Tuesday, July 29, 2008

Aku pun hanimun gak!

Alhamdullilah, majlis pernikahan dan persandingan anak saudara ku berjalan lancar. Walaupun kami semua penat tapi tiada yang merajuk nor nak bertengkar semasa majlis persandingan tersebut.
Aku nak citer sikit, kesian anak sedara aku, jam hadiah tukar tukar barang hantaran dia kena curi. Siapa lah si jembalang yg dajal tu. Kita tak nak tuduh sesiapa tapi selepas majlis nikah, barang yg pihak kami tukar tu semuanya my SIL side yang bawa. My side semua lenggang kangkung. Anyway, anak sedara ku kata, dia kecewa sangat sebab all the elders pesan memacam kan dia, but tak dapat nak jaga barang hadiah hantaran tu. Sedih juga aku dengar luahan hati nya. Aku cuma suruh dia look at the brighter side, at least he tak stumble masa nikah semuanya berjalan lancar dan kita mengharapkan yang masa persandingan nanti pun begitu juga. Things happen for a reason, ni semua di luar kehendak kita. Tapi kalau aku tahu siapa punya kerja, memanglah tak halal, tangan yang memakai tu biarlah berpekong.
Ah sekarang nak citer masa persandingan pulak. Masa pihak kami ke rumah pengantin perempuan, cuma aku yang ikut. Lain semua anak sedara aku yg ikut, itu pun yang lelaki. Yang perempuan semua busy. Oh gerfren anak sedara aku satu ada gak ikut. Orang tua tua yang lain yang ikut tu dari pihak SIL aku. Kat sana, aku puas cuci mata lihat kawan kawan isteri anak saudara ku tu. Siap aku petik petik camera amik those kekendu gerls. Hishh, gatai sungguh aku ni. Kalau Dear ikut confirmlah aku kena cubit. Ah mak andam pun aku tengok lain macam aja. Aku nak amik gambar mak andam, tapi dia tak nak. Hishh aku tengok gaya mak andam tu macam senget gak. Yelah, hanya orang senget yang slalu dapat melihat kesengetan org lain, kan. Tapi bila hari persandingan tu, dapat gak aku clik gambar mak andam tu. Tapi tak sangguplah nak post kat sini, so buat koleksi peribadi ajalah.
Balik kat pihak pengantin lelaki pulak, aku sibuk di cari oleh cuzzin dan saudara mara ku. Sampai tak sempat nak cari Dear. Tahu tahu aja, bila tengah berborak ngan satu cousin yang rapat, Dear datang dan berbisik kat telingaku. Terperanjat kejap. Cousin aku tanya kenapa she bisik dan what she bisikkan tu, aku hanya katalah, kan karaoke tu bising dan Dear hanya nak minta bungkus for someone yang dear kenal..so kena bisiklah, padahal Dear just want to say she missed me. Hishh, gemas betullah..yelah dah pagi aku gi kelas, then balik kelas, cepat cepat tukar baju, baru nak ajak Dear makan, pengantin dah nak pergi bersanding pulak. Tak sempat kita nak citer apa apa lagi, cuma sempat acknowledge each other pas tu aku pun minta izin pergi ikut hantar pengantin.
Selesai acara walimah dah pukul 6 petang. We all kemas kemas habis nak dekat maghrib. By the time aku pack barang dan balik rumah Dear dah pukul 9.30 mlm, itu pun nasib baik gelfren anak sedara aku sent us home. Ingat dah penat tu, boleh tidur cepatlah. Kepala pun dah naik pening disebabkan kurang tidur, tapi tak leh pulak nak tidur terus. Dear masih nak baca buku setelah solat isyak. Ah gasaklah, tahan aja lah mata...aku manalah boleh tidur dalam terang. Dah agak setengah jam, aku ajak Dear tidur. Eh nak pulak dia. Off lampu dan terus tarik selimut. Baru aja nak terlayang, ada pulak tangan yang start merayap.
"Eh nak apa ni? Yang penatlah...kita tidor aja ok. Kepala dah bengal ni"
"Hmm, tidorlah, Dee belum nak tidur, nak belai belai raba raba sikit tak boleh ke". merajuk aja bunyi nyer. Hishh boleh ke aku tahan kalau dah kena belai belai ni.
"Hmm, suka hatilah, tapi kalau Yang tak respon jgn marah ok." dengan malas aku menjawab sambil aku membiarkan tangan Dear merayap.
Ligat bagai gak lah Dear dibuatnya merangsang aku, akhirnya dalam bengal kepala aku layankan juga lah..dah nak buat macammana, kan tanggungjawab. Lagipun aku tak suka Dear kecewa, dah dia nak, bagi ajalah. Yang penting Dear puas. Walaupun lelah, nasib bangun pagi masih sempat lagi nak mandi dan solat subuh. Lepas solat subuh jemaah, kepala terasa berat amat, so tak jadilah aku nak gi kerja. Walhal aku on course utk 2 hari. Aku talipon company yang organise the course, cakap aku sakit tak dapat hadir. Nasib baik masa aku talipon tu suara pulak macam hilang timbul gitu. Jadinya cancel lah course aku untuk semalam dan esok dan akan direschedule next time. Bila aku beritahu Dear, aku tak jadi gi course tu, Dear hepi sebab she memang cuti. So for the whole day yesterday, we all hanya tidur tiduran aja sambil mini hanimun. Baguslah tu, 3 kali mandi dalam satu hari. Nasib malam tadi Dear dah penat, kalau tak jawab nya aku boleh pengsanlah..bengal kepala masih terasa lagi walaupun dah agak kurang. So we all tidur cepat at 10.45 last nite tanpa membuat cinta. Cukuplah kan, penat kerja kawin tu belum terlerai lagi, mana nak melayan si kekasih hati lagi. Tak daya lah den.
So hari ni aku report to worklah. Banyak kerja tapi aku masih sempat nak update blog ni. Actually nak post sikit gambar wedding tu, tapi x bawa camera pulak. So takde rezeki nak kongsi nasi beryani ngan semua. Lain kali ajalah nampaknya.
Anak sedara aku pulak pagi senin dah cabut gi honeymoon. Since wife dia tak dapat cuti lama, dorang pegi dekat dekat aja for 5 days. Tapi aku dan dia, dalam penat pun sempat gak kita berhoneymoon. Orang lain yang naik pelamin, kita tumpang gaklah berhanimun in our own room, tak kisahlah kat mana mana, yang penting kepuasan.

2 comments:

Anonymous said...

taniah kerana menjalankan tugas dan memberi nafkah batin to your dear. sudah tentu sodap den. citer la sket buat hapaq.

deeyang said...

Ashlee, whatever happen between me and Dear is not to be shared with others in details. I presume that you have your own experienced on that. Sorry, btw, thanks for dropping by to my blog.