Tuesday, October 18, 2011

Cerita Kenduri Pemanasan Rumah

Alhamdulilllah, majlis hari sabtu yg lalu berjalan dengan lancar.  Walaupun undangan bermula jam 2 ptg hingga 9 mlm, seawal 11.30 pagi, tamu pertama telah pun sampai. Makanan yang dikater belum pun sampai, nasib baik lah kita dah siapkan beberapa juadah ringan sebagai sampingan.

Tak menang tangan dan tak sempat nak really duduk berbual dengan para tamu. Risau juga kami takut kalau kalau makanan tak mencukupi. Yelah, kami betul2 tak expect ramai yg nak menghadirkan diri. Buah tangan yg kami sedia kan utk para tamu juga habis dibagi bagi. Itu pun ada adik beradik yg tak dapat. Nasib baik mereka tak merajukkan.

Dear yg ramai menjemput kawan2nya. Aku tak seorang pun kawan kerja yg aku undang. Kalau ada pun aku mengundang Si Celak, kekasih lama tu, dan beberapa teman dari sekolah rendah. Namun aku ada mengundang tamu istimewa, iaitu novelis kesayangan ku.  Alhamdulillah, sudi juga dia datang bertandang ke rumah kami walaupun jauh dari tempat penginapan dia di Kajang. Yang lebih terharu sekali, dia senjaga mengenakan baju warna kegemaran ku dan membawa bunga hiasan dari warna tersebut juga. Segala kepenatan lenyap waktu aku melihat suaminya keluar dari kereta mereka. Dia juga dtg dengan personally deliver novel terbarunya. Bahagia dan senyum hingga ketelinga aku dibuatnya.  Oh Si Celak juga amat teruja utk bergambar dengannya. Senyum memanjang juga lah dia dibuatnya. Hehehe. Dear kata, kami ni macam dapat award lah pulak.

Tamu terakhir meninggalkan rumah kami sekitar jam 12.45 pagi. Tak terlarat rasanya badan waktu itu. Tapi tetap nak kena kemas dapur bagai. Nasib lah aku tak masak semuanya sendiri. Buat majlis dengan catering makanan utk para undangan pun cukup memenatkan. Oh ya, nak ucapkan terimakasih pada org tu yg rekomenkan caterer. Betul kata awak, makanannya sedap alhamdulillah. Itu kata para tetamu, kami tak sempat nak makan sebenarnya. 

Habis tutup kedai, kami sambung mengemas dapur dan knock off around 2.45 pagi. Lelah amat, namun kami bersyukur pada Allah SWT, doa kami agar dipermudahkan segala urusan kami didengar. Kami mohon agar tidak hujan, Allah kabulkan.  Kami mohon agar makanan mencukupi, alhamdulillah, malahan ada tambahan juadah dari org yg datang bertandang. Kami mohon ada yg sudi membantu, alhamdulillah tertunai juga permintaan kami tanpa harus kami meminta bantuan, ada insan yg ringan tulang bersingsing lengan membantu kami. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.



ps: walaupun kami agak kecewa, sepasang tetamu yg kami rindukan kehadirannya, yg mula mula berkongsi kebahgiaan kami mendapat kunci teratak ini, yg mula mula ikut merasa ke ghairahan kami mencari barang2 utk teratak kami, namun kami redha dan sedar, pasangan itu yg pasti mungkin tidak akan sudi lagi menjejakkan kaki keteratak kami. Walau apa pun alasannya, kami ikhlas menerima dan tidak berkecil hati. Kami sedar siapa lah kami di hati mereka. Kami telah menerima hakikat sebenar. Apa pun ribuan terimakasih atas persahabatan yg diberikan selama setahun perkenalan kami dengan pasangan tersebut. Semuga Allah membalas segala budi bicara dan kebaikan kalian. Amin.

No comments: