Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010, Welcome 2011.

Goodbye 2010. Terlalu banyak suka dan duka yg kami alami dlm tahun 2010. Alhamdulillah tercapai juga impian untuk memiliki matrimony home pada tahun ini setelah 21 tahun mengikat janji utk hidup bersama.

Semuga Tahun 2011 banyak memberikan kebahgiaan untuk semua.

Resolusi aku bagi tahun 2011 adalah utk tidak membuat apa apa resolusi. Let take whatever come with keyakinan, tawakal dan kepasrahan.  Hanya Allah yg dpt membantu kita dlm segala hal. Amin.

Selamat tahun Baru to All.

Thursday, December 2, 2010

Rindu

Rasa rindu ini, amat payah untuk diungkapkan. Hanya fatehah yg dapat selalu ku beri bila rindu menggegit dihati.

Setelah pemergianmu, aku terasa payah untuk melihat masadepanku. Terasa hilang arah, tiap langkah kedepan menjadi begitu berat. Ku campakkan segala minat yg sering mendapat sokongan darimu. Aku tak pasti apa langkah ku selanjutnya. Alhamdulillah, dalam terumbang ambing mengharungi masa depan, aku dikejutkan dari alpa kehilangan mu. Hidup mesti diteruskan, amanah mesti dijaga dan aku tahu aku boleh menjadi kuat dengan ikhlas menerima pemergianmu.

December datang lagi. Serasa baru semalam mendengar pesanan pesananmu. Mendengar arahan arahan mu semasa mengajar aku membuat roti prata dan juga rojak india, antara dua juadah yg dapat aku kuasai seperti mana yang dibuat oleh mu. Mendengar rungutan dan rajukmu kerana aku tak bersikap adil dalam membelikan hadiah utk mu. Terkenang bagaimana kau menjaga dan lokek berkongsi coklat Cadbury Dairy Milk berbungkus biru dengan yang lain hanya kerana itu pemberian dariku dan aku tahu itu coklat yg amat kau senangi.

Kini 16 tahun telah berlalu, kau masih tetap dalam doaku, dalam mimpiku, dalam kehidupan sehari hariku. Walau kau jauh tak terjangkau, aku yakin, dengan iringan doa zuriatmu, kau akan tenang disana.

Mak, orang rindu kat Mak. Semuga tempat pengabadian Mak diterangi dan dilapangkan hendaknya. Kami akan sentiasa mendoakan Mak dan Bapak. Insyallah, kita akan disatukan kembali kelak. Alfateha.