Friday, July 25, 2008

Cerita Semalam

Semalam, bila jumpa Dear, baru lah we all decide sama ada nak gi makan Fish & Chips or go to my brother place for that Siput Sedut. Dear memang tak berapa gemar dengan siput sedut masak lemak tapi Dear choose to go to my brother place pulak. Aku okay aja, mana mana lah. On the way to there, cuaca agak agak macam nak hujan..we all borak borak dan decide untuk not to go pulak. We stop kat Eunos and had our dinner there. Jadinya aku tak dapat Fish & Chips or Siput Sedut masak lemak tu. I have to please myself with this Kacang Pool and teh tarik. Best pulak kacang pool ni, lama tak makan, lama tak bikin kacang pool. Silakan kawan kawan menjamu mata...hehehe Dear pulak datang tekak mamak dier tu. She order mee kuah. Bolehlah rasanya, tak lah sesedap kat Beach Road or Pasar Tekka Lama tu. Tapi ok oklah. Kalau nak, tataplah gambar mee kuah yang kekasih hati aku makan ni.
Dalam kita bersantap, ada seorang teman dari sekolah menengah dulu lalu disitu. Aku pun apalagi, teriaklah kat dia suruh join us. Kawan kita tu nama dier Jan. Jan ni kira kakak kelas kita lah, tapi kerana dia terlalu sayang zaman persekolahan, dia belajar lebih lama kat situ. Sori Jan, bukan nak menghina, saja nak tuliskat sini kesetiaan kau pada sekolah kita tu. . heheheh. So we all bertanya khabar dan story story. Then Jan tanya if aku kenal dengan someone name Khairun from our school. Hishh banyak Khairun lah yang aku kenal. Bila Jan mentioned her full name, confirm lah aku kenal. Dear jangan haraplah nak kenal. She budak baik masa zaman sekolah dulu. Aku dan Jan ni terror sikit. Khairun ni pernah satu kelas ngan aku masa Secondary One, plus dia juga tinggal kat kampung sebelah kampung aku dulu. Rupanya Jan ada story nak citer about this Khairun. Jan dan Khairun sekarang bekerja di firma yang sama.
"Eh korang tahu, si Khairun ni, besar punya penyapu, dia citer kat kawan kawan aku yang aku ni Lesbian." berkobar si Jan citer.
"Ah! ye ke kau Lesbian Jan?" tanya ku pulak. Dear menjeling pada ku mendengar aku menyoal Jan begitu.
"Kau tahu apa aku bilang kat budak budak kat ofis aku tu, Hah yelah Kak Jan ni memang Lesbian, tulah dulu Kak Jan main ngan mak si Khai tulah, dapat Khai, jadi korang sekarang dah tahulah Khai tu anak lesbian aku" beriya iya betul teman aku ni bercerita. Aku pulak, dengar apa yang Jan cakap tu, terus terbahak bahak ketawa. Dear pun ketawa juga. Bukan apa, lihat gaya si Jan ni bercerita memang selalu mengelikan hati aku. Plus now she mengaku yang dia les dan ada anak les tu lagi menciut hati nak gelak.
"Pas tu, apa jadi" Dear yang telah berhenti ketawa bertanya
"Apa!, budak budak tu semua muda muda, bila aku cakap cam tu, dorang semua ketawalah. Si penyapu tu, kalau dia jalan dpn aku, jeling aku, terus aku soraklah kat dia, Oi jalan depan bapak jangan buang muka eh, tu kurang ajar namanya", jelas si Jan lagi. Memanglah konfirm aku gelak besar lagi. Ni pun mengingat apa yang Jan cerita semalam, aku tersengih sengih sendiri kat depan laptop ni.
Apalah Si Khairun tu, dah beranak pinak, perangai tak ubah ubah. Zaman sekolah dulu pun suka mengadu domba buat orang lain bergaduh. Orang macam ni pun ada..gi hantar tembak baguslah.
Seriously, aku jadi terfikir, memang si Jan ni agak kasar dan suka dress as she pleased. She tak kawin sampai sekarang kerana takut setelah dikecewakan oleh seorang lelaki. Cara dia jalan pun agak agak macam jantan. Tapi dia ni baik. Suka tolong orang. Dulu zaman sekolah, aku memang tak berani nak campur Jan ngan geng geng dia tu. Semua pianang. Kaki gaduh. Lagipun aku zaman bebudak dulu tu memang alim, alim kucing ler. Anyway, I dont think that she is a Les walaupun she dress like a butch. Jan dah banyak tolong kawan kawan kami dulu. She banyak juga tolong anak anak buah dia belajar sampai ke Universiti. Semalam bila Jan cerita yang dia pegi balloon her heart yang tersumbat tu dan none of her anak anak buah datang jenguk or ajak dia recuperate at their house after the operation, sedih aku dengar. Aku salute pada Jan ni. She berani dan yakin. Walaupun ada sendu dimatanya, dia berselindung dengan tawa canda, aku benar benar tabik kat Jan ni. Semuga Allah memberi kekuatan padamu Jan. Terimakasih kerana memberikan aku pengajaran tentang hidup walaupun kau tak sedar dari perbualan kita itu, banyak benda yang dapat aku belajar tentang hidup. Aku akan doakan Allah memberi kekuatan pada mu wahai teman. Amin.
Sekarang ni aku harap harap tak jadi macam ni lah nasib aku dengan Dear kelak. Yelah maklumlah, kita tak de anak sendiri, nak tumpang kasih ngan anak sedara ajalah.
Tadi malam, sambil aku membaringkan badan di sisi Dear yang lagi baca buku 'Ayat ayat Cinta' aku terus cakap kat Dear
"Dear, besok besok kalau kita dah tua dan Dear tak sanggup nak jaga Yang, Dear hantar aja Yang kat rumah orang tua tua eh, tak yah nak suruh anak sedara Yang amik jaga Yang tau". Dear langsung mengangkat muka dari buku yang dibaca dan pandang ke wajah ku lalu berkata
"Kenapa tiba tiba cakap cam ni, lain macam aja", lembut benar suara Dear.
"Takdelah, teringat kan si Jan tadi, kesiankan actually she. Yelah before anything happen, better Yang pesan dulu kat Dear, manalah tahu esok Yang dah sakit sakit, Dear dont want to be with me anymore" Jelasku. Dear terus amik bookmark yg di atas pehanya, put in between the pages and put the book aside. She laid down beside me dan pull my chin up to face her.
"Dee kan ada, selagi Dee ada dan mampu Dee akan jaga Yang, Dee taknak Yang fikir yang bukan bukan. Sayang
dah tak ingat ke pada janji kita, hmmm?" sambil Dee mengelus elus rambut di kiri kepala ku.
"Ingat, apa pulak tak ingat, tapi seandainyakan Dear dah tak larat nak jaga, dont ever get my nephews or nieces to take care for me, antar aja Yang kat rumah orang tua tua tu. Lebih baik cam tu dari mencari dosa dorang tu semua." aku masih lagi menjelaskan pendirianku pada Dear
"Hei, look here, I will never let that happen ok. selagi Dee terdaya, Dee akan jaga Yang, care for you till the day I die. Tapi Dee tak tahulah kalau Yang sanggup nak jaga Dee kan. Kalau tak sanggup biarkan aja Dee duduk sorang sorang, tak yah susah susah." kesitu pulak kesimpulan Dear.
"Thanks sayang, I will never leave you alone. Sekarang pun Dear tahu kan, I will never let you go anywhere alone and with people that I dont trust. I love you so much that I will never leave you alone. Melainkan Allah memisahkan kita dengan maut." sedih rasanya mengingat akan perpisahan. Aku merangkul Dear erat, seakan terasa ketakutan kehilangan. Dear membalas rangkulan ku. Seketika kemudian, aku bangun utk memadamkan lampu. Jam di handphone tertera pukul 11.35malam. Aku kembali di dalam pelukan Dear dan kami pun sama sama baca doa dan tertidur dalam pelukan masing masing.

Dalam kantukku aku berdoa
Mengharap mengampunanmu ya Allah
Mengihsankan cinta kami
Walau cinta ini cinta terlarang
Siapalah aku untuk menahan
Rasa cinta yang KAU berikan
Ampunkan lah kami Ya Allah.
Nukilan Rasa : DeeYang (July 2008)


1 comment:

bebey said...

janganla ckp nak stay umah org tua..
my b pun cakap benda yg same jugak..
lagi2 ms dia tengok cite pasal alzheimer..