Friday, June 20, 2008

Aku ada Affair? Biar Betik!

Aku masih belum betul betul sembuh, memang batuk dah kurang tapi suara pulak hilang. Kat office ni pun naik bingit pulak aku, talipon bertalu talu menjerit minta di angkat...Ah today Friday ... tak kuasa nak melayan kerenah customer ni semua. Agak agak nomor tak suka, tak angkat, buat bodoh sua. Esok, Dear ajak gi Batam, nak buat facial tapi aku tak berapa keen sebab badan masih belum betul betul sihat. Rasanya nak lepak aja. Tapi tengoklah nanti, kalau malam karang agak ok, then besok pagi pagi cabut ler to catch 8.10 am nyer ferry.


Tapi hari ni aku nak citer tentang sms yang aku terima lebih kurang 5 minggu lepas sebelum ke KL tempoh hari.
Sebelum nya, Dear, tolong jangan marah dan merajuk dengan saya bila baca tentang apa yang saya nak kongsi kat blog ni.

SMS tersebut aku terima dari nombor yang tak fimiliar langsung dan berbunyi begini

'Plse back-off from my wife else i come and get you to bash you'.

Hishh...bayangkan perasaan aku waktu tu. Dalam hati berkata, eh ni salah number ke apa, siap ugut lagi. Waktu tu aku tengah ada discussion ngan lain staff so tak boleh concentrate pulak. Then aku pun excuse myself and balas lah SMS tu cam ni

'I think you sent to the wrong person, I got no biz with ur wife N not interested at all cause I'm a gerl' and picit send. Tak sempat pun aku nak masuk balik kat meeting room tu, handset aku pun berbunyi dan number si pengirim SMS tertera dan aku pun jawabler.

"Hello, ni (si pemanggil sebut nama aku ler) ya?, ni Amri (bukan nama sebenar), suami Ita (juga bukan nama sebenar - ini demi untuk menjaga nama dan maruah org yang bersangkutan).

"Hah! betul, ni memang (nama aku lagi), Amri sori you kata You Ita's husband, Ita mana eh?."

"Ita kawan skolah you dulu, she's my wife and I suspected that you all ada affair" biar betik mamat ni. Ita mana pulak. Bengang betul aku.

"Hah! ada affair?, you biar betul, your wife Ita?, Ita mana seh?, I ramai kawan nama Ita, lagi pun ada affair tu macam salah dengar aja ...I ni pompuan tau ... seram ler. Kenapa you suspect me pulak..biar betul you ni...I dont even remember being closed with anyone nama Ita, apalagi nak ada affair" balas aku menjawab dan bertanya at the same time.

Kat kepala otak aku ni dah try to scan siapa Ita yg mamat ni sebut. Hishh! seingat aku, takde pun awek nama Ita yang pernah aku rasa dekat or minat apatah lagi ada affair. Sepengetahuan kepala otak aku yang masih belum nyanyuk ni (minta dijauhkan Ya Allah), aku cuma pernah minat kat 2 orang aja kaum sejenis ku and one of them is my Dear.

"I saw your photo ngan my wife kat dalam wallet dier. We all dah kawin dah 16 tahun tapi I tak tahu yg korang ni ada affair selama ni." getus mamat tu.

"Eh! wait wait wait...first thing, you jgn nak main tuduh tuduh, I tak kenal dan tak ingat siapa your wife, lagi satu, you kata you nampak my photo kat dlm her wallet..macam mana you tahu itu saya".

"I got the photo with me now. Macam mana I tahu its you dan macam mana I got your contact number is none of your bloody business. Kalau you tak nak malu ... then back off from my wife, from our life. I dah tak kisah, if there is a need, I will call orang suratkhabar dan paparkan citer ni asal kami tak bercerai berai." marah nada suara si Amri tu.

Hish bengang betullah...think faster lah otak.

"Amri, I guess we need to meet and I really want to know who is your wife and the photo you cakap tu. Minta maaf, I memang betul betul tak ingat dan lagi pun bukan prinsip saya nak ganggu rumahtangga orang lain, lagi lagi jadi orang ketiga dengan ada affair with the wife not the husband. So bila kita boleh meet up?". tenang pulak aku ni menjawab. Terimakasih Allah memberi ketenangan. Aku dah nekad jumpa mamat ni sorang, nak bash aku konon, dia belum tahu aku ada black belt. Lagi pun curiosity aku nak tahu melebihi rasa takut aku pulak. Tak sangka ada org minat giler kat aku sampai simpan gambar aku dalam wallet lagi. Dear pun tak simpan dalam wallet gambar aku ...tapi she always said she lebih suka simpan dan pahatkan wajah ku di hati dan kelopak matanya. hhehhe

Setelah janji nak jumpa Amri waktu lunch aku pun continue gi meeting. Tak boleh concentrate langsung. Hishh lambatnya meeting ni nak habis. Aku nak contact bestfriend aku nak tanya kalau kalau dia ingat siapa si Ita ni dan nak citer ngan dia pasal call si Amri tu. Matilah kalau aku nak citer ngan Dear, sampai lah aku tulis kat blog ni, Dear masih belum tahu tentang this call and me jumpa si Amri ni. Sorry ya Dear, bukan taknak kasi tahu you, but let me settle this matter first.

Amri came to my office at 12.15pm. Dia siap cari tahu kat mana aku kerja lagi. Tak seram ke, macam mafia. Aku trus jumpa Amri dan ajak dia ke Coffee Bean di bawah. Hansem juga si Amri ni, dalam hati berkata. Aku nak belanja dia coffee lattee dia tak nak. Malahan dia pulak yang belikan aku..save sikit duit, gentleman betul dia ni. Kenapalah bini dia tu. Aku masih belum boleh ingat lagi siapa bini dia, bestfren aku tu pun tak ingat bila aku call and told her about that Ita. Malahan kita sempat gelak gelak dan dia sempat ancam nak kasi tahu Dear aku ada simpanan, pastu sempat pulak blackmail minta urut free. Lorat betullah member satu ni.

Once he got the drink, Amri trus straight to the point. He kluar kan sekeping gambar yang dah di potong dan taruk atas meja.

"Tell me, is that you and my wife?". Aku trus angkat gambar tu dan tenung. Ah ha lah, memang sah aku tu ..waktu zaman muda muda dulu ...aku masih ingat lagi gambar tu kita amik kat rumah salah satu classmate aku bila jalan raya...hishh kenapa lah si Ita ni simpan gambar tu ..pas tu tinggal 2 org aja kat gambar tu.

Aku dah ingat sekarang, gambar tu kita amik ramai ramai 8 orang and all of us peluk one another and face the camera sideways. Tapi si Ita ni dah potong gambar orang lain dan tinggalkan muka kita berdua. Kat Gambar tu, Ita di belakang memeluk aku. Patutlah. Meremang bulu roma bila ingat saat tu..gggrrrrr..seram.

Tak sangka betul aku, si Ita masih simpan gambar tu. Aku memang tahu, dulu dia perasan kat aku..malahan memang banyak budak pompuan yg syok kat aku time sekolah dulu, aku je takut kat dorang sebab taknak di sangka dan dicap lesbian. Yelah zaman aku dulu, taboo loh mahu ngomong demikian ... nak mati parents kena panggil datang kat sekolah.

Aku explain to Amri yang aku tak de apa apa ngan wife dier. Lagipun takkan aku nak ngaku yg aku dah dimiliki oleh seorang wanita lain. Pas tu aku juga berjanji akan bantu Amri mengenai Ita yang rupanya dah dingin terhadap Amri. Amri beritahu yang Ita sekarang selalu balik lambat, cakap kat talipon pun bisik bisik dan sering tersenyum sendiri. Pas tu, dah tak kisah tentang hal rumahtangga dan makan minum anak anak. Asyik gi short trip over the weekend. Amri ada pasang orang tapi selalunya tak nampak si Ita ngan lelaki hanya dengan perempuan. Dia belum dapat pastikan siapakah perempuan tersebut dan bila dia dapat gambar kami kat dlm wallet Ita tu, he assume its me. Hebat betul jantan ni sorang...main tuduh tuduh aja, kang aku heret gi mahkamah baru tahu. Last aku dan Amri sekarang jadi kawan..he selalu call dan citer kerenah si Ita ni. Aku terus aja suruh dia bersabar sementara aku cari ikhtiar nak jumpa dan slow talk ngan si Ita ni.

Buat masa sekarang, aku tengah cari informasi dengan members lain kalau dorang tahu tentang si Ita. Aku dah siapkan strategi bagaimana nak bersemuka ngan si Ita nanti cuma aku perlukan banyak info supaya senang nak leraikan problem yang sememangnya bukan problem aku. Alang alang dah berjanji, baiklah aku tunaikan. Nak cari pahala lebih utk tampalkan mana mana yang koyak. Banyak yang koyak ni...18 tahun lebih nyer koyak, bayangkanlah.

Aku harap sangat dapat selesai kan masalah ni sebelum aku berangkat hujung minggu depan...biar aku tidak diganggu oleh informer informer aku waktu bulan madu nanti. Doakanlah niat aku tercapai...dapat juga pahala korang bila aku dapat utuhkan rumahtangga org lain yg macam nak roboh tu.


Nota Kaki : Coffee dan muffin yang Amri beli tu tak habis lagi, so jadi santapan for teabreak for that day. Siapalah nak belanja muffin Coffee Bean lagi.



No comments: