi. Ye lah kita selalu membayangkan benda yang elok elok dan muluk muluk. Never do I expect that you have so much patience in taking care of me. Sayang terlalu sabar dan tabah melayan kerenah Dee. Dee tahu Sayang penat, tapi Sayang gagahi juga hari hari menjalankan tugas. Dee rasa beruntung sangat bila Sayang take care of me. Sayang sanggup control nafsu demi Dee. Walaupun Dee rasa Sayang kecewa teramat, tapi Sayang tak pernah marah. Maafkan Dee ok. Sayang terlalu banyak berkorban utk Dee.

Sayang, Dee bukanlah jenis suka nak mengungkapkan kata cinta sewenang wenangnya. Dah lebih 20 tahun kita kenal dan 19 tahun kita hidup bersama, takkanlah Dee tak cinta dan kasih kan Sayang walaupun jarang Dee nak sebut kata kata keramat tu. I just can't bring myself to say it everytime. Sayang fahamkan?

Apa yang berlaku sekarang ini, telah really membuktikan ketulusan dan kesetiaan Sayang pada Dee. Dee akur dan bahagia sekali walaupun ikatan ini tiada penghujungnya. Sayang ingat tak, last Friday, Sayang ada kata kat Dee apa apa pun esok tua, kita jangan harapkan orang lain, we take care for each other. Memang itulah harapan Dee walaupun tak Dee ungkapkan. Dee tahu Dee takkan dapat menandingi cara Sayang menjaga Dee, tapi ketahuilah Dee akan cuba dan lakukan yang terbaik.

Sayang, terimakasih atas kasih sayang, cinta kasih, keprihatinan, ketulusan dan perhatian yang tak jemu yang Sayang berikan pada Dee. I LOVE YOU HEAPS.

Itu sajalah yang hendak Dee tulis di entri ini. Sayang jangan marah ok.

PS: Dee tak tahu macam mana nak tukarkan entry posting tu to my name. Thus it still showed that this entry is posted by YANG. huhuhuhu...

Wednesday, November 5, 2008

Aku dah tak Tahan!

Aku dah tak tahan. Kalau selama ni aku yang lebih bersabar dlm banyak benda, nampaknya memang aku dah tak boleh tahan. Infact bukan aku aja, FIL pun sama. Last nite, bila aku sajikan FIL makan malam dia, he commented this
"Tell her not to cook anything for me".
Bila aku tanya kenapa, he added that she doesnt have any personal hygience. Hishhh! geli aku nak citer kat blog ni kejadian semalam pagi. Harus lah FIL pun turut geli. Dia yang 24 jam mengadap si gedombak tu.
Dear kata, she nak hantar balik si gedombak tu kat agency this Saturday. Its seem that this maid is not interested to work. Bukan tu aja, si gedombak ni, high class. Underwares dia aja berjenama - Calvin Kliens. Leftovers lauk pun tak main. Wah! tapi baju tidur pun dia x de, boleh minta kat aku lagi. Berani amat si Indon sorang ni. Yang paling membingkit kan tu, dia boleh argue dengan Dear tentang banyak benda yang ada kat rumah tu. We have 2 airpot kat rumah tu, satu memang utk masak air, lagi satu tu just to store air yg dah di masak. Cover for the airpot tu lain lain, tapi bila dia salah tutup airpot tu and Dear tegur, she argued back said that Dear yang salah. Aku yg lagi baca suratkhabar kat ruang tamu, senyum senyum sendiri dengar pertelingkahan dorang. Ada ke, si gedombak tu nak ajar Dear. Walhal, semua benda tu Dear yang beli dan own. Walaupun ada pembantu, bukan nya we all tak turun tanah bersingsing lengan. Mana yang patut kita akan sama sama buat. Simple instruction pun sigedombak ni tak boleh nak buat. Yang dia sibuk kan hanyalah makan. Aku suruh masak nasi 3/4 cup, dia masak sampai 2 cups. Takut nah tak dapat makan. Tak pernah aku jumpa org yg cam ni. Asyik asyik kat dapur sampai sapu rumah pun asal boleh aja.
Aku memang tak suruh sigedombak ni masak nasi lagi since dia tak faham instruction. Tadi pagi bila aku bangun, dia dah masak nasi kat cooker tu, tapi aku tengok yg lighted tu kat congee. Brown rice kami pun dia dah tenggek atas dapur. Mahu kena teriak ngan aku subuh subuh kala. Siapa ntah suruh dia masak. Bingit!!!. Dah habis aku beleterkan dia, aku trus masak lauk sikit utk FIL. Memang hari ni aku tak masak kan bekal utk Dear sebab she ada lunch appointment ngan staff dia. So akupun malas nak bawa for myself. Si gedombak pandai pandai pulak masak our brown rice. Nak show inisiatif lah tu, tapi akhirnya brown rice tu hangus. Mana aku tak stress kan!
Last kita fikir, tahan aja lagi beberapa hari ni, we gonna get a replacement. Sementara nak hantar dia balik to agen this saturday. Tak guna nak stress, silap hari bulan, dia tak apa apa, kita yang KO, so kesimpulan nya, kita just press an ignore button kat kepala otak kita yang dah berjambul ni.
Ya Allah, Kau berikan lah aku kesabaran dlm menangani si gebombak ni. Amin

Monday, November 3, 2008

Aiyoh! My Blood can go Upstairs!

Dah lebih seminggu tak update blog ni. Terlalu sibuk dengan urusan di ofis dan juga di rumah. Cuti 2 hari utk celebrate anniversary kami dan open housed memang cukup padat jadi nyer. Cuti deepavali pun sibuk aku tolong mengemas barang barang pembantu kami yang nak pulang kampung. Alas! semua dah selesai dan si pembantu yg amat competent pun dah selamat sampai kepangkuan keluarganya.
Mulai pagi ini, aku dah kena bangun sebelum subuh. Bukan apa, TKW yang baru ni tak boleh harap. Aku nak kena bangun awal utk masak bekal dan utk family Dear juga.
Dear dah tak boleh makan sebarangan lagi. Hari Khamis yang lalu, Dear kena gi jumpa dietician utk diperincikan setiap jenis makanan yang boleh Dear makan. Untung juga aku temani Dear waktu ke Dietician, dapat juga aku beberapa tips dan free consultation..macam 2 in 1 gitu. She yang bayar for that consultation, aku pun dapat feadah tu. Anyway, Dear cuma bayar 15% dari $90 utk consultasi tersebut, lain company bayar. Berbaloi gak lah kan.
Semalam, aku dah check stock bahan bahan masakan dirumah. Aku dah juga buat list apa yang patut nak dibeli utk masakkan utk Dear. Hari ni, balik kerja nanti, aku nak singgah belanja apa yg diperlukan utk Dear. Dan aku juga akan makan sama apa yang aku masakkan utk Dear. Utk her famili aku akan masakkan lain. Takpelah aku penat sikit, asal Dear sihat dan her diet is under control. Tang aku makan gak benda yg sama with her walaupun aku tak perlu nak berdiet, aku tak kisah, aku rasa aku perlu berikan sokongan demi kesihatan Dear.
Sejak 3 bulan yang lalu, Dear memang mudah rasa letih. Dear terlalu amat berhati hati dengan pemakanan nya. Risau pulak aku di buatnya. Tak makan salah, terlebih makan salah. Sian Dear, dah tak boleh nak makan ikan goreng, ayam goreng, pendek kata all those goreng thingy is a no no for her. Last Saturday, kenduri kat rumah Kak Long pun Dear cuma makan nugget, itupun setengah aja, yg lagi setengah aku lah yang jadi tong sampah. Padahal Dear paling favourite makan ikan dan ayam goreng. Tapi nak buat macammanakan. Kesihatan perlu dijaga.
Semalam, semasa aku kat kelas. Aku terima sms.
"Yang, I think my blood can go upstairs" text dari Dear rupanya.
Jarang Dear nak menganggu aku semasa aku ada kelas, sbb Dear tahu aku tak suka konsentrasi aku diganggu. Hmm, memang pun, baca sms tu, bikin aku hilang konsentrasi. Tapi aku tak marah, ni mesti Dear dah tak tahan. Lebih baik Dear luahkan dari benda tu tak tertahan, jadi mudarat pulak.
"Y Dear" balas ku ringkas.
"Nanti you balik I citer" she returned text.
Apalah yang dah terjadi kat rumah tu. Mesti Dear marah sangat ngan kestupidan pembantu rumah yang baru ni tau. Dalam hati aku berdoa agar Dear dapat bersabar. Dear memang seorang perfectionist. Pantang kalau berserak dan buat kerja dengan tak betul. Kadang, aku yang suka simple things pun kena gak marah kalau sembrono gosok baju ke, cadar tak rapi ke. Harap taklah separah mana damage done tu. Hishh lekaslah kelas ni selesai. Tak boleh nak konsentret.
"Kenapa sayang, your blood dah go downstair dah?" tanya ku sambil mengucup dahi Dear setibanya aku dirumah dan mendapati Dear sedang terlena diatas katil.
"Hmm! you baru balik eh? Takpelah, I take for you drink first, go and washup firstlah. You makan dan solat dululah, nanti I citer" Dear pun bangun setelah membalas kucupanku.
Dear geram dengan pembantu yang baru ni. Suruh lain lain yang dibuatnya. Macam macam Dear complain kat aku. Aku hanya biarkan Dear bercerita hinggalah selesai.
"So what you nak buat sekarang?. Kalau she tak boleh kerja, we change maid, what do you think?"
"Kalau tukar, I kena beli insuran yang baru lagi, nak kena fork out another $200 plus"
"Ok kalau gitu takpe, I talk to her, we give her a few more days, kalau tak leh gak, then terpaksalah, kita kena gak kluar kan duit tu, then we used our saving for this." aku cuba memujuk Dear.
Belum pun aku sempat turun dari katil nak keluar dari bilik, terdengar bunyi kaca berkecai. Dear dengan pantas bangun dan menuju ke arah bunyi tersebut. Wah habislah suara Dear melengkeng kedengaran. Si TKW ni pulak dah pucat muka dia.
"Uun, aduh kenapa dengan kamu ni, gimana kamu bikin kerjaan" tanya ku.
"Sori mbak, tak sengaja" jelas si Uun, dengan kegetaran suara.
"Yang, you jangan nak berlembut pulak dng dia ni, hhm, belum 1 hari dah 2 benda pecah, kalau tinggalkan 2 3 hari agaknya semua pinggan mangkok I pecah"
"Halo, kamu tu mahu kerja apa nggak, baru tadi saya pesan kamu supaya hati hati, tak sampai 2 jam, pecah lagi. Kalau kayak ini, bisa bangkrup tau saya". garang betul Dear ni tau.
"Hah! barusan kamu kata mahu buat yang terbaik, terbaik apa ni, cuba. Hishhh, kamu ni bikin saya marah aja tau". Dear dah mula cekak pinggang. Aku tak mahu tambah dan keruhkan suasana. Father in law pun geleng geleng kepala. Dia mesti terperanjat dari tidur petangnya.
"Sudah Uun, kamu bersihin yang pecah tu, udah selesai semua, saya mahu bicara" akhirnya aku bersuara. Dear ku pujuk dan kutolak lembut masuk ke bilik semula. Walaupun mulutnya masih petpot petpot, Dear ikut juga ke bilik.
"Sayang, you jangan nak stress stress ok. Nanti high blood pressure pulak. Let me handle this okay. Nak jerit jerit dan marah2 pun whats the point. Buat naik darah aja. Sayang cool off dulu. Nanti Yang talk to her". sambil aku elus elus belakang badan Dear memujuk.
FIL ada duduk disofa waktu aku kluar setelah berjaya memujuk Dear. He pun bingit. He tak berapa suka maid baru ni. He said, buat apa nak beleter aja, tiap hari nak kena beleter, boleh kering tekak. Hantar aja balik ke agen, she cannot work. Senang orang lelaki tau, tak amik pusing nak buat keputusan. He tak tahu we dah kluar duit banyak nak amik maid ni, agency fee lain, insurance lain, belum lagi si Uun ni makan banyak lain dan pecahkan pinggan mangkok lagi bertambahlah lain.
Lepas maghrib dan makan malam, aku panggil si TKW tu. Bukan aku nak lecture, enough of that. Aku jelaskan pada dia apa tugas tugas yang patut dia buat. Apa yang tak patut dia buat. Bila aku tanya dia faham ke tidak, dia kata ya. Pastu bila aku tanya dia ada apa apa nak tanya, ya jawabnya. Ah ni yang dia tanya kat aku
"Mbak, apa benar, kalau sarapan saya kena makan roti dan jam berapa saya bisa sarapan, makan siang dan dinner?" Duh! betul kata Dear, memang boleh make blood go upstairs. Kalau nak ikutkan hati, nak aja aku jadi sadis, nak aja aku jawab tak boleh makan sampai aku balik dari ofis. Baru padan muka dia. Tapi aku taklah seteruk itukan. Cuma aku fikir, aduh boleh pengsan, makan aja yang dia ingat. Patutlah Dear stress.
Seriously, apa lah nak dikisahkan tentang makan tu, berapa banyaklah dia boleh makan. Tapi menurut pembantu lama kami, memang si Uun ni makan banyak giler. Nasi boleh makan 2 pinggan penuh hanya untuk breakfast. Wah! bisa bangkrup deh. Ibarat kata anak sedara Dear, badan RXZ, engine Super4. Kalau power macam Harley, boleh juga aku nak tanggung. Ini, macam motor kapcai aja. Camner?
Termasuk hari ini, dah seminggu si Uun bersama kami. Satu hal yang aku tak boleh tahan abt this gerl is her kaypohness. Waktu aku tolong mengemaskan barang barang pembantu yang lama, sibuk dia membongkar dan membuka beg plastic. Kalah kan QC dia membelek belek. Siap tanya harga dan beli dimana. Semua dia buat tu tanpa izin yang punya. Aku sendiri, nak tunjuk Dear beg yang pembantu lama beli utk ibunya, tetap minta izin dulu. Yelah bukan barang kita apa. Kalau ginilah gayanya, susah lah aku dan Dear nanti. Tak boleh lah kami nak mushy mushy around bila tengok tv.
Tak boleh kubayangkan. STRESS! So aku rasa lebih baik kami antar aja dia balik ke ejen. FIL pun dah setuju sangat. Apa pendapat korang?