Monday, June 23, 2008

Dah Jodoh nampaknya - terimakasih Tuhan

Hari Jumaat yang lalu pulang dari kerja, aku dan Dear pergi makan murtabak di Zam zam restaurant. Enjoy sungguh, dah lama tak makan murtabak kat situ...kira batuk tolak tepi ler. Sementara tunggu murtabak di hidangkan kami berbual bual kosong. Tiba tiba Dear tanya

"Kenapa tak citer pasal the sms that you received tu. Sempat pulak you delete eh" relak aja suara Dear

"Saja taknak bangkitkan kontroversi. Tu pun dah tak tahu tau nak kasi tahu Dear macam mana, takut Dear salah tafsir or salah tanggap. Tu yang datang idea nak tulis kat blog tu, you marah ke?"

"Taklah, tapi I kenal tak si Ita tu. You pernah citer ke?", macam jeles aja bunyi.

"Entah eh, Yang tak tahu kalau Dear kenal ke tidak, rasanya Yang pernah citer kat Dear dulu dulu lah ..hhmmm..yes...ingat tak dulu kita pernah nampak dia kat interchange ..tudung panjang, then I tegur dia, dia tunduk aja" aku jelaskan panjang lebar.


Mamak pun datang taruk teh tarik yang Dear pesan dan kuah kari dan timun that suppose to go with the murtabak.


"Yang sebenarnya dah dapat nomor talipon si Ita tu tau, tapi Yang tak nak call..takut nanti dia ingat lain pulak. Dear rasa what I'm suppose to do."

"Hmm..you takut I marah eh?"

"Taklah, memang Yang takut si Ita tu ingat Yang minat kat dia pulak, lagipun Ju tuari citer masa diorang ada reunion, she keep asking Ju about me. Siap minta Ju no talipon I lagi"

"Habis Ju kasi ke", pantas betul Dear.

"Taklah, dah Ju tahu she have feeling for me, Ju kata dia tak tahu, we only chat kat YM aja"


Murtabak pun dah terhidang di depan mata. Dear sibuk ambil murtabak utk ditarukkan di atas piring ku. Buat sementara, kami sibuk makan.

"Kalau Yang tak nak talipon macam mana nak settle benda ni..dah tu asyik dok sibuk talipon laki Ita tu buat apa, bukan boleh selesai pun problem ni" nada jeles lagi berbaur dihujung bicara tu.

"You call ajalah, cakap nak jumpa, then kita pegilah, ajak laki pompuan tu sekali"

Mahu terbegik murtabak kat dalam mulut aku tu bila dengar Dear cakap camtu.

"Eh! takpelah, let me think of a way dulu, takkan nak main serang aja, lagi pun Amri pun tak serang Yang apa. Nanti lah, not a problem for me. Dahlah makan ah, nanti sejuk tak sedap lah."

Dear akur yang aku tak mahu lagi bicara. Nasib baik mood Dear baik. Lepas makan we all tapau for "my father in law" and the rest at home and blah. Ingat nak gi main bowling lepas maghrib tapi abg Dear ajak gi Giant pulak. Lepas maghrib, we all gi Giant. Waktu Dear tengah sibuk pilih pilih barang, aku yg tolak trolley sambil cuci mata terpandang satu pasangan wanita berpimpin tangan. Yang satu bertudung dan seksi sebab dia pakai tudung tapi dadanya tak ditutup oleh tudung tersebut. Yang lagi satu, sebelah tangan tolak trolley, sebelah tangan pimpin yg seksi tu..tak bertudung, little bit like a man...confirmlah..takyah cakap. Tengah syiok menjamu mata, Dear panggil pulak. Hishh, spoilt aja. Oh rupanya she need to put the grocery into the trolley. Bila aku selesai taruk barang barang tu kat dlm troli, angkat muka, pasangan tersebut dah kat depan mata. Terperanjat sekejap aku. Si seksi tu aku kenallah..minta ampun patutlah barang baik aja aku tengok..heehhhee.

"Eh! you (dia sebut nama penuh aku dah)kan? Apa khabar? lama tak jumpa, kenapa you tak datang reunion tuari" sambil dia hulurkan tangan bersalaman. Aku perasan Dear tengok.

"Eh, you Ita kan?, apa khabar, me cam ni ah, bertambah sihat, ni my sis (cover line aku yg famous bila org tanya pasal Dear)...you buat apa, shopping gak ke? tak ke soalan bodoh tu, dah tentu kat Giant, takkan nak gi exercise kot kat Giant tu. Dear pun salam, dan aku pun lepaslah dari gengaman awek seksi ni.

"Lama tau I cari you. Rindu lah, oh lupa nak kenalkan, ni someone special tu me..nama dia Elly. Love, ni my fren yang I told you about tu." manja nyer si Ita ni, geli pulak aku tengok. Aku pun bersalaman ngan Elly sambil menyebut nama glamer aku. Ita suruh aku sebut lagi lantas ketawa terhenjut henjut badan. Gedik pulak minah ni. Pas tu Ita kasi number talipon dia dan minta number aku pulak. Aku kasi number spare yang actually jarang aku on handset tu. Gasaklah...kang tak pasal pasal asyik call aku, boleh pengsan beb. Dear dah tunjukkan muka menyampah dia tu, so aku excuse myself lah sambil berkata yang aku akan call her nanti.

"Oh! tulah si Ita tu, macam janji pulak eh ... patutlah you suka... yang tertonjol tu besar dan seksi kan?" Dear menuduh.

"Lha ke situ pulak, I tak tahu pun tu dia, lagipun nak janji apa, kita pun tak plan nak gi sini, you perasan tak bila dia minta my mobile number, nomor apa I kasi" geram betullah, nak cari pasal pulak, spoillah.

"Hai, partner dia tu tengok you macam nak tumbuk aja muka you tu, you perasan tak?" tukar topic pulak ni, dah dia jeles ingat kita tak perasan ke.


"Ah gasak dialah, dia ingat kita minat kat awek dia tu, hhhmmm, barang Dear lagi Yang suka, si Ita tu, dah bekas orang bukan 1 aja tau, plus anak dia 2, plus darling dia tu..hishh taknaklah" aku bisik kat Dear. Memang haruslah kena debuk juga aku dan Dear terus tinggal kan aku tolak troli sorang sorang membontoti Dear.


Saturday, we went to Geylang bawa bapak, maid dan anak sedara breakfast there. Kat Geylang, boleh nya kita terserempak lagi ngan si gedik Ita dan kekasih hati dia lagi. Hishh memang berjodohlah tu. Ita terover pulak kali ni, bukan salam aja, malahan siap cheek to cheek pulak. Dear meluat tengok, nasib aku faham her body language. Marah pulak si Ita sebab aku belum call her. Hishh, ingat aku ni apa, tak senang ah..belum masa nyer. Dari aku nak call die malam sebelum nya, lebih baik lah aku peluk Dear. Aku tengah plan strategi nak semuka dengan dia. Aku malaslah nak layan budak gedik ni. Aku terus kasi alasan nak beli makanan for my Father in law. Nasib bapak suara nak suruh beli roti jala. Sayang bapak for saving me from that pest.


Sampai kat rumah, pembantu kami tanya siapa budak gedik tadi, dia geli melihat keletah si Ita. Hahhahh ... dah tak boleh carry aku dengar. Aku beritahu Dear dan kami ketawa cekikan sambil acting her character kat geylang tadi.


Aku plan nak call Ita nanti sebelum pegi holiday. Nak make appointment to see her personally balik nanti. Tapi aku nak ajak Amri sekali. Biar si Ita admit depan laki dia yang kami tiada hubungan. And I bet, Si Elly act macho tu mesti ikut nyer. Tengok awek die aja dia dah nak baham kita, apa lagi nak lepaskan si Ita tu sorang.

Apa apa pun, aku amat bersyukur sangat di pertemukan dng Ita. Mudahlah aku nak membersihkan nama aku tu. Btw, aku dah talipon Amri tadi dan tell him aku dah terserempak dengan Ita dan selingkuhannya. Amri macam dah tak sabar dan suruh aku jumpa Ita secepatnya. Aku suruh dia bersabar dan tunggu aku balik nanti minggu depan kalau taknak rancangan aku gagal. Banyak benda yang aku nak buat sebelum pegi nanti so tak bolehlah nak ikutkan resa dia. My own thing is more important.


Terimakasih Tuhan kerana mendengar doa kami dan membukakan jalan untuk mempertemukan aku dan Ita. Terimakasih Dear kerana kasi idea dan memahami saya kali ini dan terimakasih kerana selalu mendoakan saya. Saya sayang dan cinta kan awak dan saya tahu yang awak pun sayang kat saya walaupun susah utk awak lafazkan. Terimakasih.





2 comments:

Anonymous said...

murtabak spore satuuuuu
hehe...
harap semuanya berjalan lancar

deeyang said...

Shoe, nak murtabak daging ke ayam? Mai sinilah, boleh kita ajak makan.
Thanks ya for your doa, harap begitulah..