Wednesday, December 31, 2008

Goodbye 2008, Welcome 2009

"Bulan Desember Esok berlalu" Hai teringat pulak lagu indonesia ni, tapi tak ingat pulak siapa yang menyanyikannya.


Hari ini hari terakhir dalam tahun 2008.


Aku tak nak membicarakan tentang azam tahun baru. Aku tak suka buat azam pada awal tahun. Bagi aku, buat azam tu tak kira bila. Bila perlu berazam dan tarukkan matlamat dlm berapa hari, minggu atau bulan utk merealisasikan azam tu lebih baik dari buat azam pada tahun baru dan lupa pulak apa azam azam tersebut.


Aku lebih suka flashback what happened in 2008. Apa yang harus aku perbaiki utk menjadi insan yang lebih baik pada tahun 2009. Kenangan 2008, mana yang baik akan menjadi satu memori yang boleh membuat kita tersenyum pada hari hari mendatang. Kisah pilu dan mematahkan semangat, kita jadi kan landasan utk kita jadi lebih kuat dan teruskan hidup ini. Life still goes on, no matter what people say about you. We can never stop what others say or think about us. We dont owe them our life neither do they own our life.


2009 tahun yang dijangkakan muram dari segi ekonomi. Mana mana negara pun, semua telah mewar warkan tentang kegawatan ekonomi. Haruslah kita berhati hati dlm perbelanjaan pada tahun mendatang ini. Ah nampaknya aku tak dapatlah nak bertravel travel selalu, haruslah berjimat cermat juga supaya rancangan biz utk berkembang menjadi realisasi. Insyallah.


To all my friends out there, Happy New Year. May the year you left behind brought some good moments in your life. And the oncoming year will bring more meaning, happiness and much of the goodwill that you hope for.

Goodbye 2008, Welcome 2009.

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430

Wishing All Muslim A Very Good Year Ahead.

Selamat Tahun Baru Hijrah.
Semuga Jalan yang akan dilalui tahun mendatang membawa kebahagiaan
dan kebaikan. Dan impian akan dapat ditunaikan.

Semuga kegawatan ekonomi yg diramalkan dapatlah diatasi dengan
kesabaran dan keimanan.

To all readers of MY blog, all the best to you, dan semuga azam tahun lalu sudah terlaksana dan
kalau ada yg belum tercapai, teruskan usaha dan jangan putus asa.

Berhijrahlah kearah yg lebih baik di mata Allah.Insyallah.

Monday, December 22, 2008

Salah Anggap

Entri aku kali ini hanyalah nak memperjelaskan salah anggap dari pembaca blog aku bagi entri aku yang sebelumnya. Aku tahu aku tak perlu nak explain myself for what ever that I posted on my blog, tapi aku rasa sebaiknya aku jelaskan supaya individu yang terasa dengan posting aku sebelum nya boleh lebih mengerti apa yang aku tuliskan di entri sebelum ini. Termasuk entri yg sebelumnya, dah 2 kali entri aku disalah ertikan oleh yang membaca.
Its hard to please anyone who reads this blog, but I guessed at least the less I can do is do the correct explanation. Anyhow pun, to each its own perspective. I cannot force them to accept my explanation neither can I bring them to agree on what I said. But before that, I would like to apologise if what written here and the posting earlier, hurt anyone somehow. Pardon my pun, there is no intention what so ever on any of you. It is just my personal views and feelings that I would like to put it in writing. I hope for some understanding.
Pagi ni bila aku chek email ada terdapat beberapa komen pada posting aku yang lalu.
Aku tak tahu, kenapa orang orang yg drop a komen tu terasa dengan entri aku sebelum ini. Memanglah aku tak suka nak taruk nama orang orang yg bersangkutan dengan entri aku tu...lagi lagi iya menyangkutkan org org yg agak ternama dalam bidang masing masing. Tak nak lah aku menjatuhkan reputasi dorang ni semua.
Heran juga bila yg tinggalkan komen, adalah kaum sejenisku yg amat terasa. Padahal aku tidak bermaksud entri tersebut untuk mereka. Kecik aja sumbangan aku pada acara yang mereka adakan. Itu pun aku sendiri yang dengan ikhlas menghulur, bukan dorang minta pun.
Aku tulis entri sebelumnya kerana aku geram, muak, bosan dan temper. Lately, personal email inbox aku banyak members yang jadi ketua persatuan ini, bendahari grup itu dan banyak yg memegang berbagai jawatan tinggi dlm persatuan, telah dipenuhi dengan email email dari mereka meminta bantuan dan sponsorship utk all their activities. Aku tak kisah nak menderma kalau memang rezeki ada, walaupun dorang tu semua nyatakan minimum sum untuk derma tu ada yang sampai $1 ribu utk 1 meja, kalau memang utk kebaikan apa salah nya. Dah lah antar email, siap call lagi dengan janji berbagai. Aku bukan nya suka publisiti...lebih lebih pun hanya sekadar advert utk compeni aku. Rakan kongsi aku pun bengang dan marah over all this. Tiap tahun dan tiap acara, kami cuba utk memberi sumbangan, with the hope that they fullfilled their promise. Ada yg kata goodie bag tu akan dibubuh juga logo compeni kami. Tu yang aku marah tu, at least pun kasi lah 1 goodie bag tu utk kita lihat betul ke ada endorsement compeni kami sebagai sponsor. Tapi dah lah goodie bag atau door gift tak sampai ke ofis kami, malahan bila kita tengok org lain carry goodie bag tu takde pun logo compeni kami as sponsor. Bukan aku nak riak, tapi mereka minta dari kami ribuan dollar. Kalau ini yang terjadi pada kalian, how would you feel? Demi utk kebaikan dan kami fikir its for our company benefit why not kan. Masuk tahun ni, dah 4 tahun kami kena tipu. Ah! tu yg bikin aku rasa teman kami tu memang ambil kesempatan dari kebaikan kami.
Berbalik dari komen yang aku terima dari teman teman sengetians.... sedih aku membaca komen dorang. Entri aku sebelum ini adalah general, tapi dorang terasa. Infact, aku tulis benda yang sama juga di blog aku yang lain cuma di blog ini dengan sikit tambahan tentang teman YM tu. Apa lah sangat amount yang aku berikan utk gathering dorang tu... dan apalah sangat doorgift tu. Kalau memang aku inginkan sangat doorgift tu, aku dah call organizer masa aku di KL tempohari. Lagipun, gathering sengetian tu dah berbulan, aku pun dah tak ingat dah tentang benda tu sampailah bila baca komen dari dorang ni. I guessed you guys got me wrong.

Lagipun, aku tak sangka persahabatan yang ingin aku jalin selalu disalah ertikan oleh ahli sengetians yang lain. Mungkin dorang belum benar benar mengenali aku. Yelah, aku tak salah kan mereka. Tak kenal maka tak cinta lah kan.

Ini blog aku, apa yg aku tulis diblog ini luahan rasa hati dan fikiran aku. Kalau ada yg rasa ocehan dan tulisan aku ni adalah untuk seseorang individu dan mereka yang berkenaan terasa, aku mohon maaf. Apa pun yang aku tulis di blog aku ni selalunya adalah perasaan aku on things and aku hanya tulis base on general account not shooting at any individuals.
Kalau memang entri tersebut base on individual person yang tak aku senangi, aku akan bluntly talk about that person.
Utk teman YM aku, Yan, yang aku tahu, pembaca blogku juga - aku rindu nak berbincang dengan mu. Aku harap kau akan hadir dialam cyber untuk kita terus bersembang.
Once again, to all sengetians yg drop a comments, thank you for being frank. thank you for pinpointing, thank you for all the advise. Last but not least, thank you for accepting me then as a friend, even now, for me you are still my fren walaupun kalian tidak akan pernah mengganggap aku sebagai teman kalian lagi.
As for the comments, aku tak rasa nak publish them demi menjaga nama baik korang dan saat ini aku masih lagi rasa sedih dengan apa yg dikomenkan. Nantilah kalau aku dah dapat mengatasi rasa sedih ini, aku akan publishkan juga supaya menjadi ingatan buat aku kelak. Satu lagi, tak payah lah nak pulangkan apa yang telah aku beri kalau memang korang ikhlas menerimanya.
Thank you Sengetians friends and sorry if my posting earlier hurts you all.

Friday, December 19, 2008

Kejujuran Dan Keikhlasan

Berkawan biar beribu berkasih biar satu.

Aku suka dengan peribahasa diatas. Memang aku suka kalau punya ramai kenalan. Banyak yang dapat aku pelajari dari teman teman. Yang paling aku suka sekali dapat belajar tentang kejujuran dan keikhlasan teman teman ku.

Keadaan sekarang ni memang amat susah kita nak bertemu dengan kawan yg benar benar ikhlas berkawan. Ada tu berkawan kerana nak minta tolong. Bukan main lagi baik bila nak minta kita sponsor acara acara yg mereka organise. Tak kisahlah kalau memang ingat kita ni berkawan. Tapi yang tak bestnya tu, bila teman tersebut hanya timbul dan sibuk call or ym kat kita time tu aja...berbagai yang dijanjikan..minta alamat segala...minta maklumat peribadi lagi utk dimuatkan dlm ucapan terimakasih bagai. Alahai, kalau kita dah ikhlas nak menderma kerana Allah, tak lah pulak kita nak minta disanjung atau diwar warkan pada orang lain, tu dah jatuh hukum riak pulak. Yang hanya kita harapkan ialah teman tersebut masih terus berhubungan dengan kita. Sedikit pun paling paling bertanya khabar. Ni tak, abis acara tersebut, bila di tanya katanya acara berjalan dengan lancar; bila diminta share photo photo tu, dan ingin kita tahu siapa yg hadir, dia tak nak pulak bercerita. Masa nak minta sponsor, macam macam dia citer plan for that occasion. Alahai...lebih haru lagi bila dia berjanji bagai nak deliver kan door gift yang tak pun kita harapkan. Bagi kita, yang penting, majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Walaupun diundang, masa tu kita sibuk sesangat, ingatkan dapatlah menjamu mata melalui photo photo acara tersebut, tapi alasan yang diberi bila di tanya hanyalah alasan bodoh semata...tak amik gambar org org yg hadir, cuma amik gambar makanan yg dihidangkan. Hmm, tak tahulah nak cakap apa.

Ah nak juga sentuh bab kejujuran ni. Memanglah kadang kita terpaksa tell little white lies utk menjaga hati teman teman. Kalau ya pun ada yg nak berbuat demikian janganlah termakan diri sendiri dan nampak sangat kita menipu. Kalau yang ditipu tu tahu, pastilah lain kali depa dah tak percaya lagi lah cuma selalunya org yg di tipu tu tak akan menemplak si penipu lagi lagi kalau dia jenis yang menghargai persahabatan. Cuma mungkin satu pengajaran dan org yg ditipu itu akan lebih berwaspada terhadap teman yg tak jujur itu.

Buat aku ni, ramai kawan kawan yg aku kenal lately bersikap hipokrit dan juga jenis yg aku nyatakan diatas. Berym atau bercontact sekadar nak kan pertolongan. Entahlah, agaknya dorang ni semua tak rasa bersalah. Tapi takpelah, gasak dorang lah, lain kali aku akan ambil sikap not so generous with this type of person yg suka nak manipulate keikhlasan dan kebaikan seorang teman. Walaupun dorang kenakan aku, aku tak kisah dan aku tak nak balas. Biarlah dorang jawab sendiri nanti esok esok. Utk org org tersebut aku doakan dorang bahagia selalu dengan sikap dorang tu buat masa ini.

Citer pasal ni, aku rindu pulak nak berbincang dengan satu teman yg selalu berym. Such an intelligent discussion kalau berym dengan dia ni. Aku harap dia tak salah anggap dari apa yg aku bualkan masa kali terakhir berym dengannya. Masuk minggu ni, dah lebih 2 minggu kami tak berym. Aku harap kalau dia ada membaca blog entri aku kali ni, aku ingin katakan, beb, aku rindu lah nak berdiskusi ngan you. Rindu nak bertegang leher menegakkan negeri mana yg lebih baik. Rindu nak bersikap nasionalisma dlm perbincangan kita. Dan beb, i'm really sorry if what I said the last time hurts you. No harm or ill thinking on my side, just voicing out from experience. Hope to see you online soon.

Monday, December 1, 2008

Terfikir .....

Last few days, main page headlines kat suratkhabar tempatan semuanya cerita pasal bom dan terrorist kat Mumbai.
A young Singaporean lawyer was one of the hostage that got killed. I felt for her husband, her parents, her family and those who are closed to her. Not that I knew her. No I didnt, not until I read about her and what people got to say about her in the papers that made me feel that I knew her, the late Lo Hwei Yen, 28 years old. She was at her prime age, just got married last year and have a very promising career. No one can ever think that this will happened to her. From all the reports in the newspapers, I reckon she was someone that was loved by those who knew her even just for an aquintance.
Someone by the name of Shi Ho posted on the condolence wall on Facebook for the late Ms Hwei Yen. Shi Ho posted "Hwei Yen, I dont know you but please know that your gift to me, a fellow Singaporean, is to always, always cherish family, friends and live and love life to the max".
This set me thinking. We are too absorb with our life, our jobs, our love to our partner and our friends. We commited ourselves too much with other things that we tends to take for granted the time for those who loves us the most. And who are they?. They are our parents, our siblings and our family that care the most for us.
Kematian memang pasti jalan yang harus ditempuh setiap insan yang bernyawa. Kita tidak dapat menafikan hakikat tersebut. Entah esok, entah lusa, entah petang atau malam nanti, entah bulan depan, entah tahun depan atau sesaat nanti. Yang pasti kita akan tetap menemui nya. Cuma kita tak pasti bila, bagaimana dan sedang buat apa kah kita saat itu.
Jadi, walaupun kita rasa ingin selalu berada disamping kekasih yang amat kita cintai saat ini, ingatlah keluarga kita, bagaimana sekalipun hubungan kita dengan mereka, cubalah memerhatikan dan mengukuhkan ikatan. Kerana, esok, saat kematian kita, kekasih yg kita cintai itu belum tentu ada disisi dan memandikan kita, belum tentu kekasih kita, dapat berada disisi kita membacakan yasin saat kita terbujur kaku diselimuti kain batik lepas dengan wajah ditutupi kain putih. Dan belum tentu pemergian kita di iringi dengan janji sehidup semati ditunaii.
Seandainya hubungan kita direstui atau the least pun, diketahui oleh kedua dua pihak keluarga kita dan kekasih hati kita, tetap jugalah kita harus bersilaturahmi antara kedua famili. Esok, bila kita sudah dialam barzak, hanya famili kita lah yang selalu bersedekah fatiha utk kita. Mungkin juga kita harap, kekasih hati kita akan juga berbuat demikian utk kita. Kawan betapa ramai pun yang kita ada, masa kita gembira, sihat,kuat dan berada, ramai yang akan merapati kita. Esok, bila kita sudah 7ft underground, mungkin saja trus melupakan kita. Kesibukan yang teramat dalam era kehidupan masa kini, membuat kita alpa. Ketaksuban kita bercinta, membuat kita kadang lupa pada keluarga kita sendiri.
Selagi ada waktu, selagi nadi berdetik, selagi jantung berdegup, selagi paru paru masih bisa menghembuskan nafas, jangan lepaskan peluang utk spend time with our parents, our siblings dan orang orang yang akan mengingati kita bila esok kita telah meninggalkan dunia yg mengasyikkan ini.
Terimakasih Allah, kerana dengan berita yang terpapar, dapat membangkitkan keinsafan tentang betapa kematian tidak mengenal usia, kematian tidak mengenal asal usul tempat tinggal kita. Kematian juga tidak menunggu saat kita bersedia utk dijemput pulang ke rahmatullah.
Terimakasih juga Ya Allah, kau berikan aku seorang kekasih hati yang selalu mengingatkan aku akan tanggungjawab ku terhadap keluargaku, yg selalu mengajar aku untuk mementingkan keluargaku dan tidak merasa cemburu dengan kasih sayang yang kucurahkan kepada keluargaku. Terimakasih Ya Rabb, kerana memberi aku peluang utk bernafas dan mentintakan apa yang kurasakan saat ini dan berkongsinya di alam cyber. Terimakasih Ya Rabb, seandainya ada insan lain yang saat ini kau ingat kan utk setidaknya menalifon ibunya di kampung dan mengucapkan rasa sayang pada ibu tersebut. Terimakasih YaRabullalamin kerana memberi aku sehari lagi utk bernafas disamping orang orang yang aku sayangi. Amin.
To the late Hwei Yen, may you REST IN PEACE and May GOB blessed your soul.
Dan Untuk Dee, terimakasih kerana menyayangi saya dan selalu mengingatkan saya utk sayangi juga adik beradik saya. Dan kalau esok saya pergi, tolong bacakan fatiha utk saya. Betapa saya rasa bertuah dan bersyukur kerana keluarga kita dapat menerima, memahami dan tidak menghalang perhubungan kita. Semuga jodoh dan cinta kita berkekalan hingga nafas kita yg terakhir. Yang Sayang Dee.