Thursday, July 24, 2008

Siput Sedut & Fish & Chips

Hari ni kat ofis ni, aku taklah berapa tension. Member aku berchatting for the last week, ada on. So tak lah aku tension sangat walaupun banyak kerja. Sebenarnya aku tak bersemangat nak kerja. Nak amik cuti sayang pulak tak pasal pasal sekadar nak gi join sibling aku sama sama merewang. Dear pulak tengah busy sebab her covering partner mc 2 hari. Jadi nya aku hanya dapat dengar suara Dear sekali aja waktu nak lunch tadi. Itu pun Dear cuma nak beritahu kalau Dear nak gi sauna during lunch time. Aku suka kalau Dear gi sauna, kulit dia jadi lembut dan halus. Best kalau dapat elus elus. By the way, malam ni malam jumaat eh.
Balik nanti ingat nak ajak Dear gi makan fish and chips kat satu tempat yang kawan aku rekomen. Tapi SIL aku dah talipon suruh datang rumah dia untuk bantu apa apa yang patut for this weekend. Dia siap pesan supaya aku makan malam kat rumah dia sekali.
"Ah! akak masak apa?" tanya ku
"Alah siput sedut aja, korang adik beradik kan suka. Tadi abang kau pun balik makan dengar akak masak siput sedut." panjang lebar pulak SIL aku tu.
"Tengoklah nanti, kalau Dear nak pegi sana nanti, kita datang lah. Telur dah datang ke"?
"Belum, ni tengah tunggu telur lah, alah kau cakap lah ngan D suruh datang, bilang akak masak siput sedut" insist pulak dia ni.
"Alah kak, D tak suka lah siput sedut, kalau sambal goreng dia suka. Insyallahlah, kalau tak penat kitaorang datanglah".
Sebenarnya, Dear malam semalam dah tanya pasal nak ajak aku pergi rumah my brother. Aku aja malas. Monday dan Tuesday tuari dah pergi rumah abang aku tu. Bukan tolong apa pun. duduk bersembang aja ngan my brother tu. Dear sukalah, dapat berbual ngan biras dia tu...lepas satu topik satu topik dorang buka citer. Aku nak rest malam ni, besok malam onward dah busy giler nak kena tolong. Saturday ni anak sedara aku nak nikah. Kami adik beradik selalunya bergotong royong masak memasak. Aku peninglah tak tahu nak masak apa. Dear dah suruh pembantu rumah tu bikin kuih kaswi. Aku sendiri tak tahu nak masak apa lagi. Ingat ni tengah musim durian, bolehlah buat durian puff ke, or paling senang buat bubur kacang durian for dessert. Ah nak talipon Kak Long nanti minta approval. Manalah tahu kot kot ada sibling aku yang nak bawa benda yang sama pulak. tak ke haru.
Alamak entry aku hari ni merepek lah .. apa nak buat org dah takde mood ni ... jam dah pukul 5.35 ptg ni, Dear tak talipon lagi ni nak balik ...otak aku dah teringat fish and chips campur siput sedut masak lemak...hishhh lapar lah pulak. Yuk gi makan yuk ..

No comments: