Tuesday, October 26, 2010

Kenyang Zahir Bathin

21 tahun hidup bersama orang tersayang sungguh adalah satu jangka masa yg amat panjang, apalagi hubungan kami adalah hubungan terlarang. Memang tak pernah aku atau Dear menjangkakan hubungan kami akan bertahan sehingga kini dan amatlah kami harapkan hanya nafas yg terakhir yg memisahkan kita hendaknya.

Anniversary kali ini, aku telah mengajak Dear dinner sehari sebelumnya. Bukan apa, aku takut tak sempat utk berdinner berdua on our actual anniversary. Terlanjur hendak ke Johor, aku mengajak Dear utk bersteamboat aja di Mt Austin. Tiada fancy hotel or nice restaurant sebab Dear kata buat apa bayar for the ambience mahal mahal hanya sekadar nak makan. Lagipun bukan sedap sangat. Ah aku ikutkan aja kehendak Dear. Plus aku ingin cepat cepat pulang memandangkan esoknya harus berada di Harbour Front sebelum pukul 7.30 pagi.

Jangkaan untuk berada di rumah sebelum jam 11 malam, meleset gara gara bertemu sepupuku. Sibuk dia mengajak kita ke Pandan City. Aku tak mahu pergi sebenarnya, namun Dear beria ia kata ok kerana ingin membeli grocery terlanjur ada transport. Lagi sekali, aku layankan aja Dear. Sibuk shopping tak sadar lah pulak hampir jam 12 barulah kami selesai berbelanja. Jam 1.05 pagi barulah aku sampai dirumah, itu pun nasib causeway tak jammed. Tak sempat kemas barangan yg dibeli, mandi dan trus tidorlah.

23 October 2010 - Acara hari ini, sepengetahuan Dear, hanyalah untuk memanjakan badan from head to toe. Memang niat kami untuk menggunting rambut, berspa, facial dan pedicure. Pagi lagi kami telah menaiki ferry ke Batam. 5 jam berspa membikinkan zahir terasa bersih dan suci. Hhhmmm, lembut terasa kulit diseluruh badan. Dear tidak tahu pun yang aku ada surprise untuknya. Pas keluar dari Spa, sebuah kereta telah menanti kami diluar.

“Assalammualaikum Mbak, gimana spa nya. Kita langsung saja atau Mbak mahu kemana dulu?”. Dik Dyah keluar dari mobil yg telah menunggu dan bersalaman dengan kami. Dear melihat dengan penuh tanda tanya. Sedangkan suami si Dyah tersenyum dan menganggukkan kepala kepadaku.

“Walaikumsalam. Dyah ni kenalkan, Mbak Dear” Dear bersalaman dengan Dyah dan aku langsung merapati suami Dyah

Mas Dod, apa khabar, udah beli barang pesananku?. Kalau udah kita pergi makan aja dulu, lapar ni.”

“Udah mbak, apa sebaiknya kita langsung aja, anak anak menunggu utk makan bersama”. Ya ampun, kesiannya, Adeke tunggu aku baru nak kasi makan budak budak tu lunch. Ni dah hampir pukul 2.30 Singapore time. Kita yg tua ni pun dah lapar, apa lagi budak budak kan.

“Duh dah jam berapa ni, ah langsung aja lah, kasihan anak anak” Aku menarik tangan Dear yg memang betul betul kelihatan bingung. Tak ku hiraukan airmuka Dear yg penuh dengan tanda tanya.

“Yang kita nak gi mana ni? You know all this people. Anak anak mana pula yg tunggu kita nak makan ni. You ni apa aja, suka tau surprise surprise, I worry tau.” Dear seakan berbisik pulak.

“Mbak, kita ni sekarang mahu ke Panti Asuhan, pasti Mbak Dear tidak risau kan utk kesana?. Anak anak sudah tidak sabar mahu ketemu.” Dyah menjawab dengan tersenyum.

“Ah tu Dyah dah explain. Hhmm, I nak bawa you gi orphanage. Once a while we share our joy with those less privilege people boleh kan Dee”.

“Hhmm, kenapa tak cakap siang siang, kalau tahu Dee nak belikan dorang something, stationery ke, coklat ke. Nak dapat pahala sorang aja tau” satu cubitan dihadiahkan.

“Ah oklah, you tak marah kan I nak ajak you gi sana?. Mas Dod, kalau ada toko atau supermarket, berhenti ya..mahu belanja sebentar. Dee beli coklat ajalah or tidbits, tak nak fikir fikir lagi, cian dorang dah tunggu nak lunch ngan kita. Dyah, berapa anak anak disana sekarang”

“Alhamdulillah, masih 28 orang.” Jawab Dyah lembut. Aku memang suka Dyah ni, kalau ckp lembut dan penuh dengan syukur. Untung Mas Dod punya isteri macam Dyah.

Sampai di Panti Asuhan, kami disambut oleh Bunda (penjaga/ pengasas) dan anak anak. Bunda peluk dan cium kami sambil mengucapkan selamat atas anniversary kami. Dear lagi sekali tunjukkan wajah yg full of question…hahahha. Tak boleh angatzlah tengok muka Dear. Mesti aku kena soal bertubi tubi nanti tau.

Bunda mahunya anak anak duduk tertib dan mengalu alukan kedatangan kami. Tapi aku telah bermohon agar batalkan aja acara tersebut kerana aku pasti anak anak mesti lapar menanti kedatangan kami utk makan siang bersama. Aku sendiri pun berkeroncong, lecehlah kalau nak kena tunggu dengar ucapan segala, protocol betullah, walhal yg dtg cuma aku dan Dear.
Dengan alasan yg aku telah amat lapar, Bunda bersetuju utk langsung makan siang. Alhamdulillah, seronok betul aku dan Dear makan. Bunda beberapa kali memohon maaf kerana hanya dapat menyediakan kambing gule, oyong masak bening, daun singkong lemak, ayam goreng, lalapan dan sayur asem. Oh ada juga ikan jambal roti yg marvelous.

Selesai makan, aku telah beramah mesra dengan anak anak. Aku tengok Dear pun sibuk aja layan budak budak tu dengan coklat dan biskut. Dari perbualanku dengan seorang anak bernama Inke, membuat aku insaf dan amat terharu sekali. Inke mengatakan, kalau dia dan anak anak disitu hanya dapat makan ayam atau daging apabila lebaran atau ada tamu. Itu pun tak semua tamu yg mahu makan sama mereka. Thinking how fortune kids in Singapore…hhmm.
Inke, yg punya satu lagi saudara lelaki di rumah anak anak yatim tersebut, mengharapkan agar kami selalu kesana. Selesai makan dan berbual sebentar, kami solat berjemaah. Imamnya adalah anak panti yg berusia 15 tahun. Sejuk hati mendengar bacaan quran dari anak ini, ah lupa pulak nama dia. Semuga dia terus menjadi iman dlm keluarganya kelak dan berjaya.

Bunda mengajak kita melihat sekitaran rumah panti asuhan tersebut. Memang ini atas permintaanku untuk membuat kejutan pada Dear. Sampai pada suatu ruangan, Dear agak terkejut bila Bunda langsung memegang tangan Dear.
“Dik Dear, ni kamar komputer untuk anak anak panti. Memang sengaja saya lekatkan nama adik bagi kamar ni. Terimakasih atas tajaan kamar ini dan donor yg tak putus putus tiap bulan. Anak anak rasanya tak ketinggalan teknologi dengan adanya komputer komputer disini. Ada banyak manfaat yang di raih oleh mereka.” Tangan Dear Bunda lepaskan dan beralih pula ke aku.

“Terimakasih kerana menghantar orang mengajar anak anak disini menggunakan komputer. Ada yg telah dpt penghasilan dan menambahkan penghasilan bagi ekonomi panti ini. Semuga Allah membalas jasa kalian berdua.”

“Tak apalah Bunda, sumbangan kami kecil aja. Alhamdulillah anak anak bisa mandiri dan dpt ilmu. Terimakasih kerana telah melayan kami dengan baik sekali. Kapan kapan saya mampir lagi kesini ya. Saya sekarang mahu ke tempat satu lagi. Terimakasih ya Kerana memberi kami peluang berbuat baik walaupun Bunda tahu status kami berdua".

Dipanti satu lagi, memang aku telah menjangkakan akan dengar ceramah. Kebetulan ada seorang dari anak bekas panti yg kini seorang penceramah agama akan datang ke Kota Batam, dan dia dijemput utk berceramah disana. Penjaga panti telah pun bertanya kalau aku sudi utk bergabung bila aku nyatakan utk berziarah. Apa pula tak sudikan. Benda baik, lainlah kalau dorang ajak aku berdangdut, tak naklah aku, malu beb. Panti disini khusus anak perempuan aja. Penceramah pun adalah orang perempuan. Suka aku dengar ceramah Ibu ini. Lembut, keras sewaktu waktu bila mengingatkan hadis dan pesanan Rasulullah SAW.

“Anak anak, jangan rasa rusuh dan sedih jika rasa kelaparan. Bukan saja lapar untuk mengisi perut. Lapar pada harta dunia juga jgn sesekali rasa marah pada Allah SWT. Berdoalah dan sentiasa berzikir mensyukuri apa pun yang Allah SWT tentukan untuk kita. Dengan berbuat demikian, pasti kita akan kenyang. Kenyang bathin itu sebenarnya indah. Kita lebih merasa dekat dan selalu bersyukur apa yg Allah berikan pada kita” Ini adalah salah satu kandungan dari ceramah ibu ustazah yg aku ingat, alamak lupalah nama penuh dia, yg aku ingat ibu sri astute apa tah, dorang ni nama semua panjang panjang.

Sungguh simple ceramah yang disampaikan. Kontek mengaitkan rasa lapar dan kenyang pada anak yatim piatu memang lebih mudah untuk mereka fahami. Aku pasti, setiap yang pernah kehilangan seorang ayah pada usia kecil, pasti pernah merasa lapar. (Salah satunya aku sendiri ler) Lapar dalam ertikata banyak hal, bukan aja pada makanan dan minuman.Selesai ceramah kami bersolat jemaah juga. Kali ini imam adalah suami ibu yg menjaga panti asuhan tersebut. Walaupun masih agak kenyang dengan late lunch, untuk tidak menghampakan mereka, kami turut juga makan malam bersama. Adoi kenyang betul lah perut aku. Namun aku bahagia kerana dapat merasa kenyang lahir bathin.
Mas Dod menghantar kami ke hotel setelah selesai lawatan kami. Dah hampir pukul 10malam WIB bila kami sampai dikamar. Penat betul rasanya. Selesai mandi, Dear telah menungguku sambil berbaring mengadap TV. Aku pasti mesti akan disoalsiasat macam polis ni.

“Yang, sejak bila you know all these people. And how much that you donate sampai dorang taruk my name for that computer room tu, you tak pernah citer pun”

“Hmmm, entahlah dah tak ingat dah berapa lama I kenal dorang tupun sebab Oke. Oke yg intro me to them. Dee ingat kan si Oke, that girl yg dulu keje kat Spa yg call me Bunda. I pun baru first time tengok that computer room. Masa first time datang situ dulu, I tak sempat nak tengok tengok, just talk to that lady yg jaga panti tu. I selalu communicate dengan dorang pakai email or call aja. And they always update me tentang akitiviti dan perkembangan dorang. As for berapa banyak I donate, mana boleh ckp ckp, sedekah kalau dah dihebohkan hilang pahala, yang penting Im hepi that what I did give them a lot of benefit”
Aku peluk Dear dan pura pura penutup mata untuk mengelakkan dari terus disoalsiasat. Malaslah nak explain banyak banyak.

“Habis tu tiap bulan Yang donate gak, sumbang berapa tiap bulan?” tak puas ati nampaknya Dear dengan penjelasan yang aku berikan.

“Alah sumbang mahramlah tiap bulan” mahu satu cubitan mendarat dipinggang.

“Merepek tau, org tanya betul dia merepek pulak. Nak buat baik sorang sorang aja tau, tak nak jumpa kita kat syurga eh” rajuk pula Dear.

“Ah Yang dah ngantoklah, tido lah…dah kenyang ni kan ular sawa”. Aku langsung mencium dahi Dear seperti mana selalu yg ku lakukan sebelum tidor.

“Esok esok ajalah Yang citer ok Good nite sayang Hepi Anniversary, Assalammualaikum," Aku memang betul betul ngantok ni bukan pura pura lagi. Kekenyangan sangat sangat.

“Ah yelah tu, dah kenyang sampai lupa nak ckp dia sayang kat kita, tapi memangkan Yang, Dee pun kenyang, zahir dan bathin, thank you Yang for bringing me there, I’m happy tau”

“Ai, kenyang zahir bathin?” mahu terus terbeliak mata aku yg dah kuyu.

“Yelah, kenyang pada zahirnya kulit dan badan dah lembut dan mulus, perut pun penuh, bathinnya bak kata Ustazah tadi, kita harus mengisikan bathin kita dengan perkara yg elok elok sama juga kita mahu makan benda benda yg enak enak, dan pakai yg indah indah. Dengan sumbangan you yg berterusan utk saham akhirat kita bukankah mengenyang kan Bathin kita juga tu” kesitu pula Dear berfikir, ingat apa tadi kenyang bathin…nasiblah kan. Mahunya rasa mengantuk buat aku tak terlayan pulak. Selamat.

Akhirnya, aku tertido dlm tersenyum memikirkan perumpaan Dear. Alangkah indahnya kalau hari hari boleh berbuat begini. Kenyang zahir bathin yg membabit kan ramai insan yg tak berupaya. Semuga ramai lagi anak anak yatim dan panti asuhan yg dapat aku bantu kelak dan semuga Allah SWT terima amalan kami yang memang penuh dengan dosa ini. Amin.

Wednesday, October 20, 2010

Siapa Tak Kenal Dia.....A tribute to...

Siapa yang tak kenal dia...eh siapa dia?. Sebut aja Kak J...ramai sengetian yg mengenali wanita kekasih ati si Is Bintang Batu tu. Kak J...heehheh..bagi aku dia seorang adik, mahu kena pelangkung nak panggil dia Kak J...tak sedar diri ke apa aku ni.


Walaupun dia seorang yg dikatakan garang, tapi aku tahu, hati dia sungguh baik. Selalu cuba menyenangkan dan mengambil hati orang lain. Jemputlah dia utk apa acara sekali pun, dia pasti akan cuba menunaikan undangan tersebut kalau tiada aral yg melintang. Mengenali J dan Is, walaupun mereka lebih muda dari kami berdua, setidak tidaknya memberi sedikit kesedaran pada kami.


Eh kenapa pulak citer pasal org ni kat blog ni. Aku pun kurang pasti, tapi yg aku tahu J amat popular dikalangan org org seperti kami. Tiada propaganda atau skandel bagai namun aku yakin, kamu, kamu, kamu dan kamu juga pasti senang utk berkawan dengan J dan pasti bila ada J mesti lah ada cik kekasih ati nya.


Hari ini aku sengaja pay tribute to Jun, Juni atau yg sewaktu dengan nya diblog aku ini kerana aku ingin mengabadi secebis kenangan dlm sejarah blog aku ini utk seorang yg ku rasa sangat ikhlas dalam persahabatan. Semuga dia akan selalu ikhlas berkawan dengan aku, kau dan semua orang.


32 tahun yg lalu telah lahir kedunia, seorang bayi yg bila senyum aja, mata nya tidak kelihatan. Aku rasa sampai sekarang pun sama juga, senyum aja, kawasan mata tu jadi satu line saja.

To this Big baby, here our wishes for you.


Selamat Ulangtahun

Semuga kehidupanmu sentiasa didlm lindungan

Allah SWT.

Semuga segala impian menjadi kenyataan

Kebahgiaan selalu berada dipersekitaranmu

dan yg paling penting

stay healthy, bubbly, lovely and young always.