Thursday, February 26, 2009

Jeles

Hai macam dah lama tak update this blog. Sibuk menyibuk aja dengan kerja yg tak pernah habis.
Hari minggu yang lalu, gara gara FB, aku telah menyempat menghadirkan diri ke majlis reunion class of Secondary 4. It has been more than 20 years we took our 'O' level and then left that secondary school. Bila aku cerita kat Dear, she siang siang dah kata jangan nak sibuk sibuk suruh dia ikut. Ah! waktu tu pun aku diam aja.
Tiba hari minggu pagi lagi aku dah dpt text dari seorang teman lama yang kebetulan adalah x aku masa sekolah dulu. Dear memang tahu pasal X aku ni. Sebenarnya hari minggu tu aku macam dah takde mood nak pegi, tapi memandangkan ramai yg tinggal as far as Jakarta sanggup datang ke sini, aku gagahi juga pergi renunion tu.
It was great to meet old friends. Ramai yg dah kembang, ada yang dah gugur rambutnya dan ada yang dah kawin beberapa kali. Aku juga yang masih solo dimata mereka. Oppss tidak, ada juga 3 lelaki yang masih bujang trang tang tang dari kelas aku dan kelas X aku. Then ada yang suara supaya kita try to get to know each other better...Tapi sorry ler, aku tak minat.
Reunion supposed to be from 12.30 to 5pm. Habis dari reunion tu, aku dan 3 lagi teman lama, beralih ke lain tempat dan berboraklah kita sampai jam 8mlm. Almaklumlah lama tak jumpa. Antara 3 lagi teman yang bersama tu termasuklah X aku.
Kira kira jam 9 mlm baru lah aku sampai rumah. Dear tak pun sambut aku di muka pintu. Kalau selalu aku keluar dengan teman2 lain, Dear akan tunggu di ruang tamu akan kepulangan ku. Selalunya segelas air pun akan disuguhkan untuk aku. Tapi minggu lepas tu, Dear buat tak kisah. Dear ada di dapur dan aku pun menuju kedapur utk menciumi Dear. Itu yang selalunya aku lakukan seandainya aku keluar tanpa Dear. Hmmm, Dear mengelak bila hendak aku ciumi. Bingung juga aku dibuatnya..kenapa pulak eh..dalam hati berkata.
Aku biarkan aja..dan aku terus pergi mandi. Selepas itu, aku sibuk nak bercerita tentang reunion tadi. Dear dengar macam nak tak nak aja...then Dear membebel lah..
"Baiknya you tak ajak I, pastu kata reunion from 12.30 sampai pukul 5ptg, ah ni pukul 9 lebih baru you sampai rumah...pas tu tak kasi tahu pun nak balik lambat"
"Eh! that time when I told you about this reunion, you said not to ask you to come along apa. So I pun tak tanya you lagilah."
"Ah yelah, selalu paksa suruh orang ikut, yelah ni kan ada matair lama you..sbb tulah kan" sambil Dear keluar dari dapur.
Aku yang tengah minum air waktu tu, tersedak dibuat nya...siapa pulak matair lama aku. Jantanz jantanz kat kelas aku banyak kan budak cina. Matair lama aku budak cina tu bukan dari secondary school, tu dari zaman pre-u. Hisshh!! cemburu buta lah.
"Sayang kenapa ni, siapa pulak matair lama I, most of my classmate budak cina apa, yg ada budak melayu tu pun laki si khatijah tu, dorang datang laki bini, apa ajalah you ni"
"Yelah si celak tu lah, takkan you lupa kot, pagi lagi dia dah text you, excited about the reunion tu"
Aduh! she is jealous actually. Jealous dengan X yang kini adalah kawan baik aku. Tersenyum aku sendiri. Good that she is jealous, kan cemburu tu tandanya sayang.
Aku biarkan aja Dear sendiri, tak ku lontarkan balasan kata. Let her cool down, orang tengah jeles ni, kalau dilayan boleh jadi fatal. Akibatnya, aku hanya pandang rambut Dear bila beradu. Biarlah, yang penting aku tahu, Dear jeles kerana she loves me.
Esok dan hujung minggu ni aku nak kena jaga diri dan tutur kata. Yang penting sekali nak kena jaga hati Dear. Nasib baik X aku faham. Aku dah pun beritahu X aku apa yang berlaku dan kalau kalau Dear jeles about her. Mudah mudahan perjalanan ke KL taklah membuat Dear dan X aku bermasam muka... kang rasa hati yg gembira dan berbunga bunga dapat bawa 2 wanita yang pernah dan sedang bertahta dihati aku menjadi satu pengalaman yg tak pernah dan tak mahu aku alami.
Semuga semuanya berjalan dengan lancar for this trip.

Wednesday, February 4, 2009

SMS Text "Boleh Berkenalan"

Last few days, lebih tepat lagi since Friday night, I had been receiving a sms from someone yang aku tak kenal langsung. Mula mula tu aku ingat salah orang sebab sms tu singkat aja..
'Boleh tak nak berkenalan dengan you'.
Pelik juga. Aku pun rasa iseng on the way nak balik tu, jawab dengan confident camni
'nak berkenalan? nak buat apa? saya ni anak dah dua dah. btw mana dapat number hp saya?'. Yelah aku ingat jantanz mana yang jari jemarinya juga iseng tak buat apa lantas antar aku sms. Lagipun dah veteran gini, kalau ada yang nak kenal tak kan main sms kot, selalunya jumpa one to one atau reramai.
'U ada anak apa?. I tahu u belum kawin, hari ni pun I tahu u pakai baju warna apa' balas si pengantar sms.
Alamak cuak kejap aku, aku pandang sekeliling orang orang yg ada dlm bas. Tak de pun satu jantanz yg tengah sms or holding a hp. Kalau ada pun cuma 1 org india ni tengah terpekik pekik ckp kat talipon, ni mesti kes tengah ckp dng someone kat India. Takde pulak org perempuan melayu kat dalam bas tu melainkan aku aja. Amoi cina banyaklah but mostly tengah nganga mulut dorang atau tengah tersenguk senguk tido.
'Sori kalau nak berkenalan, siapa gerangan awak ni, dan kalau pandai, saya pakai baju warna apa?. Pantas aku membalas setelah aku scan org org dalam bas tu.
'Hari ni you pakai tshirt warna merah, tudung merah hitam dan blue jeans. Bag adidas hitam dan kasut favorit you tu warna coklat'
Tersentak betul aku, sampai kasut favorit camel aku ni pun dia tahu. Hai siapa lah gerangan orang ni. Siapa pulak yang stalk aku ni. Aku biarkan aja sms tu tak terjawab. Aku nak tunjukkan pada Dear dulu.
Tiba diport yang selalu aku tunggu Dear, she dah sampai dah. Dlm perjalanan sambungan bas tu, aku tunjukkan sms tersebut pada Dear
"Ha siapa ni, sukalah you ada org nak berkenalan" Dear terus aja menemplak
"Eh! apa pulak, you tengok dulu apa my reply"
"Abis tu, orang ni tahu you pakai baju apa semua, must be someone in your officelah" Dear dah cool sikit
"I dont know, I tak keluar lunch time tadi, and seriously I rasa this person saja nak sakat me" dan aku pun amik hp dan simpan di kocek.
Dear masih tak puas hati, lepas kami makan malam, dia call the number. Tapi tak dijawab. Ada lah juga 3 kali she called but no one answer. Pas tu, aku terima sms lagi.
'Cik Yang, you belum cakap lagi boleh berkenalan ke tidak, tapi you call me, jangan marah tau I tak angkat'. Wah sms itu betul betul buat Dear bingit. Apa tidaknya, org yg hantar sms tu tahu nama aku pulak tu. Malas aku nak jawab. Banyak kerja dan homework yang aku nak siapkan sebab nak kena hantar pada lecturer hujung minggu yang lalu. Aku larang juga Dear balas sms tu. Susah sangat, aku off jer handphone aku tu. Aku harus focus bukan nak layan all this stuff.
Pada Dear, aku tegaskan aku tak kenal this person and I got nothing to do with this person, hanya dia aja ada dalam hati aku. Yang lain aku tak hengin.
Pukul 12.20 mlm baru aku habis buat kerja. Bila aku masuk bilik, Dear dah tido. Aku turn on balik hp aku tu..huy..ada 8 lagi sms dari pengirim yang sama. Tak kuasa aku nak layan, aku ada kelas esok, lebih baik aku tido dan peluk Dear.
Hari Sabtu dan Ahad masih juga terima sms. Si pengirim masih lagi bermain teka teki. It seem that this person banyak tahu tentang diri aku. Mesti ada orang yang spy. Mula mula tu rasa banggalah juga, masih ada orang yang minat dan cari tahu hal aku. Tapi bila dia dah bercerita banyak, aku jadi dah tak trill nak tahu apa yg org ni tahu tentang aku. Yang hanya bikin aku penasaran adalah dia ni jenis 2 buah diatas atau 2 buah kecik dibawa. Hmmm, nampaknya nak kena minta tolong connections kat telecom providers ni.
Semalam, setelah tak ku jawab segala mala sms hari senin si pengirim sms misteri itu, aku cuba call the number dengan menggunakan number talipon office. Tak sampai 3 kali deringan, talipon di jawab.
"Hello" adoi suara perempuanlah.
"Hai, sorry, I had a missed call from this number, may I know who is this" serius aku bersuara
"Are you sure?. I never called you or this number"
"Hm, not this number, you called my mobile and its on low bat now, that is why I used a land number, you ni melayukan?"
"Ye, siapa ni berapa number hp you" tergagap kejap perempuan tu
"Hmmmm, boleh tak I nak berkenalan dengan you" aku pulak pasang jarum
"Hmm, boleh, tapi siapa ni" cepat dia jawab
"I rasa I need to know siapa you dulu, baru I boleh cakap nama I"
"Ok, you can call me Lin, siapa nama you"
"Lin mana? and how do you get my hp number?. You kata you interested in woman and heard alot about me, how caring I am and all that stuff, now you tanya what is my name?"
"Oh! ni Cik Yang eh, hhmm, I like your voice, very husky, very manly."
"Wei cik adik, please tell me who give you my hp number, I'm not interested in any other woman or who so ever"
"Hmm..garangnya, I thought you ni romantic tau. Boleh tak I jadi kawan you. I tengok gambar lama you kat Facebook, cute eh, no wonderlah ramai budak perempuan yang suka kat you dulu"
"Eh Lin, I got no time for all this, you better tell me who yang kasi my hp number pada you"
"Alah cik Yang, tak kan marah, Lin nak berkenalan aja apa bukan nak jadi steady pun".
Hishh, giler kentang betul budak ni, memang suara dia punyalah manja boleh tergoda aku dng suara si Lin ni.
"Takpelah, kalau you tak nak kasi tahu tak pe, but I tell you this, kalau nak berkenalan ok aja, tapi I prefer to kenal in person, sms tak main. Bila boleh jumpa" amik kau.
"Eh takpelah nanti lah, Lin tak senang lah, apa kata Cik Yang tengok dulu gambar Lin, nanti Lin sms weblink address to you ok" menggoda betul suara awek ni.
"Sukahatilah, but please dont call my number or sms me dengan perkara yang merepek2 eh, kalau nak kenal, kita jumpa. Kalau tak, hp hp sms sms ni semua x main ok. Oklah, thanks ya, sori mengganggu." Belum pun sempat si Lin jawab, aku dah hangup.
Belum pun sempat aku nak bangun amik air, hp aku yg tengah aku charge tu berbunyi. Lin dengan cepat hantar aku link gambar dia kat website, siap kasi aku password sekali.
Lemas, nak tengok ke nak gi amik air ni. Ah forget it, later ajalah. Aku memang teruja nak tengok wajah si Lin ni, adakah lembut bagai yg punya suara.
Akhirnya aku emailed Dear, told her what happen and gave her the link and ask her to see. Aku tunggu verdict dia baru aku nak tengok.
Dear called tak sampai lima minute kemudian. Dear kata aku boleh tengok muka Lin tu. Bukan Dear nak kongkong aku, tapi aku yg suruh Dear berbuat demikian utk elakkan masalah di kemudian hari. Aku cinta kedamaian bukan pertengkaran.
Tentang Lin tu, memang dia kendu, tapi she is not to my taste. Aku hanyalah one woman woman.