Wednesday, September 3, 2008

Better Late Than Never

Walaupun hari ni dah 3 hari kita berpuasa, saya rasa masih belum terlambat nak ucapkan pada semua Selamat Berpuasa. So far, macamana you all nyer aktiviti bulan ramadhan ni. Harap harap semua kearah kebaikanlah ya. Syaitan dah dikurung, iblis pun dah kat dalam lokap, yang tinggal ni hanyalah syaitan dalam diri kita yaitu NAFSU. So pandai pandailah menjaga Nafsu tu ya. Kat sini nak berkongsi sikit tentang puasa ni dengan you all. Saya tahu mesti ramai yg dah tahu tapi tak salahkan untuk kita refresh sikit otak kita ni. Ilmu yang baik kalau dikongsi banyak ganjaran nya. So here it is:-

Puasa ialah menahan diri dari segala yang membatalkan puasa sepanjang hari (dari Subuh hingga Maghrib) dengan niat.

Amalan yang disunnahkan didalam bulan Ramadhan selain dari solat terawih adalah:
1) Memperbanyakkan membaca al-quran.
2) Bersedekah.
3) Meluaskan belanja untuk anak-anak yatim piatu.
4) Solat tahajjud (solat yang dilakukan sesudah tidur dan setelah solat Isya')
5) I'tikaf dimasjid terutama pada sepuluh malam terakhir.
6) Berbuat kebaikan kepada keluarga, jiran dan teman teman.

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadithnya:
"Barang siapa saja umatku yang senang dengan datangnya bulan Ramadhan maka Allah mengharamkan jasad orang itu dari semua neraka," (Kitab Durrotun Nasihin)

Semuga setiap amalan kalian di bulan yang mulia ini mendapat imbalan dari ALLAH SWT. Bagi yang tak berpuasa tu, jagalah kemaluan eh bukan kemaluan, sifat malu dan segan tu dengan tidak memakan dan minum di khalayak ramai. Teruskan beribadah dan kautlah keuntungan bagi menolong kita di akhirat nanti, insyallah.

No comments: