Monday, November 3, 2008

Aiyoh! My Blood can go Upstairs!

Dah lebih seminggu tak update blog ni. Terlalu sibuk dengan urusan di ofis dan juga di rumah. Cuti 2 hari utk celebrate anniversary kami dan open housed memang cukup padat jadi nyer. Cuti deepavali pun sibuk aku tolong mengemas barang barang pembantu kami yang nak pulang kampung. Alas! semua dah selesai dan si pembantu yg amat competent pun dah selamat sampai kepangkuan keluarganya.
Mulai pagi ini, aku dah kena bangun sebelum subuh. Bukan apa, TKW yang baru ni tak boleh harap. Aku nak kena bangun awal utk masak bekal dan utk family Dear juga.
Dear dah tak boleh makan sebarangan lagi. Hari Khamis yang lalu, Dear kena gi jumpa dietician utk diperincikan setiap jenis makanan yang boleh Dear makan. Untung juga aku temani Dear waktu ke Dietician, dapat juga aku beberapa tips dan free consultation..macam 2 in 1 gitu. She yang bayar for that consultation, aku pun dapat feadah tu. Anyway, Dear cuma bayar 15% dari $90 utk consultasi tersebut, lain company bayar. Berbaloi gak lah kan.
Semalam, aku dah check stock bahan bahan masakan dirumah. Aku dah juga buat list apa yang patut nak dibeli utk masakkan utk Dear. Hari ni, balik kerja nanti, aku nak singgah belanja apa yg diperlukan utk Dear. Dan aku juga akan makan sama apa yang aku masakkan utk Dear. Utk her famili aku akan masakkan lain. Takpelah aku penat sikit, asal Dear sihat dan her diet is under control. Tang aku makan gak benda yg sama with her walaupun aku tak perlu nak berdiet, aku tak kisah, aku rasa aku perlu berikan sokongan demi kesihatan Dear.
Sejak 3 bulan yang lalu, Dear memang mudah rasa letih. Dear terlalu amat berhati hati dengan pemakanan nya. Risau pulak aku di buatnya. Tak makan salah, terlebih makan salah. Sian Dear, dah tak boleh nak makan ikan goreng, ayam goreng, pendek kata all those goreng thingy is a no no for her. Last Saturday, kenduri kat rumah Kak Long pun Dear cuma makan nugget, itupun setengah aja, yg lagi setengah aku lah yang jadi tong sampah. Padahal Dear paling favourite makan ikan dan ayam goreng. Tapi nak buat macammanakan. Kesihatan perlu dijaga.
Semalam, semasa aku kat kelas. Aku terima sms.
"Yang, I think my blood can go upstairs" text dari Dear rupanya.
Jarang Dear nak menganggu aku semasa aku ada kelas, sbb Dear tahu aku tak suka konsentrasi aku diganggu. Hmm, memang pun, baca sms tu, bikin aku hilang konsentrasi. Tapi aku tak marah, ni mesti Dear dah tak tahan. Lebih baik Dear luahkan dari benda tu tak tertahan, jadi mudarat pulak.
"Y Dear" balas ku ringkas.
"Nanti you balik I citer" she returned text.
Apalah yang dah terjadi kat rumah tu. Mesti Dear marah sangat ngan kestupidan pembantu rumah yang baru ni tau. Dalam hati aku berdoa agar Dear dapat bersabar. Dear memang seorang perfectionist. Pantang kalau berserak dan buat kerja dengan tak betul. Kadang, aku yang suka simple things pun kena gak marah kalau sembrono gosok baju ke, cadar tak rapi ke. Harap taklah separah mana damage done tu. Hishh lekaslah kelas ni selesai. Tak boleh nak konsentret.
"Kenapa sayang, your blood dah go downstair dah?" tanya ku sambil mengucup dahi Dear setibanya aku dirumah dan mendapati Dear sedang terlena diatas katil.
"Hmm! you baru balik eh? Takpelah, I take for you drink first, go and washup firstlah. You makan dan solat dululah, nanti I citer" Dear pun bangun setelah membalas kucupanku.
Dear geram dengan pembantu yang baru ni. Suruh lain lain yang dibuatnya. Macam macam Dear complain kat aku. Aku hanya biarkan Dear bercerita hinggalah selesai.
"So what you nak buat sekarang?. Kalau she tak boleh kerja, we change maid, what do you think?"
"Kalau tukar, I kena beli insuran yang baru lagi, nak kena fork out another $200 plus"
"Ok kalau gitu takpe, I talk to her, we give her a few more days, kalau tak leh gak, then terpaksalah, kita kena gak kluar kan duit tu, then we used our saving for this." aku cuba memujuk Dear.
Belum pun aku sempat turun dari katil nak keluar dari bilik, terdengar bunyi kaca berkecai. Dear dengan pantas bangun dan menuju ke arah bunyi tersebut. Wah habislah suara Dear melengkeng kedengaran. Si TKW ni pulak dah pucat muka dia.
"Uun, aduh kenapa dengan kamu ni, gimana kamu bikin kerjaan" tanya ku.
"Sori mbak, tak sengaja" jelas si Uun, dengan kegetaran suara.
"Yang, you jangan nak berlembut pulak dng dia ni, hhm, belum 1 hari dah 2 benda pecah, kalau tinggalkan 2 3 hari agaknya semua pinggan mangkok I pecah"
"Halo, kamu tu mahu kerja apa nggak, baru tadi saya pesan kamu supaya hati hati, tak sampai 2 jam, pecah lagi. Kalau kayak ini, bisa bangkrup tau saya". garang betul Dear ni tau.
"Hah! barusan kamu kata mahu buat yang terbaik, terbaik apa ni, cuba. Hishhh, kamu ni bikin saya marah aja tau". Dear dah mula cekak pinggang. Aku tak mahu tambah dan keruhkan suasana. Father in law pun geleng geleng kepala. Dia mesti terperanjat dari tidur petangnya.
"Sudah Uun, kamu bersihin yang pecah tu, udah selesai semua, saya mahu bicara" akhirnya aku bersuara. Dear ku pujuk dan kutolak lembut masuk ke bilik semula. Walaupun mulutnya masih petpot petpot, Dear ikut juga ke bilik.
"Sayang, you jangan nak stress stress ok. Nanti high blood pressure pulak. Let me handle this okay. Nak jerit jerit dan marah2 pun whats the point. Buat naik darah aja. Sayang cool off dulu. Nanti Yang talk to her". sambil aku elus elus belakang badan Dear memujuk.
FIL ada duduk disofa waktu aku kluar setelah berjaya memujuk Dear. He pun bingit. He tak berapa suka maid baru ni. He said, buat apa nak beleter aja, tiap hari nak kena beleter, boleh kering tekak. Hantar aja balik ke agen, she cannot work. Senang orang lelaki tau, tak amik pusing nak buat keputusan. He tak tahu we dah kluar duit banyak nak amik maid ni, agency fee lain, insurance lain, belum lagi si Uun ni makan banyak lain dan pecahkan pinggan mangkok lagi bertambahlah lain.
Lepas maghrib dan makan malam, aku panggil si TKW tu. Bukan aku nak lecture, enough of that. Aku jelaskan pada dia apa tugas tugas yang patut dia buat. Apa yang tak patut dia buat. Bila aku tanya dia faham ke tidak, dia kata ya. Pastu bila aku tanya dia ada apa apa nak tanya, ya jawabnya. Ah ni yang dia tanya kat aku
"Mbak, apa benar, kalau sarapan saya kena makan roti dan jam berapa saya bisa sarapan, makan siang dan dinner?" Duh! betul kata Dear, memang boleh make blood go upstairs. Kalau nak ikutkan hati, nak aja aku jadi sadis, nak aja aku jawab tak boleh makan sampai aku balik dari ofis. Baru padan muka dia. Tapi aku taklah seteruk itukan. Cuma aku fikir, aduh boleh pengsan, makan aja yang dia ingat. Patutlah Dear stress.
Seriously, apa lah nak dikisahkan tentang makan tu, berapa banyaklah dia boleh makan. Tapi menurut pembantu lama kami, memang si Uun ni makan banyak giler. Nasi boleh makan 2 pinggan penuh hanya untuk breakfast. Wah! bisa bangkrup deh. Ibarat kata anak sedara Dear, badan RXZ, engine Super4. Kalau power macam Harley, boleh juga aku nak tanggung. Ini, macam motor kapcai aja. Camner?
Termasuk hari ini, dah seminggu si Uun bersama kami. Satu hal yang aku tak boleh tahan abt this gerl is her kaypohness. Waktu aku tolong mengemaskan barang barang pembantu yang lama, sibuk dia membongkar dan membuka beg plastic. Kalah kan QC dia membelek belek. Siap tanya harga dan beli dimana. Semua dia buat tu tanpa izin yang punya. Aku sendiri, nak tunjuk Dear beg yang pembantu lama beli utk ibunya, tetap minta izin dulu. Yelah bukan barang kita apa. Kalau ginilah gayanya, susah lah aku dan Dear nanti. Tak boleh lah kami nak mushy mushy around bila tengok tv.
Tak boleh kubayangkan. STRESS! So aku rasa lebih baik kami antar aja dia balik ke ejen. FIL pun dah setuju sangat. Apa pendapat korang?

2 comments:

bebey said...

mesti tak best kan..
tak mcm yg lame tu..
pengsanla kalau makan je banyak tapi pemalas and tatau wat keje..

kalau dah kronik sgt,hantar ke agen semula mungkin jalan terbaik..

:)

deeyang said...

X best dan x sukerlah indon tu. Bukan aja makan banyak, pemalas dan suka cakap balik, ni kempro lah... seluar dalam pun pakai sampai berhari hari. ..confirm we all nak antar agen balik this weekend. Buey tahan leh.