Monday, August 18, 2008

Aku, Dia dan KD

Pagi ini aku bangun dengan perasaan yang sungguh tak best. Entahlah, susah nak explain perasaan apa cuma aku aja yang dapat rasakan.
3 hari sebelum kami ke PD, Dear dah mula start her hobi again. Hmm, tak tahu nak cakap apa, so aku hanya mendiamkan diri. Lagipun dalam jangakaan aku, mesti taklah berlarutan kan memandangkan kami akan ke PD. Balik dari PD hari senin lepas, Dear sambung balik her hobi tu. Nak cakap apa lagi, aku masih mendiamkan diri. Nanti salah cakap, merajuk memanjang. Malas aku nak pujuk so the best is to keep quiet. Tiap malam Dear masih lagi dengan aktiviti nya. Aku dibiarkan sendirian. Tiap pagi pulak, aku akan tanya what time she sleep the nite before. Hmm, rimas aku dengan hobi dia tu. Nanti kalau aku suara sikit, start lah Dear melenting dan merapu apa apa ajalah. Aku nak tidur, dia sibuk dok tengok KD. Bukan aku tak kasi tengok tapi janganlah tiap malam tengok sampai dinihari, yang paling menyakitkan hati tu, citer tu citer tu juga dia tengok. Tak fahamlah, apa faedah ye kan. Kalau aku sibuk buat kerja for myonline biz, dia tahu marah. Kata kita tak peduli kan dia pulak tu. Bengang betul lah aku.
Walaupun aku tidur dulu, aku tetap give her our daily goodnite kisses. Walaupun aku dah tidur, tapi aku tahu dan sedar Dear akan tetap memeluku bila Dear nak tidur. TAPI Aku rindu dah lama kami tak baca doa sesama sebelum tidur gara gara obsesi Dear yang melampau terhadap KD tu. Aku rindu nak mengaminkan doa Dear. Aku rindu nak citer citer tentang harapan dan masa depan kami. Aku rindu nak update Dear ngan banyak benda. Dan yang paling aku rindu adalah belaian darinya.
Saking aku di buru dan di belenggu perasaan ini, tadi pagi aku hanya memejamkan mata sepanjang perjalanan ke ofis. Tak ku genggam jari jemari nya seperti biasa kami lakukan. Tak juga aku berbicara apa apa sepanjang perjalanan pagi tadi. Dear terasa agaknya bahawa aku sakit hati. Tahu pulak dia nak hold tangan aku yang sedang aku sibukan memeluk tubuh ku sendiri. Tak kuasa aku nak tunjuk any reaction. Dari rumah lagi memang aku dah matikan diri. Selalunya sebelum keluar dari kamar kami akan hug dan kisses dulu. Pagi tadi memang semuanya tak terjadi. Even bila aku turun dari bas, aku hanya menyalami tangan dear dan never say good bye nor I love You. Aku tahu Dear tahu yang aku marah. Memang aku marah tapi aku tak sakit hati. Sebetulnya aku rasa perasaan sedih tu lagi terasa kerana Dear lebih mementingkan KD dari aku.
Sampai bilalah aku nak kena hadapi semua ini. Kata seorang teman di OZ, Dear jadi gitu sebab aku ni suka layan dan manjakan dia. Hmm, tak kuasa aku nak bertekak hal begini. So buat beberapa hari ni aku dah plan nak diam kan diri aja ... biarlah Dear sedar sendiri. Jalan mudah supaya tak bertengkar. Its not worth an effort to fight over KD. Tapi nantilah, jangan sampai aku dah tak boleh carry her nonsense, kesabaran seseorang tu ada batas nya Sayang oi.

No comments: