Friday, September 12, 2008

Geramlah ngan Blogger ni

Puasa puasa ni, si blogger ni bikin aku tension pulak.

Aku ada problem with posting page. All the link button kat atas ni hilang. Korang ada face this problem tak?

Ingat tadi nak blog about iftar kat rumah kak long tempohari dan juga melihat ramai teman teman blogger bikin caramel pudding, teruja juga aku. Aku kengkonon naklah upload gambar caramel pudding yg aku bikin tu, tapi si blogger ni buat hal pulak. Sabar ajalah nak buat cam ner, puasa kan.

By the way, macam mana you all nyer ramadhan? Takkan citer pasal buka dan bazaar ramadhan aja. Macam mana ngan puasa dan terawih korang? So far aku belum pernah miss puasa dan juga terawih. Penat pun aku tetap lakukan. Pernah satu hari tu kerena teramat penat, aku tertidur dan aku buat terawih pada waktu aku bangun sahur...teruk kan tapi dari pada tak buat lebih baik kan aku buat walaupun its a bit out from the norm. Mudah mudahan Allah Swt terimalah amalan aku tu.

Bazaar ramadhan aku belum sempat lagi nak jenguk. Terawih pun buat kat rumah aja ..tak sempatlah nak gi masjid atau mana mana tempat yang organize terawih tu. Darling aku sakit beberapa hari ni. Minggu ni aja dia MC 2 hari. Sekarang ni pun belum sihat betul. Mulut dia penuh dengan ulcer. Haru aku tengok bila dia makan dengan wajah yg menahan sakit. Suruh dia jangan puasa, dia tak nak pulak. Dah tu lembik aja..lepas buka dan solat maghrib terus Dear lepak. Harap harap Dear sembuhlah sebelum raya nanti. Korang doakan ya.

Sekarang ni aktiviti aku penuh dengan assignment. Banyak benda nak kena buat research. Pas tu at least seminggu mesti nak kena siapkan 2 artikel. Dah lah tu, aku pulak sibuk at the same time nak belajar macammana earn money online. Kalau orang lain boleh buat, kenapa tidak aku kan. Harap harap satu hari nanti boleh lah aku quit dari kampeni yg aku keje skarang, bosan betul kalau ingat nak kena tengok muka bos aku.

Aku bersemangat nak belajar lagi dan buat ni semua kerana Dear memberi sokongan dan bantuan. Walaupun Dear berikan sokongan, aku lebih rasa tercabar nak lakukan semua ini kerana aku ingin membuktikan pada Dear (yang slalu suka was was dan sceptical) bahwa di dunia maya ini, kita boleh juga berhasil.

By the way, kalau senang senang tu jengok jengoklah blog seorang teman ni

http://halalmakanmakan.blogspot.com
(its interesting, she baru aja belajar bikin blog tapi dah dapat first page ranking kat google on the search word halal makan)

Bagi sesiapa yang nak aku tunjuk ajar earning money online, do drop me an email or pm me kat sengetian forum tu.

Sampai jumpa lain kali... selamat berbuka.

2 comments:

Anonymous said...

Hi..enjoy reading ur blog.

saya nk blaja to earn money online but saye not a member from sengetian.
so...still can help me.

deeyang said...

Boleh saja...left ur email addr or contact here...