Tuesday, June 3, 2008

Kekecewaan Hujung Minggu

Rasanya lama dah memerap dan tak mengemas kini blog yg satu ni. Bukan apa, terlalu sibuk ngan kerja kerja di ofis dan juga pegi short trip during the longweekend vesak day holiday.



Dah lebih 2 bulan kami tak together gether. Dear masih enggan kasi green light, the most pun hanya dapat cium pipi ataupun dahi dia, itu pun lepas tu kena marah lah ... apalah dosa aku ni. Namun walau apa pun, Dear, I love you very much.


Weekend yg lalu, hari jumaat lepas balik kerja, we all pegi makan mee soto kat Inspirasi. Lama benar tak makan soto tu. Mood Dear agak ok... tak marah or tolak tarik tangan bila aku mengenggam tangannya waktu kami melusuri toko toko di kawasan itu. Banyak juga perubahan. Sambil kita jalan, sambil kita bernostalgialah dengan tempat dan toko toko disitu. Tetiba aku terpandang PSP kat satu toko tu dan lantas melepaskan tangan Dear sambil menuju ke toko tersebut.


"Nak gi mana ni" Dear tanya
"Jap, nak tengok PSP, kedai tu ada jual"


Dear hanya membontoti aku. Sampai aja kedai tu terpampang lebih banyak PSP siap ngan harga nya sekali. Ada yg $340 ada yang hergaa $358 dan $398.


"Ni ada PSP warna purple, you suka kan"

"Yelah, suka pun tak dapat, ada orang promise nak belikan as a birthday present, tapi sampai sekarang pun takde" selamba aja aku menjawab sambil menarik tangan Dear berlalu dari situ.


Kami ke satu lagi restaurant yang kami sangka masih menjual rojak tahu yang tersangatlah kami suka tu.. tapi hampeh...restaurant tu dah tukar jadi Banquet. Hishh .. apalah..mana mana banquet..banquet, naik boring aku.

Kita dah tak tahu nak gi mana walaupun baru pukul 7.10 pm. Last kita pun headed back home.


Entah kenapa, aku kalau weekend weekend ni selalu nak terhorny pulak. Fefeeling romantic gitu. Waktu Dear gi mandi, aku pun hantar dia SMS ... boleh gitu satu rumah still antar SMS. Beginilah rupanya sms aku tu..


"Syg, I missed our moments in Hatyai. Missed ur touch n the sweetness of it. Hope 2 rekindle it tonite. Luv u"


Harapkan jawaban dari Dear memberangsangkan sebab besok Sabtu kita tak keje, and she pernah kata dulu, kalau weekend nak tak pe, sebab besok tak penat boleh bangun lambat, but then thats not what going to happen.


Sedang aku duduk tengok TV bersama anggota keluarga Dear yang lain, Dear passed me her phone and with loud voice said " Eh! apa ni?". Abang Dear yang berbaring menoleh kearah aku. Aku aksyen baca dan terus pass her phone to her back. "Hmm, nantilah I tengah tengok citer ni." Trying to ignore her.


Nak di jadikan citer, malam tu aku tak dapat apa yang aku harapkan, nak peluk dia pun aku kena marah. Dear lebih rela duduk dan mengadap citer "Lovers in Paris" yang dah berapa kali dia ulang ulang. Aku tidur oh tidak, lebih tepat lagi aku memaksa tidur dengan perasaan hampa dan kesal. Tup tup aku terjaga pukul 1.38 pagi, Dear masih lagi duk mengadap si korean korean tu. Geram betul aku lantas aku mendengus dan tanya pukul berapa dia nak tidur. Dia kata u tidur ajalah. "But I can't sleep with the silauan dari TV tu plus you have been watching that movie over and over again...apa faedahnya". Hushshhh... GEEERAAAMMMM betul.


Last with kelantang keluntung sound of the DVD boxes, she off the TV. Then hempaskan diri membelakangi aku yg kecewa ni.

Pagi aku bangun dengan perasaan kecewa masih lagi membaluti hati dan jiwa yg kehausan. Patutlah, dalam islam ada clause "Allah SWT akan murka kepada para isteri yang menolak para suami utk bersatu" amat payah utk melepaskan rasa kecewa ini. Entah berapa hari lah agaknya perasaan ini berbuku di hati. Plus bermacam pikiran utk berselingkuh dan buat hal lain yg dapat memuaskan hati. Akibat dari kekeciwaan tu sungguh boleh jadi fatal kalau iman betul betul tak kuat. Aku pun ada terfikir ke arah tu namun alhamdulillah, rasa cinta aku pada Dear membuat aku tak lupa diri. I only love her and thats it, tiada dua nya cinta ini.

Jadi, sabar je ler hati, menjauhlah kekecewaan, pergilah nafsu serakah dan tunggu lah hujung minggu ini..manalah tahu lain suasana ..terubat semua rasa rindu..menggebunya harapan.

1 comment:

Anonymous said...

:) salam kenal di sini di tunggu kunjungan nya kembali