Tuesday, April 28, 2009

Tabula Rasa

Saat ini perasaan aku untuk ke tempat kerja tabula rasa ..dalam erti kata yang lain...kosong ... aku tak berasa ghairah untuk pergi kerja.

Tiap malam, kalau aku pikirkan nak kena pergi kerja esok, memang aku boleh jadi haru. Nasib Dear disebelah selalu dapat menenangkan perasaan aku yg haru biru. Kalau ikutkan hati memang aku nak quit sekarang, tapi aku masih perlukan CPF utk finance rumah aku. Memang kalau dicongak dari pendapatan dari sumber sumber yang lain, apa lah sangat yg aku slogg tiap hari kat office ni. Hmmmm, CPF yg aku dapat tiap bulan kerja kat sini, lepas nak bayar duit rumah. Aku tak yah kluarkan any cash lagi. Lagi satu, nak bayar income tax pun base pada gaji kat sini. Pendapatan yang lain tu tak payahlah nak bayar income tax, cuma bayar zakat aja. Sebab tulah nak kena kerja, kalau tak kerja, tapi boleh selalu terbang sini sana, tak bayar income tax, tapi tiap bulan account penuh aja, matilah gomen follow. Tak nak aku.

Kalau aku ikut kan hati, hendak aja aku cepuk cepuk muka bos setan aku tu. Tapi takpelah, apa yg terjadi memberi satu pengajaran yang amat berguna. Memang, Allah tu maha penyayang. DIA berikan satu 'pukulan' utk menyedarkan kita yg terlalu alpa. Kita yang selalu lupa pada DIA, sang pencipta. Memang aku lupa, aku alpa, aku taksub, aku khilaf, aku hanyut, aku dibendung nafsu, aku hilang pedoman. Ya, aku marah bila bos aku tak beri apa yg sepatutnya time appraisal, aku kecewa, aku mula merasakan kenapa ini berlaku kepada aku, walhal banyak projek yg aku kendalikan semua nya beres dengan baik dan sebelum dateline. Aku mengeluh kenapa Allah memilih aku sebagai mangsa keadaan ini.

Alhamdullillah, ternyata semua ini ada hikmah sebenarnya. Hikmah yang tak aku nampak dengan mata kasar. Bila mana dihantui rasa marah, geram, kecewa dan apa apa perasaan yang negatif, memang kita tak boleh berfikiran waras. Tak dapat nak bezakan kebaikan di sebalik ini semua. Lagi sekali Alhamdulillah, apa yg terjadi membuatkan aku lebih dekat disisiNya. Membuat aku lebih kuat utk membina dan mencari rezeki diruang cyber.
Syukur teramat sangat, apa yg berlaku telah lagi memantapkan keputusan aku untuk berhijrah bila waktu mengizinkan. Hanya aku perlu untuk selesaikan satu lagi projek dan aku akan beredar. Syukur, Dear mengerti dan memberi sokongannya.





Monday, April 20, 2009

Yang bikin aku tersentap..ingin kuabadikan.

Rasanya blog ni macam dah stagnant aja. Banyak juga yang berlaku dlm kehidupan seharian.
Walaupun keadaan ekonomi macam gawat, tapi alhamdulillah, rezeki masih ada juga utk terbang kesana sini melihat negara orang.
Buat masa ni, cuti cuti sempena harilahir Dear dah pun confirm flight dan accommodation. Tinggal nak terbang dan siapkan duit kocek utk shopping dan makan makan aja nanti disana. Harap harap adalah Halal Dimsum.
Tapi sebelumnya terpaksalah juga burn 2 hari cuti utk ikut serta cuti cuti family Dear ke Pantai Timur pada cuti sekolah nanti. Kang tak ikut, merajuk pulak buah hati ku itu.
Alhamdulillah, teman di KL telah terima undangan kami utk ke pulau temasek bersempenaan kepulangan kami nanti. Tiket flight pun dah ku email kepada yang empunya diri. Semuga angan angan dan cita cita kami nak hepi hepi kan Dia tercapai lah hendaknya. Tapi rancangan aku hendak ajak dia makan rojak india di Geylang terpaksalah aku batalkan. Kejadian keracunan makanan Rojak India yg sempat meragut 2 nyawa membuat aku dan Dear tukar rencana makan makan dikota Singa utk sang tamu itu.
Oh ya ada satu kejadian baru baru ni yang menyentap hati dan perasaan ku. Satu hari sebelum Cuti Good Friday yang lalu, aku, Dear, seorang teman baik dari sekolah rendah dan best fren Dear hendak pergi short shopping trip to Indonesia. Pagi tu aku bangun seperti biasa walaupun rencana utk meet kat airport adalah pada pukul 8.30pagi. Dari rumah kami ke airport hanya memakan masa 15 mins car ride. Sedang aku sibuk memasak asam pedas ikan pari, Dear masuk dapur dan memberitahu ada sms dari Datin. Dear kata Datin sms mengatakan suaminya meninggal. Hishh betulke..rasanya macam tak percaya. Waktu tu, dlm kepala otak aku hanya ingat Dear masih jalu dan mungkin tersalah baca kot. Bukan aku tak percaya walaupun Dear meyakinkan aku, tapi setahu aku Datin dan suaminya pun sepatutnya berangkat ke Bandung pagi tu. Aku arahkan supaya si pembantu rumah sambung apa yg aku tengah buat dan bergegas ke bilik utk lihat sendiri sms tersebut. Ah ha lah, memang betul apa yg Dear katakan. Tanpa fikir panjang, aku langsung called Datin yg tinggal di Johor. Waktu tu tak fikir apa dan berapa cost talipon tu. Datin cuma mengatakan ya betul suami dia telah pulang ke rahmatullah dan dia redha. Innalilah...
Aku yg terkedu saat itu. Tersentap dan tiba tiba dada ku rasa sebak. Dah berapa hari sebelumnya, Datin banyak bertanya itu ini tentang Bandung. Memang Datin tak berapa keen nak kesana, tapi suaminya lah yg beria ia nak kesana, dan Datin ikutkan ajalah setelah aku meyakinkan Datin yg Bandung taklah sepanas dan sesumpek Jakarta. Tapi siapa sangka, walaupun semua dah dalam perencanaan, Allah Swt berkehendak yang lain. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Walau sesaat pun kita tak bisa menghentikan apa yg dah tertulis diazali. Semuga Allah SWT memberkati roh Almarhum dan juga meringankan segala siksaan. Takziah buat Datin dan keluarga.
Apa yang berlaku memang membuat aku dan Dear menjadi lebih bersikap lembut antara satu sama lain. Kami lebih menghargai setiap apa yg memasing lakukan. Sampai saat ini, tiap malam kami sering memohon maaf antara satu sama lain sebelum kami tidur. Siapalah tahu seandainya matahari esok tak dapat lagi kita lihat. Siapalah tahu, masih ke sempat kita mengucapkan selamat pagi pada teman tidur kita. Dan siapalah tahu, masih mampukah kita melihat senyuman pagi dibibirnya dan mengucup bibir itu. Hanya Allah saja yang tahu.