Thursday, August 7, 2008

I Love You

Berapa kerap korang semua lafazkan kekata ai love yu kat orang yang korang sayang?

Untuk aku terhadap Dear, tiap hari paling tidak pun minimum 2 kali. Tiap pagi sebelum aku berpisah untuk ke tempat kerja, aku akan salam Dear dan melafazkan kekata keramat itu. Lagi satu kali, setiap malam sebelum aku melelapkan mata, waktu kami saling memberi good nite kiss, aku akan katakan pada Dear I love you lagi. Ini belum lagi termasuk setiap panggilan talipon di ofis yang berakhir dengan I love you. Aik, mesti ada yang tertanya tanya, tak bosan bosan ke nak ucapkan I love you tu. Yelah, kalau asyik cakap aja macam dah tak syiok or plastic gitu jadi perkataan tu. Tak genuine.

Tapi tidak bagi aku. Sebabnya aku berbuat demikian kerana aku tak tahu bila aku akan mati. Seandainya itu kali terakhir kami bertemu, at least itulah perkataan terakhir yang aku lafazkan pada kekasih hati aku. Lumrah manusiakan, bila orang dah pergi dari depan dan kehidupan kita, kita selalu terkenangkan saat saat akhir kita bersama orang tersebut. Walaupun Dear jarang nak ucapkan I love you pada aku, aku tak kisah. Yang penting aku mesti nak ucapkan pada Dear selalu. Biar itu menjadi kenangan yang terindah buat Dear kalau memang seandainya kita ditakdirkan berpisah dari alam yang fana ini.

Yelah, aku pernah melihat seorang teman yang terlalu ego untuk melafazkan kekata I Love you pada insan yang disayangi. Walaupun dah berapa kali org tersebut mengharapkan perkataan tersebut keluar dari bibirnya yang manis. Malahan teman ku itu selalu kata Action speak Louder than word. Akhirnya sang kekasih yang mengharap dapat mendengar luahan I love you dari teman aku tu, meninggal dunia kerana sejenis penyakit yang dia rahsiakan dari temanku. Tak ke haru teman aku tu dibuatnya. Satu pengajaran dan membuat temanku menyesal yang teramat. Satu pengajaran juga bagi diriku.
Memang kalau bercinta dengan lawan jenis takpe kalau tak diucapkan sebab dorang lah yang harus ucapkan selalu pada kita, tapi kalau bercinta dengan kaum sejenis mestilah tahu apa yang pasangan kita suka kan. Nak hambat hati orang perempuan ni, kena dengan bibir dan telinga. Barulah rasa cinta kita tu dapat balasan. Lainlah kalau kekasih kita tu org lelaki, baru boleh pakai motto aksen speak lowder than werd.

So bagi sesiapa yang belum ucapkan 'I love you' kat pasangan korang tu, cepat cepat lah call ke, sms ke, email ke dan lafazkan kekata tersebut. Manalah tahukan tup tup berhenti bernafas kejap lagi...Untuk Dear, I love you Always!

2 comments:

bebey said...

sy sgt setuju..

sy tak pernah jemu dgr b cakap ungkapan itu..malah ternanti2 dia cakap mcm tu..bukan senang nak dgr..

but lately, she always said she loves me..

i'm the happiest women in the world!

kdg2 saje je tak nak reply..love u too..heheheh..

deeyang said...

You r lucky gerl. Buah hati saya pun selalunya x reply pun kat kita tapi kita tak akan pernah jemu nak ungkapkan kata keramat tu.