Friday, August 1, 2008

Haruskan Aku terus menjadi Hipokrit?

Talipon di ofis pagi tadi dah mula berdering sebaik saja aku on computer. Number yang tertera adalah number yang sangat aku kenal.
"Morning Yang" suara yang begitu ceria sekali di pagi Jumaat ini.
"Hi, morning, whats up, pagi you dah call" Jawabku
"Yang, tomorrow you ada family day eh, mum nak masakkan you lauk rawan tau. She kata dah lama tak masak masak for you" masih lagi sound ceria suara yang di corong talipon.
"Oh ya ke, then oklah, takpe, family day tu in the morning, nanti on the way balik I amiklah" biasa aja jawaban ku.
"Yang today you pegi tak Natas fair?" tanya yang disana
"Insyallah, I memang plan nak pegi, see how later after work, why? You nak ikut" tanyaku pulak.
"Taklah, I just want to tell you tiket pegi Pekanbaru $10 tau. Nak pegi tak?. One more thing, ada contest tau, kalau menang dapat gi Goldcoast, for 4 people. You jangan lupa ajak I tau" panjang lebar yang empunya suara menjelaskan.
"Eh! mana boleh suka suka ajak you, you minta izin Encik Mad dululah, I tak nak tanggung dosa tau, sebab I dah banyak dosa ni, so taknak tambahkan lagi, anyway belum tentu menang apa" saja aja aku membalas.
"Hhm, oklah Yang" belum pun sempat aku jawab, si empunya suara dah pun meletakkan talipon
Bengang kejap aku dibuatnya. Mana hari ni adalah hari yang sibuk di ofis. Nak close account dan siapkan monthly report. Kenapalah dia ni spoil mood aku pulak.
Aku pun talipon Dear dan ceritakan apa yang berlaku. Dear bukan nak side aku ni, kena marah lagi lah ada. Aku tak rasa aku salah. So later bila dah agak beres kerja aku, aku talipon sipemanggil tu lagi. Aku tanya kenapa she just hang up on me tadi. Dia tak dapat nak menjelaskan hanya kata yang aku spoil her mood dan dia mulai menangis ditalian. Bengang betul aku. Salah ke apa yang aku katakan?.
Sipemanggil tadi adalah seorang yang menganggap aku adiknya memandangkan dia tidak mempunyai adik beradik perempuan yang lain. Nama dia Rozi. Rozi memang memanggil aku Yang dan aku juga memanggil nya demikian. Selalunya bila aku berbual dengan Rozi, haruslah aku sentiasa menjaga tutur bicara walaupun terkadang aku tak suka dengan apa yang Rozi sampaikan. Semua yang harus aku cakap dengan Rozi mestilah beralas dan difikir konsikuennya. Walaupun kadang tak boleh aku nak terima, aku tetap bermanis muka dan bicara. Aku benci dan selalu mengutuk diri aku sendiri kerana bersikap hipokrit demi menjaga hubungan kami. Anak anak Rozi semuanya adalah my god children. Ibu bapa Rozi juga amat menyayangi aku, begitu juga abang abang Rozi.
Sebenarnya, aku dah tak tahan nak bersikap demikian. Kalau Rozi nak berkira tentang perkara perkara yang dia berkecil hati dengan aku, memang banyak katanya. Lah, habis yang dia selalu membuatkan aku macam spare tyre. Cari aku bila suami dia outstation or when she ada problem communicate ngan her children. Tu semua boleh. Tapi aku selalu tak kisah dan always try to accomodate. Tapi sampai bilakan. So sesekali aku cakap perkara yang benar, tersungging pulak si Rozi. Aku jelaskan bahawa aku memang selalu berkata pada teman teman ku yang telah berumahtangga benda yang sama aku kata kan pada Rozi bila diorang nak ikut aku berjalan makan angin. Memang betul apa, kan sang isteri mesti minta izin si suami bila nak keluar rumah. Apatah lagi nak tinggalkan si suami dan anak anak beberapa hari.
Ikutkan hati aku, hendak aja aku menjelaskan dengan panjang lebar apa yang selama ini tak menyenangkan hati aku tentang semua perbuatan Rozi terhadap diriku. Kalau nak disenaraikan mahu tak cukup satu ream photocopy paper tu. Tapi aku tak mahu disebabkan ikatan persaudaraan yang telah kami bina. Lantas aku terbelenggu dengan perasaan ini dan haruskan aku terus menjadi hipokrit demi persaudaraan ini. Entahlah, malas aku memikirkan nya. Sabar ajalah jawab nya buat masa ini.

No comments: