Friday, June 27, 2008

Bali - Here we come!

Rasanya dah lebih sebulan aku berahsia dengan Dear tentang destinasi yang akan kubawa Dear sebagai hadiah harijadinya. Well, akhirnya aku bilang juga kerana aku kenal diri aku sendiri yang tak berapa organise compare to her. Selalunya bila kita pergi holiday, she will hold the flight ticket, hotel confirmation slip and all those stuff. Kalau aku yg pegang benda ni, haruslah aku slalu lupa taruk mana. Dari early month lagi aku dah collect tiket tu dari travel agent, tak berani aku nak kluar kan dari bag tangan maka tak bertukarlah bag tangan aku pergi kerja kerana aku takut terlupa tiket tu taruk dimana. Rabu malam yang lalu, aku telah menghulurkan 1 envelope yang mengandungi tiket, hotel confirmation, travel insurance dan sedikit wang pada Dear. Envelope tu biasa biasa aja, jadi bila aku hulurkan pada Dear dan wish her Happy Birthday in Advance, Dear macam terperanjat dan tanya apa ada dalam tu.

"Bukalah, tengok, its for you. Tiket kapalterbang dan all that we need for our trip"

"Ah! really! you nak ajak I gi Bali? So not Phuket lah? Jadi We going to Bali ke? Wah! betullah ada duit US lagi,
I ingat you cakap terbuang aja, Rupiah takde ke?" bertalu talu Dear tanya. Dah tiket tu depan mata, hishh susah betullah, tak kan tak tahu baca kot...macam tak pernah tengok eticket aja.


"Ha Ah! Tuari kata nak gi Balikan, so I want to make your dream come true, lagipun tak yah lah Dear nak citer kat all my nephews and nieces esok esok that Yang tak kasi Dear gi Bali tu. Ni Yang siap ajak Dear gi sana, luggage pun Yang dah kemaskan semalam. Duit Rupiah tu, kat drawer tu ada about 2.3 million lagi. Kalau tak cukup, nanti kita tukar lagi." Panjang lebar aku jelaskan. Dear aku tengok masih membelek belek lagi tiket dan stuff yang ada kat dlm envelope tu. Hishh Gasaklah, aku tinggalkan Dear sorang untuk kedapur nak buatkan Dear susu Anlene. Maklumlah dah berumur ni mesti nak kena minum susu, tulang dah tak kuat. Jangan marah Dear.

Our passport and the e-ticket. Senang sekarang pakai e-ticket, kalau hilang can just print another copy, tapi provided ada computer dan printer ler kan.



Details of our flight.
Hari ini aku masih lagi kerja sebab flight agak lewat petang, sayang nak amik cuti setengah hari. Dear akan terus ke airport dari ofis. She dah minta izin bos dia utk balik at 4pm. Kita nak kena ada kat airport by 5pm. Aku pun dah cakap ngan bos nak minta time off for 2 hours. Cuma aku kena balik rumah dulu sebab nak amik our luggage. Hmm, nasib baik 1 bag aja untuk kita berdua, tak lah teruk nak berangkut sorang sorang.
Dear masih tak tahu yang aku ada lagi surprise for her on this trip. Semua aku dah plan tinggal nak mengalami nyer aja. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Berminggu minggu aku tunggu saat ini semua. Its a great deal for us to celebrate each other besday sebab annivesary kami not a great deal anymore cause dah banyak tahun sambut anniversary berdua. Siapa tahu, lain kali boleh celebrate ngan members members sengetian yang lain. Nak kena plan for our 20th anniversary next year after this trip. Teringin nak bulan madu di Switzerland pulak. So kena gigih kumpul duit lah for next year. But for now, Bali akan menjadi saksi deklarasi kesetiaan percintaan kami esok.










Thursday, June 26, 2008

Aku benci Perasaan Ini

Aku tak suka bila tidur dengan rasa kecewa, kesal or sedih. Walaupun bila orang yang sedar tengok kita tidur dengan pulas di sebabkan dengkuran kita, tapi kepala otak kita yang dah berjambul dan bersarang dengan perasaan kecewa, kesal or sedih itu masih berligar ligar. Hishhh ...bencilah kalau ini terjadi sebabnya, aku akan talk in my sleep, siap melepaskan apa yang terbuku di dada, dan bila bangun pasti di serang migraine.

Tadi pagi aku terlambat bangun, betul betul tak sedar selepas malam semalam susah tidur disebabkan apa yang aku rasa. Pukul 6.25 pagi, Dear gerakkan aku dengan kasar
"Woi, dah pukul 6.30 tau, kata nak masakkan ai limpa" berkali kali dia berkata
'adui kenapalah boleh terlajak..duh pundak ni macam ada orang jitak. Duhh, malasnya' keluh aku dalam hati.
"You keje ke tak? Kata nak masak limpa, ni dah pukul berapa! Dalam tidur pun boleh siap komen kata kita not even say thank you. Betulkan? Dalam berdengkur pun boleh ngata kita eh" masih berleter lagi makcik ni bila tengok aku yg dah bangun dari perbaringan tapi masih duduk atas katil.
"Aduh! sakit kepalalah..takpelah, sana sikitlah, I nak mandi, kang terlepas pulak subuh" dalam keterpaksaan aku gagahkan juga, malaslah nak dengar leteran dari orang yang tersayang pagi pagi ni.

Masuk dapur aku tengok, si Indon tu belum masak lagi. Limpa pun belum potong. Relax! tak boleh marah dan panik, nanti tak sedap bila masak. Sabar ajalah - itulah yang I tell myself. Aku pun dalam terpisat pisat tu, potonglah limpa dan panggil kan si pembantu yang sedang sapu. Ku suruh dia keluar kan kuali dan bumbu utk masak limpa tu. Nasib semua dah siap, tinggal nak menumis aja. Pas tu dia tanya nak masak sayur apa. Alah itu pun nak tanya aku ke? Sebarang ajalah; itu yang aku jawab kan dia. Aku sempat lagi menumis dan bila dah agak ok, aku tinggalkan utk mandi sambil berpesan pada pembantu utk masukkan limpa bila dah agak mendidih bumbu tu. Alhamdulillah, walaupun kelam kabut sikit, aku masih sempat solat subuh dan masak limpa tersebut utk kekasih hati aku tu. So sayur si Indon tu goreng kobis aja. Jadilah, at least aku dah tak payah fikir nak makan apa for lunch plus save duit sikit.

Hhhmm, apa sebab eh aku rasa kecewa semalam sebelum tidur. Infact dah 2 malam aku rasa recewa. 2 malam sebelum nya dan semalam, maka bertambahlah rasa kecewa yang teramat. Nak citer ke tak nak .... lah tak payah lah..buat sebal hati aja. Apa pun aku harus tempuh hari ini dengan positif. Partner ofis aku ni on course for 2 days jadi aku nak kena cover her duties plus aku nak siapkan monthly report sebelum aku sendiri pergi cuti.

Ohh! I'm counting days.... semuga malam yang kelam akan menjadi hangat bermula Jumaat malam mendatang. Sebab selalunya kebersamaan akan menjadi lebih intim dan hangat setelah melalui badai dan taufan. Ini bukan cakap kosong, ni pengalaman aku yang dah lebih 18 tahun bersama Dear yang amat ku cintai. Harap doa aku terkabul dan impian jadi kenyataan. Amin.

Monday, June 23, 2008

Dah Jodoh nampaknya - terimakasih Tuhan

Hari Jumaat yang lalu pulang dari kerja, aku dan Dear pergi makan murtabak di Zam zam restaurant. Enjoy sungguh, dah lama tak makan murtabak kat situ...kira batuk tolak tepi ler. Sementara tunggu murtabak di hidangkan kami berbual bual kosong. Tiba tiba Dear tanya

"Kenapa tak citer pasal the sms that you received tu. Sempat pulak you delete eh" relak aja suara Dear

"Saja taknak bangkitkan kontroversi. Tu pun dah tak tahu tau nak kasi tahu Dear macam mana, takut Dear salah tafsir or salah tanggap. Tu yang datang idea nak tulis kat blog tu, you marah ke?"

"Taklah, tapi I kenal tak si Ita tu. You pernah citer ke?", macam jeles aja bunyi.

"Entah eh, Yang tak tahu kalau Dear kenal ke tidak, rasanya Yang pernah citer kat Dear dulu dulu lah ..hhmmm..yes...ingat tak dulu kita pernah nampak dia kat interchange ..tudung panjang, then I tegur dia, dia tunduk aja" aku jelaskan panjang lebar.


Mamak pun datang taruk teh tarik yang Dear pesan dan kuah kari dan timun that suppose to go with the murtabak.


"Yang sebenarnya dah dapat nomor talipon si Ita tu tau, tapi Yang tak nak call..takut nanti dia ingat lain pulak. Dear rasa what I'm suppose to do."

"Hmm..you takut I marah eh?"

"Taklah, memang Yang takut si Ita tu ingat Yang minat kat dia pulak, lagipun Ju tuari citer masa diorang ada reunion, she keep asking Ju about me. Siap minta Ju no talipon I lagi"

"Habis Ju kasi ke", pantas betul Dear.

"Taklah, dah Ju tahu she have feeling for me, Ju kata dia tak tahu, we only chat kat YM aja"


Murtabak pun dah terhidang di depan mata. Dear sibuk ambil murtabak utk ditarukkan di atas piring ku. Buat sementara, kami sibuk makan.

"Kalau Yang tak nak talipon macam mana nak settle benda ni..dah tu asyik dok sibuk talipon laki Ita tu buat apa, bukan boleh selesai pun problem ni" nada jeles lagi berbaur dihujung bicara tu.

"You call ajalah, cakap nak jumpa, then kita pegilah, ajak laki pompuan tu sekali"

Mahu terbegik murtabak kat dalam mulut aku tu bila dengar Dear cakap camtu.

"Eh! takpelah, let me think of a way dulu, takkan nak main serang aja, lagi pun Amri pun tak serang Yang apa. Nanti lah, not a problem for me. Dahlah makan ah, nanti sejuk tak sedap lah."

Dear akur yang aku tak mahu lagi bicara. Nasib baik mood Dear baik. Lepas makan we all tapau for "my father in law" and the rest at home and blah. Ingat nak gi main bowling lepas maghrib tapi abg Dear ajak gi Giant pulak. Lepas maghrib, we all gi Giant. Waktu Dear tengah sibuk pilih pilih barang, aku yg tolak trolley sambil cuci mata terpandang satu pasangan wanita berpimpin tangan. Yang satu bertudung dan seksi sebab dia pakai tudung tapi dadanya tak ditutup oleh tudung tersebut. Yang lagi satu, sebelah tangan tolak trolley, sebelah tangan pimpin yg seksi tu..tak bertudung, little bit like a man...confirmlah..takyah cakap. Tengah syiok menjamu mata, Dear panggil pulak. Hishh, spoilt aja. Oh rupanya she need to put the grocery into the trolley. Bila aku selesai taruk barang barang tu kat dlm troli, angkat muka, pasangan tersebut dah kat depan mata. Terperanjat sekejap aku. Si seksi tu aku kenallah..minta ampun patutlah barang baik aja aku tengok..heehhhee.

"Eh! you (dia sebut nama penuh aku dah)kan? Apa khabar? lama tak jumpa, kenapa you tak datang reunion tuari" sambil dia hulurkan tangan bersalaman. Aku perasan Dear tengok.

"Eh, you Ita kan?, apa khabar, me cam ni ah, bertambah sihat, ni my sis (cover line aku yg famous bila org tanya pasal Dear)...you buat apa, shopping gak ke? tak ke soalan bodoh tu, dah tentu kat Giant, takkan nak gi exercise kot kat Giant tu. Dear pun salam, dan aku pun lepaslah dari gengaman awek seksi ni.

"Lama tau I cari you. Rindu lah, oh lupa nak kenalkan, ni someone special tu me..nama dia Elly. Love, ni my fren yang I told you about tu." manja nyer si Ita ni, geli pulak aku tengok. Aku pun bersalaman ngan Elly sambil menyebut nama glamer aku. Ita suruh aku sebut lagi lantas ketawa terhenjut henjut badan. Gedik pulak minah ni. Pas tu Ita kasi number talipon dia dan minta number aku pulak. Aku kasi number spare yang actually jarang aku on handset tu. Gasaklah...kang tak pasal pasal asyik call aku, boleh pengsan beb. Dear dah tunjukkan muka menyampah dia tu, so aku excuse myself lah sambil berkata yang aku akan call her nanti.

"Oh! tulah si Ita tu, macam janji pulak eh ... patutlah you suka... yang tertonjol tu besar dan seksi kan?" Dear menuduh.

"Lha ke situ pulak, I tak tahu pun tu dia, lagipun nak janji apa, kita pun tak plan nak gi sini, you perasan tak bila dia minta my mobile number, nomor apa I kasi" geram betullah, nak cari pasal pulak, spoillah.

"Hai, partner dia tu tengok you macam nak tumbuk aja muka you tu, you perasan tak?" tukar topic pulak ni, dah dia jeles ingat kita tak perasan ke.


"Ah gasak dialah, dia ingat kita minat kat awek dia tu, hhhmmm, barang Dear lagi Yang suka, si Ita tu, dah bekas orang bukan 1 aja tau, plus anak dia 2, plus darling dia tu..hishh taknaklah" aku bisik kat Dear. Memang haruslah kena debuk juga aku dan Dear terus tinggal kan aku tolak troli sorang sorang membontoti Dear.


Saturday, we went to Geylang bawa bapak, maid dan anak sedara breakfast there. Kat Geylang, boleh nya kita terserempak lagi ngan si gedik Ita dan kekasih hati dia lagi. Hishh memang berjodohlah tu. Ita terover pulak kali ni, bukan salam aja, malahan siap cheek to cheek pulak. Dear meluat tengok, nasib aku faham her body language. Marah pulak si Ita sebab aku belum call her. Hishh, ingat aku ni apa, tak senang ah..belum masa nyer. Dari aku nak call die malam sebelum nya, lebih baik lah aku peluk Dear. Aku tengah plan strategi nak semuka dengan dia. Aku malaslah nak layan budak gedik ni. Aku terus kasi alasan nak beli makanan for my Father in law. Nasib bapak suara nak suruh beli roti jala. Sayang bapak for saving me from that pest.


Sampai kat rumah, pembantu kami tanya siapa budak gedik tadi, dia geli melihat keletah si Ita. Hahhahh ... dah tak boleh carry aku dengar. Aku beritahu Dear dan kami ketawa cekikan sambil acting her character kat geylang tadi.


Aku plan nak call Ita nanti sebelum pegi holiday. Nak make appointment to see her personally balik nanti. Tapi aku nak ajak Amri sekali. Biar si Ita admit depan laki dia yang kami tiada hubungan. And I bet, Si Elly act macho tu mesti ikut nyer. Tengok awek die aja dia dah nak baham kita, apa lagi nak lepaskan si Ita tu sorang.

Apa apa pun, aku amat bersyukur sangat di pertemukan dng Ita. Mudahlah aku nak membersihkan nama aku tu. Btw, aku dah talipon Amri tadi dan tell him aku dah terserempak dengan Ita dan selingkuhannya. Amri macam dah tak sabar dan suruh aku jumpa Ita secepatnya. Aku suruh dia bersabar dan tunggu aku balik nanti minggu depan kalau taknak rancangan aku gagal. Banyak benda yang aku nak buat sebelum pegi nanti so tak bolehlah nak ikutkan resa dia. My own thing is more important.


Terimakasih Tuhan kerana mendengar doa kami dan membukakan jalan untuk mempertemukan aku dan Ita. Terimakasih Dear kerana kasi idea dan memahami saya kali ini dan terimakasih kerana selalu mendoakan saya. Saya sayang dan cinta kan awak dan saya tahu yang awak pun sayang kat saya walaupun susah utk awak lafazkan. Terimakasih.





Friday, June 20, 2008

Aku ada Affair? Biar Betik!

Aku masih belum betul betul sembuh, memang batuk dah kurang tapi suara pulak hilang. Kat office ni pun naik bingit pulak aku, talipon bertalu talu menjerit minta di angkat...Ah today Friday ... tak kuasa nak melayan kerenah customer ni semua. Agak agak nomor tak suka, tak angkat, buat bodoh sua. Esok, Dear ajak gi Batam, nak buat facial tapi aku tak berapa keen sebab badan masih belum betul betul sihat. Rasanya nak lepak aja. Tapi tengoklah nanti, kalau malam karang agak ok, then besok pagi pagi cabut ler to catch 8.10 am nyer ferry.


Tapi hari ni aku nak citer tentang sms yang aku terima lebih kurang 5 minggu lepas sebelum ke KL tempoh hari.
Sebelum nya, Dear, tolong jangan marah dan merajuk dengan saya bila baca tentang apa yang saya nak kongsi kat blog ni.

SMS tersebut aku terima dari nombor yang tak fimiliar langsung dan berbunyi begini

'Plse back-off from my wife else i come and get you to bash you'.

Hishh...bayangkan perasaan aku waktu tu. Dalam hati berkata, eh ni salah number ke apa, siap ugut lagi. Waktu tu aku tengah ada discussion ngan lain staff so tak boleh concentrate pulak. Then aku pun excuse myself and balas lah SMS tu cam ni

'I think you sent to the wrong person, I got no biz with ur wife N not interested at all cause I'm a gerl' and picit send. Tak sempat pun aku nak masuk balik kat meeting room tu, handset aku pun berbunyi dan number si pengirim SMS tertera dan aku pun jawabler.

"Hello, ni (si pemanggil sebut nama aku ler) ya?, ni Amri (bukan nama sebenar), suami Ita (juga bukan nama sebenar - ini demi untuk menjaga nama dan maruah org yang bersangkutan).

"Hah! betul, ni memang (nama aku lagi), Amri sori you kata You Ita's husband, Ita mana eh?."

"Ita kawan skolah you dulu, she's my wife and I suspected that you all ada affair" biar betik mamat ni. Ita mana pulak. Bengang betul aku.

"Hah! ada affair?, you biar betul, your wife Ita?, Ita mana seh?, I ramai kawan nama Ita, lagi pun ada affair tu macam salah dengar aja ...I ni pompuan tau ... seram ler. Kenapa you suspect me pulak..biar betul you ni...I dont even remember being closed with anyone nama Ita, apalagi nak ada affair" balas aku menjawab dan bertanya at the same time.

Kat kepala otak aku ni dah try to scan siapa Ita yg mamat ni sebut. Hishh! seingat aku, takde pun awek nama Ita yang pernah aku rasa dekat or minat apatah lagi ada affair. Sepengetahuan kepala otak aku yang masih belum nyanyuk ni (minta dijauhkan Ya Allah), aku cuma pernah minat kat 2 orang aja kaum sejenis ku and one of them is my Dear.

"I saw your photo ngan my wife kat dalam wallet dier. We all dah kawin dah 16 tahun tapi I tak tahu yg korang ni ada affair selama ni." getus mamat tu.

"Eh! wait wait wait...first thing, you jgn nak main tuduh tuduh, I tak kenal dan tak ingat siapa your wife, lagi satu, you kata you nampak my photo kat dlm her wallet..macam mana you tahu itu saya".

"I got the photo with me now. Macam mana I tahu its you dan macam mana I got your contact number is none of your bloody business. Kalau you tak nak malu ... then back off from my wife, from our life. I dah tak kisah, if there is a need, I will call orang suratkhabar dan paparkan citer ni asal kami tak bercerai berai." marah nada suara si Amri tu.

Hish bengang betullah...think faster lah otak.

"Amri, I guess we need to meet and I really want to know who is your wife and the photo you cakap tu. Minta maaf, I memang betul betul tak ingat dan lagi pun bukan prinsip saya nak ganggu rumahtangga orang lain, lagi lagi jadi orang ketiga dengan ada affair with the wife not the husband. So bila kita boleh meet up?". tenang pulak aku ni menjawab. Terimakasih Allah memberi ketenangan. Aku dah nekad jumpa mamat ni sorang, nak bash aku konon, dia belum tahu aku ada black belt. Lagi pun curiosity aku nak tahu melebihi rasa takut aku pulak. Tak sangka ada org minat giler kat aku sampai simpan gambar aku dalam wallet lagi. Dear pun tak simpan dalam wallet gambar aku ...tapi she always said she lebih suka simpan dan pahatkan wajah ku di hati dan kelopak matanya. hhehhe

Setelah janji nak jumpa Amri waktu lunch aku pun continue gi meeting. Tak boleh concentrate langsung. Hishh lambatnya meeting ni nak habis. Aku nak contact bestfriend aku nak tanya kalau kalau dia ingat siapa si Ita ni dan nak citer ngan dia pasal call si Amri tu. Matilah kalau aku nak citer ngan Dear, sampai lah aku tulis kat blog ni, Dear masih belum tahu tentang this call and me jumpa si Amri ni. Sorry ya Dear, bukan taknak kasi tahu you, but let me settle this matter first.

Amri came to my office at 12.15pm. Dia siap cari tahu kat mana aku kerja lagi. Tak seram ke, macam mafia. Aku trus jumpa Amri dan ajak dia ke Coffee Bean di bawah. Hansem juga si Amri ni, dalam hati berkata. Aku nak belanja dia coffee lattee dia tak nak. Malahan dia pulak yang belikan aku..save sikit duit, gentleman betul dia ni. Kenapalah bini dia tu. Aku masih belum boleh ingat lagi siapa bini dia, bestfren aku tu pun tak ingat bila aku call and told her about that Ita. Malahan kita sempat gelak gelak dan dia sempat ancam nak kasi tahu Dear aku ada simpanan, pastu sempat pulak blackmail minta urut free. Lorat betullah member satu ni.

Once he got the drink, Amri trus straight to the point. He kluar kan sekeping gambar yang dah di potong dan taruk atas meja.

"Tell me, is that you and my wife?". Aku trus angkat gambar tu dan tenung. Ah ha lah, memang sah aku tu ..waktu zaman muda muda dulu ...aku masih ingat lagi gambar tu kita amik kat rumah salah satu classmate aku bila jalan raya...hishh kenapa lah si Ita ni simpan gambar tu ..pas tu tinggal 2 org aja kat gambar tu.

Aku dah ingat sekarang, gambar tu kita amik ramai ramai 8 orang and all of us peluk one another and face the camera sideways. Tapi si Ita ni dah potong gambar orang lain dan tinggalkan muka kita berdua. Kat Gambar tu, Ita di belakang memeluk aku. Patutlah. Meremang bulu roma bila ingat saat tu..gggrrrrr..seram.

Tak sangka betul aku, si Ita masih simpan gambar tu. Aku memang tahu, dulu dia perasan kat aku..malahan memang banyak budak pompuan yg syok kat aku time sekolah dulu, aku je takut kat dorang sebab taknak di sangka dan dicap lesbian. Yelah zaman aku dulu, taboo loh mahu ngomong demikian ... nak mati parents kena panggil datang kat sekolah.

Aku explain to Amri yang aku tak de apa apa ngan wife dier. Lagipun takkan aku nak ngaku yg aku dah dimiliki oleh seorang wanita lain. Pas tu aku juga berjanji akan bantu Amri mengenai Ita yang rupanya dah dingin terhadap Amri. Amri beritahu yang Ita sekarang selalu balik lambat, cakap kat talipon pun bisik bisik dan sering tersenyum sendiri. Pas tu, dah tak kisah tentang hal rumahtangga dan makan minum anak anak. Asyik gi short trip over the weekend. Amri ada pasang orang tapi selalunya tak nampak si Ita ngan lelaki hanya dengan perempuan. Dia belum dapat pastikan siapakah perempuan tersebut dan bila dia dapat gambar kami kat dlm wallet Ita tu, he assume its me. Hebat betul jantan ni sorang...main tuduh tuduh aja, kang aku heret gi mahkamah baru tahu. Last aku dan Amri sekarang jadi kawan..he selalu call dan citer kerenah si Ita ni. Aku terus aja suruh dia bersabar sementara aku cari ikhtiar nak jumpa dan slow talk ngan si Ita ni.

Buat masa sekarang, aku tengah cari informasi dengan members lain kalau dorang tahu tentang si Ita. Aku dah siapkan strategi bagaimana nak bersemuka ngan si Ita nanti cuma aku perlukan banyak info supaya senang nak leraikan problem yang sememangnya bukan problem aku. Alang alang dah berjanji, baiklah aku tunaikan. Nak cari pahala lebih utk tampalkan mana mana yang koyak. Banyak yang koyak ni...18 tahun lebih nyer koyak, bayangkanlah.

Aku harap sangat dapat selesai kan masalah ni sebelum aku berangkat hujung minggu depan...biar aku tidak diganggu oleh informer informer aku waktu bulan madu nanti. Doakanlah niat aku tercapai...dapat juga pahala korang bila aku dapat utuhkan rumahtangga org lain yg macam nak roboh tu.


Nota Kaki : Coffee dan muffin yang Amri beli tu tak habis lagi, so jadi santapan for teabreak for that day. Siapalah nak belanja muffin Coffee Bean lagi.



Wednesday, June 18, 2008

Aaahhhh! I'm Breathless.

Hmmm, rasa nya tak terdaya nak memblog. Dah 5 hari tak on computer. Hari Jumaat yang lalu, kami ke JB balik dari kerja. Walaupun badan masih belum ok, aku gagahkan diri juga untuk ke sana. Dear pun nampaknya macam dah nak down. Bila kat dlm bus express tu, she just closed her eyes most of the times.

We headed to CS untuk beli vitamins dan sesudah tu pegi ke kedai DVD. Sebelum aku lafazkan niat untuk mencari DVD tu, Dear telahpun bertanya mengenai citer Korea. Belilah for her satu citer tu then she let me see see sebab Dear nak gi cari CD yang her friend kirim.

Malaslah nak belek belek, lantas aku pun trus tanya kat mamat cina tu

"Blader, aler itu celita L word tak"

"Oh! L wold ah, takler stock ah"

"Wah itu celita manyak bagus kah? sampai lu sulah taklee stock, tu celita pasai apa ah"

"Aiyoh, itu celita lesbian loh, lu tak tahu ah,...apa pasal mahu beli"

Apa aku nak kata, dah pepandai aksyen taktahu, sekarang dah ahbeng tu banyak songeh pulak ..nak cover line punya pasal..amik kau. At last, tak dapatlah DVD yang aku nak. Kami ronda ronda kejap kat CS..memang betul kat JB banyak betul geng senget. Dear pulak tu macam perasan yang aku ni dok perhatikan org sekeliling. Bila Dear tengok mata ku dok mengekori satu pasangan tomboi dan aweknya, Dear trus tarik lengan aku dan ajak berlalu pergi sambil mulutnya mengomel yang aku ni gatal. Eh ye ke, aku tak rasa pulak mcm tu, aku cuma menikmati keindahan ciptaan Allah yang ada pada si gadis jelita nan manis tu. Tak salah apa, tak ngorat pun.


Weekend, hanya pergi pasar dan rihat dirumah. Batuk ku bertambah teruk so malas nak kluar, just laze around the bed, makan, take medicine, tidur lagi.


Hari minggu malam aku semangat mengemas bag kerja sampai Dear menegur kesemangatan aku yg selalunya kemas bag bila nak pegi kerja. Biarlah yang penting, aku berharap sangat yg aku akan ke tempat kerja esok dng sikap, pandangan dan perasaan positif. Si Setan (immediate bos aku ler) akan balik esok after 3 weeks of leave.


Monday morning at 3 plus, aku terjaga dari tidur dengan batuk yg amat dahsyat..adalah about 10 mins tu aku tak berhenti batuk. Dear pun terbangun dan mengosok gosok dada ku. Lepas tu aku trus tak boleh tidur. Jgn kata tidur, baring pun tak boleh de. Akhirnya Dear aturkan bantal tinggi tinggi dan memaksa aku berbaring separuh duduk. Disapukan minyak bam di dada, leher dan tengok dengan harapan dapat melegakan aku. Terimakasih sayang atas keperihatinan awak tu. Legalah sikit rasanya sambil aku menyuruh Dear untuk tidur. Pukul 5.30 pagi aku rasa sesak di dada dan batuk batuk batuk batuk tak henti henti...Dear bersuara panik.

"Sayang you ok ke"

"Koh koh nkoh nkoh" dah separuh nafas dah aku ni.

"Hmm' tak leh jadi you seems breathless, I nak hantar u gi hospital ni"

Aku tak dapat nak membantah, angguk dalam batuk tu..Dear memapah aku ke toilet untuk bersihkan diri. Dah tu aku trus disuruh siap. Aku taknak siap dan taknak pegi sebelum aku solat subuh. Dear akur dan duduk di sisi ku waktu aku menunaikan solat. Pas tu we trus gi hospital. Bila tiba di hospital, aku langsung di beri oxygen. Dear trus buat registration. Setengah jam kemudian aku di periksa dan disuruh membuat xray. Hmm, dalam hati berdoa, janganlah kena tahan. Alhamdullillah, doctor said its mild broncho problem, tak yah admit. Amik obat saja dan dikasi 3 hari MC. Untuk itu aku kena S$75. Apa nak buat, terkopak jugalah.

Balik dari hospital, Dear pulak gi jumpa Doctor..memang she seems to jangkit batuk batuk dan her migraine dah start dah gara gara tak dapat tidur dengan lena akibat aku ni. Doctor gave her 2 days MC suruh dia rehat dan jaga aku skali..baiknya doctor.

So last 2 days aku dilarang on laptop. Bosanlah pulak tidur aja...ah layanlah tengok DVD...aku tengok citer "Indiana Jones and the Silver Skull", "Ayat ayat Cinta" dan "Duyung". I'm amazed, aku ni bukan tv people, tak tahan rasanya duduk berjam jam depan tv tu...lebih baik baca buku berjam jam..tapi tulah hakikatnya, aku dapat habiskan 3 citer dlm tempoh 2 hari tu. lorat betul. Selalu nya paling tahan pun 1 jam setengah, selebihnya tvlah tengok aku yg dah berlayar ...zzzzzzzz.

Hari ini, aku rasa agak ok, aku ada misi, nak update some of my blogs, pas tu aku nak sambung mengemaskini bahan bahan yang aku perlu untuk projek aku tu. Tapi matilah kalau Dear tahu. Tadi pagi sebelum keluar Dear dah berpesan supaya aku rehat. Kalau nak on laptop tu jangan khayal pulak. Ok mem. Itu aja aku jawab. Ni dah lebih 3 jam aku mengadap laptop ni..so nak gi rehat kejaplah ...doakan me cepat sembuh ye .. kalau tak hancurlah harapan nak enjoy honeymoon next week nanti. Till then.









Thursday, June 12, 2008

Perbualan di Meja Makan

Aku tak kerja nari..batuk tak henti henti sejak minggu lalu lagi. Semalam Dear temankan gi Doctor. Sebenarnya malas nak gi doctor ni tau, tapi Dear paksa sebab Dear tak suka tengok aku sakit especially bila tidur tu ...

"I lebih rela dengar dengkuran you tau dari dengar you batuk".


"Oklah.. nanti balik keje saya pergilah." itulah jawapan ku bila Dear called semalam kat office tanya dah solat belum dan dengar aku ni batuk batuk. Sayang tak nampaklah ni .. boleh pengsan kalau kita suruh say kata kata keramat tu bila dia call kita dari office... bukan pun colleague awak tu tahu awak talipon siapa kan.


Doctor tu kasi aku MC 1 hari 4 today. Tadi lepas solat subuh rasanya macam nak gi kerja. Duduk rumah pun buat apa kan, Dear kerja. Bila aku suarakan niat hati, Dear marah sebab dear nak aku rest. Hah! ni rest apa..update blog ni dan blog lain tu adalah. Mana boleh tidur, sang kekasih hati takde kat sebelah. Tak tahulah kejap lagi kalau dah makan obat.


Last nite, bile we had our dinner, Dear complain kat pembantu rumah kami.

"Kamu tahu, kalau tidak besok malam saya berangkat ke Bali, nilah dier ni tak kasi pegi" sambil menjeling padaku.

"Eh! yeke, bila masanya Yang tak kasi Dear pegi, Dear pegi practice bowling tu pun Yang sabar menunggu"

"Ah banyak punya You kasi I pegi, dah lah cakap cam tu..macam orang tak faham pulak"

"Eh! Yang izinkan Dear pegi apa... dah Dear kata lama sangat sampai 5 hari .. salahkan orang pulak. ..ah dah tu tuari kata nanti kena satu bilik ngan budak cina lain department, Dear tak nak pergi" aku membalas lembut.

Pembantu rumah kami, aku perasaan jadi pulak mengikuti perbualan kami. Nasib Dear pun perasaan bila tengok mata ku kerling ke arah pembantu rumah kami tu.

"Dahlah ..malas nak cakap lagi, nak ikan ni tak?" sambil Dear mengupas ikan goreng dan taruk di dalam pinggan ku. Aku masih belum berpuas hati bab Bali ni. Pembantu rumah ku suruh beredar dengan alasan suruh solat isyak dahulu.

"Hhmm, sayang nak pegi Bali" tanyaku sambil aku mencapai keropok utk Dear

"Ah ha lah..kenapa tanya, tuari kan you dah kata, nanti you kena tidur sorang, tak boleh tidurlah kita takde kat sebelah..lainkali retreat kat my office pun i tak pegi okay". alah alah merajuk aja bunyi nyer

"Oklah, we go Bali nanti okay. Dear pegi ngan Yang, tapi nak pegi bila?" berlakon betul aku ni, kura kura dalam perahu.

"Bila lagi, dah takde time, next month you dah start your class, my birthday you dah plan kan nak ajak me go somewhere, dah tu taknak bilang gi mana, I tak tukar duit okay..Kalau I nak shopping you have to pay" cepat Dear membalas kata kata ku.

"Sure, kalau Yang tukarkan Dear US$500 cukupke untuk Dear shopping" masih boleh tahan aku berlembut.

"Hmmm, tak tahulah..tengoklah, kalau tak cukup macammana, you know kan, semua orang I nak belikan souvenir, tengoklah nanti mana you nak ajak I" masih getus Dear membalas kata kata ku.

"Oklah, kalau tak cukup, credit card kan ada" sabar ajalah.

"Suka hati you lah. Then baju, nak bawa baju apa" lah lain pulak dier ni, sengaja tau nak mencetuskan kemarahan aku.

"Takpelah, nanti dah nak dekat time, Yang pack baju Dear, thats my job kan? Tapi nak kasi tahu, Yang dah book Honeymoon Suite, so Yang akan pack those sexy outfit from VS that I bought for you as Valentine gift." ternganga kejap Dear. Dan belum sempat Dear jawab aku trus belah dari dapur. Hishh lebih baiklah cabut dulu ..kalau tak lain citer pulak.

Dear tak tengok citer Korean malam tadi, lepas tengok Intan Asmara, she dah off TV. Lega sikit..prihatin juga Dear kat aku ni. Dear cium dan peluk aku dan sekejap gitu aku dengar Dear dah berdengkur halus dengan tangan nya masih lagi memeluk diriku.

"Sayang, forgive me for not telling you where I'm bringing you for your birthday. I knew you are anxious. Yang minta maaf banyak banyak sebab membangkitkan kemarahan Sayang tu." hanya kata hati ku yg mencetus sambil aku merenung dan membelai wajah Dear yang sedang pulas tidur dalam pelukanku. Oh! God, I can never love her enough..please let us love each other till the day we die.

Aku pun tak sadar bila masanya aku terlelap tapi aku suka sangat kalau tidur waktu merenung wajah Dear sampai aku terlelap. It helps to pump up my energy when waking up in the morning.

Dear, you balik cepat tau nari, I miss you dah ni...bantal kat sebelah ni sejuk aja.











Tuesday, June 10, 2008

Great Weekend

I had a great weekend last week in Kuala Lumpur. Not that I got laid, but I got to meet some new friends and importantly, I've got to introduce Dear to others as my lover. Been waiting a heap to do this. Alas!

Tujuan asal ke KL tu sekadar nak ajak anak saudara naik kapalterbang memandangkan diorang tak pernah naik aeroplane. Since dapat tiket murah, lebih murah dari harga tiket bas supervip tu, dah harus lah belanja dorang anak beranak fare tu. In all, Dear and me, my sis and her hubby plus 2 of her kids terbang ke KL pada hari Jumaat.




Sebenarnya takde apa yang hendak aku buat di KL ni...plan cuma nak gi Pavilion dan try the fish spa tu. Dear kata she nak beli handbag dan kasut for Raya. Lagi satu, aku plan nak jumpa members forum yg baru juga aku menganggotainya. Nasiblah kalau members tu ada yang nak jumpa cause aku baru cakap ngan dorang 2 days before my departure. Kalau ada rezeki adalah ..tu lah kata hatiku. Aku tak pun cakap ngan Dear yang aku nak jumpa kawan yang belum pun aku bersua muka tu, sampailah waktu dalam flight barulah aku beritahu. Dear cuma kata suka hati you ler. Risau juga, tup tup last minute she tak nak ikut ..kang kantoi aku sorang sorang gi jumpa dorang. Lagipulak, harapan aku nak intro her to the other people as my lover tu macam tipislah pulak. Yelah, kalau kat sini hanya satu org aja yg tahu tentang hubungan aku dan Dear, itu pun Dear tak tahu yang teman satu ni tahu we being together.



Hhmm, alhamdulillah, impian untuk bertemu dengan Is dan partner terjadi pada hari sabtu malam. Kami ditunggu di Ampang Point dan terus di bawa ke tempat nasi lemak akak kendu tu. Lepas makan di situ, kami gi Oldtime White Coffee. Lepak sambil bercerita dan mengopi sampai tak sedar jam dah lebih pukul 3 pagi. Dear dah menguap beberapa kali tapi masih lagi belum tunjuk muka boring dia tu. Dear seem ok lagi berborak ngan June, partner Is. Last tu aku yg give up sebab kepala dah mulai tak seimbang ngan pandangan mata. Is dan June hantar kami balik ke hotel. Thanks guys, we owe you one.



Pagi minggu dah confirmlah kami bangun lewat..sampai terlepas subuh kami. Lepas breakfast we headed to Pavilion. Jadilah kaki kami tu santapan ikan ikan yg kelaparan. Geli rasanya bila pertama kali dicium oleh ikan ikan tersebut. Sambil tu Dear tanya,

"What time nak meet your friend"?

"Entah, belum confirm lagi wat time but Shoe said 90% confirm"


Eh kau nak jumpa kawan kau lagi eh - cetus pulak kakak ku ni


"Yap, kenapa, tak boleh ke?"


Takdelah, aku tanya aja...sukahati kau ler ....



Lepas tu kami headed to JCo to get those donuts. Hmm, kat mana mana si JCO ni sama, long Q. Lepas habis JCO kita split. Aku dan Dear ke Plaza LowYat nak cari DVD. Tapi DVD yang di cari tu takde pulak. Bila Dear ke toilet, aku send sms to Shoe. Kelakar nya macam telepathy pulak, tengah dok punching the keys, Shoe sent me SMS about our meeting place. Dear pantang tengok aku SMS, mulalah dia ngomel

"Ah SMS aja, kang bil datang jangan bising pulak, kata network provider bodohlah ... tipulah .." hehehee..abis kang orang talipon, awak jeles pulak tanya talipon siapa, berani dalam hati aja aku menjawab, tak pasal pasal perang pulak kita nanti.

Memang betul pun apa Dear cakap tu, tak haruslah aku nak marah balik, cost utk sms ke talian talipon di Malaysia melebih cost sms ke Australia ataupun Paris. To Malaysia, terkopak 63 sen utk 1 sms. Kalau aku text member aku yg kat Australia or Paris tu baru cost me 15 sen aja. So bulan ni confirm bill hp aku melambung, sabar ajalah nak buat cam ner kan, nak jumpa kawan sangat.



Akhirnya after smsing, we met up at 9pm kat Oldtown coffee lagi tapi lain cawanganlah...

Terimakasih Shoe for pulling Eid, Picky and their partners to meet up with me and Dear. I appreciated that. Walaupun Dear agak pendiam kali ini, tapi Dear tak marah nor show that she's bored. Thank you Eid + Ady, Picky + Haza dan Shoe + N for taking the time to meet us even though esoknya hari kerja. At least now I can put faces to the name. You guys are always welkam to put up kat teratak saya bila ke sini, malahan saya mengalu alukan kedatangan kalian.. jom lah holiday kat sini over the weekend.



So mission accomplised dan I felt great disebab kan perkara berikut



1 Dapat tunaikan hajat nak kasi my sis and her family experience naik kapalterbang

2 At last dapat introduce Dear to some other human being as my Lover (you no longer kekasih gelapku)

3 Dapat bertemu ahlul lain dari forum

4 Dapat kasi ikan ikan gigit gigit kaki kita

5 Dear tak buat perangai, malahan she had been sweet and even sweeter when we are on our own bed.



For now, ia adalah kenangan yang terindah di hujung minggu dan kelegaan lebih belenggu di dada yg tersemat selama 18 tahun lebih dah terlerai sedikit.



PS - Dear, thank you for understand, love you very much for it.
I love you not for what you are, but for how you love and care for me.

Tuesday, June 3, 2008

Kekecewaan Hujung Minggu

Rasanya lama dah memerap dan tak mengemas kini blog yg satu ni. Bukan apa, terlalu sibuk ngan kerja kerja di ofis dan juga pegi short trip during the longweekend vesak day holiday.



Dah lebih 2 bulan kami tak together gether. Dear masih enggan kasi green light, the most pun hanya dapat cium pipi ataupun dahi dia, itu pun lepas tu kena marah lah ... apalah dosa aku ni. Namun walau apa pun, Dear, I love you very much.


Weekend yg lalu, hari jumaat lepas balik kerja, we all pegi makan mee soto kat Inspirasi. Lama benar tak makan soto tu. Mood Dear agak ok... tak marah or tolak tarik tangan bila aku mengenggam tangannya waktu kami melusuri toko toko di kawasan itu. Banyak juga perubahan. Sambil kita jalan, sambil kita bernostalgialah dengan tempat dan toko toko disitu. Tetiba aku terpandang PSP kat satu toko tu dan lantas melepaskan tangan Dear sambil menuju ke toko tersebut.


"Nak gi mana ni" Dear tanya
"Jap, nak tengok PSP, kedai tu ada jual"


Dear hanya membontoti aku. Sampai aja kedai tu terpampang lebih banyak PSP siap ngan harga nya sekali. Ada yg $340 ada yang hergaa $358 dan $398.


"Ni ada PSP warna purple, you suka kan"

"Yelah, suka pun tak dapat, ada orang promise nak belikan as a birthday present, tapi sampai sekarang pun takde" selamba aja aku menjawab sambil menarik tangan Dear berlalu dari situ.


Kami ke satu lagi restaurant yang kami sangka masih menjual rojak tahu yang tersangatlah kami suka tu.. tapi hampeh...restaurant tu dah tukar jadi Banquet. Hishh .. apalah..mana mana banquet..banquet, naik boring aku.

Kita dah tak tahu nak gi mana walaupun baru pukul 7.10 pm. Last kita pun headed back home.


Entah kenapa, aku kalau weekend weekend ni selalu nak terhorny pulak. Fefeeling romantic gitu. Waktu Dear gi mandi, aku pun hantar dia SMS ... boleh gitu satu rumah still antar SMS. Beginilah rupanya sms aku tu..


"Syg, I missed our moments in Hatyai. Missed ur touch n the sweetness of it. Hope 2 rekindle it tonite. Luv u"


Harapkan jawaban dari Dear memberangsangkan sebab besok Sabtu kita tak keje, and she pernah kata dulu, kalau weekend nak tak pe, sebab besok tak penat boleh bangun lambat, but then thats not what going to happen.


Sedang aku duduk tengok TV bersama anggota keluarga Dear yang lain, Dear passed me her phone and with loud voice said " Eh! apa ni?". Abang Dear yang berbaring menoleh kearah aku. Aku aksyen baca dan terus pass her phone to her back. "Hmm, nantilah I tengah tengok citer ni." Trying to ignore her.


Nak di jadikan citer, malam tu aku tak dapat apa yang aku harapkan, nak peluk dia pun aku kena marah. Dear lebih rela duduk dan mengadap citer "Lovers in Paris" yang dah berapa kali dia ulang ulang. Aku tidur oh tidak, lebih tepat lagi aku memaksa tidur dengan perasaan hampa dan kesal. Tup tup aku terjaga pukul 1.38 pagi, Dear masih lagi duk mengadap si korean korean tu. Geram betul aku lantas aku mendengus dan tanya pukul berapa dia nak tidur. Dia kata u tidur ajalah. "But I can't sleep with the silauan dari TV tu plus you have been watching that movie over and over again...apa faedahnya". Hushshhh... GEEERAAAMMMM betul.


Last with kelantang keluntung sound of the DVD boxes, she off the TV. Then hempaskan diri membelakangi aku yg kecewa ni.

Pagi aku bangun dengan perasaan kecewa masih lagi membaluti hati dan jiwa yg kehausan. Patutlah, dalam islam ada clause "Allah SWT akan murka kepada para isteri yang menolak para suami utk bersatu" amat payah utk melepaskan rasa kecewa ini. Entah berapa hari lah agaknya perasaan ini berbuku di hati. Plus bermacam pikiran utk berselingkuh dan buat hal lain yg dapat memuaskan hati. Akibat dari kekeciwaan tu sungguh boleh jadi fatal kalau iman betul betul tak kuat. Aku pun ada terfikir ke arah tu namun alhamdulillah, rasa cinta aku pada Dear membuat aku tak lupa diri. I only love her and thats it, tiada dua nya cinta ini.

Jadi, sabar je ler hati, menjauhlah kekecewaan, pergilah nafsu serakah dan tunggu lah hujung minggu ini..manalah tahu lain suasana ..terubat semua rasa rindu..menggebunya harapan.