Wednesday, July 23, 2008

Snooze mood Off. I'm Back!

Hishh, dah agak berabuk pulak blog aku ni. Lama tak update sebab aku rasa blog ni sedang di pantau oleh seseorang yang mengenali aku. Tapi biarlah... kalau ye pun, apa yang org tersebut boleh buatkan. Ni dunia ku, hak aku, siapa dia nak menjaga peribadi aku kan. Lagipun that only part of the reason aja...satu lagi, aku tengah busy giler with deadline on projects. Ni barulah dapat bernafas sikit. Course yang aku amik pun menambahkan factor stress dan kesibukan diri ku. Nak buat camner, yang aku gatal gi sign up for the course buat apa kan. Padanlah muka aku. Nak taknak sendiri lah kena tanggung.
Tapi Jumaat lalu, aku dan beberapa teman telah pergi rejunevate ourselves sbb project pun dah selesai. 5 jam kami pamper ourselves dengan head to toe treatment. Kira body overhaullah. Dear pun ikut sama. X partner aku zaman cinta monyet dulu pun ikut gak. We are now good friend. Tak bahagia ke? Sudah semestinya lah kan. Dua insan yang pernah dan sedang bertahta di hati mengapit di kiri kanan ku dalam ferry. Makan breakfast pun both berebut rebut nak suapkan. Sebabnya aku hanya membeli 2 bungkus nasi sambal goreng to be shared by 3 of us. Sengaja aku berbuat demikian kerana aku nak tengok if yang X aku masih suka suapkan aku makan macam dulu dulu tak. Dear memang biasalah, suapkan aku semestinya. My X pulak bila tengok Dear suapkan aku, muka dia berubah. Pas tu dia sound ler pulak if aku nak tak sotong tu. Buat buat tanya pulak dia ni, bukan dia tak tahu aku memang suka sotong sambal tu. So bila aku kata ok dan baru nak ambil dan taruk kat paket yang ada pada Dear, dia pulak nak suapkan aku. Kerana tak nak mengecilkan hatinya, aku buka aja lah mulutku. Haruslah Dear jeles nanti. Tapi knowing her, she will never admit that she is. Nantilah bila mood Dear baik nanti, mesti terkeluar juga hal ni tau. So jadinya 2 paket nasi tersebut, aku yang makan paling banyak disebabkan dua wanita yang berebut nak suapkan aku makan. Macammanalah badan tak bertambah gebu. Aku dan My X tak terus pergi ke Spa, kami ke pasar dulu untuk beli some dapur stuff. Dear pulak naik teksi with my colleagues sebab teman teman aku tu semua tak tahu location spa tu . Bila aku sampai kat Spa, teman teman semua dah start treatment. Dear rupanya belum start, baru aja habis gunting rambut sebab tunggu aku nak buat treatment sama. Oh rupanya Dear dah asked for couple room for us. Hishh, takut aku bercouple room with my X kot. Anyway, Syiok betul rendam kat bath tub tu sambil berjacuzzi. Lagi lagi badan dah kena urut. Plus Dear pulak posing posing sexy kat dlm tub tu, haruslah menggoda keiman. Sesudah tu, kita gi shoppingler. Teman teman ku yg lain pun sibuk shopping, almaklumlah dorang semua jarang jarang pergi. Dorang takut nak pegi kalau tak aku yg bawa mereka. Kerana jadi tour guide, my makan and transportation for the day all being sponsored. Spa treatment, facial dan gunting rambut pulak di taja oleh kekasih hati. We all depart from there naik feri pukul 9pm. Kesian satu teman tu yang tinggal Johor. Jam rabak kat tambak tu, so she sampai rumah dah hampir pukul 1 pagi. Tapi she hepi sebab dah dapat buat spa dan pedicure yang dia idam idamkan tu.
Oh aku nak citer ni pasal si Ita dan Amri. Alhamdulillah! lega hati aku bila Amri talipon Sabtu lalu mengatakan Ita dah bersetuju sekamar lagi. Yelah aku tumpang gembira kerana Amri dah tahu yang aku bukanlah orang ketiga dlm rumahtangga mereka. At least nama aku dah bersih. Itu yang IMPORTANT. Apa dah jadi ngan Ely, Ita cuma katakan yang mereka dah putus. Dari pada kuncu kuncu aku, memang dorang ada report yang Ely sekarang tengah frust. Tulahkan, siapa suruh kacau bini orang ...last tu sendiri yg frust. Anyway, aku dah pesan kat kuncu kuncu aku tu supaya tengok tengokan perkembangan selanjutnya. Manalah tahu si Ely ni buat hal, bukan boleh percaya this pengkid. Dorang daring sikit bab bab gini. Mudah mudahan takde apa apa yang terjadilah hendaknya pada Ita or Amri. Semuga apa yang berlaku akan mengeratkan dan mengutuhkan lagi kerukunan rumahtangga mereka, its a testing from Allah, pasti ada hikmah di sebalik itu semua.
Minggu ni pun aku sibuk dengan hal hal keluarga. Banyak benda yang nak aku uruskan untuk famili aku pulak. Nasib assignment minggu ni dah pun aku selesaikan. Terimakasih pada kekasih hati aku yang memaksa aku buat assignment last sunday. So tak lah stress sangat nak tolong famili aku nanti. Terimakasih Sayang for forcing me to do my homework. And thanks too for waiting for me to finish my work dan urutkan badan lepas tu. Nanti Yang belanja makan kat Arnolds eh.
Oklah peps, nak balik ni, kekasih hati marah lak nanti kita lambat. Have a great evening.

No comments: