Sunday, July 27, 2008

Rapuan orang mengantuk.

Hari ni hari persandingan anak saudaraku. Sepatutnya aku sekarang harus lah ada kat sana utk tolong or sibuk sibuk aja memandangkan kami dah cater panggil org suruh masak. Tapi sekarang, aku ada dalam kelas ni ... sementara nak tunggu lecturer explain benda yang sebenarnya aku dah tahu, dan menunggu yang lain finish up their homework. Susahlah kalau dalam kelas ni ada org yang terlalu banyak tanya tapi bila kena buat assignment tak tahu mula. Pas tu minta lecturer to give sometime to check with other. Lorat betullah.

Tadi malam ramai yang datang kerana tak dapat nak hadirkan diri hari ini. So tak menang tangan kami melayan para tetamu. Dapatlah aku bertemu dengan saudara mara yang jarang benar aku jumpa. Rancangan nak tidur cepat terbantut. Bila ramai para tamu dah pulang, salah satu anak buah ajak gi beli durian. Aku ok aja asal aku tak kena drive dan bayar. Malam minggu, banyak kedai yang jual durian dah kehabisan durian. Kalau ada pun yang jenis XO di mana kita tak berapa minat. Last sekali beli juga durian sampai 2 bakul. Berbaloi lah juga we all bayar $50 for 73 biji durian. Dear sempat minta durian percuma utk kami makan disitu. Boleh tahan juga ahbeng tu dia layan sampai dapat makan 1 durian dan 3 lagi free. Nasiblah ahbeng tu very the ahbeng, so tak membuat aku jeles. Sampai bawah block, we all rewang makan durian pulak sambil gelak gelak. Sadar tak sadar sampai si pengantin nak naik rumah dia, baru lah aku sedar dah pukul 2.50 pagi. So aku pun baliklah ke teratak buruk aku, nasib baik rumah abang aku tu dekat so tinggal jalan kaki aja. Sampai rumah seperti biasa mestilah nak membersihkan diri kalau tidak jangan harap dear nak kasi tidur sbelah dia. By the time kita washup dan solat isyak, dah pun almost 4 am.

Pagi tadi terlepas subuh aku. Nasiblah kawan aku hantar sms. Itu pun dah 2 sms baru kami tersedar. Aku mandi, siap kejap dan masak air for Dear. Dear agak keberatan nak lepaskan aku pergi kelas. Siap complain nanti dia kena breakfast sorang kat bawah block tu. Bila aku cium dia yang lagi tidur tiduran sebelum pergi, Dear merengek sambil mumbling yang aku tak sayang dan tegah nak tinggalkan her to attend the wedding sendiri. Alah mengada lah tu, macamlah Dear tak biasa ngan famili aku. Tapi sorry sayang, I just cant miss this class. Its important for our future ok.

Oklah, class dah startlah ... harap aku dapat cabut cepat dan menempuh hari ini dengan penuh tenaga dan semangat. Need to concentrate now...see ya.

No comments: