Wednesday, July 11, 2012

Kesal

Pagi ini akhirnya gunung berapi meletup. Alhamdulillah!

Telah lama sedikit demi sedikit hakisan dilakukan. Walaupun aku sering menolak tepi dan cuba bersangka baik, akhirnya pagi ini aku tewas.

23 tahun merangkai cinta bersulamkan kesabaran, kasih, sayang dan pengertian. Kuliliti juga dengan untaian ikatan yg kadang kuikat kemas kemas dan ketat ketat dan kadang, aku seorang insan yg lemah, maka ada juga untaian ikatan yang terburai kerana tak kuasa aku untuk mengeratkan ikatan.

Telah terlalu banyak dan sering kutelan rasa ini sendiri sambil aku melaung laungkan kata kata dipikiran dan hati nurani "aku cintakan kedamaian"..... Agar aku dpt bersabar dan mengelakkan pertengkaran.

Dalam tiap sujudku, sering ku mohon padaNYA agar ukuhkan ikatan antara kita... Dan alhamdulillah... Hingga kini kita masih bisa bertahan. Walau kadang hatiku hancur, namun melihat senyumanmu dan mengingat kenangan lalu juga mengenang "the little things" yg kau buatkan untuk ku... Aku cuba berlapang dada.

Seandainya ada kesempatan marilah kita sama sama muhasabah diri. Aku mengaku akulah yg membawamu kedunia ini. Aku lah yg mengeheretmu melayar bahtera cinta bersama. Tak usahlah kau mengungkit semua itu. Aku tahu dan amat sedar. Tapi apalah dayaku yg tak mampu utk menahan api kasmaran nafsu berahi terhadap insan sesama jenis. Namun aku sedar kesilapan ku bukan kerana kealpaan namun kerana aku gagal mengawal nafsu dan aku gagal menepis ajakan Syaitan nirrajim.

Telah aku pohon berjuta ampun kepadamu, telah berkali kau mengingatkan aku tentang kekhilafan ku, aku bermuhasabah diri. Mahukah kau juga berbuat demikian.

Sayang, mungkin kau merasa akulah punca segala galanya..namun tak ke kau pernah sedar siapa kah yg mengatur pertemuan kita, siapakah yg membiarkan kita merasa bahagia bersama dan siapakah yg menjaga hubungan kita yg kekal hingga kini Hhhmmm.

Untuk kesekian kali, aku masih ingin berlapang dada.

Mungkin ini ujian bagi kita disini.. Sekecil kecil perkara menjadi satu isu besar dlm kehidupan kita.. Takpe aku rela menerima ujian ini. Insyallah, semuga kita diuji hanya disini dan Allah permudahkan urusan kita nanti di sana.

Sama sama lah kita doa agar Allah menutup aib kita kelak.

Akhir kata maafkan aku sayang dan aku amat menyesali apa yg berlaku ini.

Semuga kasih sayang dan cinta kasih antara kita abadi selamanya. Ameen

No comments: