Saturday, August 23, 2008

Perang Dingin selesai kah?

Elo elo, kenapa tak tidur lagi aku ni ye? Hmm, haruslah kan, sbb bantal peluk aku masih syiok ngan hero hero sepet dia. Dah tak kuasa aku nak cakap or marah lagi....asal dia bahagia sua.
Tadi petang balik dari kerja langsung Aku dan Dear pegi rumah anak sedaraku. Dia bikin kenduri arwah cum lenggang perut orang rumah dia. Ingat boleh habis cepat tapi biasalah kan kalau aku dah berkumpul adik beradik,chit chat dan bergurau senda. Last tu pukul 10mlm baru gerak dari rumah dia. Nasib lah tinggal bersebelahan estate aja, taklah jauh nak merentas balik rumah.
Sampai aja rumah, aku pun lekas lekas mandi dan solat sebab aku dah janji nak sembang ngan adik angkat aku kat internet. Tapi bila aku on aja computer, dia tak online pulak. Pas tu aku tengok jam dah pukul 12 mlm dah. Patut ler. Sori ya dik, sebab tak sempat nak temankan awak yang keseorangan malam ni sbb org rumah awak tu takde. Minta maaf banyak banyak.
Selasa malam yang lalu, balik dari kerja, aku teman kan Dear ke clinic. Ada luka kat kaki dia dan agak mengerikan lah aku tengok, Bila aku suruh Dear gi jumpa doctor Dear tak mahu. Now agaknya dah sakitlah tu, Dear sendiri yang nak pegi. So aku,sebagai pasangan yang mithali, walaupun perang dingin, tetap menemani kekasih hati ku.
Doctor hanya kasi anti biotic dan cream utk sapu. Dah berapa hari Dear makan antibiotic dan sapu krim tu, tapi aku tengok malahan makin teruk pulak. Dah lah tu macam nak start bernanah aja. Walaupun geram ngan her obsession tu, risau gak aku tengok keadaan Dear. Dear complain tak boleh duduk tahiyat akhir dengan betul sebab sakit. :(. Hari ahad ni Dear kena gi doctor lagi. Aku pula ada kelas tak dapat nak temankan Dear. Risau aku dibuatnya. Harap harap takde apa yang kroniklah sampai kena gi hospital. Aku suspect tu gara gara diabetes. Maklumlah keturunan kami memang ada diabetes. Dear pula memang suka sangat minum air yg bergas. Mudah mudahan tak lah teruk mana ya.
Semalam malam jumaat, hati aku jadi sejuk pulak. We all solat jemaah dan baca yasin sama sama. Hah! korang ingat apa, takkan nak bunuh kafir aja kan. Habis tu, aku pun angkat laptop bawa kluar dan buat lah kerja ku yg dah tertunggak tu. Alhamdulilah, akibat Dear busy with her idola idola Korean tu, aku dapat juga habis kan kerja aku. So sebenarnya ada hikmah juga disebalik semua nya ini. Terimakasih Tuhan...tulah aku ni, nak marah dan naik darah tak tentu pasal pulak.
Esok takde plan apa apa selain dari pegi pasar, kemas bilik dan masak. Dear nak makan nasi jenganan, so aku plan masaklah untuk Dear. Dah lama tak masak for her. Cian dier. Hmm, oklah nak tidur dah ni, Dear dah merengek tu ajak tidor. Selamat malam dan have a GrreeeAATTTT weekend everyone.

2 comments:

Anonymous said...

apani....sian whitebear kite tau tggu akak dia

deeyang said...

Alah, apa nak buat, bukan sengaja tu, kita dah compensate on saturday lah .