Tuesday, October 21, 2008

Maaf, takde Niat pun ...dan selamat bercuti

Posting ni aku tujukan partly untuk seorang adik yang baik hati. Maaf, saya takde niat apa pun ...
Hari ni perasaan aku dah agak lega sikit. Apa yang terbuku di hati akibat kena main tu dah dapat pun aku muntahkan. What had happened has happened, tak boleh nak amik remote control to rewind it. Harap ada hikmahlah disebalik tu semua.
Sebenarnya, ada pembaca blog aku yang terasa dengan posting aku yg lepas. Padahal aku tak berniatpun posting tu ditujukan pada dia. Tapi nak buat macam manakan, dah dia tu sensitif orangnya. Haru juga situasi jadinya bila dia YM kat aku. Konfius aku, dahlah hati tengah bengkak dengan all the matters, plus pembaca blog tu buat aku bengang...mati mati dia ingat aku tujukan posting tu utk dia. .. heehehhhe ...awak jangan marah tau ... ni baru saya citer pasal awak ni. Daripada hanya nak berkias di dlm blog, terpaksa aku ceritakan sedikit hal sebenar kenapa aku geram kena main tu. Padahal aku memang emo sesangat on what happen dan tak nak berkisah tentangnya. Tapi fikir fikir balik, lega juga bila dah berbicara dengan seseorang walaupun dialam cyber.
Minggu ini ramai kengkawan yang bercerita nak gi holiday. Ada yang ke Langkawi, ada yang ke Padang, ada yang ke Bangkok, ada yang nak ke Makassar, ada yang nak ke UK, aku aja yang kehulur ke hilir pegi balik keje. :(.
Tapi khamis dan jumaat ni aku cuti. Yahooooo....Tapi aku cuti bukan nak pegi holiday, aku cuti utk anniversary kami on thursday. Haruslah takleh bangun awal on friday nantikan. Anniversarylah katakan ... malam jumaat lagi. So since aku dah cuti, hari jumaat pulak aku nak bikin open house utk siblings dan siblings in law aku. Sebenarnya aku tak de apa plan utk anniversary tahun ni, nak save for next year vicennial annivesary. Aku dah pun belikan Dear hadiah as what she wanted. So no surprise this year.
Tahun sudah sudah, aku slalu kirimkan bunga pada Dear kat ofis. Balik keje baru we all gi dinner, and time tu baru aku kasi Dear gift. Dah lama we all tak amik cuti for our anniversary. Tapi tahun ni Dear yang suggest we all cuti. Terperanjat juga aku sebab Dear ingat anniversary kami. Selalunya Dear suka terlupa. Dear kata nak ajak gi dinner. Must be you have something up your sleeve rite?. Dear nak dinner kat Carousel. Aduh boleh ke termakan ni kalau nak gi buffet kat Carousel. Harap Dear taklah marah kalau aku tak boleh nak try all the food nanti. Habis puasa ni, tak termakan pulak aku, makan sikit pun dah kenyang. Kalau seterusnya cam ni, bagus juga boleh turun timbangan badan aku ni.
Bagi kengkawan yang gi Holiday tu, jangan lupa oleh oleh untuk aku ok. Tak minta banyaklah, aku hanya collect magnet...korang masih mampukan setakat magnet tu. Hishh, tak malu betul eh, minta oleh oleh pulak ...eh jangan susah susah ye, ai cuma main main aja, lagipun tempat tempat yang korang pegi tu ai dah pun pegi except makassar tulah.. hehem hehem... orang yang nak gi makassar tu jgn buat tak tahu pulak ye ....ehhehhehhhheee.
For those holidaymakers, enjoy yourself with your partner...hanimum agak agak ok. Tour juga tempat tempat menarik disana, jangan nak berkubang kat bilik hotel tu aja. Kang tak terjengah pulak tempat yg harus dikunjungi. Dan jangan lupa, try test cubalah makanan yang lain dari tempat korang, macam otak lembu masak lemak ke, mee gulung ke, sweet sour noodle with thai herbs ke...try ler. Sushi sushi tu tak yah lah kan.
Have a save journey dan semuga selamat pulang ke tahanair nanti.

Friday, October 17, 2008

Kena Main

Rasanya saat ini macam nak marah dengan seseorang. Disisi lain pulak rasa teramat kecil hati dengan insan tersebut. Namun siapalah aku nak bersikap demikian pada sesama insan. Bila hal ini kubincangkan dengan Dear, pastilah aku jua yang akan disalahkan. Dear selalu merasakan aku terlalu mudah untuk berbaik dengan orang yang belum tentu aku kenal hati budinya. Terlalu senang nak mempercayai orang walaupun belum pernah sesaat pun aku bersua muka.
Aku tak boleh nak menyangkal apa yang Dear kata, sebabnya aku memang mewarisi perangai kedua ibubapa ku. Bagaimana mereka, begitulah aku...yelah, kuah nak tumpah kat mana kalau tak dlm mangguk mesti lah kat nasi errkkkk .... then kalau tak, nak buat macam mana lagi, aku tak daya nak bersikap hipokrit. Itulah aku dan begitulah perangai ku...terlalu friendly.
Kalau ikutkan hati nak aja aku sumbu insan tersebut, tapi aku bukan aku yg dulu. Aku taknak lah main mengata aja. So kesimpulan yang aku ambil sekarang hanyalah berdiam diri. Biarlah..aku nak tengok sejauh mana insan tersebut nak bersikap demikian. Aku tak 100% salahkan insan tersebut, yelah, manusiakan. Bila belum apa apa, macam macam janji dan planning. Tapi tiba masa lain pulak jadinya...hhhmmm. Tak kuasa lagi nak fikir dan leraikan. Ni dah terluah sikit melalui blog aku ni, lega sesak didada dan terlerai keserabutan di kepala otak.
Kadangkala, ada baiknya partner kita berfikiran negative dan bersedia dengan kemungkinan kemungkinan yg tak pernah aku terfikirkan..yelah, aku memang tak suka nak berburuk sangka terhadap orang lain. Pada aku simple aja, kita buat baik dengan seseorang, tak pernah pulak aku mengharapkan yg sebaliknya dari orang tersebut. Tapi hati manusia kan, very unpreditable, bila bercerita dan berdiskusi bukan main lagi..but then...ahhhahaaa....berat lah hati nak meluahkan. Ibarat diluah mati bapak, ditelan mati mak .... tapi aku nak buat cam ner, dua dua mak bapak aku dah pun meninggal. Jadinya aku tak tertelan dan tak terluahlah sepenuhnya.
Pada insan tersebut, aku harap yang terbaik baginya.... aku tak berdendam dan tak akan simpan rasa kecewa dengan apa jua yg telah dan akan berlaku. Seandainya kata kata tak bisa dikotakan, lebih baik jgnlah buka mulut tu. Aku berharap insan tersebut bahagia disamping partnernya sepanjang masa.
Disebaliknya yg berlaku, aku tahu ada hikmah utk semua ni. Nasib baiklah Dear selalu suka bersiaga dengan berbagai "what if"; jadinya taklah kami kelam kabut. Dear tadi berpesan
"Please eh Sayang, this time, I hope you really learn your lesson ok, jgn nak terlalu baik ngan orang, see, when we need them, 1001 alasan dorang beri. Ni tidak, nanti I cakap you marah, tell me not to buruk sangka..ah sekarang you tengok sendiri, banyaklah you punya adiklah, you punya anggap macam sedaralah. ni dah kena main... nasib masih ada time to rearrange everything. Next time, Dont depend on others, fahamtak?"
Aku hanya bergumam perkataan ya aja. Berserabutlah otak yg memang dah berjambul dengan banyak benda ni. Apa apa pun, I believe things happen for a reason, walau apa pun reason tersebut, hanya Allah yg maha tahu dan DIA ajalah yang tahu apa yang terbaik buat kita.
As for insan tersebut, thank you for your decision, I keep that in mind. and ya, sorry to bother you all this time.

Monday, October 13, 2008

Raya, Open House dan Org Baru

Hari ini dah masuk 13 syawal. Alhamdulillah, dapat juga aku tempoh hari raya dengan jayanya walhal rasanya draggie sesangat nak tempuh 1 syawal.

Tahun ni, raya pertama rasa nya tak sama seperti tahun tahun sebelumnya dan tahun lalu. Raya tahun lalu, aku spent the whole day kat hospital. Tahun ni, aku raya kat rumah kak long. Biasalah, tiap tahun malam raya aku akan balik ke rumah kak Long. Yelah, aku ni anak yatim piatu, so beraya di rumah Kak long ajalah sbb tulah HQ utk siblings aku.

Semua siblings aku satu satu datang ke rumah Kak Long. Tahun ni, kami semua tak berphoto. Walaupun anak buah semua aku tengok bawa camera, non of them initiate nak bergambar. Semua lebih banyak berdiam aja. Tahun ni kami adik beradik beraya kurang satu dari our siblings yg sedozen. Lepas makan memasing minta maaf dan pulang. Sebab tu macam lemau aja raya tahun ni. Lagipun tahun ni raya macam sepi aja kat Singapore ni. Yelah, budak budak semua tengah exam. Parents jadi kanchonglah.

Aku the last person to leave Kak Long house setelah berjumpa dan bermaaf maafan dengan semua siblings. Memang selalunya gitulah, aku tunggu semua siblings aku dtg dan left after dorang semua dah balik. Dear berapa kali sms tanya kat mana dan bila nak balik to her place.
Aku sampai kat rumah Dear at about 6pm. Dear takde dirumah waktu aku sampai, hanya FIL dan pembantu aja yg ada.

Kat rumah Dear memang tak ramai yg bertandang bila first day raya selain dari her siblings. Tak macam rumah Kak Long yg kena serang dgn cousin cousin kami on the first day. Tu ajalah citer raya kami.

Kalau syawal tahun lalu, aku kehilangan salah satu dari family kami, tahun ini Allah SWT telah memberikan menambahan dalam keluarga kami, di bulan syawal juga. Syukur yang teramat sangat, semua telah selamat. Betapa adil dan Agungnya pemberian Allah SWT. Satu diambil, diganti dua. Syukran.

Aku dan Dear masih lagi belum habis beraya. Rumah adik beradik aku tinggal lagi 2. Rumah ipar semua dah settle. Penat sesungguh, tiap balik kerja, pegi 1 rumah. Mana nak uruskan kepulangan pembantu kami utk pulang bercuti. Tinggal rumah aku aja yg belum aku open utk famili kami. Jangka nya nak bikin open house minggu terakhir syawal...anak buah semua dah request nak makan seafood. Tak nak juadah raya lagi. Kakak2 dan kakak ipar pulak nak sambal goreng pengantin dan rendang limpa. Wooi, boleh bangkrap. But then, Dear kata takpe, bukan selalu, kalau tak cukup bajet, Dear akan tambah. Tu yg aku bertambah sayangkat Dear tu, she never nak bezakan famili aku atau her family. Cuma Dear siang siang dah kasi tahu, mesti nak masak lebih dan kena panggil her siblings gak raya at my place. Yelah, tahun lalu memang aku tak beraya dan buat open house. Kami sibuk dengan exam, dan dalam itu, sibuk ulang alik kehospital dan kelas.

Bila fikir kan open house tu, berjambul kepala aku. Nak ikutkan selera anak buah dan adik beradik aku. Belum lagi ipar2 nyer request. Adoi, berapa kilo ketam nak kena bersihkan, berapa kilo sotong nak siang. Berapa banyak ayam nak kena goreng. Belum lagi benda benda lain. Nampak gaya kena amik cuti 1 hari lah nak siapkan semua. Almaklumlah, cuma aku dan Dear aja yg nak siapkan benda tu semua. Memang kami takkan panggil pembantu tolong utk open house @ our place tu. Tugas pembantu tu mestilah kat rumah Dear aja.

For now, menu sepenuhnya belum difinalized kan lagi. Tumpuan kami buat masa ni hanyalah for the twin gerl yg hadir dlm keluarga kami on 10 syawal. Welcome to the world, Gerls. To my nehpew and niece in law, Congratulation for being a Parent.