Sunday, August 3, 2008

Rezeki Family Day

Semalam, kampeni aku organised Family Day. 2 tahun yang lalu, aku tak pergi pun. Tapi tahun ni tergerak pulak aku nak ajak family aku pergi. Dulu selalunya staff dapat 2 tiket free utk adult dan 2 tiket free utk children. Kalau nak ajak ahli keluarga yang lain dikenakan tambahan bayaran yang nominal. Selalunya aku jarang bayar yang lebih tu, cuma gunakan nama kawan kerja yang tak nak pergi aja. Family aku pulak, suka kalau aku ajak pegi family day sebab kalau kampeni aku organise ada door gift, main main those funfair like game free dah tu dapat hadiah pulak tu. Belum termasuk kalau ada telematch ke, apa apa game lagi yang dorang semua boleh ikut serta. Kadang tu sampai merajuk sibling aku yang tak dapat nak aku ajak pergi sama.

Tahun ni, lain pulak caranya. Memandangkan kadar inflasi naik dan utk kurang kan kos, kampeni telah charge staff $3 per kepala dan seorang hanya boleh beli 2 tiket dewasa dan 2 free tiket utk anak. Kelam kabut juga aku dibuat nya cari nama kawan nak gunakan sebab email yang mereka hantar pada staff tak pulak berkisah about this two ticket per staff policy. Pulak tu cut off date on 18 July tuari aku pulak tak masuk ofis sbb gi overhaul badan kat Batam. Nasib ada satu kakak cina yang tolong aku tanyakan lain staff guna nama mereka. So aku beli 19 tiket utk org dewasa dan amik 4 tiket free untuk kanak kanak.

Eh lupa pulak nak kasitahu, family day tu diadakan kat Downtown East D'marquee dari jam 9pagi hingga 2 petang. Lepas tu kita di beri pilihan utk continue gi Escape Theme Park atau ke Wild Wild Wet. Aku telah membuat pilihan untuk ke Wild Wild Wet kerana malas nak beratur untuk permainan di Escape Theme Park.
Hadiah door gift tahun ni adalah beg untuk sport shoe dan juga mineral water. Setiap tiket telah disertakan dengan 6 kupon permainan ala funfair, 3 permainan virtual,free kelapa botak, icecream, kacang dan pop corn. Lunch kami telah diberikan KFC meal. Anak buah semua sukalah main main dapat hadiah, tak payah keluar duit lagi cuma kena queue lah sekejap. Ada juga acara silap mata, aerobic dan some stage game. Aku tak kuasa nak participate, hanya walk around to meet kawan kawan yang masa kerja tu tak sempat nak berbual. Tiba masa untuk lucky draw, anak anak sedara semua dah tak sabar nak ke wild wild wet. Pergilah mereka kesana dulu dengan Dear leading the batalion family aku tu. Aku tinggal di kawasan dmarquee kerana nak tunggu Lucky Draw. Nasib juga aku tunggu, dari 8 tiket staff yang aku genggam, 3 telah strike. Dan yang paling menggembirakan aku, 2 dari tiket tersebut telah memenangi hadiah pertama dan ketiga. Utk hadiah ke 3 tu, aku dapat free stay kat Downtown East Resort utk 3Days 2 nite during Peak period. Bestlah, save sikit duit nanti nak celebrate nephew aku nyer 21st besday. 1st price pulak aku dapat ini :
Canon Digital Ixus 85 IS with 8 pixels. The complete set cuma ada 32M SD card, bateri, software dan av dan usb wire aja. So hadiah tu termasuk gak dicantumkan with extra 8G SD card, a tripod, cleaning kit dan camera case. Alhamdulillah rezeki aku tahun ni. Tapi bila kena naik stage utk ambil hadiah tu, MC dah announce kena joget for about 5 saat. Nak mampus ke apa, terkinja kinja depan org ramai. So bila aja aku naik stage tu, trus aku kata pada MC tu, haram tak boleh joget dikhalayak ramai. Nasib MC tu faham, so takyah lah aku buat benda tu, memalukan sungguh kalau kena denda. Cuma aku terkilanlah pulak, none of my family members ada kat situ nak amikkan aku gambar ngan CEO aku tu. Nampak gaya kena tunggu gambar dari official photographer for the eventlah.
Dear dan salah satu kakak ku orang yang paling gembira dengan hadiah yang aku dapat tu. Kakak aku, bila aku kasi tahu aku dapat camera, terus aja tanya about my sony digital camera. Dia kata dah boleh lah derma to her. Dear pulak suka, sebab walaupun aku dah ada sony tu, aku tiap hari bawa Dear nyer Pentax digital camera sebab yang sony tu agak besar sikit dari Dear nya Digital camera. So now Canon ni slim, kenalah aku pulangkan camera Dear pulak. Tak kisahlah apa apa pun boleh, yang penting aku gembira, intention aku nak bahagiakan family aku gi Family day tahun ni amatlah berbaloi dengan rezeki yang Allah berikan. Semuga rezeki tahun ni terus bertambah hendaknya, insyallah, amin.

No comments: