Tuesday, January 12, 2010

Ku susuri Kota Wien Dalam pelukanmu

Wien adalah sebuah kota musical. W Amad Mozart amat popular disini. Selain dari terkenal dengan opera dan music, disini juga terdapat banyak muzium. Dari muzium lukisan, teknologi juga terdapat muzium peribadi milik individu. Apa yang aku suka adalah bangunan bangunan di sini. Keindahan akitektur nya amatlah mengagumkan. Patutlah seorang teman akitek beria ia cerita tentang bangunan bangunan disini.

Aku, Dear dan seorang lagi teman, hmm, utk memudahkan, aku panggil dia cik salmah, telah ke rumah W Amad Mozart yang kini telah dijadikan muzium. Aku bukan lah meminati bidang muzik sangat, but then demi cinta hati ku yg minat muzik, aku turutkan juga kehendaknya. Seriusly, bukan satu penyesalan mengeluarkan 7Euro untuk masuk ke rumah wan amad ini. Banyak yang dapat aku pelajari dari lawatan keMozarthaus di Vienna ini. Unfortunely, disini tak dibenarkan mengambil gambar, so yg terpahat hanyalah ingatan di kotak fikiran kami.

Setelah ke rumah Wolfgang Amadues Mozart, kami terus merayau rayau mencari makanan halal. Disini taklah berapa susah nak cari makanan yg halal, pizza dan kebab semuanya mudah didapati. Cik Timah, teman yg satu lagi, tidak bergabung jalan jalan dengan kami. Entah apa kena budak tu, tak mahu ikut pula. Dear, aku dan Cik Salmah menghabiskan petang raya xmas berjalan jalan melihat bangunan bangunan yg indah indah sehinggalah kami terjumpa suatu tempat yg ramai orang. Oh rupanya ada fisch market. Bukan main sukanya aku di buatnya. Lepas satu satu kedai aku singgah. Tak dapat beli ikan, tengok pun aku hepi. Yelah kalau nak beli pun, nak masak pun tak cukup bahan. Dekat pasar ni, ada orang turki yg berniaga. Turkish delight merata rata dijual. Manis tak terhingga. But then, org disebelah yg ku kepit ni lagi manis dipandangan mata dan hati ku.

Xmas bagi orang vienna adalah macam kita di asia. Kebanyakkan orang disini adalah yahudi. Tiada pun carolling bagai atau santa claus merayau rayau dimalam xmas. Kami telah merancang utk ke rumah ayahanda W Amad, Encik Leopold memandangkan ianya ditutup awal petang xmas hari sebelumnya. Setelah malamnya berpesta di hostel yg kami menginap hingga jam 2 pagi, mengingatkan tempat tempat banyak yg dibuka lewat sempena Xmas, kami keluar dari tempat penginapan sekitar jam 10 pagi. Kali ini Cik Timah berminat pula utk ikut serta. Tiba di rumah (muzium actually) Encik Leopold, ia masih belum dibuka.

Ramai juga yg berkeliaran disekitar kawasan MQ (Museum Quartier). Rata rata mereka ini sama seperti kami, tourist. Ada lebih dari empat muzium didaerah ini. Hanya 1 aja yg telah dibuka seawal 11 pagi. Cik Salmah nak masuk ke muzium tersebut. Aku pula tak berapa minat utk melihat lihat dimuzium yg dipenuhi ceritapurbalara dari egypt. Dear memang tak berminat langsung yg namanya muzium. Cik Timah, confirmed tak nak masuk kerana bayaran yg agak mahal.

Akhirnya cik Salmah yg masuk sendirian, aku, dear dan cik temah hanya tunggu diluar menanti dlm dinginnya cuaca bertemperature 4degree. Cik Timah macam tahu tahu aja, memberi peluang utk aku dan dear berdua duaan di taman diluar MQ ini. Kami ditinggalkan dengan alasan utk melihat lihat bangunan diseberang jalan.

Diberi kesempatan berdua duaan setelah tidor katil berasingan, membuatkan tangan kami pantas merayap rayap dan bibir mencari cari kehangatan teman lawan dlm dinginnya kota vienna.

2 jam menunggu, cik salmah mengirim sms mengatakan yang dia need more time. Kami disuruh meet up di station westbanhof pada jam 5 petang. Sepantas itu, Dear pun menarik tangan ku utk berlalu dari situ.

Kami susuri jalan jalan di kota vienna sambil berpegangan tangan dan berciuman sesekali. Its thing that we cannot do back home. No one bothers when we did this in Wien. Cik Timah memang sungguh sporting, memilih utk menunggu cik Salmah dan membiarkan kami berdua.

"Yang, how come your fren tu baik sangat eh, macam kasi kita peluang aja?. Dont tell me she knew about us?"

"Entah, kalau dia tahu pun biarlah, I think she is one of us gak, sbb tu dia understanding."

"Jgn nak merepek eh, you told her about us kan?" hah mulalah nak menuduh tu.

"I never tell her anything ok; but I sure do knew that she is one of us; sbb tu sampai sekarang pun dia x kawin lagi. U ingat Si Su tu, our schoolmates dulu. That gerl yg si Timah tu tergila gila dari dulu lagi tau. Sampai Su dah kawin dan beranak pun, timah masih stick with her. Cuma last 2 or 3 years aja dorang dah breakoff sbb mak Su found out."

"Is it? How come you tak pernah citer ni. Patutlah I tengok si Timah tu lain macam aja dressing dia, dah tu bila ckp pasal Su, hepi semacam aja. How come you tak pernah ckp about Timah and Su to me?"

"Dear, you know kan, I tak suka nak citer pasal org, lagi pun let her be lah. Now lebih baik kita citer pasal diri kita dan our life, our goals, our dreams. Kurang dosa sikit..kan?" Tak pasal pasal aku kena cubit. Alah biasalah kan orang perempuan ni, bila kita stop them from gossipping, mesti dorang tak puas hati, aku tahu ler sbb aku pun perempuan gak …hehehehh.

"Ah ye lah tu, malaslah nak ckp, I just want to walk dlm pelukan you tanpa tujuan kat sini".

"Mana boleh jalan tanpa tujuan, kang tersesat nanti. Hmm, kita gi Parliament house dorang lah. I heard its very grand. Nak tak sayang?"

"Anythinglah, asal Dee dpt pergi dengan yang tercinta, Dee tak kisah" amboi cair kejap snow dijalanan dengar Dear mengucapkan kata kata tersebut. Bukan senang Dear nak ckp romantik macam tu.

Memang Parliament House di Vienna sungguh lah amat grand. Ramai yg berfoto di situ and of course, like us, they are tourists too.

Disini, melihat kemesraan kami, ada orang yg bertanya samada kami sepasang kekasih. Dengan selamba aku jawab ya dan sexplain yg kami on our anniversary honeymoon. Dear yg saat itu menganding lenganku mesra dengan pantas melepaskan tangannya. What an idiotic act on her part. Ni negeri omputih, kisah apa kan. One of the lady yg bertanya terus menarik tangan Dear dan menaruknya kembali ke lengan ku dan mengusik Dear dont be shy. Hahahah...aku hanya tersenyum, berterimakasih kepada mereka sambil mengatakan yg Dear memang pemalu bila ada yg perasan akan kemesraan kami. Sempat kami bergambar bersama dan berborak sebentar. Rupanya mereka juga adalah sepasang kekasih dan akan legally be together in summer. Wow! Am happy for them. Aduh sungguh kuat betul gaydar orang orang yg senget ni nampaknya.

Tinggal satu malam lagi kami menginap di Vienna dan destinasi kami selanjutnya adalah ke Venezia. A romantic city for lovers. Tak sabar rasanya utk tidor seranjang dengan Dear dalam pelukanku.

Venice nanti kan kedatangan kami.

Nota: A delayed posting due to limited internet access while away. Masih tetap ingin kami abadikan sebagai kenangan.