Tuesday, February 21, 2012

Setahun sudah berlalu

Diam x diam da setahun jadi part time malaysian. Walaupun cuma balik pada hujung minggu saja buat masa sekarang , ia ttp memberikan ketenangan.

Betul, x tipu..( hahha ckp pun da mcm org malaysia)... Bukan aku aja yg rasa tenang bila berada di teratak kami, jiran tetangga pun rasa sama. Rata rata mereka merasakan lapang fikiran dan seronok bila disana. Wah stress sungguh kat spore ni ya walaupun xde any kedai/ shopping yg dkt dng tempat kami, still jiran2 ku yg mostly org sini
Juga merasa hepi.

Inilah kawasan perumahan teratak kami. Alhamdullillah, jiran2 yg kami telah kenal mostly baik baik. Cuma satu jiran yg disebelah rumah kami aja
yg agak anggek... Cina yg mengada ngada..apa dia ingat dia org keje kat singapore, diorg kencang ke? Pohda... Mmglah kalau tukar matawang tu gaji korang boleh jadi ribu2, tapi x ya lah nak mengada ngada.... Setakat ada rumah terres aja, bukan semi d atau bungalow pun. Geram fikirkan yg balcony kami habis lobang gara2 kontractor jiran sebelah yg kerja asalboleh. Bukan itu aja, besi dari awning kami pun habis dorang simen. Da tak tahu nak ckp apa dan x kuasa nak bergaduh.. Jadinya kami diamkan aja. Cuma aku telah dng tegas meminta jiran sebelah cat balik balcony n tembok dapur yg telah cacat dengan tampalan simen.

Ada rezeki insyallah nak invest satu lagi. Allahumma yassir walla tuassir.

Thursday, February 16, 2012

Doakan kami.

Salam pagi khamis. Sejak kebelakangan ini payah nak update blog guna komputer kat ofis ni. Blogger flatform browerser dah tukar tapi kita guna ofis laptop x leh nak suka2 update. Jadi merasalah type dengan jari2 gemuk ni di keyboard yg kecik guna smartphone ni. Kalau nak update blog kat rumah, memang confirm xde time nak on laptop.. Kalau on juga ada aja org tu nak suruh buat something. Demi x nak cekcok, maka updatelah blog yg dah berabuk ni guna phone. Ok apa citer? Banyak story sebenarnya. Aku phobia pada tiap bulan febuari. Tiap tahun permulaan bulan ni selalunya sering terjadi pertengkaran hebat antara kami... Mcm jinx pula. Tapi tahun ni Alhamdulillah, da pun melebihi setengah bulan, ianya tak berulang. Infact sweet things happened almost every other nite. Great! 19 feb ni genap 1 tahun kami dpt kunci rumah. Sekejap ajakan.. Wasiat x buat lagi.. Harap2 dptlah membuatnya sebelum keberangkatan kami nanti... Semuga Allah mempermudahkan urusan dan kabulkan niat kami. Owh bulan ni company aku ada kasi long service award. Mak ai sedar x sedar dah 15 tahun aku keje kat sini. Habuan LSA, dptlah $500. alhamdulillah, jadilah dpt juga buat poket money utk cuti2 bulan dpn. Sekarang ni, kami dlm dilemma. Yalah, selama ini hujung minggu balik keseberang tambak.. But since kelas da start, tiap hujung minggu dok pening fikir nak balik sana ke tidak. Kelas sabtu ptg.. Jadi balik jumaat mlm dan siang sabtu da kena patah balik.... Rasanya belum puas nak relex2 kat sanada kena balik sini semula. Dear ckp x pe lah, ini dugaan dan cobaan kita,so kena banyak berkorbanlah. Yelah aku redha. Demi niat suci kami, Allahumma yassir waala tuassir. Doakan semuga niat kami terkabul ya. Jazakauallah.

Monday, January 30, 2012

Januari

Sekejapnya masa berlalu, sedar tak sedar januari pun dah nak berlalu. Apa yg dah dpt kita kecapi pada bulan pettama di tahun 2012 ini?.Ah tak nak fikir ah. Sekarang cuma nak fikirkan nak pemperbaiki diri dan hubungan. Nak mempertingkatkan ekonomi Dlm rumahtangga. Tahun lalu memang semua kehendak dan nafsu terpaksa dicampakkan jauh2. Semua $$ dilaburkan utk renovasi dan membeli peralatan rumah. Walaupun saving didlm akaun memang berkurangan sangat, namun alhamdulillah tiadalah kami tido dengan memikirkan segala hutang dibenak fikiran. Syukur sangat2. Aktiviti menjelajah dunia utk tahun ini ada jugalah dlm budjet kami. Cuma takut cuti aja yg tak cukup kalau nak buat perancangan awal. Dear ada lebih kurang 42 hari cuti untuk tahun ini. Namun dear harus menepikan lebih kurang 24 hari seandainya impian kami tercapai utk tahun ini. Jadi buat 6 bulan pertama hanya boleh melangkah kan kaki dekat2 aja dan kalau boleh x mkn cuti tahunan kami. Bagi aku, alhamdulillah, walaupun cuti tahun ini ada 32.5 hari, namun aku akan diberi 10 hari cuti sabbatical seandainya harapan dan doa kami dimakbulkan Allah SWT. So far rencana percutian hanya yg dkt seperti KayEl 3 minggu yg lalu dan 2 minggu mendatang pula nak pergi memanjakan badan di pulau seberang. Owh bulan Feb akan menjenguk 2 hari lagi. Mudah mudahan semuanya berjalan dengan lancar dan tiada sengeketa antara kami hendaknya.

Tuesday, January 3, 2012

Air air air dimana mana.

Selamat tahun baru semua. Hari ini aku ketempat kerja dng semangat tahun baru. Berbaju warna kegemaranku dan juga tastangan warna yg sama. Aku sebenarnya bertuah. Tiap hari pakaian ku Dear siapkan. Semua Dear yg matchkan. Walaupun banyak handbag, pat ni maxam mana Dear galakkan aku gunakan yg matching ngan warna baju, memang aku tak kuasa. Dear, walau tengah marah dan merajuk macammana pun, akan tetap pilihkan baju dan gosokkan utk ku. Maka aku tak bolehlah nak cerewet. Namun aku memang bukan jenis yg cerewet bab warna dan pilihan baju utk ketempat kerja. Aku tak kisah sebenarnya sebab aku memang malas bab gosok menggosok baju. Alah kenapa pulak merapu pasal benda ini. Hehehe. Sbb aku rasa hati ini berbunga bunga pakai serba serbi warna kegemaranku. Tahun ni mengikut kelender cina adalah tahun naga. Naga Air. Bukan nak citer pasal naga ni.. Nak citer pasal air sebenarnya. 2 minggu yg lalu, teratak kami dipenuhi air. Ruang dining digenangi air. Habis basah karpet dan juga kaki meja mengembang. Teruk betul buatan Rustica, harap aja mahal. Bila kami panggil developer, kontraktor tak dpt nak jelaskan apa sebabnya. Itu dibahagian bawah. Mungkin ada water sippage atau water laying kurang bagus. Alasan cam ni boleh juga aku terima, tapi mcm mana ngan ruang bilik tidur di atas. Basah juga. Peliklah. Jiran2 Cina yg dtg semua mengatakan tuah. Air bagi kepercayaan org cina membawa kekayaan. Wah, betulke? Mudah mudahanlah ya. Sambil kami berbincang, ada jiran yg bertanya apa horoscope aku dan Dear. Bila aku katakan yg aku dan dear both watersign, yg bertanya jelas terperanjat. Dia mengatakan tahun 2012 adalah tahun naga air. Dan memandangkan kami berdua tergolong dlm kelompok air, ia adalah tahun yg banyak "Ong" utk kami. Oh! Kalau lah ramalanmu benar belaka... Hahah.. Tak tahu nak percaya ke tidak.. Takut kalau percya dan taksub, jadi lari dari akidah. Tapi Aku dan Dear percaya pada ketentauan Allah SWT. Apa apa pun kami hanya meminta kepadanya sahaja dan berdoa segala niat dimakbulkan. Amin.