Friday, August 29, 2008

Kemaskini Aktiviti Kami

Macam dah lama tak jenguk blog ni. Dah nak berabuk pulak, sian orang yang datang menjenguk, tengok itu itu juga. Bukan aku tak nak mengemaskini blog ni, tapi keadaan tak mengizinkan.
Alasan nombor 1 adalah aku takde time nak update kat ofis sbb bos minggu lepas kasi aku satu projek yang dia hanya kasi 10 hari utk selesaikan. Giler betul bos yg kena simtom male manepouse ni tau. Jadi nya aku tak de masa nak buka dan update blog ni.
Alasan nombor 2, kat rumah pulak, aku sibuk update benda benda lain yg lebih berfaedah utk aku buat duit online. Dan alhamdulillah, berkat usaha dan sokongan orang tersayang, blog aku satu lagi dah ada kat first page first link kat google search engine dan ini bermakna lebih banyak traffic dan $$$ coming in. Alhamdulillah, syukur.
Alasan nombor 3 - sejak minggu lepas lagi, Dear tak berapa sihat, so sibuk gak aku nak menemani Dear ke klinik. Pertama kali pegi, Doctor hanya kasi Dear anti biotik utk di makan selama 5 hari dan Dear dikehendaki berpuasa utk blood test 5 days later. Then Dear di kasi mc beberapa hari. Cian Dear, aku tak boleh nak amik cuti disebabkan aku ada dateline tu. Bila Monday yang lepas amik blood test results, aku agak kecewa. Mdm Doctor tu bising kat Dear, she offer nak suruh makan obat, tapi Dear x nak. Dear nak gi company doctor pulak. Kampeni doctor pun buat blood test lagi. dah kena cucuk lagi. Nasib Dear dengar cakap aku supaya berpuasa incase doctor nak buat blood test lagi. Doctor ni pun x kasi ubat walaupun Dear dah bawa lab result dari Mdm Doctor. Then Dr tu suruh Dear ke poliklinik untuk test mata pulak. Kecewa lagi aku sebab tak dapat nak teman Dear pegi ke poliklinik. Sorry Sayang bukan sengaja tau. Now kena tunggu 1 bulan utk result test mata tu. Mudah mudahan everything will be under control.
'Lepas ni Yang harap Dear makanlah ubat yang akan doctor kasi dengan tekun. Vitamins dan segala supplements bagai juga jgnlah nak amik bila ingat aja. Yang akan sediakan tiap hari. Lagi satu, kurangkanlah minum air sedap, kalau teringin sangat pun, tambahlah air jarang ok.'
Alasan terakhir pulak - Jumaat yang lalu, aku terima email dari Bandung dari seorang kenalan yang dah jadi macam sedara. Ibu mertuanya disuruh doctor peribadi mereka utk datang ke Singapore for check up and some review. Teman aku tu suruh lah aku temani tante. Alkisah, khamis lepas, aku dan dear amik lah cuti half day. Nasib aku dah selesaikan projek 10 hari menjadi 5 hari. Kami tunggu tante dan oom di Changi Airport. Tante dan Oom datang bersama adik temanku dan suaminya. Dari airport langsung kami ke hospital. Bila di hospital, aku disuruh ikut juga masuk jumpa doctor kerana Oom takut doctor tak faham apa yg nak Oom sampaikan, so jadi lah aku jurubahasa for the day. Dear dan menantu Oom hanya tunggu di luar.
Masa jumpa doctor Ang, Oom telah membawa segala macam record dan statistic kesihatan tante. Bila aku tanya record dan statistic tersebut dari Doctor di Indonesia, Oom langsung menjawab bahawasnya, semua yang dikongsi bersama Doctor Ang adalah catatan nya sendiri. OH! terperanjat sungguh aku. Betapa cinta dan sayang nya Oom pada tante sampai sedetail itu Oom catitkan keadaan kesihatan Tante waktu Tante sakit teruk pada tahun 2006. Lalu aku tertanya pada diriku sendiri "Mampuke aku menjaga Dear sebagaimana Oom menjaga Tante" Lebih lebih lagi keadaan Dear yang sekarang ini. Insyallah, kalau Allah izinkan, aku akan mampu menjaga Dear. Kerana aku yakin, rasa kasih sayang dan cinta akan meringankan segala tugasan.
Untuk Dear, Yang akan tetap bersama Dear walaupun sekarang Dear dah mewarisi penyakit keturunan ini. Yang akan jaga Dear selagi Yang termampu. Mudah mudahan, tak seburuk mana sangkaan kita akan situasi Dear sekarang.
Esok, Oom ada tugas di Johor. Oom akan ditemani oleh menantunya si Mr Uno. Aku dah janji nak amik tante dan Mrs Uno di hotel dan hantar mereka ke hospital for the review atas test yang telah tante lalui khamis lalu. Dear pulak ada lunch gathering kat rumah bos Dear. Tante, Oom dan family akan berangkat pulang ke Bandung hari minggu. Jadinya minggu terakhir bulan August aku akan sibuk juga. Hmm, nasib kelas sudah ditutup hingga semester akan datang 2 minggu lepas raya. Bulan puasa nanti, dapatlah aku rihat for the weekends. Macam betul aja..dream aja lah dulu..entah ye tak tidak ..dapat rehat tu.
Oh ya btw, untuk teman teman di Malaysia, SELAMAT Menyambut Hari Kebangsaan. Dan utk yang beragama Islam, Dee N Yang ingin mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kesalahan dan terkasar bahasa dan ter ter yang lain samada yang di sengajakan atau pun tidak. Maafkan Kami! Dan semuga ramadhan yang mendatang memberikan seribu rahmat, keberkatan, keinsafan dan keampunan dari Allah swt. Semuga juga Allah SWT dapat menerima segala ibadah kita yang ikhlas walaupun kita ini semua adalah insan yang senget lagi daif. Ampunkan lah kami Ya Rabb. Amin.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN TERAWIH DARI KAMI.
nota kaki: Dear masih gak tidur lewat kerana obsessinya. Aku biarkan ajalah supaya tak porak peranda kamar tidur kami tu. Den dah give up dah!

Saturday, August 23, 2008

Perang Dingin selesai kah?

Elo elo, kenapa tak tidur lagi aku ni ye? Hmm, haruslah kan, sbb bantal peluk aku masih syiok ngan hero hero sepet dia. Dah tak kuasa aku nak cakap or marah lagi....asal dia bahagia sua.
Tadi petang balik dari kerja langsung Aku dan Dear pegi rumah anak sedaraku. Dia bikin kenduri arwah cum lenggang perut orang rumah dia. Ingat boleh habis cepat tapi biasalah kan kalau aku dah berkumpul adik beradik,chit chat dan bergurau senda. Last tu pukul 10mlm baru gerak dari rumah dia. Nasib lah tinggal bersebelahan estate aja, taklah jauh nak merentas balik rumah.
Sampai aja rumah, aku pun lekas lekas mandi dan solat sebab aku dah janji nak sembang ngan adik angkat aku kat internet. Tapi bila aku on aja computer, dia tak online pulak. Pas tu aku tengok jam dah pukul 12 mlm dah. Patut ler. Sori ya dik, sebab tak sempat nak temankan awak yang keseorangan malam ni sbb org rumah awak tu takde. Minta maaf banyak banyak.
Selasa malam yang lalu, balik dari kerja, aku teman kan Dear ke clinic. Ada luka kat kaki dia dan agak mengerikan lah aku tengok, Bila aku suruh Dear gi jumpa doctor Dear tak mahu. Now agaknya dah sakitlah tu, Dear sendiri yang nak pegi. So aku,sebagai pasangan yang mithali, walaupun perang dingin, tetap menemani kekasih hati ku.
Doctor hanya kasi anti biotic dan cream utk sapu. Dah berapa hari Dear makan antibiotic dan sapu krim tu, tapi aku tengok malahan makin teruk pulak. Dah lah tu macam nak start bernanah aja. Walaupun geram ngan her obsession tu, risau gak aku tengok keadaan Dear. Dear complain tak boleh duduk tahiyat akhir dengan betul sebab sakit. :(. Hari ahad ni Dear kena gi doctor lagi. Aku pula ada kelas tak dapat nak temankan Dear. Risau aku dibuatnya. Harap harap takde apa yang kroniklah sampai kena gi hospital. Aku suspect tu gara gara diabetes. Maklumlah keturunan kami memang ada diabetes. Dear pula memang suka sangat minum air yg bergas. Mudah mudahan tak lah teruk mana ya.
Semalam malam jumaat, hati aku jadi sejuk pulak. We all solat jemaah dan baca yasin sama sama. Hah! korang ingat apa, takkan nak bunuh kafir aja kan. Habis tu, aku pun angkat laptop bawa kluar dan buat lah kerja ku yg dah tertunggak tu. Alhamdulilah, akibat Dear busy with her idola idola Korean tu, aku dapat juga habis kan kerja aku. So sebenarnya ada hikmah juga disebalik semua nya ini. Terimakasih Tuhan...tulah aku ni, nak marah dan naik darah tak tentu pasal pulak.
Esok takde plan apa apa selain dari pegi pasar, kemas bilik dan masak. Dear nak makan nasi jenganan, so aku plan masaklah untuk Dear. Dah lama tak masak for her. Cian dier. Hmm, oklah nak tidur dah ni, Dear dah merengek tu ajak tidor. Selamat malam dan have a GrreeeAATTTT weekend everyone.

Wednesday, August 20, 2008

20082008

Just reached home at 10.30pm from JB. Last 2 nites, Dear masih lagi mengadap tv. Give up lah aku di buatnya. Jadinya aku tak masuk bilik tidur kami sampai jam 11 lebih. Aku duduk di sofa aja sampai lah badan dah tak tahan. Kalau aku kat bilik, mahu nya hati aku sakit. Dear lebih sayang kat hero hero mata sepet yang tak jelak jelak Dear tengok. Dah lah...bingit betul aku.

Tadi dlm perjalanan balik dari JB pun, Dear dah kata yang Dear nak cepat cepat mandi dan solat sebab boyfriend dia dah tunggu. Sempat juga Dear menjeling kat aku lewat cermin masa she said that. Aku buat buat tak tahu, just concentrate on the road.

Sekarang ni, Dear ada kat dalam bilik tengah tengok boyfriend dia tu. Aku dah nekad nak start the cold war. Biarlah, kalau she selalu complain aku lebih pentingkan kerja aku, kawan kawan internet aku, tak pedulikan dia, aku nak keraskan hati aku juga. Hhmmmm, berapa lama lah aku boleh bertahan ni. SO NOW I DECLARE THE COLD WAR BEGIN.

Tadi sebelum update blog ni, check email, ada berita bagus. Bulan lalu, biz agak baik, so adalah rezeki sikit. Will be expecting the cheques in 2 weeks time...dapatlah buat tambah tambah duit collection untuk anak anak buah. At least, baca email ni buat aku tersenyum dan gembira sikit. Alhamdulillah. Ni yang bikin aku semangat ni nak be online dan berusaha lebih bersungguh sungguh.

Orang kat dalam bilik tu entah pukul berapa nak tidur. Aku dah set nak stop once dah habis update all the blogs yg patut aku update for today. Cuma aku musykil, boleh kah aku sedingin salju bila berbaring disebelah Dear yang sentiasa panas walaupun dalam kamar beraircon? Entah, susah nak pastikan, Hanya Tuhan yang tahu.

BTW, hari ni tarikh baik punya ...2008 2008. So another date worth to remember, it comes only once.

Monday, August 18, 2008

Aku, Dia dan KD

Pagi ini aku bangun dengan perasaan yang sungguh tak best. Entahlah, susah nak explain perasaan apa cuma aku aja yang dapat rasakan.
3 hari sebelum kami ke PD, Dear dah mula start her hobi again. Hmm, tak tahu nak cakap apa, so aku hanya mendiamkan diri. Lagipun dalam jangakaan aku, mesti taklah berlarutan kan memandangkan kami akan ke PD. Balik dari PD hari senin lepas, Dear sambung balik her hobi tu. Nak cakap apa lagi, aku masih mendiamkan diri. Nanti salah cakap, merajuk memanjang. Malas aku nak pujuk so the best is to keep quiet. Tiap malam Dear masih lagi dengan aktiviti nya. Aku dibiarkan sendirian. Tiap pagi pulak, aku akan tanya what time she sleep the nite before. Hmm, rimas aku dengan hobi dia tu. Nanti kalau aku suara sikit, start lah Dear melenting dan merapu apa apa ajalah. Aku nak tidur, dia sibuk dok tengok KD. Bukan aku tak kasi tengok tapi janganlah tiap malam tengok sampai dinihari, yang paling menyakitkan hati tu, citer tu citer tu juga dia tengok. Tak fahamlah, apa faedah ye kan. Kalau aku sibuk buat kerja for myonline biz, dia tahu marah. Kata kita tak peduli kan dia pulak tu. Bengang betul lah aku.
Walaupun aku tidur dulu, aku tetap give her our daily goodnite kisses. Walaupun aku dah tidur, tapi aku tahu dan sedar Dear akan tetap memeluku bila Dear nak tidur. TAPI Aku rindu dah lama kami tak baca doa sesama sebelum tidur gara gara obsesi Dear yang melampau terhadap KD tu. Aku rindu nak mengaminkan doa Dear. Aku rindu nak citer citer tentang harapan dan masa depan kami. Aku rindu nak update Dear ngan banyak benda. Dan yang paling aku rindu adalah belaian darinya.
Saking aku di buru dan di belenggu perasaan ini, tadi pagi aku hanya memejamkan mata sepanjang perjalanan ke ofis. Tak ku genggam jari jemari nya seperti biasa kami lakukan. Tak juga aku berbicara apa apa sepanjang perjalanan pagi tadi. Dear terasa agaknya bahawa aku sakit hati. Tahu pulak dia nak hold tangan aku yang sedang aku sibukan memeluk tubuh ku sendiri. Tak kuasa aku nak tunjuk any reaction. Dari rumah lagi memang aku dah matikan diri. Selalunya sebelum keluar dari kamar kami akan hug dan kisses dulu. Pagi tadi memang semuanya tak terjadi. Even bila aku turun dari bas, aku hanya menyalami tangan dear dan never say good bye nor I love You. Aku tahu Dear tahu yang aku marah. Memang aku marah tapi aku tak sakit hati. Sebetulnya aku rasa perasaan sedih tu lagi terasa kerana Dear lebih mementingkan KD dari aku.
Sampai bilalah aku nak kena hadapi semua ini. Kata seorang teman di OZ, Dear jadi gitu sebab aku ni suka layan dan manjakan dia. Hmm, tak kuasa aku nak bertekak hal begini. So buat beberapa hari ni aku dah plan nak diam kan diri aja ... biarlah Dear sedar sendiri. Jalan mudah supaya tak bertengkar. Its not worth an effort to fight over KD. Tapi nantilah, jangan sampai aku dah tak boleh carry her nonsense, kesabaran seseorang tu ada batas nya Sayang oi.

Sunday, August 17, 2008

Entry yang Merepek Kerepek

Dah lama tak update blog ni...macam terbusy pulak. Last Friday aku ke Batam lagi. Kali ni pergi dengan x colleague aku yang bawa lagi 3 family dier, teman masa zaman dok kampung dulu dan of course kekasih hati. Tujuan asal pegi sana apa lagi, Spa dan shopping lah. Hai tak abis abis nak shopping, wardrobe dah minta ampun kekenyangan. Its time to relax lah for me sebab dah 2 hari dok meeting memanjang. Bosan lah sungguh. Nasib time meeting tu boleh gak sibuk ngecat ngan someone yang best di ajak berbincang dan tak hipokrit. Ai Likeee.
Hari Jumaat tu, we all depart from Batam naik ferry pukul 8.00 mlm. By the time we all sampai rumah dah about 10.30pm. Simpan simpan barang, mandi, solat dan baca suratkhabar kejap, mahu aku tidur hampir 1 am. Esoknya pulak, nak bangun pagi gak sebab abang kekasih hati ajak gi Pasar Tani. So we went to Pasar tani kat Larkin, Johor. Mana ada pasar tani kat singapore ni eh. Kena jam juga sekejap, nasib pak supir sabar. Then we met Dear nya adik angkat kat Pasar Tani. Sibuk dia ajak we all gi rumah mak mertua dia suruh amik durian. Mak Ai kalau dekat takpe, ni kat Batu Pahat. Aku tak kuasa nak bantah, since Dear nak pegi, takkan aku nak jadi spoilt sport pulakkan. So we headed to Batu Pahat. Habis satu boot penuh dengan durian, rambutan, duku, manggis, langsat, ubi, ulam raja, pisang dan juga semut. Cempedak aja takde di tanam oleh makcik kat Batu Pahat tu. Balik tak balik we all sampai rumah dah pukul 11 mlm. Ni bukan pegi pasar tani pagi, pegi pasar siang dan juga pasar malam sekali gus. Tidur lewat lagi nampak nya. Pagi tadi ada kelas lagi. Penat betul badan ni.
Tadi pagi sebelum pergi kelas, aku sempat lagi pergi pasar beli ikan. Kerana kesiankan Dear kena pergi pasar sorang sorang, aku paksa diri utk bangun lebih awal dan pegi pasar sendiri. Dear aku biarkan sambung tidur setelah solat subuh. Balik pasar bergegas aku mandi dan siap untuk ke kelas. Balik dari kelas tadi, aku ada jemputan kenduri kawin pulak. Alahai apa apa ajalah orang orang sekarang, nak bikin kerja kawin tak ingat ke hari ni Nisfu Syaaban... manalah tahu ada orang yg nak puasa. So nak tak nak pergi jugalah, org baru first time nak kawin kan anak...kalau tak, harus aku tak pergi.
Minggu ni adalah minggu yang sibuk di tempat kerja. Bosan nak menghadapi minggu yang mendatang ini. Harap harap tak ada apa yang akan berlaku.
Hmmm...dah ngantuk dah ni, penat betullah badan, tapi buah hati aku ni dah start balik hobi dia tu...susahlah ...:(. Macam mana lah nak suruh Dear stop, nanti merajuk memanjang. Haruslah ada divider antara kami nanti bila tidur, so lebih baik aku bobok aja dulu. Good Nite.

Tuesday, August 12, 2008

Gatal ke Aku? Entahlah...

Cuti Hari Kebangsaan hujung minggu yang lepas telah kami habiskan dengan berlibur ke Port Dickson. Lama benar tak gi sana. We all pegi ngan famili Dear. Pagi sebelum subuh kita dah berangkat dari rumah, ingat nanti boleh subuh kat Gelang Patah. 3 kereta yang pergi. Namun bila tiba di 2ndlink, jam teruk. Akhirnya kita hanya lepas dari custom Johor lebih kurang 7.20 pagi.
Banyak juga org singapore yang cabut gi malaysia. Most of them pakai baju warna merah. Ada yang lagi patriotik, merah putih. cuma kurang bulan sabit dan 5 bintang aja. Aku, Dear, Abang Dear sorang, anak sedara sorang dan maid pun guna baju merah...hushhh ... semangat benarlah kita ni.
Aku gembira tersangat sebab dapat jumpa ngan teman blogger yang sudi drive jauh jauh nak jumpa dengan aku dan dear. Terimakasihlah bawa oleh oleh skali untuk kita sefamili. Pas tu siap belanja durian lagi untuk famili kita. To both of you, thank you ya. Insyallah, lain kali boleh bertemu lagi.
Ah nak citer pulak pasal satu amoi kendu yang naik satu transport ngan aku. Tadi pagi bila aku naik aja transport tu, seperti biasa aku wish lah kawan kawan kat dlm transport tu good morning. Amoi yg baru ni duduk di sebelah amoi yg aku dan dear panggil cantik molek. Amoi cantik molek trus wish back good morning dan amoi kendu pulak siap senyum dan lambai tangan. Yang best tu pulak, amoi kendu turun satu tempat ngan aku. Tempat dimana aku turun ni ada 3 lagi amoi yg lain. Satu amoi ni memang baik skali ngan kami sebab dia naik pun sama stop ngan kami. Kita panggil dia amoi tulang reput, bukan apa, sian amoi ni, tulang dia memang tak kuat, dah berapa kali pegi ops masih tak baik gak tulang belakang dia tu. Rupanya amoi kendu tu satu ofis ngan amoi tulang reput, so aku pun dikenalkanlah ngan amoi kendu tu .. nama dia annie. Mak ai pegi ofis dengan skirt hipster yg menampakkan belakang dia yg bertatoo dan bertshirt ketat with low neck cut..boleh goncang iman. Bila si amoi kendu tadi bersalaman ngan aku, dia bend sikit badan dia tu kedepan..jadi santapan breakfast mata aku tu lurah yang menggiurkan.
Bila sampai aja ofis, biasalah Dear talipon kasi tahu yang she dah selamat sampai ofis dia. Dear tanya siapa yang aku salam tu. So aku pun dengan tiada apa perasaan bersalah ceritalah kat dia apa yang aku nampak.
"Hmm sukalah you..mata tu tak tahu nak jaga eh, kalau dah suka nak tengok org lain punya, then tak yah tengok hak milik you lagi" marah Dear pagi pagi.
"Eh! taklah, Yang bukan nya sengaja nak tengok apa, dah si amoi tu pakai low cut, then ternampaklah, bukan kita peep pun. Lagipun dapat tengok tak dapat buat apa apa taknaklah. I just want hak milik me aja, and thats ada pada you.." nada suara aku tu macam tengah tersenyum simpul aja bunyi nyer.
"Yelah tu, kalau tak tahu nak jaga mata dan jaga diri, tahulah nasib nanti, dah lah kat Port Dickson tuari gatal ngan partner orang lain, nasib baik partner dia tu tak hentam you. Ni nak menggatal juga ke" ai masih marah gak kekasih hati ku ini.
"Apa! mana ada, taklah, dont you worry sayang, I belong to you aja..mulut dan mata bolehlah menggatal, tapi jasad dan hati ni hanya utk you aja Sayang oi. Dahlah, Yang banyak kerja ni, bye sayang" akhirnya aku cut short the conversation, takut Dear merajuk pulak.
Memang aku tak nafikan, kadang aku ni memang nampak macam menggatal. Kalau orang tak kenal aku, mesti orang ingat aku ni gatal, miang. Sebenarnya aku ni suka menyakat orang aja. Bekas guru sekolah rendah aku the late Ms Devi pernah berkata pada another teacher Ms Chua masa we all bikin reunion yang aku ni dari zaman sekolah suka sangat disturb others. Dah tua tua gini aku siap kacau teacher teacher lagi masa reunion tu. Plus Ms Devi kata, muka aku pun masih sama macam zaman sekolah dulu. Aisey man, motif apa tu ..awet muda kah?
To my darling, jangan lah takut kita ni menggatal dan jatuh hati kat orang lain, tiada lagi ruang dihati ini utk membagi cinta buat orang lain, semua telah di penuhi dan hanya terpahat nama mu seorang, dan insyallah akan terus begitu sampai ku menutup mata.

Friday, August 8, 2008

HappY 43rd BirthDay SinGapOre.

Gigih sungguh nak abis kan keje ni. Monday aku cuti. We all nak gi family trip, dekat aja, kat M'sia.
Esok negara ku yang tercinta Besday. Aku ni tiap tahun aja merayap kalau national day. Tak patriotik langsung. Dulu dulu kala, aku slalu gak involve in NDP ni. So aku rasa enough lah aku berikan jasa aku pada Singapura ku yang tercinta.

Tema tahun ni for NDP ialah "Celebrating the Singapore Spirit". Tahun ni tahun yang kedua diadakan di Marina Waterfront. Kita dah malas nak amik tiket for NDP tu, sbb ada live telecast kat tv. Now kat internet pun boleh tengok gak. So to all my fellow Singaporean overseas, gear up in Red, login to internet and together we sing "Majulah Singapura".

Untuk negara ku yang tercinta "Hepi 43 Besday".

Oklah aku nak pen off dah ... saja aja nak bubuh entry sempena dengan 080808 ni...btw, siapalah menang toto mlm ni eh ... 8 million oi.

Thursday, August 7, 2008

I Love You

Berapa kerap korang semua lafazkan kekata ai love yu kat orang yang korang sayang?

Untuk aku terhadap Dear, tiap hari paling tidak pun minimum 2 kali. Tiap pagi sebelum aku berpisah untuk ke tempat kerja, aku akan salam Dear dan melafazkan kekata keramat itu. Lagi satu kali, setiap malam sebelum aku melelapkan mata, waktu kami saling memberi good nite kiss, aku akan katakan pada Dear I love you lagi. Ini belum lagi termasuk setiap panggilan talipon di ofis yang berakhir dengan I love you. Aik, mesti ada yang tertanya tanya, tak bosan bosan ke nak ucapkan I love you tu. Yelah, kalau asyik cakap aja macam dah tak syiok or plastic gitu jadi perkataan tu. Tak genuine.

Tapi tidak bagi aku. Sebabnya aku berbuat demikian kerana aku tak tahu bila aku akan mati. Seandainya itu kali terakhir kami bertemu, at least itulah perkataan terakhir yang aku lafazkan pada kekasih hati aku. Lumrah manusiakan, bila orang dah pergi dari depan dan kehidupan kita, kita selalu terkenangkan saat saat akhir kita bersama orang tersebut. Walaupun Dear jarang nak ucapkan I love you pada aku, aku tak kisah. Yang penting aku mesti nak ucapkan pada Dear selalu. Biar itu menjadi kenangan yang terindah buat Dear kalau memang seandainya kita ditakdirkan berpisah dari alam yang fana ini.

Yelah, aku pernah melihat seorang teman yang terlalu ego untuk melafazkan kekata I Love you pada insan yang disayangi. Walaupun dah berapa kali org tersebut mengharapkan perkataan tersebut keluar dari bibirnya yang manis. Malahan teman ku itu selalu kata Action speak Louder than word. Akhirnya sang kekasih yang mengharap dapat mendengar luahan I love you dari teman aku tu, meninggal dunia kerana sejenis penyakit yang dia rahsiakan dari temanku. Tak ke haru teman aku tu dibuatnya. Satu pengajaran dan membuat temanku menyesal yang teramat. Satu pengajaran juga bagi diriku.
Memang kalau bercinta dengan lawan jenis takpe kalau tak diucapkan sebab dorang lah yang harus ucapkan selalu pada kita, tapi kalau bercinta dengan kaum sejenis mestilah tahu apa yang pasangan kita suka kan. Nak hambat hati orang perempuan ni, kena dengan bibir dan telinga. Barulah rasa cinta kita tu dapat balasan. Lainlah kalau kekasih kita tu org lelaki, baru boleh pakai motto aksen speak lowder than werd.

So bagi sesiapa yang belum ucapkan 'I love you' kat pasangan korang tu, cepat cepat lah call ke, sms ke, email ke dan lafazkan kekata tersebut. Manalah tahukan tup tup berhenti bernafas kejap lagi...Untuk Dear, I love you Always!

Wednesday, August 6, 2008

Sibuk memanjang aja

Aiyah ... Dah berapa hari sibuk sampai tak sempat nak update blog ni.
Last Sunday, lecturer kata class will be off coming Sunday. He suruh kita celebrate National Day dan juga opening of Olympic. Aku gembira sangat sangat. Tak sabar nak kasi tahu Dear about this. Dear pasti happy. We all nak pegi short trip with Dear nye family. Mula tu bila abang ipar ajak, aku kata tak free on Sunday sebab ada class tu. Abg ipar lagi satu pun asyik tanya aja. Tak faham bahasa melayu agaknya. Kang aku cakap french, depa pulak tak faham. Dear pulak tiap malam asyik tanya aja. Dah last tu Dear tanya if member blogger aku kat M'sia jadi join kita tak nanti. Hish sikit punya benganglah nak jawab waktu tu. Friday yang lepas, we all gi Natas fair baru book resort yang kita nak tinggal tu. Lucky thing aku kenal PR manager that resort, so dapatlah complimentary breakfast for 6 person. Jadilah, save sikit kan.
So now, dah berapa hari ni kita buat preparation. Yelah nak pegi berkonvoi ni bukan senang. Lagipun sebelum tu aku tak nak ikut campur sebab aku tak plan nak join them. Aku tahu Dear kecewa bila aku lebih pentingkan nak pegi kelas. Habis nak buat macam mana, aku tak nak gagal or tertinggal subject. Payahlah nanti, kawan yg pegi belajar sama ngan aku tu blur like sotong sikit. So bila aku kata aku jadi ikut, Dear bukan main baik layanan terhadap aku bila we all nak beradu. Bahagia aku rasa.
For now, member yang kami invite untuk ikut serta family trip ni pun dah setuju. Member senget gak. Ah spekulah siapa yang ikut serta tu ..hehehehe. Ingat nak ajak stalker blog aku yg kat SG ni tapi since she dah tak nak contact aku, takpelah. That fellow ingat aku tak tahu dia tengah memantau blog aku ni. Bila aku citer ngan Dear, Dear kata biarlah, she must have been enjoying reading this blog. Sebenarnya aku ingat nak citer juga about stalker tu yang aku suspect dari dulu yang dia ni senget tapi nantilah, takde time lagi.
So to the stalker of my blog, just you wait to read about you here and thank you for visiting and read my blog yg tak seberapa ini.
Need to sign off for now..nak habiskan keje sikit lagi ni. tata

Sunday, August 3, 2008

Rezeki Family Day

Semalam, kampeni aku organised Family Day. 2 tahun yang lalu, aku tak pergi pun. Tapi tahun ni tergerak pulak aku nak ajak family aku pergi. Dulu selalunya staff dapat 2 tiket free utk adult dan 2 tiket free utk children. Kalau nak ajak ahli keluarga yang lain dikenakan tambahan bayaran yang nominal. Selalunya aku jarang bayar yang lebih tu, cuma gunakan nama kawan kerja yang tak nak pergi aja. Family aku pulak, suka kalau aku ajak pegi family day sebab kalau kampeni aku organise ada door gift, main main those funfair like game free dah tu dapat hadiah pulak tu. Belum termasuk kalau ada telematch ke, apa apa game lagi yang dorang semua boleh ikut serta. Kadang tu sampai merajuk sibling aku yang tak dapat nak aku ajak pergi sama.

Tahun ni, lain pulak caranya. Memandangkan kadar inflasi naik dan utk kurang kan kos, kampeni telah charge staff $3 per kepala dan seorang hanya boleh beli 2 tiket dewasa dan 2 free tiket utk anak. Kelam kabut juga aku dibuat nya cari nama kawan nak gunakan sebab email yang mereka hantar pada staff tak pulak berkisah about this two ticket per staff policy. Pulak tu cut off date on 18 July tuari aku pulak tak masuk ofis sbb gi overhaul badan kat Batam. Nasib ada satu kakak cina yang tolong aku tanyakan lain staff guna nama mereka. So aku beli 19 tiket utk org dewasa dan amik 4 tiket free untuk kanak kanak.

Eh lupa pulak nak kasitahu, family day tu diadakan kat Downtown East D'marquee dari jam 9pagi hingga 2 petang. Lepas tu kita di beri pilihan utk continue gi Escape Theme Park atau ke Wild Wild Wet. Aku telah membuat pilihan untuk ke Wild Wild Wet kerana malas nak beratur untuk permainan di Escape Theme Park.
Hadiah door gift tahun ni adalah beg untuk sport shoe dan juga mineral water. Setiap tiket telah disertakan dengan 6 kupon permainan ala funfair, 3 permainan virtual,free kelapa botak, icecream, kacang dan pop corn. Lunch kami telah diberikan KFC meal. Anak buah semua sukalah main main dapat hadiah, tak payah keluar duit lagi cuma kena queue lah sekejap. Ada juga acara silap mata, aerobic dan some stage game. Aku tak kuasa nak participate, hanya walk around to meet kawan kawan yang masa kerja tu tak sempat nak berbual. Tiba masa untuk lucky draw, anak anak sedara semua dah tak sabar nak ke wild wild wet. Pergilah mereka kesana dulu dengan Dear leading the batalion family aku tu. Aku tinggal di kawasan dmarquee kerana nak tunggu Lucky Draw. Nasib juga aku tunggu, dari 8 tiket staff yang aku genggam, 3 telah strike. Dan yang paling menggembirakan aku, 2 dari tiket tersebut telah memenangi hadiah pertama dan ketiga. Utk hadiah ke 3 tu, aku dapat free stay kat Downtown East Resort utk 3Days 2 nite during Peak period. Bestlah, save sikit duit nanti nak celebrate nephew aku nyer 21st besday. 1st price pulak aku dapat ini :
Canon Digital Ixus 85 IS with 8 pixels. The complete set cuma ada 32M SD card, bateri, software dan av dan usb wire aja. So hadiah tu termasuk gak dicantumkan with extra 8G SD card, a tripod, cleaning kit dan camera case. Alhamdulillah rezeki aku tahun ni. Tapi bila kena naik stage utk ambil hadiah tu, MC dah announce kena joget for about 5 saat. Nak mampus ke apa, terkinja kinja depan org ramai. So bila aja aku naik stage tu, trus aku kata pada MC tu, haram tak boleh joget dikhalayak ramai. Nasib MC tu faham, so takyah lah aku buat benda tu, memalukan sungguh kalau kena denda. Cuma aku terkilanlah pulak, none of my family members ada kat situ nak amikkan aku gambar ngan CEO aku tu. Nampak gaya kena tunggu gambar dari official photographer for the eventlah.
Dear dan salah satu kakak ku orang yang paling gembira dengan hadiah yang aku dapat tu. Kakak aku, bila aku kasi tahu aku dapat camera, terus aja tanya about my sony digital camera. Dia kata dah boleh lah derma to her. Dear pulak suka, sebab walaupun aku dah ada sony tu, aku tiap hari bawa Dear nyer Pentax digital camera sebab yang sony tu agak besar sikit dari Dear nya Digital camera. So now Canon ni slim, kenalah aku pulangkan camera Dear pulak. Tak kisahlah apa apa pun boleh, yang penting aku gembira, intention aku nak bahagiakan family aku gi Family day tahun ni amatlah berbaloi dengan rezeki yang Allah berikan. Semuga rezeki tahun ni terus bertambah hendaknya, insyallah, amin.

Friday, August 1, 2008

Haruskan Aku terus menjadi Hipokrit?

Talipon di ofis pagi tadi dah mula berdering sebaik saja aku on computer. Number yang tertera adalah number yang sangat aku kenal.
"Morning Yang" suara yang begitu ceria sekali di pagi Jumaat ini.
"Hi, morning, whats up, pagi you dah call" Jawabku
"Yang, tomorrow you ada family day eh, mum nak masakkan you lauk rawan tau. She kata dah lama tak masak masak for you" masih lagi sound ceria suara yang di corong talipon.
"Oh ya ke, then oklah, takpe, family day tu in the morning, nanti on the way balik I amiklah" biasa aja jawaban ku.
"Yang today you pegi tak Natas fair?" tanya yang disana
"Insyallah, I memang plan nak pegi, see how later after work, why? You nak ikut" tanyaku pulak.
"Taklah, I just want to tell you tiket pegi Pekanbaru $10 tau. Nak pegi tak?. One more thing, ada contest tau, kalau menang dapat gi Goldcoast, for 4 people. You jangan lupa ajak I tau" panjang lebar yang empunya suara menjelaskan.
"Eh! mana boleh suka suka ajak you, you minta izin Encik Mad dululah, I tak nak tanggung dosa tau, sebab I dah banyak dosa ni, so taknak tambahkan lagi, anyway belum tentu menang apa" saja aja aku membalas.
"Hhm, oklah Yang" belum pun sempat aku jawab, si empunya suara dah pun meletakkan talipon
Bengang kejap aku dibuatnya. Mana hari ni adalah hari yang sibuk di ofis. Nak close account dan siapkan monthly report. Kenapalah dia ni spoil mood aku pulak.
Aku pun talipon Dear dan ceritakan apa yang berlaku. Dear bukan nak side aku ni, kena marah lagi lah ada. Aku tak rasa aku salah. So later bila dah agak beres kerja aku, aku talipon sipemanggil tu lagi. Aku tanya kenapa she just hang up on me tadi. Dia tak dapat nak menjelaskan hanya kata yang aku spoil her mood dan dia mulai menangis ditalian. Bengang betul aku. Salah ke apa yang aku katakan?.
Sipemanggil tadi adalah seorang yang menganggap aku adiknya memandangkan dia tidak mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Nama dia Rozi. Rozi memang memanggil aku Yang dan aku juga memanggil nya demikian. Selalunya bila aku berbual dengan Rozi, haruslah aku sentiasa menjaga tutur bicara walaupun terkadang aku tak suka dengan apa yang Rozi sampaikan. Semua yang harus aku cakap dengan Rozi mestilah beralas dan difikir konsikuennya. Walaupun kadang tak boleh aku nak terima, aku tetap bermanis muka dan bicara. Aku benci dan selalu mengutuk diri aku sendiri kerana bersikap hipokrit demi menjaga hubungan kami. Anak anak Rozi semuanya adalah my god children. Ibu bapa Rozi juga amat menyayangi aku, begitu juga abang abang Rozi.
Sebenarnya, aku dah tak tahan nak bersikap demikian. Kalau Rozi nak berkira tentang perkara perkara yang dia berkecil hati dengan aku, memang banyak katanya. Lah, habis yang dia selalu membuatkan aku macam spare tyre. Cari aku bila suami dia outstation or when she ada problem communicate ngan her children. Tu semua boleh. Tapi aku selalu tak kisah dan always try to accomodate. Tapi sampai bilakan. So sesekali aku cakap perkara yang benar, tersungging pulak si Rozi. Aku jelaskan bahawa aku memang selalu berkata pada teman teman ku yang telah berumahtangga benda yang sama aku kata kan pada Rozi bila diorang nak ikut aku berjalan makan angin. Memang betul apa, kan sang isteri mesti minta izin si suami bila nak keluar rumah. Apatah lagi nak tinggalkan si suami dan anak anak beberapa hari.
Ikutkan hati aku, hendak aja aku menjelaskan dengan panjang lebar apa yang selama ini tak menyenangkan hati aku tentang semua perbuatan Rozi terhadap diriku. Kalau nak disenaraikan mahu tak cukup satu ream photocopy paper tu. Tapi aku tak mahu disebabkan ikatan persaudaraan yang telah kami bina. Lantas aku terbelenggu dengan perasaan ini dan haruskan aku terus menjadi hipokrit demi persaudaraan ini. Entahlah, malas aku memikirkan nya. Sabar ajalah jawab nya buat masa ini.