Friday, October 28, 2011

Pernahkah


How this song speak what inside me.

Friday, October 21, 2011

Feeling Down

Hari minggu ini genap 22 tahun aku menyulam cinta dengan Dear. Husshhh....lama sangat hubungan terlarang kami. Kalau boleh kami melahirkan pasti ramai dah anak kami. Namun kudrat cinta terlarang, tak membuahkan hasil apa pun.

Dua tiga hari ini, aku rasa down sangat. Tak pasti apa sebabnya. Mungkin faktor usia, mungkin faktor kerja dan mungkin aku lelah. Lelah dengan hubungan kami yg tak kemana. Apa sebenarnya yg kami cari. Sex bukan matlamat dlm hubungan ini. Walaupun ia sesekali membantu melepaskan tension dlm diri. Tapi aku tetap merasa lelah.

Kebelakangan ini, banyak perkara yg membuat aku rasa x senang. Dear sampai menangis bila aku menjawab soalan soalan dan pertanyaannya dengan menaikkan suara. Dear complain aku x seperti biasa. Aku tak lagi lemah lembut kalau menjawab  apa pun soalan dari Dear. Hhhhmmmm...aku lelah, lelah dengan semua ini. I need a BREAK....I need a .....can someone send M Nasir and KIT KAT.

Aku cuba menilai kenapa dan mengapa aku rasa down. Rutin harian mungkin.  Semenjak berpindah ofis, aku memang kerap dan cpt merasa penat. BOSAN. Apa tujuan pergi balik kerja tiap hari. Tiap bulan dpt gaji utk bayar bill bagai. Aku bosan.

Esok, aku cuma plan utk chill dan rilex dengan candle light dinner diteratak kami, tapi Dear tak keen. Dear kata tahun ni x yah celebrate. Hmmm, tak usah siapkan hadiah, tak usah celebrate. Then WHAT?. Since x nak celebrate, lebih baik aku register for some course this Sunday. Dpt juga aku ilmu. Tapi Dear tak izinkan pula. Dear cuma hendak aku rilex aja di rumah sana. Dear kata, hari minggu boleh bangun lambat. Dah lama aku x bangun lambat. Dear nak aku cuba rilex dan jgn tension.

AaahHHHHHHH! aku Lelah dan penat. PENAT dengan sekeliling aku.

Rasanya ingin aku berlari
Berlari dan terus berlari
Namun aku tak mengerti
Kemana arah tujuan nak berhenti

Rasanya aku ingin menangis
Dari rasa hati yg terguris
Tangisan yg merembes rembes
Berakhir hanya di sanubari

Tuhan, tolonglah hamba mu ini yg kehilangan arah tuju
Tuhan, kasihanilah hambu mu yg telah hilang kemudi
Tuhan, ampunilah dosa dosa kami
Tuhan, tetapkan cinta antara dia dan aku

Tuhan, abadikan cinta kita
hingga keakhir hujung nyawa.

Tuesday, October 18, 2011

Cerita Kenduri Pemanasan Rumah

Alhamdulilllah, majlis hari sabtu yg lalu berjalan dengan lancar.  Walaupun undangan bermula jam 2 ptg hingga 9 mlm, seawal 11.30 pagi, tamu pertama telah pun sampai. Makanan yang dikater belum pun sampai, nasib baik lah kita dah siapkan beberapa juadah ringan sebagai sampingan.

Tak menang tangan dan tak sempat nak really duduk berbual dengan para tamu. Risau juga kami takut kalau kalau makanan tak mencukupi. Yelah, kami betul2 tak expect ramai yg nak menghadirkan diri. Buah tangan yg kami sedia kan utk para tamu juga habis dibagi bagi. Itu pun ada adik beradik yg tak dapat. Nasib baik mereka tak merajukkan.

Dear yg ramai menjemput kawan2nya. Aku tak seorang pun kawan kerja yg aku undang. Kalau ada pun aku mengundang Si Celak, kekasih lama tu, dan beberapa teman dari sekolah rendah. Namun aku ada mengundang tamu istimewa, iaitu novelis kesayangan ku.  Alhamdulillah, sudi juga dia datang bertandang ke rumah kami walaupun jauh dari tempat penginapan dia di Kajang. Yang lebih terharu sekali, dia senjaga mengenakan baju warna kegemaran ku dan membawa bunga hiasan dari warna tersebut juga. Segala kepenatan lenyap waktu aku melihat suaminya keluar dari kereta mereka. Dia juga dtg dengan personally deliver novel terbarunya. Bahagia dan senyum hingga ketelinga aku dibuatnya.  Oh Si Celak juga amat teruja utk bergambar dengannya. Senyum memanjang juga lah dia dibuatnya. Hehehe. Dear kata, kami ni macam dapat award lah pulak.

Tamu terakhir meninggalkan rumah kami sekitar jam 12.45 pagi. Tak terlarat rasanya badan waktu itu. Tapi tetap nak kena kemas dapur bagai. Nasib lah aku tak masak semuanya sendiri. Buat majlis dengan catering makanan utk para undangan pun cukup memenatkan. Oh ya, nak ucapkan terimakasih pada org tu yg rekomenkan caterer. Betul kata awak, makanannya sedap alhamdulillah. Itu kata para tetamu, kami tak sempat nak makan sebenarnya. 

Habis tutup kedai, kami sambung mengemas dapur dan knock off around 2.45 pagi. Lelah amat, namun kami bersyukur pada Allah SWT, doa kami agar dipermudahkan segala urusan kami didengar. Kami mohon agar tidak hujan, Allah kabulkan.  Kami mohon agar makanan mencukupi, alhamdulillah, malahan ada tambahan juadah dari org yg datang bertandang. Kami mohon ada yg sudi membantu, alhamdulillah tertunai juga permintaan kami tanpa harus kami meminta bantuan, ada insan yg ringan tulang bersingsing lengan membantu kami. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.



ps: walaupun kami agak kecewa, sepasang tetamu yg kami rindukan kehadirannya, yg mula mula berkongsi kebahgiaan kami mendapat kunci teratak ini, yg mula mula ikut merasa ke ghairahan kami mencari barang2 utk teratak kami, namun kami redha dan sedar, pasangan itu yg pasti mungkin tidak akan sudi lagi menjejakkan kaki keteratak kami. Walau apa pun alasannya, kami ikhlas menerima dan tidak berkecil hati. Kami sedar siapa lah kami di hati mereka. Kami telah menerima hakikat sebenar. Apa pun ribuan terimakasih atas persahabatan yg diberikan selama setahun perkenalan kami dengan pasangan tersebut. Semuga Allah membalas segala budi bicara dan kebaikan kalian. Amin.

Wednesday, October 5, 2011

October dah sampai.

Sedar tak sedar kita dah pun sampai 3/4 tahun bagi tahun ini. Syawal telah pun berlalu. Hilang sudah kesibukan open house bagai. Timbul pula kesibukan kenduri orang pergi haji. Alhamdulillah, tahun ini sorang lagi adik beradikku yg bakal menunaikan haji bersama suaminya.  Dan sorang anak buah pun akan mengikut berangkat keMekah sebagai anggota delegasi pakar perubatan. Alhamdulillah, dia terpilih utk sama sama menjaga kebajikan kesihatan para jemaah kelak. Sambil tu boleh lah dia mengerjakan haji. Citer orang nak pergi haji, aku bila lagi ya.. Insyallah, niat dah ditanamkan, tinggal menunggu mendapat quota bila genap usia nanti. Doa aja lah dpt pergi berdua bila genap usia yg mampu diberi visa tanpa mahram.

Hujung minggu ini, sungguh penuh jadual ku. Ada jemputan house warming di Johor Sabtu siang. Malam pula kenduri haji anak saudaraku. Sambil doa selamat harilahir kedua dua puteri kembarnya.  Minggu pula, dua niece yg nak bertunang. Kakak ku pula bikin dua kenduri sekaligus, doa selamat anak bertunang dan pemergiannya ke Mekah. Belum pergi kenduri, perut aku dah senak memikirkan undangan2 itu.

Tadi malam, sambil golek golek aku bertanya Dear.

"Dee, anniversary nanti nak present apa"
"Tak nak apa2 lah. Save duit tu lah, kita kan dah banyak keluar duit renovate dan penuhkan rumah kita" Dear menjawab sambil dengan gigih nya main Scramble di iphonenya.
"Hmm, betul ke?. Wah kalau cam ni mesti Dee pun tak kasi Yang anything ler"
"Mestike nak kasi present?. Birthday dah kasi, anniversary pun nak kena kasi juga. Adoi boleh bangkrap tau". tetap konsentrasi pada game Scramble walau mulut membebel.
"Oh oklah, sori lah, I ganggu you main game", aku pun memusingkan badan membelakangi Dear. Takde maknanya nak bersembang dengan hati yg walang dan Dear dengan fikiran terpusat di Iphone.
"Ah ni merajuklah, ckp tak nak present pun nak marah, suka ati you lah". Bebel lagi Dear
"Hai, mana ada Yang marah, Dee gilah main game tu, sori I ganggu konsentrasi you" Terus aku kejap mata dan cuba melelapkan diri dalam bilik yg terang.

Tak sampai 5 minit, bunyi bunyian dari Iphone Dear senyap. Dlm kejaman dapat aku rasakan yang Dear bangkit dari katil. Terdengar suis lampu dipetik. Bila aku membuka sebelah mata, lampu telah pun dimatikan.  Terasa ada tangan yg menggapai dilengan. Diikuti pula sebuah ciuman hinggap dipipi.
"Cakap sikit merajuk, sini pusing face me". Dengan cara memaksa Dear memalingkan badanku utk mengadap kearahnya.
"Sayang, I tak nak apa apa for our anniversary bukan bermakna I dah x suka kat Sayang atau tak nak celebrate our Anniversary, Dee tak nak Yang spend lagi. Kita kan nak kena save duit, tak ingat ke rancangan kita utk tahun depan." amboi, bukan main lagi memujuk siap cium dahi bagai
"Hmm yelah, yelah, tapi we go for dinner aja nanti ok"
"Takyahlah, kita just have dinner kat rumah, kita celebrate hari Sabtu. Dee nak Yang masak, dah lamakan tak masak special untuk Dee, and kita celebrate kat our matrimony home ok.?" pulak dah alasan Dear ni.
"Ok ok lah, good nite, nak tido ni esok Yang nak bangun pukul 4 pagi ni, Love you" Akhirnya aku give in and kissed her good nite.

Namun takdapat nak aku terus lelap bila ada tangan yg rajin merayap rayap membelai belai. Cukup aku dapat menahan gejolak didada agar tak ikutkan rentak jari jemari yg lembut membelai itu. Dalam gelora, aku terlelap juga akhirnya.

Dan tadi pagi, dpt juga aku bangun pada deringan jam 4 pagi dan tercapai hajat yg dicitakan. Alhamdulillah.