Monday, January 30, 2012

Januari

Sekejapnya masa berlalu, sedar tak sedar januari pun dah nak berlalu. Apa yg dah dpt kita kecapi pada bulan pettama di tahun 2012 ini?.Ah tak nak fikir ah. Sekarang cuma nak fikirkan nak pemperbaiki diri dan hubungan. Nak mempertingkatkan ekonomi Dlm rumahtangga. Tahun lalu memang semua kehendak dan nafsu terpaksa dicampakkan jauh2. Semua $$ dilaburkan utk renovasi dan membeli peralatan rumah. Walaupun saving didlm akaun memang berkurangan sangat, namun alhamdulillah tiadalah kami tido dengan memikirkan segala hutang dibenak fikiran. Syukur sangat2. Aktiviti menjelajah dunia utk tahun ini ada jugalah dlm budjet kami. Cuma takut cuti aja yg tak cukup kalau nak buat perancangan awal. Dear ada lebih kurang 42 hari cuti untuk tahun ini. Namun dear harus menepikan lebih kurang 24 hari seandainya impian kami tercapai utk tahun ini. Jadi buat 6 bulan pertama hanya boleh melangkah kan kaki dekat2 aja dan kalau boleh x mkn cuti tahunan kami. Bagi aku, alhamdulillah, walaupun cuti tahun ini ada 32.5 hari, namun aku akan diberi 10 hari cuti sabbatical seandainya harapan dan doa kami dimakbulkan Allah SWT. So far rencana percutian hanya yg dkt seperti KayEl 3 minggu yg lalu dan 2 minggu mendatang pula nak pergi memanjakan badan di pulau seberang. Owh bulan Feb akan menjenguk 2 hari lagi. Mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sengeketa antara kami hendaknya.

No comments: