Sunday, August 17, 2008

Entry yang Merepek Kerepek

Dah lama tak update blog ni...macam terbusy pulak. Last Friday aku ke Batam lagi. Kali ni pergi dengan x colleague aku yang bawa lagi 3 family dier, teman masa zaman dok kampung dulu dan of course kekasih hati. Tujuan asal pegi sana apa lagi, Spa dan shopping lah. Hai tak abis abis nak shopping, wardrobe dah minta ampun kekenyangan. Its time to relax lah for me sebab dah 2 hari dok meeting memanjang. Bosan lah sungguh. Nasib time meeting tu boleh gak sibuk ngecat ngan someone yang best di ajak berbincang dan tak hipokrit. Ai Likeee.
Hari Jumaat tu, we all depart from Batam naik ferry pukul 8.00 mlm. By the time we all sampai rumah dah about 10.30pm. Simpan simpan barang, mandi, solat dan baca suratkhabar kejap, mahu aku tidur hampir 1 am. Esoknya pulak, nak bangun pagi gak sebab abang kekasih hati ajak gi Pasar Tani. So we went to Pasar tani kat Larkin, Johor. Mana ada pasar tani kat singapore ni eh. Kena jam juga sekejap, nasib pak supir sabar. Then we met Dear nya adik angkat kat Pasar Tani. Sibuk dia ajak we all gi rumah mak mertua dia suruh amik durian. Mak Ai kalau dekat takpe, ni kat Batu Pahat. Aku tak kuasa nak bantah, since Dear nak pegi, takkan aku nak jadi spoilt sport pulakkan. So we headed to Batu Pahat. Habis satu boot penuh dengan durian, rambutan, duku, manggis, langsat, ubi, ulam raja, pisang dan juga semut. Cempedak aja takde di tanam oleh makcik kat Batu Pahat tu. Balik tak balik we all sampai rumah dah pukul 11 mlm. Ni bukan pegi pasar tani pagi, pegi pasar siang dan juga pasar malam sekali gus. Tidur lewat lagi nampak nya. Pagi tadi ada kelas lagi. Penat betul badan ni.
Tadi pagi sebelum pergi kelas, aku sempat lagi pergi pasar beli ikan. Kerana kesiankan Dear kena pergi pasar sorang sorang, aku paksa diri utk bangun lebih awal dan pegi pasar sendiri. Dear aku biarkan sambung tidur setelah solat subuh. Balik pasar bergegas aku mandi dan siap untuk ke kelas. Balik dari kelas tadi, aku ada jemputan kenduri kawin pulak. Alahai apa apa ajalah orang orang sekarang, nak bikin kerja kawin tak ingat ke hari ni Nisfu Syaaban... manalah tahu ada orang yg nak puasa. So nak tak nak pergi jugalah, org baru first time nak kawin kan anak...kalau tak, harus aku tak pergi.
Minggu ni adalah minggu yang sibuk di tempat kerja. Bosan nak menghadapi minggu yang mendatang ini. Harap harap tak ada apa yang akan berlaku.
Hmmm...dah ngantuk dah ni, penat betullah badan, tapi buah hati aku ni dah start balik hobi dia tu...susahlah ...:(. Macam mana lah nak suruh Dear stop, nanti merajuk memanjang. Haruslah ada divider antara kami nanti bila tidur, so lebih baik aku bobok aja dulu. Good Nite.

No comments: