Tuesday, June 10, 2008

Great Weekend

I had a great weekend last week in Kuala Lumpur. Not that I got laid, but I got to meet some new friends and importantly, I've got to introduce Dear to others as my lover. Been waiting a heap to do this. Alas!

Tujuan asal ke KL tu sekadar nak ajak anak saudara naik kapalterbang memandangkan diorang tak pernah naik aeroplane. Since dapat tiket murah, lebih murah dari harga tiket bas supervip tu, dah harus lah belanja dorang anak beranak fare tu. In all, Dear and me, my sis and her hubby plus 2 of her kids terbang ke KL pada hari Jumaat.




Sebenarnya takde apa yang hendak aku buat di KL ni...plan cuma nak gi Pavilion dan try the fish spa tu. Dear kata she nak beli handbag dan kasut for Raya. Lagi satu, aku plan nak jumpa members forum yg baru juga aku menganggotainya. Nasiblah kalau members tu ada yang nak jumpa cause aku baru cakap ngan dorang 2 days before my departure. Kalau ada rezeki adalah ..tu lah kata hatiku. Aku tak pun cakap ngan Dear yang aku nak jumpa kawan yang belum pun aku bersua muka tu, sampailah waktu dalam flight barulah aku beritahu. Dear cuma kata suka hati you ler. Risau juga, tup tup last minute she tak nak ikut ..kang kantoi aku sorang sorang gi jumpa dorang. Lagipulak, harapan aku nak intro her to the other people as my lover tu macam tipislah pulak. Yelah, kalau kat sini hanya satu org aja yg tahu tentang hubungan aku dan Dear, itu pun Dear tak tahu yang teman satu ni tahu we being together.



Hhmm, alhamdulillah, impian untuk bertemu dengan Is dan partner terjadi pada hari sabtu malam. Kami ditunggu di Ampang Point dan terus di bawa ke tempat nasi lemak akak kendu tu. Lepas makan di situ, kami gi Oldtime White Coffee. Lepak sambil bercerita dan mengopi sampai tak sedar jam dah lebih pukul 3 pagi. Dear dah menguap beberapa kali tapi masih lagi belum tunjuk muka boring dia tu. Dear seem ok lagi berborak ngan June, partner Is. Last tu aku yg give up sebab kepala dah mulai tak seimbang ngan pandangan mata. Is dan June hantar kami balik ke hotel. Thanks guys, we owe you one.



Pagi minggu dah confirmlah kami bangun lewat..sampai terlepas subuh kami. Lepas breakfast we headed to Pavilion. Jadilah kaki kami tu santapan ikan ikan yg kelaparan. Geli rasanya bila pertama kali dicium oleh ikan ikan tersebut. Sambil tu Dear tanya,

"What time nak meet your friend"?

"Entah, belum confirm lagi wat time but Shoe said 90% confirm"


Eh kau nak jumpa kawan kau lagi eh - cetus pulak kakak ku ni


"Yap, kenapa, tak boleh ke?"


Takdelah, aku tanya aja...sukahati kau ler ....



Lepas tu kami headed to JCo to get those donuts. Hmm, kat mana mana si JCO ni sama, long Q. Lepas habis JCO kita split. Aku dan Dear ke Plaza LowYat nak cari DVD. Tapi DVD yang di cari tu takde pulak. Bila Dear ke toilet, aku send sms to Shoe. Kelakar nya macam telepathy pulak, tengah dok punching the keys, Shoe sent me SMS about our meeting place. Dear pantang tengok aku SMS, mulalah dia ngomel

"Ah SMS aja, kang bil datang jangan bising pulak, kata network provider bodohlah ... tipulah .." hehehee..abis kang orang talipon, awak jeles pulak tanya talipon siapa, berani dalam hati aja aku menjawab, tak pasal pasal perang pulak kita nanti.

Memang betul pun apa Dear cakap tu, tak haruslah aku nak marah balik, cost utk sms ke talian talipon di Malaysia melebih cost sms ke Australia ataupun Paris. To Malaysia, terkopak 63 sen utk 1 sms. Kalau aku text member aku yg kat Australia or Paris tu baru cost me 15 sen aja. So bulan ni confirm bill hp aku melambung, sabar ajalah nak buat cam ner kan, nak jumpa kawan sangat.



Akhirnya after smsing, we met up at 9pm kat Oldtown coffee lagi tapi lain cawanganlah...

Terimakasih Shoe for pulling Eid, Picky and their partners to meet up with me and Dear. I appreciated that. Walaupun Dear agak pendiam kali ini, tapi Dear tak marah nor show that she's bored. Thank you Eid + Ady, Picky + Haza dan Shoe + N for taking the time to meet us even though esoknya hari kerja. At least now I can put faces to the name. You guys are always welkam to put up kat teratak saya bila ke sini, malahan saya mengalu alukan kedatangan kalian.. jom lah holiday kat sini over the weekend.



So mission accomplised dan I felt great disebab kan perkara berikut



1 Dapat tunaikan hajat nak kasi my sis and her family experience naik kapalterbang

2 At last dapat introduce Dear to some other human being as my Lover (you no longer kekasih gelapku)

3 Dapat bertemu ahlul lain dari forum

4 Dapat kasi ikan ikan gigit gigit kaki kita

5 Dear tak buat perangai, malahan she had been sweet and even sweeter when we are on our own bed.



For now, ia adalah kenangan yang terindah di hujung minggu dan kelegaan lebih belenggu di dada yg tersemat selama 18 tahun lebih dah terlerai sedikit.



PS - Dear, thank you for understand, love you very much for it.
I love you not for what you are, but for how you love and care for me.

6 comments:

Anonymous said...

dapat honeymoon tak ni? *wink*

Anonymous said...

nice meeting both of u too... thanks sebab belanja malam tu ya

deeyang said...

Shoe, sama sama, alah berapa sen sangatlah yg kita belanja tu. Buat malu aja :)

deeyang said...

Is, mana ader. Busyler. Takpelah tunggu end of the month bila kita travel to other place.

Anonymous said...

hmm.. baru baca u punye blog..

thanks ye sbb blanje n share citer ngan weols.. nice to meet u ;)

deeyang said...

Eid, Nice to meet you all too. Thanks kerana sudi berjumpa...ada masa, ada peluang, kita jumpa lagi.