Friday, August 29, 2008

Kemaskini Aktiviti Kami

Macam dah lama tak jenguk blog ni. Dah nak berabuk pulak, sian orang yang datang menjenguk, tengok itu itu juga. Bukan aku tak nak mengemaskini blog ni, tapi keadaan tak mengizinkan.
Alasan nombor 1 adalah aku takde time nak update kat ofis sbb bos minggu lepas kasi aku satu projek yang dia hanya kasi 10 hari utk selesaikan. Giler betul bos yg kena simtom male manepouse ni tau. Jadi nya aku tak de masa nak buka dan update blog ni.
Alasan nombor 2, kat rumah pulak, aku sibuk update benda benda lain yg lebih berfaedah utk aku buat duit online. Dan alhamdulillah, berkat usaha dan sokongan orang tersayang, blog aku satu lagi dah ada kat first page first link kat google search engine dan ini bermakna lebih banyak traffic dan $$$ coming in. Alhamdulillah, syukur.
Alasan nombor 3 - sejak minggu lepas lagi, Dear tak berapa sihat, so sibuk gak aku nak menemani Dear ke klinik. Pertama kali pegi, Doctor hanya kasi Dear anti biotik utk di makan selama 5 hari dan Dear dikehendaki berpuasa utk blood test 5 days later. Then Dear di kasi mc beberapa hari. Cian Dear, aku tak boleh nak amik cuti disebabkan aku ada dateline tu. Bila Monday yang lepas amik blood test results, aku agak kecewa. Mdm Doctor tu bising kat Dear, she offer nak suruh makan obat, tapi Dear x nak. Dear nak gi company doctor pulak. Kampeni doctor pun buat blood test lagi. dah kena cucuk lagi. Nasib Dear dengar cakap aku supaya berpuasa incase doctor nak buat blood test lagi. Doctor ni pun x kasi ubat walaupun Dear dah bawa lab result dari Mdm Doctor. Then Dr tu suruh Dear ke poliklinik untuk test mata pulak. Kecewa lagi aku sebab tak dapat nak teman Dear pegi ke poliklinik. Sorry Sayang bukan sengaja tau. Now kena tunggu 1 bulan utk result test mata tu. Mudah mudahan everything will be under control.
'Lepas ni Yang harap Dear makanlah ubat yang akan doctor kasi dengan tekun. Vitamins dan segala supplements bagai juga jgnlah nak amik bila ingat aja. Yang akan sediakan tiap hari. Lagi satu, kurangkanlah minum air sedap, kalau teringin sangat pun, tambahlah air jarang ok.'
Alasan terakhir pulak - Jumaat yang lalu, aku terima email dari Bandung dari seorang kenalan yang dah jadi macam sedara. Ibu mertuanya disuruh doctor peribadi mereka utk datang ke Singapore for check up and some review. Teman aku tu suruh lah aku temani tante. Alkisah, khamis lepas, aku dan dear amik lah cuti half day. Nasib aku dah selesaikan projek 10 hari menjadi 5 hari. Kami tunggu tante dan oom di Changi Airport. Tante dan Oom datang bersama adik temanku dan suaminya. Dari airport langsung kami ke hospital. Bila di hospital, aku disuruh ikut juga masuk jumpa doctor kerana Oom takut doctor tak faham apa yg nak Oom sampaikan, so jadi lah aku jurubahasa for the day. Dear dan menantu Oom hanya tunggu di luar.
Masa jumpa doctor Ang, Oom telah membawa segala macam record dan statistic kesihatan tante. Bila aku tanya record dan statistic tersebut dari Doctor di Indonesia, Oom langsung menjawab bahawasnya, semua yang dikongsi bersama Doctor Ang adalah catatan nya sendiri. OH! terperanjat sungguh aku. Betapa cinta dan sayang nya Oom pada tante sampai sedetail itu Oom catitkan keadaan kesihatan Tante waktu Tante sakit teruk pada tahun 2006. Lalu aku tertanya pada diriku sendiri "Mampuke aku menjaga Dear sebagaimana Oom menjaga Tante" Lebih lebih lagi keadaan Dear yang sekarang ini. Insyallah, kalau Allah izinkan, aku akan mampu menjaga Dear. Kerana aku yakin, rasa kasih sayang dan cinta akan meringankan segala tugasan.
Untuk Dear, Yang akan tetap bersama Dear walaupun sekarang Dear dah mewarisi penyakit keturunan ini. Yang akan jaga Dear selagi Yang termampu. Mudah mudahan, tak seburuk mana sangkaan kita akan situasi Dear sekarang.
Esok, Oom ada tugas di Johor. Oom akan ditemani oleh menantunya si Mr Uno. Aku dah janji nak amik tante dan Mrs Uno di hotel dan hantar mereka ke hospital for the review atas test yang telah tante lalui khamis lalu. Dear pulak ada lunch gathering kat rumah bos Dear. Tante, Oom dan family akan berangkat pulang ke Bandung hari minggu. Jadinya minggu terakhir bulan August aku akan sibuk juga. Hmm, nasib kelas sudah ditutup hingga semester akan datang 2 minggu lepas raya. Bulan puasa nanti, dapatlah aku rihat for the weekends. Macam betul aja..dream aja lah dulu..entah ye tak tidak ..dapat rehat tu.
Oh ya btw, untuk teman teman di Malaysia, SELAMAT Menyambut Hari Kebangsaan. Dan utk yang beragama Islam, Dee N Yang ingin mengambil kesempatan memohon maaf atas segala kesalahan dan terkasar bahasa dan ter ter yang lain samada yang di sengajakan atau pun tidak. Maafkan Kami! Dan semuga ramadhan yang mendatang memberikan seribu rahmat, keberkatan, keinsafan dan keampunan dari Allah swt. Semuga juga Allah SWT dapat menerima segala ibadah kita yang ikhlas walaupun kita ini semua adalah insan yang senget lagi daif. Ampunkan lah kami Ya Rabb. Amin.
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN TERAWIH DARI KAMI.
nota kaki: Dear masih gak tidur lewat kerana obsessinya. Aku biarkan ajalah supaya tak porak peranda kamar tidur kami tu. Den dah give up dah!

3 comments:

Anonymous said...

Selamat berpuasa sis..

**kak kobey**

sky said...

dearie akak dear,

selamat menyambut ibadah puasa.

saya dengan J kat sini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan akak2..

deeyang said...

Kak Kobey-selamat berpuasa gak tuk you dan partner

Is- thank you dik, kami juga nak ucapkan selamat berpuasa utk Is dan J. Take care ok.