Saturday, July 21, 2012

Salam Terakhir

Assalammualaikum.

Hari ini 1 ramadan 1433. Kami ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang selama ini sudi untuk menyinggah blog abadi cinta kita ini.

Saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis diblog ini kerana telah membuat penghijrahan kepada sesuatu yang lebih diredhai Allah SWT,insyallah.

Namun, saya masih mahu membiarkan sejarah yang tertulis diblog ini sebagai satu kenangan. Demi cinta saya pada bidang penulisan saya telah membuat keputusan untuk berhijrah menulis di blog baru saya. Disitu akan saya lakarkan tentang penghijrahan kami dan juga ranjau yang kami lalui dalam mengharapkan keredhaan dalam kehidupan yang hanya tinggal sisa ini.

Maka dengan ini, izinkan kami berundur dari dunia yg selama ini kami geluti. Bagi yang tertanya tanya, kami masih lagi bersama dan insyallah akan tetap bersama hingga akhir hayat dengan izin Allah SWT hendaknya.

Semuga semua dapat menjaga puasa masing masing bukan hanya dari lapar dan dahaga. Tingkatkan amalan kita selama sebulan ini bagi menampal dosa dosa yang kita lakukan dibulan bulan yg lain. Bersedekah lah bagi meningkatkan rezeki dan kesihatan. Berbaik sangka sesama insan dan ukuhkan silaturahim yang mana terurai dek kesibukan tuntutan hidup.

Akhirkata, selamat menjalani ibadah puasa dan selamat semuanya. Doakan impian kami menjadi satu kenyataan. Insyallah, kami akan memanjatkan doa untuk teman teman sekalian. Ameen.

Wassalam

Wednesday, July 11, 2012

Kesal

Pagi ini akhirnya gunung berapi meletup. Alhamdulillah!

Telah lama sedikit demi sedikit hakisan dilakukan. Walaupun aku sering menolak tepi dan cuba bersangka baik, akhirnya pagi ini aku tewas.

23 tahun merangkai cinta bersulamkan kesabaran, kasih, sayang dan pengertian. Kuliliti juga dengan untaian ikatan yg kadang kuikat kemas kemas dan ketat ketat dan kadang, aku seorang insan yg lemah, maka ada juga untaian ikatan yang terburai kerana tak kuasa aku untuk mengeratkan ikatan.

Telah terlalu banyak dan sering kutelan rasa ini sendiri sambil aku melaung laungkan kata kata dipikiran dan hati nurani "aku cintakan kedamaian"..... Agar aku dpt bersabar dan mengelakkan pertengkaran.

Dalam tiap sujudku, sering ku mohon padaNYA agar ukuhkan ikatan antara kita... Dan alhamdulillah... Hingga kini kita masih bisa bertahan. Walau kadang hatiku hancur, namun melihat senyumanmu dan mengingat kenangan lalu juga mengenang "the little things" yg kau buatkan untuk ku... Aku cuba berlapang dada.

Seandainya ada kesempatan marilah kita sama sama muhasabah diri. Aku mengaku akulah yg membawamu kedunia ini. Aku lah yg mengeheretmu melayar bahtera cinta bersama. Tak usahlah kau mengungkit semua itu. Aku tahu dan amat sedar. Tapi apalah dayaku yg tak mampu utk menahan api kasmaran nafsu berahi terhadap insan sesama jenis. Namun aku sedar kesilapan ku bukan kerana kealpaan namun kerana aku gagal mengawal nafsu dan aku gagal menepis ajakan Syaitan nirrajim.

Telah aku pohon berjuta ampun kepadamu, telah berkali kau mengingatkan aku tentang kekhilafan ku, aku bermuhasabah diri. Mahukah kau juga berbuat demikian.

Sayang, mungkin kau merasa akulah punca segala galanya..namun tak ke kau pernah sedar siapa kah yg mengatur pertemuan kita, siapakah yg membiarkan kita merasa bahagia bersama dan siapakah yg menjaga hubungan kita yg kekal hingga kini Hhhmmm.

Untuk kesekian kali, aku masih ingin berlapang dada.

Mungkin ini ujian bagi kita disini.. Sekecil kecil perkara menjadi satu isu besar dlm kehidupan kita.. Takpe aku rela menerima ujian ini. Insyallah, semuga kita diuji hanya disini dan Allah permudahkan urusan kita nanti di sana.

Sama sama lah kita doa agar Allah menutup aib kita kelak.

Akhir kata maafkan aku sayang dan aku amat menyesali apa yg berlaku ini.

Semuga kasih sayang dan cinta kasih antara kita abadi selamanya. Ameen

Monday, July 9, 2012

Lurah2 yg cantik di Saigon

Life has been great. Alhamdulillah.

Minggu lalu kami telah terbang ke Saigon sempena dengan birthday trip Dear.

Walaupun Dear kata tak usah kemana mana sempena dengan besdaynya, namun tak sampai hati pula. Yelah birthday tahun lepas cuma lepak di hotel di JB, tahun ni kasi chance lah sikit. Anyway nak citer pasal Saigon ni.

Di Saigon, tak banyak makanan halal. Ada teman2 yg da pernah kesana berpesan supaya bawa maggi dan some food for consumption. So kami bawa jugalah.

Hari pertama sampai, selesai Dear solat, kami langsung ke Cho Ban
Thean. Banyak kedai kedai yg sedang sibuk berkemas memandangkan sudah hampir pkl 6 ptg. Namun kami masih sempat membeli dan menempah jahit sepasang baju kurung sorang.

Jln2 dikawasan tersebut, jumpa satu kedai Ustazah Basiroh. Beliau adalah bekas Qariah yg mewakili Saigon dlm musabaqah more than ten years back. Selain menjual baju muslimah dan telekong, di depan toko ini ada dijual makanan halal. Alhamdulillah.

So kami pun duduk dan orderlah teh tarik 2, karipap 2, dan semagkok mee. Berapa harga? Hhhmm kami
Kasi RM50 dibalikkan hanya 200 ribu dong. Wah sungguh amat mahal. Satu karipap harganya 3ringgit. Manupulasi betullah.

Di Saigon rata rata wanita2 yg berjualan. Dan memandangkan keadaan cuaca panas, kebanyakan dari mereka memakai singlet gantung yg mempunyai butang dibahgian pergunungan. Huuuii... Payah aku penjaga mata namun tiap pusing kepala pasti terlihat lurah lurah yg dalam dan menggiurkan. Pulak tu dia orang ni akan duduk2 di bangku yg rendah didepan kedai2 mereka. Lagillah susah menjaga mata. Astaghfirullah.

"Dee, dorang ni semuakan menguggah keimanan Yang tau".. Aku berbisik pada Dear sambil kepalaku mengarahkan kepada seorang penjual yg mempunyai asset yg sebakul dan terjojol... Mmg buat banyak mata yg melihat pun terjojolan... Hahahah.

"Apa Yang, menguggah keimanan?. You kan suka benda tu, nikmati ajalah pemandangan tu, lagipun antara perempuan ok apa" saja aja Dear membalas.

"Alah boleh tengok takleh nak pegang buat apa, potong steam aja.. Kalau balik hotel u nak kasi takpe juga.. So ni macam appetizer dulu lah. U nak kasi ke nanti? Kalau nak kita balik hotel sekarang lah..", spontan aja aku menjawab.

"Dah jangan nak mengada eh.. Ingat sikit. Tak habis habis gatal eh" sambil tangan cepat aja cubit pinggang kita. Adoi!

Aku memang selalu aja cari peluang, manalah tahu kot kot ada rezeki. Namun aku akur, aku harus tegar melawan hasutan nafsu. Cuma rasanya da lama tak berkata kata lucah dengan Dear. Ampuni aku ya Allah. Kau tetapkan iman dan pendirianku. Ameen.

Pada harijadi Dear, pihak hotel memberikan sebokeh mawar putih dan kad besday bermuzikal. Wah so touch by the surprise gift. Heheheh.. So aku selamatlah x yah kasi Dear bunga. Save sikit Dong.

Ok layan gambar sikitlah ... Tengoklah katil bulat tu.. Cute sangat.. VIP room aja yg ada katil ini. Oh kopi ice tu adalah part of budaya org Saigon ... Tak kira masa dan cuaca, kopi ice adalah part of their life. Mmg sedap rupanya.

So siapa2 yg nak info mengenai tempat ini.. Boleh drop me an email.

Chio dulu.


Thursday, June 21, 2012

Rindu

Wah lama juga x bersiaran diruang sesawang ini. Rindu pula nak berceloteh kat sini.

Hari ini mood sangat lain sejak jam 3.45 pagi lagi. Mem kata x yah masak so aku dapat dengan tenang mengabdikan diri ini pada yg Maha Esa.

Nun jauh disudut hati dlm keheningan subuh, aku tak dapat nak menahan airmata ini lagi. Sesungguhnya aku benar benar amat rindu. Rindu serindu rindunya.

Walaupun saban hari dan dalam waktu waktu tertentu, telah kulafazkan Alfateha, namun pagi tadi runtuh ampangan airmataku.

Mungkin masalah yang membelenggu diri kebelakangan ini telah membuat aku tidak lagi kuat untuk menghadapi situasi ini.

Alangkah indahnya seandainya aku masih dapat menyandarkan diri dlm
Pelukanmu dan aku tahu saat itu yg akan ku dapat adalah belaian manja dan sayang darimu bagi menenangkan ku.

Ya Allah sungguh aku amat merinduinya. Tiada tempat hendak ku mengadu tentang kerinduan ini selain dari berbicara denganMU Ya Allah.

Berikan aku kekuatan, kesabaran, keredhaan dan ketenangan dalam menempuh ujianmu ini, Ya Rabb.

Mak, orang rindu kat Mak. Orang takde siapa yg nak orang kongsi masalah orang ni. Mak doakan orang bahagia dan tenang didunia ya mak. Insyallah, kita akan bersama nanti.

Alfateha buat Mak.

Monday, June 4, 2012

Apabila diri di Fitnah

Realiti hidup ini kadang macam mana kita berbuat baik pun sesama manusia, masih ada insan yg merasa sebaliknya dan mula menabur cerita yg tidak tidak tentang diri kita.

Apa perasaan korang bila difitnah?. Mesti geramkan. Hhhmmm .. Bagi aku pula, entahlah. Aku tak rasa geram pun masa aku dapat tahu yg aku adalah mangsa fitnah. Aku lebih merasa sedih. Sedih kerana orang yg baru ku kenal tak sampai pun setengah tahun dah boleh bercerita macam2 tentang diri aku pada seseorang yg amat kusanjung dlm dunia penulisan.

Lebih teruk lagi ceritanya aku sampai ingin meminjam wang seorang guru sejauh Serawak hanya kerna aku ingin melancong... Hahahaha.

Mulanya bila sang penulis bertanyakan soalan padaku ttg pembawa cerita lewat inbox di facebook.

Mudah sungguh soalan sang penulis

"Akak nak tanya kat kau ni, ada tak SiMenawan ( bukan nama sebenar) contact kau"

"Kalau ada, kau jgn cerita apa2 tau".

Saat tu aku da merasa pelik dng soalan dari sang penulis. Apa kena pulak? Dlm aku berkira kira utk menalipon si penulis, dia dng lebih dahulu menghubungi aku.

Alkisah, sipenulis inginkan kepastian betulke aku melancung ke Tasmania dengan meminjam wang dari siMenawan sebanyak 3ribu ringgit? Kata si menawan kepada sang penulis lagi, belum pun aku membayar wangnya, aku da melancong lagi ke Batam.
Astagfirullah! Aku istigfar dlm hati sambil mengeleng geleng kepala mendengar cerita dari sang penulis.

"Apa kak, dia ckp saya pinjam duit dia 3 ribu ringgit utk gi holiday?" terjerit sekejap aku.. Nasib baik aku tak terlepas handphone digengaman sanking terperanjat dng berita ini.

Dear yg waktu itu tengah menyapu terlepas sapu ditangan mendengar aku seakan menjerit bertanya pada sang penulis.

Kelakar pun ada aku rasakan. Aku baru saja mengenal org yg memfitnahku pada January tahun ini di malaysia. Dlm tempuh antara january dan Feb, ada 4 kali sidia ini dtg bertandang kerumah kami di JB bersama keluarganya. Dlm jangka waktu 4 bulan, banyak betul yg dia tahu ttg aku.. Hahahhah. Benda yg konon nya dia tahu... Sampai ke Serawak cerita ini.. Hehhehe.

Yang tak boleh aku dan Dear angkatz, cerita dia kepada sang penulis bahwasanya, aku menalipon suaminya jam 3 pagi semata mata utk suruh suaminya mengambil aku pulang dari berfoya foya di pusat karaoke di JB. Walhal tak pernah pun aku menjejakkan kaki ke mana mana karaoke di JB ini. Kalau kat sini lainlah....Hahhaha.

"Yang, pukul 3 pagi setahu I lah kan, you kalau tak berdengkur masa tu, you kacau I nak sesuatu atau kalau You tengah mood baik, you gi bangun solat". Ceria aja Dear bila aku cerita ttg panggilan talipon dari sang penulis dan ttg fitnah yg ditaburkan terhadap aku.

Alhamdulillah, orang2 yg termakan fitnah tentang aku sempat juga bergossipan sesama mereka dan telah pun mengaku dan meminta maaf semasa aku kePesta Buku antarabangsa di pWTC tenpohari. Aku bersyukur mereka sedar yg apa yg dikatakan tentang semuanya bukanlah benar. Dan aku bersyukur ukhwah antara aku dan guru di serawak bertambah gara gara duit 3ribu ringgit.

Mereka hanya termakan dengan cerita2 tersebut memandangkan org yg bercerita itu memang kelihatan baik. Apa pun aku bersyukur sangat sangat kerana mendapat pahala free. Hehehe.

Pada yang ingin berbuat fitnah ingat ingatlah akan akibatnya nanti
Sesungguhnya fitnah ini lebih buruk sari membunuh.

Dosa kita pada Allah sebagai insan yg mencintai kaum sejenis masih boleh lagi kita meminta ampun dan bertaubat. Dosa kita pada sesama manusia hanya boleh kita minta ampun terhadap org tersebut. Jangan takut meminta maaf dan mengaku bersalah, kita hanya seorang insan yg lemah.. Minta lah maaf selagi sempat kerana kita tidak mahu menyesal kelak di mahkamah Allah SWT.

Tuesday, May 8, 2012

Tasmania Lagi

Dah berapa lama nak update tapi ofis network block blogger pulak.

Bersiaran lewat smartphone ni x berapa best. Nak upload gambar pun payah.
Jadi aku decide utk upload kat FB aja but it will be opened to selected ppl aja. Almaklum masih dlm closetkan. So kalau ada yg berminat dan mmg menjadi teman di FB, sila nyatakan request ya.

Ini dapat upload sikit gambar di Tasmania. Layanz.

Thursday, April 12, 2012

I Love Tasmania but I love Dear More

Wow sedar tak sedar suku tahun dah berlalu. Terlalu pantas masa berlalu dan kita manusia terlalu leka dengan dunia dan isinya sampai kadang terlupa untuk menikmati dan mensyukuri apa yang Allah berikan pada kita. Yang kita tahu, merungut, merungut merungut. Makanan tak sedap, merungut. Harga barang naik, merungut, Gaji naik sikit dari tahun lepas, merungut juga.  Ya lah kita ni kan manusia yg tak pernah puas.  Namun rasa nya sesekali kita kena juga ingat yg ada org diluar dari tempat kediaman kita yang lebih susah dan hidup dlm kedhaifan. Chhheeewwahhhh...pandai aja aku ckp kan...walhal kita pun kadang suka merungut juga.

Sempena ulangtahun ku bulan lalu, syukur amat sangat, aku diberi peluang dan rezeki untuk melihat keindahan alam ciptaan yang Maha ESA. Bukan itu aja, dapat juga melihat kehidupan di negara orang dan mensyukuri hidupku yg tinggal dinegeri yang mudah utk aku mendapatkan barangan halal baik utk makan minum atau pun lain lain. Pendek kata aku rasa bersyukur sangat sangat dengan nikmat dan rezeki yang Allah SWT berikan kepada kami walaupun telah banyak dosa2 yg kami buat. Ampuni kami Ya Rabb.

Walaupun 2 minggu sebelum rancangan percutian ke Tasmania dan Melbourne, aku sakit hingga harus ke hospital dan Dear demam 2 hari sebelum kami terbang, sungguh percutian kali ini memberikan satu kenikmataan dengan pengalaman baru yg dapat kami alami. Alhamdulillah.

Planning untuk mengutip tiram dan juga melihat keajaiban ciptaan Allah daripada hakisan air dan glow worm menjadi kenyataan bila hos kami, Cik Salmah (yg sama sama pergi ke Eropah dulu) menyampaikan hajat kami dengan kereta 4W drive nyer itu. Sayang Cik Salmah. Satu pengalaman yang amat membuat aku gembira dan insaf. Oh ya kami ke hujung dunia juga. Hahahah ...masa di Swiss dulu ke Top of the World, di Tasmania pula ke "Edge of the World".  Entah lah tak tahu pulak bila lah destinasi kami ke End of the World. wallaallahhu alam.

Di Tasmania, penginapan kami berbeza dari tempat2 yg pernah kami pergi.  Menjadikan Hobart tempat bermalam kami selama 3 hari utk berkeliling di kawasan sekitaran, kami telah memilih untuk menginap di full Contained Cabin.  Cute lah kat sini. Kalau teringat, mesti aku dan Dear dan juga Cik Salmah pastinya akan ketawa terbahak bahak. Cabin ini adalah seperti kontena, di dalam telah lengkap peralatan memasak, peti ais, microwave dan juga flask utk masak air. Pinggan mangkok dan kuali pun ada disediakan utk 6 orang. Oh ya cabin ini adalah lebih khusus untuk family. Ada katil berkelamin dan 2 set bunk bed. Kami tak payah nak gaduh nak memilih tempat tidor...automatik katil kelamin tu milik kami berdua. Cik Salmah dan Cik Blur aka teman yang satu lagi bersama rombongan kami, masing masing mengambil katil duit tingkat tu sorang satu.

Kami telah ke Wellington Mountain, Salamanca Market, Sorell Fruit Farm, Wharf dan beberapa tempat yang lain juga. Owh nak citer hal di Salamanca Market ni.  Terdapat kumpulan hak asasi LGBT yg membuka booth dipasar hujung minggu ini. Mereka menjual banner, sticker dan some accessories yg melambangkan LGBT. Mereka juga telah menyediakan borang utk para LGBT isi utk support same sex marriage di Tasmania. WOW! I love it. Rasa teruja sangat nak sign borang tu. Tapi we are still in the closet, tak pasal pasal Cik Salmah dan Cik Blur fikir apa pulak.  Anyway, enjoy aku tengok same sex couple wanita yang bersantai di padang dekat Salamanca Market. Aku dan Dear pun duduk juga di padang tu sementara menanti Cik Salmah dan Cik Blur berposing posing dideretan kereta kereta antiq disitu. Di sekeliling kawasan pasangan sejenis disitu diri tak terasa asing. Dear pula tanpa rasa segan, sempat mencuri cium beberapa kali. Im in Cloud Nine. Yelah, mana berani kan nak bercium dikhalayak ramai disini, di negara jiran hatta di benua Asia pun. Tak pasal pasal esok muka kluar kat Stormp. Dah glamer kejap dengan publisiti murah " 2 Woman in Headscarf smooching at Each Other" Wah gempak. Tak tergamak aku nak jadi glamer dengan cara begitu...lebih baiklah duduk diam dlm almari saja.

I love Tasmania, tak sangka ada banyak lessie disana.  Masa kami minum petang setelah selesai memetik apple dan pear, di Sorell Farm, kami bertemu lagi satu pasangan les yg minum petang disitu bersama seorang tua. Sembang2 dengan mereka, si butch mengatakan yg org tua tersebut adalah ibu kepada pacarnya, mereka akan mengambil ibu tersebut dari rumah tumpangan org tua seminggu sekali utk ke sorell cafe for the yummylicouos scornes and waffles.  Sweet.

Satu lagi kenangan yg tersangat indah utk diabadikan dlm blog abadi cinta kita ini adalah semasa ke sebuah gua untuk melihat stalagtites dan stalagmites juga glow worm. Suhu di dlm gua adalah sekitar 5degrees hingga 9 degress celsius. Hakisan hakisan air yg telah menjadi stalatites juga stalagmites sungguh mempesonakan. Dengan cahaya lampu yg dipasang oleh pihak Tasmanian Tourism menjadikan gua tersebut sangat romantik. Sepanjang perjalanan didlm gua tersebut, Dear sentiasa bergandingan tangan dengan ku melainkan lorong yg hendak dilalu hanya boleh memuatkan satu org at one time. Sampai satu kawasan dimana ada banyak glow worm, guide telah memadamkan lampu dan hanya cahaya hijau dari glow worm yg kelihatan di bumbung2 dan tembok tembok gua. Subhanallah, Masyallah.....sungguh indah pemandangan dialam gua ini...sungguh romantik sangat suasana saat itu. Dlm menghayati keindahan ciptaan Allah SWT, aku sambil memeluk satu lagi keindahan ciptaan Allah yaitu wanita yg ku cintai, berbisik ditelinga Dear yang aku terasa mahu mencumbuinya disaat romantik begitu. Dear pun tanpa banyak bicara memusing kan wajah dan dpt lah juga kami bercumbu beberapa saat dlm remang remang cahaya glow worm di Marakoopa Cave yang erti dalam bahasa omputih Handsome Cave.

Owh banyak lagi lah nak citer ...next time lah layan gambar dlm posting akan datang insyallah. Ada keje nak buat ni.

Wednesday, February 29, 2012

Mencari identiti

Fuuhhh... Penatnya badan. Bizzy mengalahkan wakil rakyat. Baru perasaan hari ni leap year bila tengok berita. Adoi x sadar diri betul sanking bz.

Kejap aja esok da bulan March. Suka. Aku memang selalu suka bulan ini sebab akan dapat hadiah dari org orang tersayang.

Dulu masa zaman sekolah aku kurang sikit suka bulan ini sbb ada school holiday. Itu bermakna aku x dpt nak celebrate dng kawan2 sekolah. Yelah Arwah Mak memang jarang kasi aku keluar dengan kawan kawan masa cuti sekolah. Kalau boleh keluar pun hanya pergi library masa zaman sekolah menengah. So aku selalu takkan lepaskan peluang ke library. Aku suka sebab macam2 informasi yg dpt aku korek kat library. Especially tentang kegundahan hati tentang orientasi seksual diri. Almaklum dlm usia yg meningkat remaja masa tu semua kena cari tahu sendiri lewat bahan bacaan. Siapa yg berani nak pegi menghadap guru kounselling atau disciplin. Tak pasal2 mak bapak kena panggil datang sekolah. Habis takkan nak tanya mak bapak... Bagi aku tanya mak ajalah sbb bapak aku da x de masa aku belum darjah satu lagi. Walaupun ramai kakak dan abg, takkan berani punya nak tanya. Lagipun walaupun bapak sudah tiada, kami adik beradik dididik dng penuh islamik.

Bila aku kenangkan, budak2 sekarang untung, buka laptop, dah boleh cari erti lesbian, bukan makna aja- siap dengan mcm2 details lagi- even cara memuaskan nafsu pasangan. Duh! Untungkan. Aku? Haru ... Hahhaah.

Zaman aku hanya boleh baca buku2 yg mana ada nak citet terang2 pasal lesbian, kalau ada pun banyak yg melaung laungkan lesbianism itu salah, salah dimata awam salah di mata agama.

Kalau hubungan hetero, walaupun tanpa nikah, org masih ok aja-- dulu san sekarang pun sama aja. To think back, at least lesbian atau gay tak mengandungkan anak org dan tinggalkan. Lebih teruk lepas tu buang pula anak yg tak berdosa itu. Hhmm, aku ingat nak bekerjasama lah ngan gadis yg x gadis lagi tu - anak tu dari dibuang, kasilah pada kita kita kan. Dpt juga kita pahala jaga anak tu.

Lah terkeluar topik pulak. Sebenarnya nak citer pasal zaman mula mula cari identiti da kelain pula. Hhhmmm sambung lain kali lah. Mem da tunggu, nanti x hepi haru pula kita dibuatnya. Baik baik da dijanjikan susu, tuba pula dikasi jatahnya.

Sambung next time lah.

Tuesday, February 21, 2012

Setahun sudah berlalu

Diam x diam da setahun jadi part time malaysian. Walaupun cuma balik pada hujung minggu saja buat masa sekarang , ia ttp memberikan ketenangan.

Betul, x tipu..( hahha ckp pun da mcm org malaysia)... Bukan aku aja yg rasa tenang bila berada di teratak kami, jiran tetangga pun rasa sama. Rata rata mereka merasakan lapang fikiran dan seronok bila disana. Wah stress sungguh kat spore ni ya walaupun xde any kedai/ shopping yg dkt dng tempat kami, still jiran2 ku yg mostly org sini
Juga merasa hepi.

Inilah kawasan perumahan teratak kami. Alhamdullillah, jiran2 yg kami telah kenal mostly baik baik. Cuma satu jiran yg disebelah rumah kami aja
yg agak anggek... Cina yg mengada ngada..apa dia ingat dia org keje kat singapore, diorg kencang ke? Pohda... Mmglah kalau tukar matawang tu gaji korang boleh jadi ribu2, tapi x ya lah nak mengada ngada.... Setakat ada rumah terres aja, bukan semi d atau bungalow pun. Geram fikirkan yg balcony kami habis lobang gara2 kontractor jiran sebelah yg kerja asalboleh. Bukan itu aja, besi dari awning kami pun habis dorang simen. Da tak tahu nak ckp apa dan x kuasa nak bergaduh.. Jadinya kami diamkan aja. Cuma aku telah dng tegas meminta jiran sebelah cat balik balcony n tembok dapur yg telah cacat dengan tampalan simen.

Ada rezeki insyallah nak invest satu lagi. Allahumma yassir walla tuassir.

Thursday, February 16, 2012

Doakan kami.

Salam pagi khamis. Sejak kebelakangan ini payah nak update blog guna komputer kat ofis ni. Blogger flatform browerser dah tukar tapi kita guna ofis laptop x leh nak suka2 update. Jadi merasalah type dengan jari2 gemuk ni di keyboard yg kecik guna smartphone ni. Kalau nak update blog kat rumah, memang confirm xde time nak on laptop.. Kalau on juga ada aja org tu nak suruh buat something. Demi x nak cekcok, maka updatelah blog yg dah berabuk ni guna phone. Ok apa citer? Banyak story sebenarnya. Aku phobia pada tiap bulan febuari. Tiap tahun permulaan bulan ni selalunya sering terjadi pertengkaran hebat antara kami... Mcm jinx pula. Tapi tahun ni Alhamdulillah, da pun melebihi setengah bulan, ianya tak berulang. Infact sweet things happened almost every other nite. Great! 19 feb ni genap 1 tahun kami dpt kunci rumah. Sekejap ajakan.. Wasiat x buat lagi.. Harap2 dptlah membuatnya sebelum keberangkatan kami nanti... Semuga Allah mempermudahkan urusan dan kabulkan niat kami. Owh bulan ni company aku ada kasi long service award. Mak ai sedar x sedar dah 15 tahun aku keje kat sini. Habuan LSA, dptlah $500. alhamdulillah, jadilah dpt juga buat poket money utk cuti2 bulan dpn. Sekarang ni, kami dlm dilemma. Yalah, selama ini hujung minggu balik keseberang tambak.. But since kelas da start, tiap hujung minggu dok pening fikir nak balik sana ke tidak. Kelas sabtu ptg.. Jadi balik jumaat mlm dan siang sabtu da kena patah balik.... Rasanya belum puas nak relex2 kat sanada kena balik sini semula. Dear ckp x pe lah, ini dugaan dan cobaan kita,so kena banyak berkorbanlah. Yelah aku redha. Demi niat suci kami, Allahumma yassir waala tuassir. Doakan semuga niat kami terkabul ya. Jazakauallah.

Monday, January 30, 2012

Januari

Sekejapnya masa berlalu, sedar tak sedar januari pun dah nak berlalu. Apa yg dah dpt kita kecapi pada bulan pettama di tahun 2012 ini?.Ah tak nak fikir ah. Sekarang cuma nak fikirkan nak pemperbaiki diri dan hubungan. Nak mempertingkatkan ekonomi Dlm rumahtangga. Tahun lalu memang semua kehendak dan nafsu terpaksa dicampakkan jauh2. Semua $$ dilaburkan utk renovasi dan membeli peralatan rumah. Walaupun saving didlm akaun memang berkurangan sangat, namun alhamdulillah tiadalah kami tido dengan memikirkan segala hutang dibenak fikiran. Syukur sangat2. Aktiviti menjelajah dunia utk tahun ini ada jugalah dlm budjet kami. Cuma takut cuti aja yg tak cukup kalau nak buat perancangan awal. Dear ada lebih kurang 42 hari cuti untuk tahun ini. Namun dear harus menepikan lebih kurang 24 hari seandainya impian kami tercapai utk tahun ini. Jadi buat 6 bulan pertama hanya boleh melangkah kan kaki dekat2 aja dan kalau boleh x mkn cuti tahunan kami. Bagi aku, alhamdulillah, walaupun cuti tahun ini ada 32.5 hari, namun aku akan diberi 10 hari cuti sabbatical seandainya harapan dan doa kami dimakbulkan Allah SWT. So far rencana percutian hanya yg dkt seperti KayEl 3 minggu yg lalu dan 2 minggu mendatang pula nak pergi memanjakan badan di pulau seberang. Owh bulan Feb akan menjenguk 2 hari lagi. Mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sengeketa antara kami hendaknya.

Tuesday, January 3, 2012

Air air air dimana mana.

Selamat tahun baru semua. Hari ini aku ketempat kerja dng semangat tahun baru. Berbaju warna kegemaranku dan juga tastangan warna yg sama. Aku sebenarnya bertuah. Tiap hari pakaian ku Dear siapkan. Semua Dear yg matchkan. Walaupun banyak handbag, pat ni maxam mana Dear galakkan aku gunakan yg matching ngan warna baju, memang aku tak kuasa. Dear, walau tengah marah dan merajuk macammana pun, akan tetap pilihkan baju dan gosokkan utk ku. Maka aku tak bolehlah nak cerewet. Namun aku memang bukan jenis yg cerewet bab warna dan pilihan baju utk ketempat kerja. Aku tak kisah sebenarnya sebab aku memang malas bab gosok menggosok baju. Alah kenapa pulak merapu pasal benda ini. Hehehe. Sbb aku rasa hati ini berbunga bunga pakai serba serbi warna kegemaranku. Tahun ni mengikut kelender cina adalah tahun naga. Naga Air. Bukan nak citer pasal naga ni.. Nak citer pasal air sebenarnya. 2 minggu yg lalu, teratak kami dipenuhi air. Ruang dining digenangi air. Habis basah karpet dan juga kaki meja mengembang. Teruk betul buatan Rustica, harap aja mahal. Bila kami panggil developer, kontraktor tak dpt nak jelaskan apa sebabnya. Itu dibahagian bawah. Mungkin ada water sippage atau water laying kurang bagus. Alasan cam ni boleh juga aku terima, tapi mcm mana ngan ruang bilik tidur di atas. Basah juga. Peliklah. Jiran2 Cina yg dtg semua mengatakan tuah. Air bagi kepercayaan org cina membawa kekayaan. Wah, betulke? Mudah mudahanlah ya. Sambil kami berbincang, ada jiran yg bertanya apa horoscope aku dan Dear. Bila aku katakan yg aku dan dear both watersign, yg bertanya jelas terperanjat. Dia mengatakan tahun 2012 adalah tahun naga air. Dan memandangkan kami berdua tergolong dlm kelompok air, ia adalah tahun yg banyak "Ong" utk kami. Oh! Kalau lah ramalanmu benar belaka... Hahah.. Tak tahu nak percaya ke tidak.. Takut kalau percya dan taksub, jadi lari dari akidah. Tapi Aku dan Dear percaya pada ketentauan Allah SWT. Apa apa pun kami hanya meminta kepadanya sahaja dan berdoa segala niat dimakbulkan. Amin.