Thursday, February 26, 2009

Jeles

Hai macam dah lama tak update this blog. Sibuk menyibuk aja dengan kerja yg tak pernah habis.
Hari minggu yang lalu, gara gara FB, aku telah menyempat menghadirkan diri ke majlis reunion class of Secondary 4. It has been more than 20 years we took our 'O' level and then left that secondary school. Bila aku cerita kat Dear, she siang siang dah kata jangan nak sibuk sibuk suruh dia ikut. Ah! waktu tu pun aku diam aja.
Tiba hari minggu pagi lagi aku dah dpt text dari seorang teman lama yang kebetulan adalah x aku masa sekolah dulu. Dear memang tahu pasal X aku ni. Sebenarnya hari minggu tu aku macam dah takde mood nak pegi, tapi memandangkan ramai yg tinggal as far as Jakarta sanggup datang ke sini, aku gagahi juga pergi renunion tu.
It was great to meet old friends. Ramai yg dah kembang, ada yang dah gugur rambutnya dan ada yang dah kawin beberapa kali. Aku juga yang masih solo dimata mereka. Oppss tidak, ada juga 3 lelaki yang masih bujang trang tang tang dari kelas aku dan kelas X aku. Then ada yang suara supaya kita try to get to know each other better...Tapi sorry ler, aku tak minat.
Reunion supposed to be from 12.30 to 5pm. Habis dari reunion tu, aku dan 3 lagi teman lama, beralih ke lain tempat dan berboraklah kita sampai jam 8mlm. Almaklumlah lama tak jumpa. Antara 3 lagi teman yang bersama tu termasuklah X aku.
Kira kira jam 9 mlm baru lah aku sampai rumah. Dear tak pun sambut aku di muka pintu. Kalau selalu aku keluar dengan teman2 lain, Dear akan tunggu di ruang tamu akan kepulangan ku. Selalunya segelas air pun akan disuguhkan untuk aku. Tapi minggu lepas tu, Dear buat tak kisah. Dear ada di dapur dan aku pun menuju kedapur utk menciumi Dear. Itu yang selalunya aku lakukan seandainya aku keluar tanpa Dear. Hmmm, Dear mengelak bila hendak aku ciumi. Bingung juga aku dibuatnya..kenapa pulak eh..dalam hati berkata.
Aku biarkan aja..dan aku terus pergi mandi. Selepas itu, aku sibuk nak bercerita tentang reunion tadi. Dear dengar macam nak tak nak aja...then Dear membebel lah..
"Baiknya you tak ajak I, pastu kata reunion from 12.30 sampai pukul 5ptg, ah ni pukul 9 lebih baru you sampai rumah...pas tu tak kasi tahu pun nak balik lambat"
"Eh! that time when I told you about this reunion, you said not to ask you to come along apa. So I pun tak tanya you lagilah."
"Ah yelah, selalu paksa suruh orang ikut, yelah ni kan ada matair lama you..sbb tulah kan" sambil Dear keluar dari dapur.
Aku yang tengah minum air waktu tu, tersedak dibuat nya...siapa pulak matair lama aku. Jantanz jantanz kat kelas aku banyak kan budak cina. Matair lama aku budak cina tu bukan dari secondary school, tu dari zaman pre-u. Hisshh!! cemburu buta lah.
"Sayang kenapa ni, siapa pulak matair lama I, most of my classmate budak cina apa, yg ada budak melayu tu pun laki si khatijah tu, dorang datang laki bini, apa ajalah you ni"
"Yelah si celak tu lah, takkan you lupa kot, pagi lagi dia dah text you, excited about the reunion tu"
Aduh! she is jealous actually. Jealous dengan X yang kini adalah kawan baik aku. Tersenyum aku sendiri. Good that she is jealous, kan cemburu tu tandanya sayang.
Aku biarkan aja Dear sendiri, tak ku lontarkan balasan kata. Let her cool down, orang tengah jeles ni, kalau dilayan boleh jadi fatal. Akibatnya, aku hanya pandang rambut Dear bila beradu. Biarlah, yang penting aku tahu, Dear jeles kerana she loves me.
Esok dan hujung minggu ni aku nak kena jaga diri dan tutur kata. Yang penting sekali nak kena jaga hati Dear. Nasib baik X aku faham. Aku dah pun beritahu X aku apa yang berlaku dan kalau kalau Dear jeles about her. Mudah mudahan perjalanan ke KL taklah membuat Dear dan X aku bermasam muka... kang rasa hati yg gembira dan berbunga bunga dapat bawa 2 wanita yang pernah dan sedang bertahta dihati aku menjadi satu pengalaman yg tak pernah dan tak mahu aku alami.
Semuga semuanya berjalan dengan lancar for this trip.

No comments: