Tuesday, January 3, 2012

Air air air dimana mana.

Selamat tahun baru semua. Hari ini aku ketempat kerja dng semangat tahun baru. Berbaju warna kegemaranku dan juga tastangan warna yg sama. Aku sebenarnya bertuah. Tiap hari pakaian ku Dear siapkan. Semua Dear yg matchkan. Walaupun banyak handbag, pat ni maxam mana Dear galakkan aku gunakan yg matching ngan warna baju, memang aku tak kuasa. Dear, walau tengah marah dan merajuk macammana pun, akan tetap pilihkan baju dan gosokkan utk ku. Maka aku tak bolehlah nak cerewet. Namun aku memang bukan jenis yg cerewet bab warna dan pilihan baju utk ketempat kerja. Aku tak kisah sebenarnya sebab aku memang malas bab gosok menggosok baju. Alah kenapa pulak merapu pasal benda ini. Hehehe. Sbb aku rasa hati ini berbunga bunga pakai serba serbi warna kegemaranku. Tahun ni mengikut kelender cina adalah tahun naga. Naga Air. Bukan nak citer pasal naga ni.. Nak citer pasal air sebenarnya. 2 minggu yg lalu, teratak kami dipenuhi air. Ruang dining digenangi air. Habis basah karpet dan juga kaki meja mengembang. Teruk betul buatan Rustica, harap aja mahal. Bila kami panggil developer, kontraktor tak dpt nak jelaskan apa sebabnya. Itu dibahagian bawah. Mungkin ada water sippage atau water laying kurang bagus. Alasan cam ni boleh juga aku terima, tapi mcm mana ngan ruang bilik tidur di atas. Basah juga. Peliklah. Jiran2 Cina yg dtg semua mengatakan tuah. Air bagi kepercayaan org cina membawa kekayaan. Wah, betulke? Mudah mudahanlah ya. Sambil kami berbincang, ada jiran yg bertanya apa horoscope aku dan Dear. Bila aku katakan yg aku dan dear both watersign, yg bertanya jelas terperanjat. Dia mengatakan tahun 2012 adalah tahun naga air. Dan memandangkan kami berdua tergolong dlm kelompok air, ia adalah tahun yg banyak "Ong" utk kami. Oh! Kalau lah ramalanmu benar belaka... Hahah.. Tak tahu nak percaya ke tidak.. Takut kalau percya dan taksub, jadi lari dari akidah. Tapi Aku dan Dear percaya pada ketentauan Allah SWT. Apa apa pun kami hanya meminta kepadanya sahaja dan berdoa segala niat dimakbulkan. Amin.

No comments: