Friday, December 19, 2008

Kejujuran Dan Keikhlasan

Berkawan biar beribu berkasih biar satu.

Aku suka dengan peribahasa diatas. Memang aku suka kalau punya ramai kenalan. Banyak yang dapat aku pelajari dari teman teman. Yang paling aku suka sekali dapat belajar tentang kejujuran dan keikhlasan teman teman ku.

Keadaan sekarang ni memang amat susah kita nak bertemu dengan kawan yg benar benar ikhlas berkawan. Ada tu berkawan kerana nak minta tolong. Bukan main lagi baik bila nak minta kita sponsor acara acara yg mereka organise. Tak kisahlah kalau memang ingat kita ni berkawan. Tapi yang tak bestnya tu, bila teman tersebut hanya timbul dan sibuk call or ym kat kita time tu aja...berbagai yang dijanjikan..minta alamat segala...minta maklumat peribadi lagi utk dimuatkan dlm ucapan terimakasih bagai. Alahai, kalau kita dah ikhlas nak menderma kerana Allah, tak lah pulak kita nak minta disanjung atau diwar warkan pada orang lain, tu dah jatuh hukum riak pulak. Yang hanya kita harapkan ialah teman tersebut masih terus berhubungan dengan kita. Sedikit pun paling paling bertanya khabar. Ni tak, abis acara tersebut, bila di tanya katanya acara berjalan dengan lancar; bila diminta share photo photo tu, dan ingin kita tahu siapa yg hadir, dia tak nak pulak bercerita. Masa nak minta sponsor, macam macam dia citer plan for that occasion. Alahai...lebih haru lagi bila dia berjanji bagai nak deliver kan door gift yang tak pun kita harapkan. Bagi kita, yang penting, majlis berjalan dengan lancar dan berjaya. Walaupun diundang, masa tu kita sibuk sesangat, ingatkan dapatlah menjamu mata melalui photo photo acara tersebut, tapi alasan yang diberi bila di tanya hanyalah alasan bodoh semata...tak amik gambar org org yg hadir, cuma amik gambar makanan yg dihidangkan. Hmm, tak tahulah nak cakap apa.

Ah nak juga sentuh bab kejujuran ni. Memanglah kadang kita terpaksa tell little white lies utk menjaga hati teman teman. Kalau ya pun ada yg nak berbuat demikian janganlah termakan diri sendiri dan nampak sangat kita menipu. Kalau yang ditipu tu tahu, pastilah lain kali depa dah tak percaya lagi lah cuma selalunya org yg di tipu tu tak akan menemplak si penipu lagi lagi kalau dia jenis yang menghargai persahabatan. Cuma mungkin satu pengajaran dan org yg ditipu itu akan lebih berwaspada terhadap teman yg tak jujur itu.

Buat aku ni, ramai kawan kawan yg aku kenal lately bersikap hipokrit dan juga jenis yg aku nyatakan diatas. Berym atau bercontact sekadar nak kan pertolongan. Entahlah, agaknya dorang ni semua tak rasa bersalah. Tapi takpelah, gasak dorang lah, lain kali aku akan ambil sikap not so generous with this type of person yg suka nak manipulate keikhlasan dan kebaikan seorang teman. Walaupun dorang kenakan aku, aku tak kisah dan aku tak nak balas. Biarlah dorang jawab sendiri nanti esok esok. Utk org org tersebut aku doakan dorang bahagia selalu dengan sikap dorang tu buat masa ini.

Citer pasal ni, aku rindu pulak nak berbincang dengan satu teman yg selalu berym. Such an intelligent discussion kalau berym dengan dia ni. Aku harap dia tak salah anggap dari apa yg aku bualkan masa kali terakhir berym dengannya. Masuk minggu ni, dah lebih 2 minggu kami tak berym. Aku harap kalau dia ada membaca blog entri aku kali ni, aku ingin katakan, beb, aku rindu lah nak berdiskusi ngan you. Rindu nak bertegang leher menegakkan negeri mana yg lebih baik. Rindu nak bersikap nasionalisma dlm perbincangan kita. Dan beb, i'm really sorry if what I said the last time hurts you. No harm or ill thinking on my side, just voicing out from experience. Hope to see you online soon.

1 comment:

Cinderella said...

teman yg baek mmg ssh dicari

utk sronok2 mmg la rmi
tp bile kiter yg ssh xder sorg pn tunjuk muke utk tnye kabar

hargailah teman2 sejati yg der

tp klu cm sye, klu de member wat mnyaketkn ati, baek x pyh de member lngsung:)